Silap kalau kita bangga anak pandai dengan akademik, tapi gagal ajar bab adab. Masa anak kecil lagi ni lah kena banyak tegur tertib kelakuan dia. Cuba semak;
Anak bagi barang macam mana pada kita atau orang lain ? Campak?
– Jangan sentuh, suruh dia datang ambil balik, ajar bagi elok-elok.
Anak bermain di kampung macam mana? Terpukul sepupu, sepahkan mainan, terusik barang rumah dum berdentum pecah.
– Ajar kemas lepas main, jangan sakitkan orang lain, pergi mengaku siapa buat dan ajar MINTA MAAF. Jangan sembunyi. Ajar kejujuran. Ajar keluhuran.
Anak buka jajan manisan, lepas buka sampah letak mana? Kasi kita? Kita yang buang?
– Lepas buka, terus ajar buang dalam tong sampah. Dia belajar kebersihan.
Ads
Anak minta sesuatu bantuan macam mana? Bagi arahan suruh mak buat?
– Ajar dia perkataan MINTA TOLONG. Tolong bukakan baju. Tolong bukakan gula ni. Tolong letakkan pinggan ni. Ajar anak tawaduk, bukan memberi arahan.
Bila bagi sesuatu, bila dah tolong anak, biarkan anak pergi berlalu begitu sahaja?
– Mesti ucap TERIMA KASIH. Kalau dia lupa, tanya, “Cakap apa?”. Sampai dia terbiasa. Dia belajar menghargai.
Kita yang mak-mak ni pun kadang gagal buat adab-adab begini pada anak, pada orang lain.
Ads
Tak ada orang beradab, tak ada lah orang yang hormatkan ilmu pengetahuan.
Orang tak beradab pun berilmu. Sebab mereka belajar pergi kelas. Pergi sekolah. Tapi tak ada cahaya dalam hati untuk beradab dengan ilmu. Apatah lagi tertib kehidupan.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mandi sememangnya rutin wajib yang dilakukan oleh semua orang termasuk anak kecil. Di sebalik fungsinya untuk membersihkan diri daripada segala kekotoran, rutin mandi sebenarnya memainkan peranan penting terhadap perkembangan tumbesaran anak anda.
Masa mandi bersama si kecil merupakan waktu terbaik untuk meningkatkan ikatan antara anak dengan ibu bapa. Ia kelihatan seperti tugas harian yang wajib dilakukan tetapi sebenarnya ia masa terbaik merangsang otak si kecil anda.
Menurut kajian yang dilakukan, otak kanak-kanak terbentuk sebanyak 85% pada usianya tiga tahun. Dalam tempoh tersebut rangsangan sensorik memainkan peranan penting bagi perkembangan anak untuk sihat dan gembira. Peratus daripada perkembangan otak mereka dicapai menjelang usia tersebut. Pada peringkat ini daya penyerapan kognitif amat tinggi, sistem saraf dan neuron pula berkembang pesat.
Perkembangan kognitif anak juga dipengaruhi aroma. Aroma yang baik dipercayai dapat menstimulasi bahagian otak sehingga menguatkan ingatan anak di kemudian hari. Pilihlah mandian yang wangi buat si kecil agar mereka juga gembira dan teruja setiap kali mandi. Selain itu, saat mandi jangan hanya digunakan sebagai waktu untuk membersihkan diri, melainkan melakukan stimulasi. Berikan sentuhan lembut, ajak anak berbicara, dan lakukan hubungan mata.
Oleh itu jadikan waktu mandi anak sebagai satu detik istimewa bukan sahaja untuk meningkatkan ikatan antara anda dan si kecil malah untuk membantu mereka merangsang perkembangan mereka dengan baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah mendirikan rumah tangga pastinya kita inginkan kerjasama dari pasangan untuk menguruskan rumah dan anak-anak. Sekurang-kurangnya apa yang dibina adalah dari hasil kepenatan bersama sebab tanggungjawab untuk menjaga rumah tangg adalah tanggungjawab bersama.
