Rugi kiranya jika ada yang belum merasai keenakan rasa Puding Buah Kuah Kastard sebagai pilihan menu pencuci mulut yang begitu lazat dimakan sejuk. Kelembutan tekstur puding bersatu dengan buah yang segar menjadikan menu ini bukan sahaja mampu menawan selera orang dewasa malah kanak-kanak juga akan teruja untuk menikmatinya.
Sementelah jika ada yang ingin mencuba untuk menyediakan menu ini untuk keluarga, apa kata sediakan seperti resipi yang dikongsikan oleh Mr Ali. Pasti puas hati!
Texture puding ni bukan macam agar-agar tau..dia lembik sebab saya suka blend dengan sos kastard nanti..kalau nak keras sikit tambahkan 5gram agar agar serbuk. Gaul dengan bahan di atas baru on api, dalam resepi dan gambar saya tak pakai sebarang serbuk agar-agar.
Ads
(Kuah Kastard)
2 cawan air
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard
4 sudu makan gula
secubit garam
Cara-Cara
Ads
Puding:
1.Masukkan semua bahan. Kacau sebati dulu..dah sebati baru on api perlahan
2.Jangan berhenti kacau. Teruskan kacau sampai pekat dan mendidih. Dah mendidih off api.
3.Masukkan dalam bekas anda, biarkan ia suam dalam 20 minit baru masukkan dalam peti
Kuah Kastard:
Ads
1.Masukkan semua bahan, kacau sebati. Dah sebati baru on api
2.Kacau atas api sampai keluar wap atau mendidih di tepi pan.
3.Off api dan sejukkan dekat luar baru masukkan dalam peti.
Bila puding dah keras hiaskan la buah apa yang anda nak guna atas tu, dan bila nak makan baru tuang kuah kastard tadi.
Makan sejuk-sejuk insyaAllah sedap.
Kuah kastard dan puding hendaklah sentiasa disimpan dalam peti sejuk.
Kebanyakkan dari kita kurang gemarkan popia kerana inti sayurnya yang sarat. Apa kata ubah kelainan dengan menggunakan inti yang berbeza selain dari sayur. Pisang antara salah satu bahan inti yang paling menarik untuk di cuba malah disukai anak-anak kita.
Resipi POPIS, yang menggunakan inti pisang dalam kulit popia ini memang awesome. Paling menarik, tak perlu masak pun malah teramat mudah untuk disediakan. Jom cuba resipi Puan Munierah Eyra ini. Memang awesome!
Korang menu apa petang ni? Che’ buat POPIS (popia+pisang). Caranya pun tak lah susah mana. Korang boleh cuba!
Bahan-bahannya:
Kulit popia
Pisang
Bancuhan tepung gandum (untuk lekatkan popia)
Susu pekat (guna untuk topping cheese)
Jem coklat pilihan
Serbuk Oreo
Cheedar cheese
Cornflakes
Nestum
Potong pisang dua bahagian.
Ambil kulit popia, letakkan pisang macam dalam gambar.
Bungkus kemas macam popia.
Gamkan dengan bancuhan tepung. Kemaskan.
Siap sedia. Panaskan minyak dan goreng.
Boleh topping dengan coklat.
Atau serbuk orea, nestum, cornflakes atau apa-apa saja yang korang suka.
P/s: Korang boleh letak jer apa-apa pilihan toping yangg korang nak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ubi Getuk Frozen Jadikan Menu Minum Petang. Teringin Nak Makan, Bila-bila Boleh Dinikmati!
Buat mak-mak yang suka menyediakan menu minum petang untuk dinikmati seisi keluarga, bolehlah cuba sediakan ubi getuk yang difrozenkan ini. Tentunya bila sudah ada stok di dalam peti sejuk, kerja menyediakan hidangan semakin mudah dan cepat. Pantang rasa teringin, terus boleh goreng dan dinikmati bersama.
Ubi Getuk Frozen
Bahan-bahan:
2 kg ubi yang sudah kupas kulit
1 biji kelapa parut putih/ 350gm
2 cawan gula pasir( nak lagi manis boleh tambah sikit) terpulang pada citarasa masing-masing.
2 sudu besar tepung gandum.
Cara-caranya:
1.Rebus ubi hingga empuk ( isi garam)
2.Setelah empuk..tos kemudian hancurkan hingga lumat.
3.Tambah kelapa + gula + tepung gandum.
4.Gaul sebati.
5.Timbang setiap doh 20gm.
6.Bulat-bulatkan, pastikan sapu minyak dekat tapak tangan supaya mudah nak bulat-bulatkan.
Ekstra Info : Kuantiti dapat 140biji +-
Tepung salut
Bahan-bahan:
400 gm tepung beras
200 gm tepung gandum
1sudu besar garam
2 biji telur
1 cawan air kapur sederhana keruh.
21/2 cawan air biasa
Sedikit pewarna kuning.
Cara-caranya :
1.Satukan semua bahan hingga larut.
Tips
-Pastikan minyak betul-betul panas.
-Guna api sederhana.
-Setelah letak ubi dalam kuali segera kacau-kacau supaya tak melekat satu sama lain.
-Jangan goreng terlalu lama @ api besar nanti ubi meletop pecah-pecah.
-Goreng sekejap dulu bila sudah sejuk baru beloh pack dan frozenkan.
Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan pemakanan nutrisi yang lengkap. Kanak-kanak yang diberi cukup makan, pada waktu yang betul mengikut perkembangan mereka lebih cenderung untuk bertahan hidup (survive), membesar, berkembang dan belajar. Mereka lebih bersedia untuk maju ke hadapan walaupun menghadapi penyakit, musibah atau krisis.
