Sempena menyokong minggu penyusuan susu ibu sedunia dan meraikan ibu-ibu hebat yang komited dalam menjayakan susu ibu, Pa&Ma telah mengadakan Pa&Ma BF Party eksklusif bersama Mira Filzah.
Program yang dihadiri seramai 60 ibu hebat ini diserikan oleh NUFIYA satu jenama yang tidak asing lagi di kalangan ibu-ibu yang menyusu. Seperti sedia maklum, jenama NUFIYA sentiasa membantu para ibu untuk terus berjuang memberikan ‘titisan emas’ kepada si manja.
Sepanjang Pa&Ma BF Party ini berlangsung, Mira Filzah, Dr Maiza Tusimin (Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi) Puan Nad Masrom (Kaunselor Laktasi) yang sering memberi konsultasi kepada ibu-ibu menyusu termasuk selebriti terkenal Neelofa dan Ika Nabella (Selebriti/Pembimbing Penyusuan Bertauliah) telah diberi penghargaan khas – Pa&Ma BF Hero Appreciation.
Masing-masing telah berkongsi pengalaman sepanjang penyusuan mereka sebagai motivasi buat ibu-ibu yang berusaha untuk memberi yang terbaik untuk bayi.
Editor Pengurusan Family & Parenting Ideaktiv Puan Wan Erni Liza menyampaikan cenderamata kepada Mira Filzah.Editor Pengurusan Family & Parenting Ideaktiv Puan Wan Erni Liza menyampaikan cenderamata kepada Dr Maiza Tusimin.Editor Pengurusan Family & Parenting Ideaktiv Puan Wan Erni Liza menyampaikan cenderamata kepada Ika Nabella.Editor Pengurusan Family & Parenting Ideaktiv Puan Wan Erni Liza menyampaikan cenderamata kepada Puan Nad Masrom.
Pengalaman ini semestinya memberi inspirasi kepada peserta yang hadir dan pengikut setia Pa&Ma.
Ads
Selain slot Pa&Ma BF Hero Appreciation, Pengasas NUFIYA, Puan Yaya Suhaimi turut berbesar hati berkongsi serba sedikit perjalanan NUFIYA menyokong penyusuan susu ibu dan perkongsiannya itu menjadi pembakar semangat untuk semua ibu-ibu terus memberikan susu ibu kepada anak masing-masing.
Editor Pengurusan Family & Parenting Ideaktiv Puan Wan Erni Liza memberi jambangan bunga kepada Puan Yaya Suhaimi.
Menurut Puan Yaya, penyusuan susu ibu ini kunci kejayaannya adalah nawaitu (niat). Seperti pengalaman saya sendiri, masa awal-awal memang ada alami masalah susu tak cukup.
“Jadi jiran sebelah rumah berbangsa Cina cadangkan beli longan di kedai tabib Cina. Bila saya beli dan cuba rebus, minum air longan tersebut rasanya tak sedap. Saya cuba olah bagi sedap dan syukur kena dengan citarasa. Sehingga tempoh dua tahun minum, memang susu sangat meriah sekali walaupun pada awalnya sangat risau.
Ads
“Pada 2017, saya keluarkan produk sendiri jenama NUFIYA, dan mendapat sambutan sangat menggalakkan. Mula dari serbuk, sekarang dihasilkan dalam bentuk jelly untuk memudahkan semua ibu tanpa perlu membancuh,” katanya.
NUFIYA yang diasaskan oleh Puan Yaya turut berhasrat menjadi teman akrab para ibu menyusu. Dengan NUFIYA pasti susu lebih lancar!
Ads
Pa&Ma Support BF Party yang berlangsung di IDEAS Hotel Kuala Lumpur ini turut dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik sebagai tanda terima kasih kepada peserta yang hadir.
Sebagai tanda penghargaan, NUFIYA juga berbesar hati untuk memberikan 400 sample PERCUMA Lactation Jell-Y NUFIYA sementara stok masih ada.
Biarpun kita masih memerangi wabak COVID-19, tetapi tiada salahnya untuk kita merancang percutian paling bermakna untuk keluarga. Amalkan SOP yang ketat dan ikut saranan kerajaan, sudah tentu percutian kita lebih lancar dan selamat. Masih tidak dibenarkan merentas negeri, tetapi kita boleh mula menyusun rancangan untuk bercuti bersama pasangan dan anak-anak.
Tak perlu rungsing-rungsing nak bawa anak berjalan jauh, banyak sebenarnya tempat menarik yang boleh anda bawa anak-anak untuk berseronok. Lebih menarik, anda boleh bawa anak-anak bercuti tanpa perlu memikirkan modal besar kerana ada ‘rahsia’ untuk bercuti sambil berjimat!