Itulah yang diterapkan oleh Ozlynn setelah mendirikan rumah tangga bersama pelawak terkenal, Johan dan ini semua dilakukan adalah untuk menjadi contoh terbaik buat anak-anak.
Bila dia yang kejutkan subuh, dia yang mandikan anak, dia yang siapkan susu-susu anak, dia yang basuh pinggan mangkuk, dia yang berus baju pakai tangan (semua baju putih oh yang cerah) yang mesin basuh memang aku yang basuh.. tak nak banyak tangan kang jahanam mesin.. xde la memasing tuduh ..
Dia yang kemas katil, dia yang cuci tandas, dia yang vacum bilik sendiri dan ruang tamu, dia yang mop umah, dia yang tidurkan kitorg semua, dia jugak yang selalu main game, dia jugak yang kadang buat aku naik hantu🤣, dia jugak yang ajar anak-anak macam mane nak buat keje umah..
Semuanya aku turunkan ilmu ni pada dia , sejak awal kahwin.. kenapa? Haaaa ni sebabnya.. ada masa kita boleh tarik handbreak sat.. rehat bdn otak.. mcm ni la ayah aku layan mak aku.. baju keje ayah aku tak penah mak aku basuh or gosok.. sebab bapak aku anggota polis..
So sangat cerewet tentang kebersihan.. gosok baju nak ada line, baju skolah dan kasut anak-anak semua dia sental.. kadang punya kuat sampai belobang kasut aku ko!! 🤣🤣🤣.. jadi takde la istilah laki balik keje pegang fon main wassap or pegang fon main game.. Balik umah layan anak isteri dan tolong isteri.. ada masa dia balik kerja dan terlelap, aku tolong la buat tugasan dia.. jadi terus xde berkira dalam bab buat keje umah.. paham dak? Sebab slalu buat sesama.. baru lega.. nak training kena dari awal.. ah senang cite dapat suami yang memahami pun satu rezeki jugak🤗
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak solat sebab takut kena rotan. Anak pakai tudung sebab nanti mak ayah marah. Anak tingkatan 4 tak mahu puasa kalau tak dapat hadiah?Ya, beri hadiah atau hukuman memang salah satu teknik yang berkesan untuk mengajar rutin dan tabiat pada anak.
Tetapi persoalannya sampai bila?
Sampai bila anak perlu bergantung harap pada “extrinsic motivation” ataupun motivasi luaran?
BIARKAN ANAK YANG MAHU
Tahukah mak ayah, dalam kita menerapkan sesuatu rutin, tabiat atau perbuatan baik pada anak. Semuanya bergantung kepada motivasi anak melakukan sesuatu.
Motivasi untuk solat.
Motivasi untuk berbuat baik.
Motivasi untuk belajar.
Motivasi untuk menutup aurat.
Motivasi untuk berkelakuan baik.
Kalau tak ada motivasi, memang susah untuk kita buat dengan sendiri. Motivasi pula ada 2 jenis;
1. Motivasi luaran – Hadiah atau elak dari dapat hukuman. 🎁
2. Motivasi dalaman – Datang dari diri sendiri. 😍
Ada kajian yang menunjukkan apabila kita terlampau beri motivasi luaran seperti beri hukuman atau hadiah, ia boleh mengurangkan motivasi dalaman.
Dalam kajian itu terbukti kanak-kanak yang selalu diberi ganjaran untuk bermain sesuatu mainan yang mereka memang minat menjadi kurang minat untuk main mainan tersebut setelah mainan itu diberi sebagai ganjaran.
Contohnya kita selalu beri hadiah pada anak untuk main Lego jika berkelakuan baik, kesannya anak akan jadi kurang minat untuk main Lego.
Dalam kes yang lebih ekstrim, jika kita selalu sangat beri hadiah kepada anak yang memang suka membaca buku selepas anak membaca buku. Anak akan jadi kurang minat membaca buku. ⚠️
Sebab itu bagi saya sistem hukuman atau hadiah sangat bahaya kalau terlalu berlebihan atau salahguna. Boleh guna untuk sesuatu perkara yang anak memang tak suka lakukan cuma perlu rangsang motivasi dalaman anak bersama-sama.
