Percutian sekeluarga ke Cameron Highlands bertukar tragedi apabila kereta yang dinaiki 10 orang ahli keluarga hilang kawalan sebelum terbabas sehingga meragut n 7 nyawa. Hanya 3 orang yang terselamat dalam kemalangan tersebut.
Namun yang meruntun hati semua apabila anak sulung mangsa yang sedang di rawat di zon kuning bertanya tentang ibu bapanya.
Mohd Zairul Mat Isa, 34, dan Nuratiqah Abd Hamid, 30, adik perempuannya, Nur Qaseh Damia Mohd Zairul, 4.
Mohd Zakri berkata, dia tidak tergamak untuk memberitahu apa yang berlaku kepada Muhammad Haziq Zikri Mohd Zairul, 9, yang dirawat di Zon Kuning Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) yang kehilangan ibu bapanya iaitu Mohd Zairul Mat Isa, 34, dan Nuratiqah Abd Hamid, 30, selain adik perempuannya, Nur Qaseh Damia Mohd Zairul, 4.
“Tak sampai hati saya nak mengiyakan hanya dia terselamat,” kata Mohd Zakri Mat Isa, 37, menceritakan keadaan anak saudaranya yang terselamat dalam kemalangan mengakibatkan tujuh sekeluarga maut di Kilometer 5 Jalan Keramat Pulai dekat Ipoh, petang semalam.
Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah sepupu Mohd Zakri iaitu Hasliza Mahmud, 40, serta suami, Zulkifli Shuib, 41, di samping ibunya, Fatimah Mat Isa, 68. Selain itu anak kandung kepada Hasliza, Mohd Alif Firdaus, 3, turut maut dalam nahas itu.
Mohd Zakri berkata, kira-kira 5 pagi tadi, Muhammad Haziq Zikri terjaga sambil bertanya di mana nenek dan ibu bapanya ketika itu.
“Saya tak sanggup mengiyakan bila dia bertanya kepada saya: “Paklang, kiranya Haziq seorang sajalah yang hidup?” Kemudian saya tanya dia (Haziq) siapa memberitahunya. Katanya ‘Cik Sara’ iaitu makciknya yang beritahu ibu bapa serta adiknya maut dalam kemalangan itu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HRPB, hari ini.
Ads
Haziq bersama ayah dan adi
Katanya, kejadian berlaku ketika dua sekeluarga itu yang menaiki sebuah kereta dalam perjalanan pulang dari bercuti di Cameron Highlands. Dia berkata, dua keluarga itu sememangnya jarang berjalan jauh untuk melancong dan selain bermalam semalaman di Cameron Highlands sehari sebelum kejadian, mereka sempat juga berkunjung ke Pulau Pangkor dan bermalam di pulau itu semalaman bermula Ahad lalu.
“Selalunya mereka hanya bercuti di kawasan yang dekat dengan kampung di Serdang, Kedah seperti Pulau Pinang. Tidak pasti menyambutnya di mana namun memang arwah Mohd Zairul dan isterinya baru menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada 3 Ogos lalu.
“Malah kereta yang dinaiki mereka pun kereta yang dipinjam dari kenalan. Saya tahu mengenai nahas itu 7.30 malam melalui kakak kepada Hasliza yang menyedari insiden itu melalui berita di media massa,” katanya.
Mohd Zakri berkata, sementara ibunya, Fatimah yang turut maut dalam kemalangan itu tidak menunjukkan sebarang kelakuan aneh selain daripada sempat tidur bersama cucu-cucunya di rumahnya serta rumah abang ketika menyambut Aidiladha lalu.
“Ibu juga kelihatan sentiasa ceria sejak kebelakangan ini. Ada juga dia meninggalkan pelbagai pesanan kepada kami,” katanya.
Ads
Dia berkata, jenazah tujuh sekeluarga itu akan dihantar pulang ke Kampung Badlishah, Serdang, Kedah, selepas selesai proses bedah siasat dan akan disemadikan dalam satu liang lahad.
Muhammad Haziq Zikri yang terselamat patah tangan kanan, sementara dua beradik iaitu anak kepada Hasliza, iaitu Firash Mikhael Azrie Syah, 11, dan abangnya yang dikenali sebagai Apit berusia 16 tahun, cedera parah.
PUNCA KEMALANGAN
Mangsa sekeluarga yang menaiki Perodua Alza dipandu Mohd Zairul sebenarnya dalam perjalanan dari Cameron Highlands selepas pulang bercuti menghala ke Simpang Pulai hilang kawalan sebelum terbabas sendiri.
Ads
Kereta berkenaan seterusnya memasuki laluan treler yang datang dari arah bertentangan sebelum melanggar bahagian hadapan treler itu yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun.
Perodua Alza terbabit kemudiannya terbalik yang menyebabkan kesemua tujuh mangsa maut serta tiga lagi yang cedera parah terperangkap di dalamnya.
Pemandu treler berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Abang kepada Mohd Zairul, Mohd Zakri Mat Isa, 37, ketika ditemui di Unit Forensik HRPB berkata, ketika kejadian berlaku ketika semua 10 mangsa yang menaiki sebuah kereta dalam perjalanan pulang dari bercuti di Cameron Highlands.
Katanya, dia dengan Hazliza adalah sepupu yang mana semua mangsa yang menaiki Perodua Alza terbabit berasal dari Serdang, Kedah yang membabitkan dua kampung berbeza.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Takdir Allah mengatasi segalanya! Selepas pemergian allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas yang meninggal selepas terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah, ada berita gembira di sebaliknya.
