Panik bila anak demam dan suhu badan naik mencanak. Memberikan ubat punggung boleh membantu mama papa menurunkan suhu dan mengawal demam anak.
Ketahui fungsi, cara menggunakannya, sukatan dan jenis ubat ubat buntut atau supositori paracetamol ini. pa
Berikut ialah perkongsian info tepat daripada Public Health Malaysia untuk memberikan penjelasan kepada ibu bapa yang sering mengalami kekeliruan tentang penggunaan dan penyimpanan ubat ini.
UBAT BUNTUT @ SUPOSITORI PARACETAMOL
Pada perkongsian sebelum ini tentang cara pengiraan dos dan isipadu sirap Paracetamol, ada yang bertanyakan bagaimana pula dengan supositori Paracetamol?
FUNGSI
Supositori Paracetamol digunakan untuk melegakan demam dan kesakitan seperti sakit kepala dan otot.
DOS/ SUKATAN
Ads
Secara umumnya dos supositori Paracetamol boleh diberikan kepada kanak-kanak adalah:
60-125mg untuk bayi berumur 3 bulan -1 tahun.
125-250 mg untuk 1-5 tahun.
250-500 mg untuk 6-12 tahun.
Dos mengikut berat pula adalah 40mg/kg stat (dengan segera sekali sahaja) kemudian diikuti dengan 30mg/kg, maksimum 5g/hari.
KEKERAPAN
Cara pemberian supositori adalah setiap 4 hingga 6 jam jika perlu, maksimum 4 kali sehari.
Ads
Untuk bayi berusia bawah 3 bulan pula, ibu bapa digalakkan merujuk dahulu profesional kesihatan sebelum menggunakannya.
TOLONG ELAK OVERDOSE!
Bagi penggunaan supositori Paracetamol, jangan gunakan ubat-ubatan lain yang turut mengandungi Paracetamol pada masa yang sama.Bimbang overdoseakan berlaku.
CARA PENYIMPANAN
Ads
Supositori Paracetamol perlu disimpan pada suhu bawah 25℃, terlindung daripada cahaya dan lembapan.
JENIS
Terdapat tiga jenis supositiri Paracetamol di pasaran iaitu 125mg, 250mg dan 500mg. Di premis kesihatan kerajaan pula biasanya hanya supositori 125mg dan 250mg yang disimpan.
Supositori Paracetamol boleh diperolehi di farmasi komuniti atau klinik swasta dengan harga Rm5.50(5 biji) untuk 125mg dan Rm6.50(5 biji) untuk 250mg. Harga mungkin berbeza mengikut tempat.
Bawa anak anda untuk mendapatkan rawatan dengan segera apabila anak tidak semakin pulih walaupun setelah menggunakan supositori Paracetamol.
Jika anda ragu, sila rujuk dahulu profesional kesihatan sebelum memberikan/menggunakan supositori Paracetamol.
Biasanya ramai ibu bapa bila dapat baby baru akan risau si abang atau kakak cemburu? Bagaimana nak atasinya?
Ok sebagai ibu bapa, anda perlu menyediakan si abang atau si kakak dari segi fizikal, mental, emosi dan jiwa.
Jika anak itu di bawah 2 tahun, dia masih kecil dan cara menanganinya berbeza dengan anak yang 4 atau 5 tahun.
Perkongsian dari Ibu Rose sangat membantu ibu bapa dalam dilema dan ada dua tahap umur yang perlu anda faham supaya mudah nak ambil hati anak yang lain.
Sediakan anak dari 4 sudut:
Fizikal:
Perlu bijak menggunakan badan fizikalnya. Untuk anak di bawah 2 tahun. Ajar dia untuk membelai baby. Sebab pada usia ini, anak tidak begitu pandai mengawal kekuatan tangannya. Oleh itu, selalu anak pada usia ini, bila berjumpa baby, dia akan nampak seorang menampar baby. Tetapi sebenarnya dia hanya hendak memegang. Tapi bila selalu sangat dimarah, maka dia akan benci pada baby baru itu.
Bila baby dah lahir, pada bulan pertama dukunglah dia jika dia minta. Buatlah lebih kurang sama apa yang anda buat pada baby, pada dia. Mungkin tidak perlu sampai sebulan.
Jika anda dah sediakan minda dan emosinya sebelum baby lahir, anak itu cepat faham, dia lagi banyak buat benda dari adik kecilnya. Elakkan mengatakan; ” Abang dah besar, tak boleh dukung-dukung lagi.
Untuk yang lebih 3 tahun, dia mungkin tidak akan minta di dukung, tapi untuk mengelakkan cemburu, banyakkan membelai anak itu. Kiss, belai, peluk, sikatkan rambut jika dia mahu. Ramai juga anak-anak yang mahu buat semua sendiri sebab mereka nak jadi abang dan kakak. This is good. Biarkan dan tetap kiss and peluk.