Dalam kes solat, puasa atau menutup aurat, pendapat saya seeloknya mak ayah rangsang motivasi dalaman dahulu sebab itu adalah kewajipan sebagai orang Islam.
Buat anak mahu buat dahulu dengan cara:
1. Jadi “role model” pada anak. 👩🏫
2. Cerita tentang kenapa kita solat, puasa dan menutup aurat.
3. Tunggu anak yang minta nak solat dan puasa bersama-sama semasa anak 7 tahun kebawah. Kebiasaannya anak umur 1 tahun sudah mula meniru perbuatan mak ayah. Itu yang bila kita solat, dimana tempat sujud disitulah anak mahu duduk. 😅
4. Dalam Islam juga kita tidak boleh merotan anak semasa anak 7 tahun kebawah. Dedahkan dan ajak anak boleh cuma belum wajib lagi.
5. Rangsang motivasi dalaman anak dahulu sebelum kita beri hadiah atau hukuman.
6. Umur 7 tahun barulah terapkan disiplin dan tanggungjawab.
7. Tekankan kewajipan anak dan hadiah hanya sampingan.
8. Umur 10 tahun baru boleh hukum jika tinggal solat.
Memang normal kita sebagai mak ayah kalau boleh mahu anak kita cepat dari semua aspek. Tetapi apa guna cepat tetapi tidak tahan lama?
Kita tak mahu jadi punca anak solat dan puasa hanya didepan mak ayah. 😔
Dalam parenting, kita perlu fikir jangka masa panjang. 12 tahun sahaja kita ada masa untuk bentuk anak. Anak dah masuk sekolah menengah, mereka sudah masuk alam separuh dewasa.
Sebab itu dalam didikan agama, saya dan suami ambil pendekatan untuk tidak terburu-buru dan ikut didik ikut cara Nabi Muhammad kerana kami juga dibesarkan dengan cara ini.
Kami mahu anak gembira setiap kali waktu solat atau puasa semasa umur 7 tahun dibawah. Jadikan perkara tersebut sebagai perkara yang seronok dan ceria bukannya sebagai sesuatu yang stress.
Percayalah, pasti anak yang mahu lakukannya sendiri.
Sepanjang saya membesar, seingat saya, masa darjah 3 barulah ayah saya rotan bila tinggal solat. Tiap kali lepas maghrib, ayah saya akan soal setiap waktu solat sembahyang atau tidak. Kalau 3 waktu tidak solat, alamatnya dapatlah 3 kali rotan. 😂
Tapi tak lama pun, masa awal-awal sahaja. Lepas itu sendiri dah biasa.
Dalam kes menutup aurat pula, bila dah umur 7 tahun memang dah tak ada pakai skirt ataupun seluar pendek tak kiralah anak lelaki atau perempuan. Pakai baju “princess” tetapi berseluar panjang. Belilah baju fesyen apa-apa yang penting sopan.
Tudung pula tidak pernah mak ayah paksa pakai, cuma sentiasa diingatkan yang nanti dah baligh kena tanggung dosa sendiri. Pakai tudung untuk diri sendiri, tak mahu tanggung dosa bukan sebab takut mak ayah marah.
Saya pasti apabila berbicara tentang ini memang semua ada pendapat dan hujah masing-masing. Poin penting saya adalah, gunalah apa-apa cara tetapi yang penting kita mak ayah rangsang motivasi dalaman bukannya mengharap motivasi luaran semata-mata.
Dunia parenting penuh dengan seni. Lagi-lagi dalam keadaan dunia semakin mencabar, seperti menarik rambut dalam tepung. Kena faham dan banyak belajar tentang psikologi anak. Setiap personaliti dan umur anak pendekatannya berbeza.
Cuba kongsikan cara kalian dididik puasa atau solat dahulu? 🤔
Semoga semua mak ayah dipermudahkan dalam mendidik anak. Semoga bermanfaat. ❤
Kredit: Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy