Benarlah kata orang, anak perempuan sememangnya manja dengan ayahnya. Ayahlah yang menjadi hero dan cinta pertama untuk anak perempuannya. Begitu juga bagaimana seorang anak perempuan akan sentiasa menjaga ayahnya.
Bonding antara anak perempuan dan ayah berbeza dengan hubungan bersama ibunya. Manjanya anak perempuan dengan si ayah memang susah nak digambarkan dengan kata-kata.
Jika terjadi apa-apa kepada ayahnya, anak perempuanlah yang paling ketara menzahirkan emosi. Inilah yang boleh dilihat apabila anak perempuan kepada pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya yang menangis apabila melihat sesuatu terjadi kepada ayahnya.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram fattzuralovelife, Fatima dilihat menangis dan menahan perasaan sedihnya apabila melihat sebuah babak di mana Fattah dipukul. Dipercayai babak tersebut dari filem KL Special Force.
Sambil jarinya ditudingkan ke televisyen, Fatima memanggil Daddy dengan nada sedih. Air mata pun mengalir, punyalah sedih. Memang betullah Fatima sayangkan ayahnya tu. Tak sanggup tengok Fattah sakit kena pukul.
Ads
Sumber foto: Instagram Fattah Amin
Sekadar recap, Fatima dilahirkan sekitar bulan Oktober 2020 hasil perkahwinan pasangan bahagia ini pada 27 November 2017.
Kaum wanita ni ada macam-macam pantang larang yang boleh kita buat kalau ada yang melanggarnya. Salah satu dari kepantangan kaum wanita ni adalah bila tudung yang sudah digosok elok tapi ada yang ‘mengusiknya’ sehingga kerenyuk semula.
Tiada siapa yang berani mendekati tudung yang siap digosok kerana biasanya ia akan dibentangkan sebelum dipakai. Namun, itulah yang dilihat dari video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @nana_izwan.
Di dalam video tersebut boleh dilihat ada seorang kanak-kanak lelaki yang dengan selamba berbaring di atas tudung ibunya. Sudahlah baring, boleh pula siap bergerak-gerak di atas tu. Memang confirm akan komot balik!
“Pergh.. Awak mampu melepak atas tu ya. Dan mampu tersenyum lagi. Pergh!”.
Mendengar kata ayahnya itu, kanak-kanak lelaki tersebut hanya tersenyum sambil menggerakkan kakinya.
Jom tengok video ini;
“Bang.. Kalau belum gosok memang namanya tudung bang tapi kalau dah gosok, dia jadi periuk api bang. Tahu tak, Daddy nak lalu pun tak berani bang, ni abang boleh baring atas tu eh. Apa-apa Daddy gerak dululah bang.”
Ternyata gelagat kanak-kanak itu mencuit hati orang yang menonton video tersebut dan kebanyakan meninggalkan komen yang bersetuju dengan ayahnya;
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 55.8k dan lebih kurang 1000 komen. Diharapkan kanak-kanak lelaki itu dan ayahnya ‘selamat’ kerana merosakkan tudung yang telah digosok si ibu.
Dalam kesibukan ibu bapa mencari ruang untuk berehat, tak dinafikan indoor playground sering menjadi pilihan kerana ia dianggap selamat, selesa dan sesuai untuk anak-anak melepaskan tenaga. Namun, tak semua ibu bapa memahami batas dan tanggungjawab ibu bapa indoor playground ketika menghantar anak bermain di kawasan seperti ini.
Baru-baru ini, luahan seorang pekerja indoor playground tular di laman Threads apabila dia berkongsi pengalaman sebenar berhadapan dengan sikap ibu bapa yang ‘lepas tangan’, sampai ada yang sanggup meninggalkan anak kecil berjam-jam tanpa sebarang pengawasan.
Menurut staf tersebut, kejadian ibu bapa sekadar ‘drop’ anak dan berlalu pergi sudah semakin biasa terutama pada hujung minggu dan waktu puncak. Ada yang keluar makan, shopping, malah menonton wayang.
