Pa&Ma Musim Ke-4 Dengan Hos Baru Fad & Sya Setiap Selasa Jam 12 Tengah Hari

Share

Untuk musim ke-4 yang akan mula bersiaran pada 12 Mac 2019, Pa&Ma tampil dengan kupasan baru memfokuskan kepada perjalanan kehamilan seorang ibu.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan kupasan Jurnal Kehamilan bermula daripada pasangan suami isteri merancang untuk hamil sehinggalah saat hendak melahirkan setiap hari Selasa di saluran Astro Prima dan Astro Prima HD jam 12 tengah hari.

Kalau tak sempat boleh tonton siaran ulangan pada hari yang sama jam 9 malam.

Pelbagai paparan kisah realiti topik-topik kehamilan dan permasalahan yang dihadapi oleh ibu hamil serta temubual dengan doktor pakar mesti ditonton oleh yang bakal bergelar ibu bapa!

IKLAN