Minda:
Minda perlu ilmu. Oleh itu berilah ilmu mengenai pertumbuhan adiknya sebelum lahir dan setelah lahir. Bacalah buku dan tunjuk gambar baby. Cerita bagaimana rupa baby pada setiap bulan dan ajak dia pegang baby dalam perut itu. Selalu ceritakan apa yang anda akan buat bersamanya untuk baby dan apa baby akan buat dengannya bila baby dah besar.
Emosi:
Keperluan hati ialah kasih sayang. Oleh itu pastikan abang atau kakak berasa lebih disayangi setelah ada adik. Selalu katakan bila baby dah lahir, kasih sayang anda pada si kakak atau abang lagi akan bertambah sebab dia sayang adiknya dan dia sekarang mama little helper atau daddy little helper.
Emosilah yang paling perlu dijaga. Oleh itu banyak menyediakan emosinya untuk menerima kedatangan adiknya. Jika ada orang cuba menanam cemburu, contoh; ‘nanti dah ada adik, mak tak de masa nak layan kamu…padan muka’ , cepat-cepat di situ anda counter balik dan kata, ‘ nanti dia dah ada adik, mak lagi sayang sebab dia sayang adik dia dan dia suka layan adik dia baik-baik, sebab dia precious mama and ayah. Dan kiss tangan kecil dia.
Anda suami isteri perlu bekerjasama memastikan ada masa khas untuk si kakak atau si abang. Adakan special time. Tak perlu lama, 20 minit sehari pun cukup.
Jiwa:
Jiwa memerlukan melakukan amalan baik, berbuat baik. Oleh ajak anak untuk melakukan sesuatu untuk adiknya, atau si ayah ajak anak yang besar itu sediakan sarapan, atau ambilkan barang untuk adik. Selalu raikan perbuatan baiknya dan katakan dia seorang yang rajin, sayang mama and papa dan sayang adik. Dia sangat dikasihi and anda bangga dengannya.
Tunjukkan pada dia bagaimana pertolongannya membantu memudahkan kerja anda.
Di sinilah ibu bapa selalu kecundang, sebab hanya arah dan suruh si kakak dan abang.Tidak mengambil masa menyediakan mereka tentang kefahaman berbakti. Lantaran itu menyebabkan anak berasa dia tidak disayangi lagi. Inilah yang menyebabkan dia memberontak lalu mengamuk.
Anak yang besar itu juga memerlukan ruang dan masa untuk adjust dengan perubahan itu. Walaupun anda sudah menyediakan dari semua sudut, persediaan tidak sama dengan melaluinya. Oleh itu, jika dia mengamuk, SABAR dan tenangkan dia dengan kata-kata kasih.
Pada masa cucu Ibu Azzara mendapat adiknya, Muhamad usia dia sudah 4 tahun. Mamanya sudah sediakan dia untuk ke empat sudut ini. Namun, pada hari ke empat Ibu lihat dia nampak senang marah. Ibu pun bertanya kepadanya, ” Az-Zahraa rasa tak selesa dekat hati ya. Rasa sedih tapi Az-zahraa suka dapat adik, tapi rasa sedih sikit ya, ‘ dia menggangguk. Ibu pun menyatakan kepadanya, tak mengapa, itu bukan tanda dia tak sayang adiknya. Itu cuma kerana bila adiknya lahir, banyak perubahan dalam hidupnya.
Tidur pun adakalanya terganggu sebab adik menangis. Ibu tenangkan hatinya dan Ibu kata ” Mari kita buang tenaga itu dan tumbuk bantal ni. Tumbuklah bantal tu sampai Az-Zahraa puas hati. Az-Zahraa pun melakukan untuk 2-3 minit. Lepas tu dia mengatakan kepada Ibu dia sudah rasa selesa kembali. Ibu pun memberitahunya, jika dia rasa tidak selesa lagi di hatinya, dapatkan saja bantal special itu dan tumbuk.
Dalam masa kurang seminggu, dia sudah dapat menyesuaikan diri dengan perubahan itu dengan baik.
Mamanya pun sudah dapat menyesuaikan diri dengan perubahan. Dan dia khaskan masa bersama Az-Zahraa setiap hari. Tidak pernah Az-Zahraa cemburu dengan adiknya. Bila ditanya, dia akan mengata; “I am mama little helper. I love Pocoyo (gelaran yang dia beri kepada adiknya).
Ibu harap perkongsian ini membantu anda. Kepada Allah kita bersyukur. Hanya dialah yang mendatangkan ilham baik kepada kita ibu bapa yang penyayang dan berazam mahu menjadi penyayang.
