Pengalaman anak pertama kali melangkah masuk ke alam persekolahan sememangnya mendebarkan. Rasa tidak yakin, bimbangkan keadaan anak yang masih tidak pandai berdikari dan sebagainya. Seribu satu persoalan dan kerisauan yang bersarang di minda.
Pun begitu, sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah PdPR) yang dilaksanakan di seluruh negara membuka satu lembaran baru buat kita. Pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha turut berdepan situasi sama bila mana anak sulungnya, Yusof Iskandar kini sudah pun melangkah ke alam persekolahan.
Menerusi satu entrinya di instagram, Hanis turut berkongsi sekeping gambar Yusof ketika belajar melalui atas talian. Malah Hanis turut memantau sesi pembelajaran Yusof dari jauh.
“Yusuf Iskandar, first day of (online) school at home, 2021,” kongsi Hanis ringkas.
Namun apa yang menarik perhatian wargamaya adalah ruang belajar Yusuf yang sangat luas dan selesa malah menyifatkan ruang belajar itu sebagai perpustakaan di sekolah.
Dengan saiznya yang besar ditambah susun atur pelbagai buku yang diletakkan Hanis pada bahagian atas dinding membuatkan ia terlihat cukup cantik, selesa dan mewah.
Ads
Tidak hairanlah ada peminat yang meminta Hanis melakukan house tour bagi melihat sendiri dekorasi indah kediaman Hanis sekeluarga.
Terdahulu, Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015 dan kini mereka mempunyai dua orang cahaya mata, Yusof Iskandar dan Alisa Aishah yang sentiasa membuat pengikut Hanis di instagram terhibur.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @haniszalikha @theyusofiskandar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendirikan rumahtangga satu keputusan paling besar yang perlu dilakukan seumur hidup. Ini kerana ia merangkumi cara hidup dan masa depan buat selamanya.
Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang remeh-temeh. Ia melibatkan dua insan yang bersetuju untuk sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Termasuklah saling membantu satu sama lain ketika menjaga amanah Allah, iaitu anak.
Namun, ada juga perkara yang sering menjadi perbincangan ramai iaitu suami lepas tangan urus rumah tangga dan anak-anak atas alasan keluar cari rezeki sehingga pasangan rasa stres dan terbeban.
Akibat daripada keadaan ini, ia penyebab utama kenapa isteri-isteri di luar sana cepat letih dan akan mudah melenting kepada anak-anak. Mereka penat dan tidak cukup tangan untuk melakukan kesemua benda seorang diri.
Berikut perkongsian dari Mohd Fhais yang suka menulis ilmu keibubapaan dan kekeluargaan.
Jangan biarkan pasangan kita rasa 5 perasaan ini walaupun dengan alasan mencari rezeki
1 – Rasa Tak Selamat
Setiap hari risau, takut dan stress. Ini tak baik untuk kesihatan. Wanita ni emosinya kuat, nak beri dia rasa selamat, lindungi dulu emosi dia. Jauhkan dia dari rasa sedih, marah, kecil hati dan penat.
2 – Rasa Tak Di Hargai
Ucapan terima kasih setiap hari sangat mudah di ucap tapi tak ramai yang buat kerana rasa ia tak penting. Terima kasih jaga rumah, terima kasih jaga anak, terima kasih jaga makan minum kita. Ucap je, dan anda akan rasa perubahan ketara pada isteri.
3 – Rasa Tak Di Fahami
Bila isteri ajak berborak tu tanda dia nak meluah. Diam, fokus dan dengar baik baik kerana dalam setiap patah yang keluar dari mulut isteri itu ada maksud tersirat. Fahami isteri, fahami rumahtangga.
4 – Rasa Sunyi
Seorang diri jaga anak, seorang diri buat kerja rumah, pergi ke kedai pun seorang diri. Lama-lama rasa sunyi ni boleh jadi racun dalam diri tau.
5 – Rasa Menyesal
Akhir sekali rasa menyesal! Parah dan membawa padah jika isteri rasa begini. Elakkan la selagi masih ada harapan.
