Bila kandungan dah berusia sembilan bulan, bila-bila masa sahaja bayi dalam kandungan boleh dilahirkan. Salah satu tanda yang menunjukkan ibu hamil bakal melahirkan adalah bila air ketuban pecah.
Bagi yang pertama kali hamil, keadaan ini tentunya buat mama rasa panik. Nak tahu apa yang perlu dibuat bila air ketuban dah pecah? Ikuti perkongsian daripda Dr Muhammad Izzat ini:
Air ketuban boleh pecah bila bila masa
Baby dalam rahim dikelilingi oleh air ketuban dalam sejenis kantung. Air ini berfungsi menyerap hentakan and keep your baby protected dan dalam masa yg sama membolehkan baby bergerak bebas – berenang ke sana ke mari. Bila ada lubang pada kantung ini – air ketuban boleh bocor. Kalau ada lubang kecil somewhere sepanjang kantung tu, air akan turun sedikit demi sedikit. This fluid will trickle down – mak mak akan rasa mcm ehhh napa basah je seluar dalam ni? Eh, aku terkencing ke? Remember, this fluid adalah jernih dan takda bau, so boleh bezakan dgn air kencing.
Bila lubang terjadi kat bahagian depan baby( kepala ) – air ketuban boleh turun laju seolah-olah mcm hujan lebat.
Gambaran biasa untuk situasi air ketuban pecah, ia akan membasahi seluar atau kain bakal. Keadaan ini biasa nampak kat TV/drama. Small pocket of water yang terkumpul di kepala baby, so bila bocor, pressure dari kepala baby and sometimes pressure from uterine contraction boleh menolak more air ketuban keluar dan banjir laaa lantai dengan air ketuban.
Kekadang ada bunyi ‘pop’ followed by trickle of water, then tetiba air mengalir deras sehingga wet your panties/underwear.
Pesanan saya, bila pecah air ketuban;
1) Tengok pukul berapa leaking – beritahu doktor waktu tersebut.
2) Perhatikan warna – normal air ketuban berwarna jernih dan kadang kala campur darah sikit memberikan colour pink ( this is true once a woman in labour ). Perhatian jika air ketuban colour hijau atau brown – ini petanda baby dah berak kat dalam. 3) Pakai pad – monitor your leaking and colour. Pada pad juga boleh tengok colour air ketuban.
4) Jumpa doktor, usah mesej tanya kawan nak buat apa dan sebagainya.
* Sesetengah bayi prefer nak keluar sejurus sahaja air ketuban pecah. Some not. So bila dah lebih 24 jam baby tak keluar lagi in a term pregnancy- Dr akan advice untuk induce untuk reduce risk of infection.
Ada masa doktor akan pecahkan air ketuban ( Artificially rupture of membrane ) as part of induction process ataupun untuk percepatkan proses bersalin.