BERCUTI DENGAN PROMOSI!
Ini paling menarik! Untuk penjimatan yang berbaloi-baloi, carilah baucar percutian dengan harga promosi. Sepanjang cuti sekolah ini, anda boleh bawa anak-anak bergembira di taman tema terkemuka di Malaysia. Nak dapatkan baucar tu di mana? Tak susah pun. Carilah Klook!
*Jaminan harga terbaik (lebih murah dari anda beli dari kaunter)
*Tak perlu beratur panjang
*Banyak promosi kombo
Lebih menarik, bermula 22-27 Mac 2021 ini, Klook akan mengadakan kempen School’s Out, Jom Cuti!. Klook menawarkan sehingga 50% potongan harga untuk baucar percutian terpilih! Jika anda menggunakan kod promosi FAMILIKLOOK15, anda layak untuk mendapat potongan RM15.00 lagi untuk setiap baucar aktiviti bermula RM80.00 minima.
Bukan sekadar bercuti di taman tema, anda juga boleh menikmati potongan harga untuk pakej penginapan serta makanan dan minuman. Nak tahu antara destinasi menarik yang ditawarkan untuk promosi ini?
Nikmati tawaran istimewa sehingga potongan 50% bermula 12.00 tengah hari dari 22-26 Mac 2021 ini!
Ini Aktiviti Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Seisi Keluarga;
Menariknya di sini, anda berpeluang untuk membawa anak-anak mengenali sehingga 20,000 hidupan dengan 250 spesies berbeza. Anak-anak juga akan mendapat pendedahan tentang kepentingan pemuliharaan hidupan laut.
Tambah seronok apabila anak-anak dapat merasai sendiri pengalaman dikelilingi hidupan laut da jerung apabila melalui terowong bawah air sepanjang 90 meter. Anak-anak mesti teruja!
Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari bermula 10.00 pagi – 8.00 malam (Kemasukan Akhir: 7.00 petang)
Sekiranya anak-anak anda sukakan haiwan, bawalah mereka ke sini. Zoo Negara telah dibuka secara rasmi sejak 1963 dan merupakan antara zoo yang dikenali di seluruh dunia.
Di sini, terdapat 5137 spesimen haiwan dari 476 spesis dari kategori mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Yang menariknya, zoo ini mengamalkan konsep terbuka yang membuatkan pengunjung merasa lebih ‘dekat’ dengan semua haiwan yang dipamerkan.
Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari bermula 9.00 pagi – 5.00 petang
Pertunjukan haiwan setiap hari pada jam 11.00 pagi dan 3.00 petang. Kecuali Jumaat pertunjukan pada jam 11.00 pagi dan 3.30 petang.
Anak-anak teruja nak tengok pelbagai jenis haiwan? Beli tiket anda sekarang di SINI
Antara tempat wajib pergi! Banyak aktiviti menarik boleh kita lakukan bersama keluarga di sini. Baik untuk anak-anak dan ibu ayah, kita sekeluarga dapat menerokai keseronokan di sini.
Nikmati masa menyeronokkan di taman tema air Nickelodeon Lost Lagoon atau uji keberanian sendiri di Scream Park dan Extreme Park. Boleh juga tengok sehingga 150 spesis haiwan di Wildlife Park.
Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari bermula jam 10.00 pagi – 6.00 petang.
Tak sabar nak enjoy dengan keluarga kan? Dapatkan tiket anda segera di SINI
Anak-anak pasti suka! Di Kidzania KL, anak-anak boleh bermain sambil belajar. Mereka berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman bekerja, memantapkan kemahiran serta meningkatkan keyakinan diri dan menjadi lebih berkeyakinan.
Terdapat lebih daripada 90 pekerjaan yang ditawarkan di sini. Anak-anak bebas memilih untuk menjadi chef, doktor, wartawan, ahli bomba, juruterbang, mekanik, model, pelukis dan banyak lagi. Lebih menyeronokkkan, anak-anak turut akan diberikan gaji menggunakan matawang Kidzania yang dipanggil ‘kidZos’ yang boleh disimpan dalam akaun simpanan atau dibelanjakan.
Waktu Operasi:
Setiap Ahad-Jumaat bermula dari 10.00 pagi – 5.00 petang. Untuk Sabtu, cuti umum atau cuti sekolah pula dibuka bermula 10.00 pagi – 7.00 petang. Dibuka setiap hari kecuali Isnin (melainkan cuti umum dan cuti sekolah)
Biarkan anak-anak bermain dengan imaginasi mereka. Boleh klik SINI untuk dapatkan tiket!
Salah satu destinasi mesti pergi! Anda sekeluarga boleh berseronok di Legoland Park. Dengan 8 kawasan bertema dengan 40 pertunjukan dan tarikan istimewa pasti membuatkan anak-anak seronok ketika bercuti di sini.