Wallahu A’lam,
Sumber: Mohd Fhais
Susah sama-sama, gembira pun sama-sama. Baru adil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Episod pandemik wabak Covid-19 masih belum berakhir kerana setiap hari pasti ada sahaja kes baharu dilaporkan. Walaupun kerajaan telah membenarkan beberapa sektor pekerjaan dan perniagaan dibuka, namun Standard Operating Procedure (SOP) tetap harus dipatuhi oleh orang awam.
Tiada akta yang melarang golongan berisiko iaitu kanak-kanak, wanita hamil dan juga warga emas untuk mengunjungi mana-mana tempat awam. Namun adalah lebih baik jika golongan berisiko ini tidak mengunjungi tempat yang sesak yang boleh membahayakan kesihatan mereka.
Pihak Pa&Ma telah mendapatkan nasihat daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan isu ini.
Nasihat Datuk KP tentang sikap sesetengah ibubapa yang memandang ringan soal kesihatan ini (membawa anak keluar ke tempat awam yang sudah tentu meningkatkan risiko anak mereka pada virus COVID-19)
Sekali lagi saya ingin mengingatkan bahawa virus COVID-19 ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja termasuk bayi dan kanak-kanak.
Ibubapa perlulah menjadi frontliner kepada anak-anak mereka untuk mencegah penyakit ini berjangkit dalam keluarga mereka.
Kesihatan anak-anak tidak boleh dipandang ringan kerana virus ini kita tidak nampak dengan mata kasar dan data juga menunjukkan sebilangan besar pesakit tidak mempunyai gejala.
Saya suka mengingatkan ibubapa agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID.
Terus amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:
o Elak bersalaman / bersentuhan;
o Amalkan etika batuk dan bersin;
o Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
o Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
o Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Selain itu, sentiasa amalkan penjarakan sosial (social distancing) pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.
Buktikan kasih sayang dan cakna kita kepada anak-anak dengan menjadi pelindung mereka. Kasih sayang, sikap ambil berat, perhatian masa, tenaga dan wang ringgit yang telah kita curahkan tidak ternilai demi untuk memastikan kesihatan dan perkembangan mereka mencapai tahap optimum kerana mereka adalah bakal pemimpin di masa hadapan.
Pandemik ini merupakan sejarah bagi mereka yang boleh meninggalkan kesan postif atau sebaliknya. Semua bergantung kepada kita ibubapa yang akan mencorakkan sejarah kehidupan mereka.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 26 Jun 2020
Ini nasihat daripada Datuk Dr Noor Hisham Abdullah buat ibu bapa lain yang membawa anak kecil ke tempat awam. Kita masih belum menang melawan Covid-19 jadi kita perlu sentiasa beringat tentang bahaya penyakit ini. Semoga kita semua dilindungiNya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila bercakap mengenai penjagaan kanak-kanak, terutamanya anak kecil, ia turut melibatkan keselamatan di rumah dan bukan hanya semasa di luar. Jom ketahui asas keselamatan yang perlu dititikberatkan di dalam rumah.
Keselamatan di rumah untuk penjagaan kanak-kanak
Anda pasti ada terlihat video tular di laman Facebook memaparkan kanak-kanak perempuan memanjat dan bermain di luar balkoni bangunan pangsapuri yang dipercayai terletak di Lembah Klang. Tindakan kanak-kanak tersebut sememangnya boleh mengundang bahaya, bahkan maut juga menanti.
Namun jika difikirkan, situasi tersebut bukan sahaja berisiko terjadi pada bangunan yang bertingkat tinggi seperti pangsapuri mahupun kondominium, tetapi juga rumah bertingkat.
Berikut adalah beberapa peringatan yang perlu ibu bapa ketahui untuk menjaga aspek keselamatan anak semasa berada di rumah:
Keselamatan balkoni
Ini adalah tip untuk memastikan keselamatan di rumah pada bahagian balkoni:
#1. Jauhkan bangku, meja dan kerusi daripada pagar balkoni
Ia adalah satu naluri biasa pada kanak-kanak yang ingin memanjat pagar atau perabot untuk melihat pemandangan yang lebih baik. Namun dalam masa yang sama, ia meningkatkan risiko untuk anak terjatuh.
Jika kawasan balkoni anda terhad, sebaiknya biar ia berada dalam keadaan tanpa perabot. Cuma bawa keluar beberapa kerusi jika ingin melayan tetamu di sana.