“Ramai parents yang tinggalkan anak sorang-sorang expecting kami jaga. Weekend, budak masuk berpuluh… mana nak perasan satu-satu?”
Bagi mereka yang bekerja di sana, situasi seperti ini sangat membimbangkan kerana jumlah kanak-kanak yang ramai tidak memungkinkan staf memantau setiap pergerakan anak.
Antara insiden yang kerap berlaku ialah kanak-kanak memanjat keluar dari tembok keselamatan, atau ‘terlepas’ keluar ketika pintu dibuka.
Lebih merisaukan, ibu bapa mereka hilang entah ke mana.
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun hampir hilang, namun reaksi ibunya mengecewakan staf.
“Anak suka panjat-panjat, dekat rumah pun macam tu.”
Pekerja itu hanya mampu terdiam bagaimana seorang ibu tidak risau apabila anaknya hampir hilang?
Indoor playground bukan pusat penjagaan. Namun, dalam banyak situasi, staf terpaksa menguruskan perkara peribadi anak-anak kecil yang sepatutnya dipantau oleh ibu bapa.
“Budak nak terkencing, parents tak jawab phone. Kami pula yang kena temankan pergi tandas, tolong buka seluar, bersihkan. Dah macam babysitter tak berbayar.”
Lebih merumitkan keadaan, polisi jelas menyebut bahawa kanak-kanak bawah 5 tahun wajib ditemani penjaga, namun ramai ibu bapa tetap berkeras tidak mahu masuk.
Ada yang marah, meninggikan suara dan mendesak staf membenarkan anak masuk tanpa pengawasan.
Lebih menyedihkan, ada ibu bapa yang membeli pakej bermain berjam-jam tetapi langsung tidak menjenguk anak dengan tiada air, tiada snek, tiada rehat.
“Budak datang cakap dia lapar, dahaga. Kesian… bukan anak kami, tapi kami yang risau.”
Malah, ada ibu bapa yang menyalahkan staf apabila anak hampir terjatuh, walhal mereka sendiri tidak berada di tempat kejadian.
Dalam nada penuh kecewa, pekerja tersebut merayu agar semua ibu bapa sedar bahawa indoor playground bukan tempat ‘parking’ anak. Ia tempat untuk bermain — bukan tempat menggantikan tanggungjawab ibu ayah.
“Please la sayangi anak. Jangan jadi parents yang tak bertanggungjawab. Kami sangat risau tengok perangai macam ni.”
Majalah Pa&Ma sering mengingatkan bahawa apa sahaja keadaan, keselamatan anak tetap di tangan ibu bapa. Staf hanya memastikan peralatan selamat dan kawasan terjaga, bukan menjaga setiap anak secara individu — lebih-lebih lagi ketika pengunjung terlalu ramai.
Indoor playground hanya selamat apabila ibu bapa turut memainkan peranan. Pantau anak, jenguk mereka walaupun sekejap, pastikan mereka makan dan minum, dan patuhi polisi keselamatan yang ditetapkan.
Anak datang untuk bergembira. Tapi biarlah keseronokan itu selamat, bukan mengundang bahaya. Dalam konteks ini, memahami tanggungjawab ibu bapa indoor playground adalah asas kepada keselamatan.
Bagi pekerja, cabaran sebenar bukan pada menjaga peralatan atau mengawal aktiviti, tetapi menangani sikap segelintir ibu bapa yang terlalu selesa melepaskan tanggungjawab. Bila anak terlalu bebas tanpa pengawasan, risiko kecederaan meningkat. Bila kawasan terlalu sesak, potensi anak keluar tanpa disedari juga bertambah.
Dengan mematuhi tanggungjawab ibu bapa indoor playground, ibu bapa bukan sahaja membantu staf, tetapi memastikan suasana lebih harmoni, selamat dan menyeronokkan untuk semua kanak-kanak.