Semoga kita sentiasa menjaga perhubungan penuh kasih-sayang di dalam keluarga. Bila perhubungan ahli keluarga baik dan sihat , maka keluarga penuh kasih.
Nota Ringkas Atasi Anak Jealous Bila Dapat Adik Baru :
1.Fizikal
-dukung jika diminta, cium, belai, peluk selalu
2.Minda
– Minda perlu ilmu
– Bacalah buku dan tunjuk gambar baby, bagaimana perkembangannya di dalam perut
– ajak dia pegang baby dalam perut itu.
-Selalu ceritakan apa yang anda akan buat bersamanya untuk baby dan apa baby akan buat dengannya bila baby dah besar.
3.Emosi
-Keperluan hati ialah kasih sayang.
– Selalu katakan bila baby dah lahir, kasih sayang anda pada si kakak atau abang lagi akan bertambah sebab dia sayang adiknya dan dia sekarang mama little helper atau daddy little helper.
-selalu kata, ‘ nanti dah ada adik, mak lagi sayang sebab dia sayang adik dia dan dia suka layan adik dia baik-baik, sebab dia precious mama and ayah. Dan kiss tangan kecil dia.
-Adakan special time. 20 minit sehari pun cukup.
4.Jiwa
-Jiwa memerlukan melakukan amalan baik, berbuat baik.
-ajak anak untuk melakukan sesuatu untuk adiknya, atau si ayah ajak anak yang besar itu sediakan sarapan, atau ambilkan barang untuk adik.
-Selalu raikan perbuatan baiknya.
-Dia sangat dikasihi and anda bangga dengannya.
-Tunjukkan pada dia bagaimana pertolongannya membantu memudahkan kerja anda.
Dunia hari ini menuntut ibu bapa jadi lebih peka dan berilmu, terutama dalam hal melindungi anak daripada bahaya yang tak selalu nampak di mata. Sentuhan bukan sekadar fizikal — ia membawa emosi, maruah, dan keselamatan. Namun, ramai anak kecil masih belum diajar tentang sempadan tubuh mereka sendiri. Di sinilah pentingnya kita mula perbualan ini lebih awal, bukan tunggu bila “dah berlaku”. Video oleh saluran Bintang Kecil bertajuk “Jangan Sentuh Saya!” menyampaikan mesej penting ini, dan menjadi titik mula yang baik untuk kita semua.
Mulakan perbualan dengan ayat yang mudah, mengikut tahap usia anak. Contohnya, ajar bahawa bahagian tertentu adalah ‘bahagian peribadi’ dan tiada sesiapa boleh sentuh tanpa kebenaran. Gunakan istilah yang konsisten seperti “sentuhan selamat” dan “sentuhan tidak selamat”. Bila selalu disebut, anak akan lebih mudah faham dan mengingati.
Latih anak untuk berkata “Tidak!” dengan suara lantang, lari dari situasi bahaya, dan beritahu orang dewasa yang dipercayai. Jadikan ia seperti latihan kebakaran – anak tahu apa yang perlu dibuat bila keadaan mencurigakan berlaku. Latihan berulang penting supaya refleks mereka menjadi kuat dan tidak panik.
Anak perlu tahu bahawa mereka tidak akan dimarahi atau dipersalahkan jika berkongsi sesuatu yang membuat mereka tidak selesa. Tanya soalan terbuka seperti, “Adik rasa selesa ke bila cikgu pegang tangan?” atau “Ada sesiapa sentuh adik yang buat adik rasa pelik?” Suasana terbuka ini membantu anak rasa selamat untuk bercerita.
Didik anak bahawa bukan semua rahsia itu baik. Rahsia tentang hadiah hari jadi boleh disimpan, tapi rahsia yang buat kita rasa takut, malu atau sedih mesti diberitahu kepada mama, abah, cikgu atau sesiapa yang mereka percaya. Ini penting untuk patahkan taktik manipulasi pemangsa yang sering gunakan frasa “jangan beritahu sesiapa”.
Anak-anak belajar paling banyak melalui pemerhatian. Hormati juga sempadan tubuh mereka — minta izin bila mahu peluk atau cium. Selain itu, gunakan buku cerita, lagu, atau video seperti yang disediakan oleh Bintang Kecil untuk bantu anak belajar secara interaktif dan menyeronokkan.
Kesedaran tentang sentuhan selamat bukan sekadar ilmu — ia adalah pelindung emosi, maruah dan keselamatan anak-anak kita. Jangan tunggu anak faham sendiri. Jadilah pendidik pertama mereka, sebelum dunia mengajar mereka dengan cara yang menyakitkan. Bila anak tahu mereka berhak ke atas tubuh mereka, mereka bukan sekadar selamat — mereka jadi berani, bermaruah dan berjiwa bebas.