Kini, kanak-kanak kecil dan pengasuh semakin terdedah dengan makanan yang rendah nilai nutrisi termasuklah makanan pelengkap dikomersil dan makanan terproses yang mengandungi gula, garam, lemak tepu dan lemak trans yang murah, mudah didapati serta mudah disediakan untuk kanak-kanak kecil.
Kenapa diet kanak-kanak penting semasa fasa pemberian makanan pelengkap?
Kualiti diet kanak-kanak sangat penting sebelum berusia 2 tahun berbanding fasa yang lain. Pemberian makanan pelengkap yang bersesuaian serta amalan pemberian makanan yang baik menyumbang kepada kelangsungan hidup, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Selain itu dapat mengelakkan kekurangan mikronutrient, morbiditi dan obesiti di kemudian hari.
Kualiti diet berkait rapat dengan status nutrisi. Kanak-kanak yang diberi makan sekurang-kurangnya tahap minimum diet yang diterima (minimum diet acceptable) tidak mudah menjadi bantut atau kurang berat badan.
Sekurang-kurangnya satu (1) dari tiga (3) kanak-kanak mengalami sama ada malnutrisi atau berlebihan berat badan menurut kepada World’s Children 2019; Children, food, and nutrition. Bantut memberi kesan kepada 149 juta kanak-kanak bawah 5 tahun seluruh dunia, menyebabkan kesan negatif terhadap ciri fizikal, pertumbuhan kognitif serta pertumbuhan mereka. Kanak-kanak yang terkesan dengan bantut seterusnya membesar menjadi orang dewasa yang bantut, dan ibu yang bantut cenderung untuk mendapat anak bantut.
Manakala susut mempengaruhi lebih dari 49 juta kanak-kanak bawah 5 tahun seluruh dunia, meningkatkan risiko jangkitan penyakit dan kematian. Kekurangan berat badan bertanggungjawab sehingga 45 peratus kepada kematian kanak-kanak bawah 5 tahun.
WHO dan UNICEF mencadangkan bayi diberi susu ibu sahaja dari lahir sehingga 6 bulan. Pada 6 bulan, kanak-kanak sepatutnya diperkenalkan makanan pelengkap mengikut umur, selamat dan bernutrisi di samping meneruskan penyusuan susu ibu. Diet yang sesuai semasa tempoh pemberian makanan pelengkap sepatutnya kaya dengan nutrient, tanpa tenaga, lemak tepu dan lemak trans yang berlebihan, tiada tambahan gula dan garam.
Diet yang sesuai semasa tempoh pemberian makanan pelengkap dikategorikan sebagai yang pertama; pemakanan yang pelbagai (dietary diversity). Makanan pelengkap yang baik perlulah mempunyai kepelbagaian dari kumpulan makanan setiap hari: (1) susu ibu; (2) bijirin dan ubi-ubian; (3) kekacang, kacang dan biji (seeds); (4) hasil tenusu (susu, yogurt dan keju); (5) sumber haiwan ( daging, ikan, ayam);(6) telur; (7) buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin A (lobak merah, mangga, sayur berdaun hijau gelap, labu, keledek); dan (😎 buah-buahan dan sayur-sayuran yang lain.
Kanak-kanak yang menerima pelbagai jenis makanan akan kurang mendapat risiko kekurangan mikronutrient seperti vitamin A, zat besi, kalsium, tiamin, asid folik, zink, vitamin B6 dan vitamin B12. Untuk mencapai tahap minimum kepelbagaian, 5 (lima) dari 8 (lapan) kategori kumpulan makanan diperlukan.
Kanak-kanak kecil mempunyai kapasiti perut yang terhad, oleh itu mereka perlu makan makanan yang kaya dengan nutrisi walaupun kuantiti kecil untuk memaksimumkan jumlah nutrisi yang masuk dalam setiap suapan. Contoh makanan yang padat dengan nutrisi seperti daging, telur dan sumber haiwan dan kekacang seperti kacang tanah. Bijirin atau bubur sumber tumbuhan mungkin mengenyangkan tetapi makanan tersebut tidak menyediakan tenaga, protein dan mikronutrient yang cukup untuk memenuhi jurang di antara susu ibu dengan keperluan nutrisi kanak-kanak.
Kualiti lemak dalam makanan kanak-kanak juga penting. Rantaian asid lemak tidak tepu terutamanya asid lemak omega 3, yang selalunya dijumpai dalam ikan (seperti ikan sardin, keli dan terubuk), makanan laut, kacang, biji, kacang soya dan minyak tumbuhan – menggalakkan perkembangan kognitif dan motor dalam kanak-kanak.
Mungkin agak sudah biasa yang diberi nasihat, elakkan makanan atau minuman yang manis atau tiada nutrisi. Ia akan menyebabkan berlebihan tenaga dan karies gigi. Ia juga akan menyebabkan kanak-kanak sudah terbiasa dengan mengambil makanan yang tinggi gula. Selain itu akan menyebabkan berlebihan berat badan.
Kesimpulan nya, kita perlu peka dengan perubahan ketara pada anak-anak terutamanya bawah usia 2 tahun. Makanan yang pelbagai dan mengikut porsi yang betul mengikut umur penting untuk memastikan kanak-kanak mendapat mikronutrien yang mencukupi mengikut umur mereka.
Jom cuba. Senang je.
Rujukan :
• United Nation Children’s Fund (UNICEF). 2020. Improving Young Children’s Diets During the Complementary Feeding Period. UNICEF Programming Guidance. New York: UNICEF, 2020
• Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-Kanak Kecil,2012, Kementerian Kesihatan Malaysia
Favouritism dalam didik anak boleh memberi kesan psikologi jangka panjang tanpa disedari ibu bapa, termasuk trauma emosi yang berlarutan hingga dewasa.