Pa&Ma BF Party Diserikan NUFIYA Sukses! Penampilan Istimewa Mira Filzah

Share

Sempena menyokong minggu penyusuan susu ibu sedunia dan meraikan ibu-ibu hebat yang komited dalam menjayakan susu ibu, Pa&Ma telah mengadakan Pa&Ma BF Party eksklusif bersama Mira Filzah.

Program yang dihadiri seramai 60 ibu hebat ini diserikan oleh NUFIYA satu jenama yang tidak asing lagi di kalangan ibu-ibu yang menyusu. Seperti sedia maklum, jenama NUFIYA sentiasa membantu para ibu untuk terus berjuang memberikan ‘titisan emas’ kepada si manja.

Sepanjang Pa&Ma BF Party ini berlangsung, Mira Filzah, Dr Maiza Tusimin (Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi) Puan Nad Masrom (Kaunselor Laktasi) yang sering memberi konsultasi kepada ibu-ibu menyusu termasuk selebriti terkenal Neelofa dan Ika Nabella (Selebriti/Pembimbing Penyusuan Bertauliah) telah diberi penghargaan khas – Pa&Ma BF Hero Appreciation.

Masing-masing telah berkongsi pengalaman sepanjang penyusuan mereka sebagai motivasi buat ibu-ibu yang berusaha untuk memberi yang terbaik untuk bayi.

Editor Pengurusan Family & Parenting Ideaktiv Puan Wan Erni Liza menyampaikan cenderamata kepada Mira Filzah.
Editor Pengurusan Family & Parenting Ideaktiv Puan Wan Erni Liza menyampaikan cenderamata kepada Dr Maiza Tusimin.
Editor Pengurusan Family & Parenting Ideaktiv Puan Wan Erni Liza menyampaikan cenderamata kepada Ika Nabella.
Editor Pengurusan Family & Parenting Ideaktiv Puan Wan Erni Liza menyampaikan cenderamata kepada Puan Nad Masrom.

Pengalaman ini semestinya memberi inspirasi kepada peserta yang hadir dan pengikut setia Pa&Ma.

Selain slot Pa&Ma BF Hero Appreciation, Pengasas NUFIYA, Puan Yaya Suhaimi turut berbesar hati berkongsi serba sedikit perjalanan NUFIYA menyokong penyusuan susu ibu dan perkongsiannya itu menjadi pembakar semangat untuk semua ibu-ibu terus memberikan susu ibu kepada anak masing-masing.

Editor Pengurusan Family & Parenting Ideaktiv Puan Wan Erni Liza memberi jambangan bunga kepada Puan Yaya Suhaimi.

Menurut Puan Yaya, penyusuan susu ibu ini kunci kejayaannya adalah nawaitu (niat). Seperti pengalaman saya sendiri, masa awal-awal memang ada alami masalah susu tak cukup.

“Jadi jiran sebelah rumah berbangsa Cina cadangkan beli longan di kedai tabib Cina. Bila saya beli dan cuba rebus, minum air longan tersebut rasanya tak sedap. Saya cuba olah bagi sedap dan syukur kena dengan citarasa. Sehingga tempoh dua tahun minum, memang susu sangat meriah sekali walaupun pada awalnya sangat risau.

“Pada 2017, saya keluarkan produk sendiri jenama NUFIYA, dan mendapat sambutan sangat menggalakkan. Mula dari serbuk, sekarang dihasilkan dalam bentuk jelly untuk memudahkan semua ibu tanpa perlu membancuh,” katanya.

NUFIYA yang diasaskan oleh Puan Yaya turut berhasrat menjadi teman akrab para ibu menyusu. Dengan NUFIYA pasti susu lebih lancar!

Pa&Ma Support BF Party yang berlangsung di IDEAS Hotel Kuala Lumpur ini turut dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik sebagai tanda terima kasih kepada peserta yang hadir.

Sebagai tanda penghargaan, NUFIYA juga berbesar hati untuk memberikan 400 sample PERCUMA Lactation Jell-Y NUFIYA sementara stok masih ada.

Tebus sekarang di link ini https://myrotatr.com/wa/60b85f5eada3c/6305b86933d2d

 

IKLAN