Menerusi perkongsian kakak Nour Shafinar Harun, Sha Qalif dalam facebooknya, adiknya baru mengetahui dirinya hamil selepas dua hari pemergian arwah suami minggu lalu.
Kongsinya berita ini tak sempat diketahui oleh adik ipar kerana Allah telah menjemputnya dulu. Jika arwah ada sememangnya dia orang pertama yang akan gembira dengar berita ini.
Disini cinta Balu dan arwah bersemadi..
Doakan agar Inat terus kuat!
Alhamdulillah.. selesai semua urusan untuk balu isteri Mejar Zahir Armaya. Untuk adik ku.. Inat tabah lah atas apa yang telah terjadi.. redha
Alhamdulillah juga 2 hari selepas arwah pergi rupanya ada sinar baru balu positif hamil kalau arwah ada mesti dia happy sangat-sangat tapi malangnya arwah belum sempat tahu yang beliau akan menerima cahaya mata lagi..
Arwah tinggalkan penggantinya.. Semoga Inat kuat demi janin yang dikandung ye..
Disinilah Tempat Arwah.. Izzul dan kenangan Daddy
Kenangan untuk Izzul apabila besar
Untuk Izzul ini ada lah kenangan untuk Izzul ye.. nanti besar ingat ye sayang daddy pergi sebagai wira..
Mulakan hidup baru bersama anak-anak di Ipoh
Sementara itu, seperti yang dilaporkan Sinar Harian, Nour Shafinar dan anak-anak akan memulakan hidup baru mereka di Ipoh, Perak berdekatan dengan rumah keluarganya.
Mengemas barang arwah untuk di bawa pulang ke Ipoh
Malah sehari sebelum arwah ke Sabah, dia maklumkan kepada saya yang mahu kami berpindah ke Perak.
Mess tempat arwah menginap
“Arwah minta kalau boleh carilah rumah di sekitar Ipoh supaya mudah jika ada apa-apa berlaku, saya dekat dengan keluarga dan ibu bapa,” katanya.
Izzul landing katil daddy buat kali terakhir
Mengikut perancangan asal, Nour Shafinar dan tiga anaknya, Muhammad Irfan Daniel, 10, Nur Adriana, 6, dan Izzul Zakly berusia 6 bulan, berpindah ke Ipoh pada November nanti sementara arwah akan memohon bertukar tempat kerja.
“Tetapi ketentuan tuhan tiada siapa yang tahu, buat masa ini saya perlu uruskan beberapa perkara berkaitan arwah dan daftar sekolah anak-anak, bila semua urusan selesai, kami akan berpindah dan mulakan hidup baru di sini, sama seperti yang diminta arwah,” katanya.
Suami isteri bersama anak lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan lori di Kilometer 216 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, hari ini.
Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Muhamad Ezanee Hamat berkata, pihaknya menerima penggilan berhubung kemalangan itu pada 11.02 pagi dan 21 anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Ayer Keroh dan Tampin dikejarkan ke lokasi.
Menurutnya, sejurus tiba didapati terdapat kemalangan membabitkan Honda Jazz dan lori dipandu seorang lelaki.
“Pasangan suami isteri berusia 28 tahun dan anak lelaki berusia setahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan, manakala pemandu lori tidak cedera,” katanya.
Beliau berkata, operasi tamat pada 1.09 tengah hari dan kemalangan menyebabkan kesesakan sejauh lima kilometer.
“Mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, ” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendent Arshad Abu ketika dihubungi memaklumkan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.
Fatimah Omar Mukhlis, kanak-kanak cilik yang pernah viral suatu ketika dahulu kerana petah bertutur dalam loghat Kelantan dikejarkan ke hospital akibat jangkitan kuman di bahagian paru-paru.
Berita tersebut di sampaikan oleh ibu bapanya melalui lama instagram mereka iaitu @thefamily.uk. Posting tersebut dimuat naik bersama beberapa keping gambar Fatimah dan memohon doa ramai supaya cepat sembuh.
“Tolong doakan Fatimah. Dia sangat tidak sihat, sakit dada dan sukar untuk bernafas.
“Kini berada di bahagian kecemasan menunggu ambulans untuk memindahkanya ke hospital lain.”
Menurut perkongsian ibunya lagi, paras oksigen kanak-kanak itu juga dilaporkan menurun ketika berada di dalam ambulans.
Difahamkan Fatimah yang juga anak saudara kepada Chef selebriti, arwah Adam Didam, telah pun dipindahkan ke hospital kanak-kanak dan punca penyakit dialaminya sudah dikenal pasti.
“Fatimah mengalami jangkitan kuman (chest infection). Fatimah dalam keadaan stabil tetapi masih di bawah pemerhatian. Nebuliser off, ujian swab COVID-19 negatif”
Fatimah akhirnya mempunyai selera makan setelah semalaman muntah dan hilang selera.
“Fatimah wasn’t able to eat anything when she was admitted yesterday. Only sips of water and squash. The very first thing Fatimah request nak makan is cheese sandwich. But the hospital ran out of cheese sandwich. So she went ahead and eat half of tuna sandwich and managed to keep the food down. Vomiting stopped so far…”
Rata-rata warga maya mendoakan kesihatan yang baik buat Fatimah.
catrionabrianross May Fatimah recover well…
nurlinagafoor Speedy recovery Fatimah ❤️
qaaolaa cepat sembuh fatimah sayang❤️
Fatimah dan keluarga menetap di United Kingdom tetapi mereka tetap fasih berbahasa Melayu serta boleh bertutur dalam loghat Kelantan. Dia mula menjadi perhatian di sosial media setelah beberapa videonya tular beberapa tahun lepas.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.