#2. Waspada jarak antara palang pagar balkoni
Jarak antara palang bar di balkoni seharusnya tidak boleh melebihi 4 inci. Ia bertujuan untuk menghalang kanak-kanak walaupun bersaiz kecil untuk melepasi pagar tersebut.
Sekiranya ketinggian balkoni adalah lebih daripada 1 meter di atas paras tanah, ia mesti lah mempunyai pagar atau penghadang.
Ini bermakna jika anda tidak tinggal di kondo atau pangsapuri, tetapi mempunyai teres bertingkat, ia harus mempunyai pagar.
American Academy of Pediatrics (AAP) mencadangkan agar ketinggian pagar balkoni haruslah sekurang-kurangnya 3 kaki atau 1 meter.
#3. Pintu ke balkoni sentiasa berkunci, penting untuk penjagaan kanak-kanak
Anak-anak pada masa ini bijak-bijak belaka, malah yang masih kecil sekali pun ada kalanya sudah pandai untuk membuka pintu yang berkunci. Jadi penyelesaian terbaik adalah untuk memasang 2 jenis kunci yang berbeza.
Jika pintu ke balkoni jenis pintu gelangsar atau sliding door, anda boleh meletakkan papan penyelak pada landasan pintu untuk mengelakkan daripada terbuka.
Keselamatan di bahagian dapur
Kebanyakan jenis rumah yang diubah suai atau unit kondo menggunakan susun atur terbuka, menjadikan kawasan seperti dapur mudah diakses untuk semua individu termasuk kanak-kanak.
Jadi pastikan pisau dan peralatan dapur lain diletakkan jauh daripada capaian anak.
Sekiranya perlu, pasang kunci dan selak kalis kanak-kanak (kid-proof lock & latches) pada kabinet dan rak – terutamanya yang menyimpan peralatan berbahaya atau bekalan pembersih seperti peluntur atau semburan beracun.
Gunakan stove guard untuk menutup atau mengunci tombol dapur masakan, pastikan setiap pemegang periuk atau kuali dialihkan ke belakang untuk mengelakkan ia mudah dicapai anak semasa sedang memasak.
Anda juga boleh memasang pengadang sudut pada meja dan kaunter dapur.
Pastikan bilik mandi selamat
Dalam menitikberatkan aspek penjagaan kanak-kanak dan keselamatan di rumah, anda perlu ketahui bahawa bilik air adalah antara tempat berbahaya untuk anak kerana mereka boleh lemas walaupun dalam air takungan yang cetek serta tergelincir.
Anda boleh letakkan tikar getah pada lantai bilik air terutamanya di bahagian pancuran mandian atau tab mandi untuk mengurangkan lantai daripada licin.
Pilih pemanas air yang mempunyai peranti anti-panas atau pasangkan peranti tersebut pada kepala pancuran mandian untuk memastikan kulit anak tidak melecur atau terkena air yang terlalu panas.
Paling penting, jangan pernah meninggalkan anak di dalam bilik mandi tanpa pengawasan.
#Bahagian tingkap
Berikut antara aspek keselamatan pada tingkap di rumah, sentiasa pastikan semua tingkap agar:
Lindungi palam elektrik, aspek keselamatan di rumah yang penting
Sikap ingin tahu anak terutamanya yang masih kecil membuatkan mereka akan menyentuh segalanya termasuklah soket elektrik.
Pastikan setiap palam atau soket elektrik dilindungi menggunakan pelindung keselamatan untuk mengelakkan anak daripada memasukkan jari.
Wayar juga perlu dipastikan sentiasa kemas dan tidak berselirat di lantai – jauh daripada jangkauan anak-anak.
Ajari anak aspek keselamatan di rumah
Tip terakhir dalam memastikan keselamatan anak semasa di rumah adalah dengan mengajar mereka mengenai aspek keselamatan dan mematuhi peraturan apabila berada di kawasan dengan pagar balkoni.
Tetapkan beberapa peraturan asas seperti:
Balkoni adalah kawasan terlarang untuk bermain melainkan bersama individu dewasa
Dilarang memanjat pagar balkoni atau perabot yang terletak di sana
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
-Hello Doktor
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!