Selain itu, anak-anak juga boleh bermain sehingga 20 luncur dan permainan air di LEGOLAND Water Park. Boleh main di Build-A-Raft, LEGO Wave Pool, DUPLO Splash Safari dan banyak lagi. Rasai sendiri pengalaman melihat keindahan hidupan laut di SEA LIFE Aquarium. Memang syok!
Waktu Operasi:
Bermula dari 10.00 pagi – 5.00 petang kecuali untuk SEAL LIFE AQUARIUM bermula dari 10.00 pagi – 6.00 petang setiap hari.
Mudah saja untuk anda mendapatkan tawaran istimewa dari Klook ini, gunakan kod promosi FAMILIKLOOK15 baucar boleh digunakan sehingga 31 Disember 2021. Boleh digunakan untuk semua aktiviti di seluruh Malaysia.
Lebih menarik, anda berpeluang untuk menikmati makanan istimewa di hotel terkemuka dengan potongan harga berbaloi!
Grand Hyatt Kuala Lumpur
– Potongan 49% untuk sarapan pagi setiap hari (kecuali Sabtu & Ahad) di THIRTY8 untuk seorang.
Salad Artier
– Beli satu, percuma satu mangkuk Kari Hijau Ayam.
Memang satu tawaran yang tak patut dilepaskan! Dapatkan baucar anda di Klook dan gunakan kod promosi FAMILIKLOOK15 dan ia boleh digunakan sehingga 31 Disember 2021.
Terma & Syarat Yang Lain;
*Kod promosi FAMILIKLOOK15 ini hanya sah untuk pengguna baru Klook dan boleh digunakan sekali sahaja. Kod promosi ini melayakkan pengguna untuk mendapat potongan harga RM15.00 untuk pembelian pertama mereka dengan had minima perbelanjaan sebanyak RM80.00 dalam satu tempahan.
* Untuk menikmati promosi ini, kod promosi perlu digunakan ketika daftar keluar di halaman pembayaran.
*Kod promosi hanya SAH untuk warganegara Malaysia sahaja.
*Kod promosi ini tidak sah untuk promosi, baucar atau tawaran diskaun yang lain.
*Klook mempunyai hak untuk menolak, membatalkan atau mengubah terma dan syarat promosi ini pada bila-bila masa tanpa notis awal.
Untuk maklumat lanjut atau promosi lain yang menarik, sila layari KLOOK
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi ibu bapa yang memiliki akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) buat anak-anak pastinya merasa lega dan gembira dengan pengumuman dividen akaun itu pada awal Februari lalu.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi tahun 2019 untuk dua produknya iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus sebanyak empat peratus.
Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan berjumlah RM147.25 juta yang memberi manfaat kepada lebih 4.39 juta pendeposit SSPN seluruh negara.
Kadar dividen 4 peratus yang diberikan kepada pendeposit SSPN adalah berdasarkan kepada pulangan bersih pelaburan yang telah dibuat atas deposit yang telah diterima oleh PTPTN.
Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan turut mengumumkan Ganjaran Kesetiaan tahun 2020 sebanyak 1 peratus sebagai penghargaan kepada kesetiaan pendeposit SSPN-i yang telah membuka akaun untuk jangka masa panjang iaitu sebelum tahun 2017 dan menambah simpanan mereka sepanjang tempoh promosi (5 Februari 2020 hingga 30 April 2020).
Keuntungan Dan Prestasi Tertinggi Dalam Sejarah PTPTN
Tahun 2019 merupakan tahun yang begitu membanggakan dalam sejarah PTPTN menguruskan instrumen simpanan pendidikan melalui produk penabungan SSPN. Malah PTPTN juga berjaya mencapai kutipan deposit SSPN bagi tahun 2019 berjumlah RM1.37 bilion.
“Ini merupakan jumlah tertinggi yang pernah dicapai oleh PTPTN semenjak produk SSPN diwujudkan pada tahun 2004.
Alhamdulillah, dengan kesungguhan dan hasil kecekapan pengurusan dan pegawai-pegawai menguruskan dana ini, PTPTN dapat memberikan kadar dividen SSPN sebanyak 4% walaupun dalam suasana ekonomi yang kurang memberangsangkan.”
Katanya lagi, pada 2019, PTPTN berjaya mencapai peningkatan tertinggi jumlah simpanan SSPN dengan keuntungan pelaburan mampan hingga mampu memberikan dividen kompetitif kepada pendeposit SSPN.
“Bagi tahun 2019, SSPN memperoleh keuntungan pelaburan berjumlah RM205.27 juta. Ia menunjukkan peningkatan RM41.73 juta (25.52 peratus) berbanding RM163.54 juta pada tahun 2018, “katanya lagi.
Menariknya kesemua agihan keuntungan telah pun selesai dikreditkan ke akaun pendeposit pada Sabtu, 8 Februari yang lalu. Semak akaun anda dan nikmati hasilnya.
Bagi yang belum pernah membuka akaun ini buat anak-anak kecil anda, jadikan ia sebagai pemangkin dan semangat untuk menyimpan demi masa depan anak-anak dengan ganjaran hebat yang tidak pernah mengecewakan.
SSPN bukan sekadar simpanan biasa bahkan ia merupakan skim simpanan pendidikan yang wajar dimiliki oleh setiap isi rumah. SSPN turut menawarkan pelbagai keistimewaan serta manfaat yang baik dan menyeluruh. Masyarakat Malaysia perlu merebut peluang menyimpan di dalam SSPN kerana SSPN mampu merealisasikan impian dan harapan anak-anak ke menara gading kelak.
Jadilah ibu bapa yang bijak dalam merancang masa depan anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu selepas negara menghadapi pandemik Covid-19 ini, maka ibu bapa haruslah bijak dalam berbelanja. Bila berlakunya keadaan begini, apa yang paling merisaukan ialah menyediakan keperluan ahli keluarga terutama yang bakal menyambut kelahiran bayi atau yang ada anak kecil.
Bagi ibu bapa baru pastinya berkira-kira untuk berbelanja barangan yang tak penting buat masa ini. Kebanyakannya akan mendahulukan keperluan anak terlebih dahulu. Sekiranya boleh membeli barangan bayi pada kadar murah dan berbaloi itu lagi baik sebenarnya.
Oleh itu, pasar raya Tesco juga antara salah satu lokasi tepat yang menawarkan barangan keperluan bayi dan keperluan lain yang sangat berkualiti pada harga mampu milik. Pastinya tak menyesal!
Dapatkan barangan bayi di Tesco Baby Fair
Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan, Tesco akan mengadakan Tesco Baby Fair pada 16 Julai hingga 29 Julai 2020 meliputi barangan seperti susu, lampin, tisu basah, minyak bayi, keperluan mandian seperti syampu dan sabun daripada jenama Tesco Fred and Flo.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan 10 barangan anak terbaik di Tesco Baby Fair pada harga berpatutan dan berkualiti.
Jadi inilah masa terbaik buat papa & mama untuk merancang pembelian yang lebih menjimatkan bagi menyambut ‘orang baru’ atau menambah keperluan anak-anak yang dah habis stok.
Anda tidak perlu pergi ke banyak kedai. Satu tempat meliputi semua barangan jualan. Sebab itulah untuk mendapatkan produk berkualiti dengan harga istimewa, anda harus berbelanja di pasar raya yang diyakini seperti Tesco.
Menariknya juga, setiap pelanggan yang membeli-belah sempena Tesco Baby Fair ini. Mereka berpeluang menyertai peraduan dan layak memenangi baucar tunai Tesco sekiranya bernasib baik dan terpilih sebagai pemenang. Bestkan!
Bagaimana cara nak menyertai peraduan dan memenangi baucar Tesco ini? Ikuti cara-caranya di bawah:
Langkah 1:
Anda perlu menghantar jawapan secara bertulis, berkongsi mengapa anda harus memenangi Hadiah Utama di ruangan komen (Facebook Tesco).
Langkah 2:
Anda perlu menggunakan hashtag #FindTescoFrednFlo
Langkah 3:
Pemenang dengan jawapan yang betul & komen paling kreatif akan mendapat baucar Tesco e-voucher bernilai RM30 dengan setiap pembelian RM150.
Antara Hadiah Ditawarkan
1x Hadiah Utama: Baucar Tesco RM3000;
1x Hadiah ke-2: Baucar Tesco RM2000;
1x Hadiah ke-3: Baucar Tesco RM1000
800 x RM30 e-baucar Tesco kepada pemenang (sah digunakan di pasar raya sahaja, tidak sah digunakan untuk pembelian dalam talian) untuk setiap jawapan yang unik dan betul dengan pembelian minimum RM150.
Dengan hadiah yang ditawarkan ini memang betul-betul memberi penjimatan pada anda.
Promosi produk barangan bayi ini sempena Tesco Baby Fair yang akan berlangsung selama 2 minggu.
Tesco’s Baby Fair akan bermula pada 16 Julai-29 Julai 2020. Anda boleh berkunjung ke semua stor Tesco di Semenanjung Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman berbelanja secara bijak di sana.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tesco Baby Fair atau peraduan #FindTescoFrednFlo anda boleh klik di pautan Facebook Tesco https://bit.ly/3gZa6wX
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...