Kerana pada akhirnya, tiada hadiah lebih besar untuk anak selain rasa selamat dan dihargai — dan itu bermula dari rumah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu bapa tak tahu cara tangani perilaku anak-anak. Mereka tak tahu apa perlu dilakukan, terutamanya bila anak tunjuk tantrum ketika di tempat awam, atau di majlis keramaian.
Tantrum adalah cara anak-anak mengambil perhatian kita, dan memberitahu bahawa mereka mahukan sesuatu. Oleh kerana mereka tak tahu cara yang sesuai, sebilangan anak-anak menggunakan cara ganas, atau sering disebut sebagai menunjuk perasaan.
Ada yang menangis berguling-guling di lantai, menjerit-jerit hingga tegang urat leher, menghentak barangan, malah ada yang memukul ibubapa serta diri sendiri.
1. TAK USAH MARAH: dalam keadaan begini, anak tidak akan dengar apa yang anda marahi dan nasihat padanya kerana emosi dah pemikirannya pada masa itu adalah tidak rasional.
Anda harus kekal tenang. Jika anda turut naik marah, maka anak-anak ini mendapat signal bahawa emosi marah ini adalah cara yang betul untuk meminta.
Yalah, ibubapa mahu anak hentikan tantrum dan cara yang digunakan untuk sampaikan mesej itu adalah melalui marah.
Jika kita perasan, ia tak beza daripada kelakuan anak kita tu. Dia nak sesuatu, dan dia gunakan emosi marah anda berontak. Sama, kan?
Jadi tak usah marah, apatah lagi memaki atau gunakan kekerasan fizikal. Silap hari bukan anak kita ikut gunakan kekerasan fizikal ketika tantrum kelak.
2. TAK USAH TURUTI: adakalanya ibu bapa malas hendak melayan kerana tantrum anak, maka ibu bapa hanya turuti sahaja kemahuan dan permintaan anak. Hentikan amalan ini.
Amalan ini akan menyebabkan anak merasakan apa yang dilakukan itu adalah perkara lazim dan efektik untuk menyampaikan dan mendapatkan kemahuan.
Mereka tak akan sedar bahawasanya memberontak itu adalah salah, dan selesa melakukannya di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.
Malah, amalan menuruti kemahuan anak ketika tantrum adalah sesuatu yang menggalakkan lagi anak ulang kelakuan itu.
Jadi tak usah menuruti kemahuannya ketika anak sedang tantrum jika tak mahu ia menjadi sebahagian daripada keperibadiannya.
3. ABAIKAN TANTRUM ANAK: Perkara terbaik untuk mengatasi masalah komunikasi ini adalah tak mengendahkan perlakuan tantrum anak anda dengan syarat-syarat berikut: ▪️Berada di kawasan selamat ▪️Tiada objek yang berbahaya ▪️Anak tidak mencederakan diri
Jangan beri perhatian: jangan pandang, jangan pujuk, jangan bercakap dengannya. Ini beri mesej pada anak bahawa kelakuannya tidak akan dilayan.
Jika anda di rumah, tinggalkan bilik/kawasan di mana anak sedang tantrum. Teruskan aktiviti anda sebelum itu. Namun, pastikan anak selamat.
Jika anda di tempat awam, cuba bawa anak ke tempat yang kurang orang seperti di lorong antara kedai atau ke dalam kereta. Biar mereka.
Biasanya, jika tak diberi perhatian, mereka akan berhenti setelah 10 minit kerana kepenatan mencuba dapatkan perhatian.
4. ABAIKAN KATA ORANG: Orang persekitaran akan mengkritik serta mengecam perbuatan ibubapa mengabaikan perilaku anak. Namun, ketahuilah apa yang dibuat adalah perkara terbaik buat anak.
Jangan makan hati bila kawan-kawan kritik. Jangan makan hati jika emak dan mertua sindir. Jangan juga biarkan pasangan kita “kasihan” pada anak.
Lagipun orang dulu pun ada gunakan cara begini. Bila anak tantrum mereka akan kata “Kau mengaruklah situ sorang-sorang” dan kemudian buat tak tahu.
Sebagai pihak ketiga(penonton) pula, tak usahlah kita berprasangka buruk pada ibu bapa yang sedang mendidik anak-anak mereka.
Tak perlu masuk campur dengan menawarkan untuk beri apa yang budak itu mahu, atau sibuk memburukkan ibubapa berkenaan.
5. RASIONALISASI: ini langkah yang hanya boleh dilakukan setelah anak bertenang serta berhenti menunjukkan perasaan. Ketika ini emosinya dah stabil dan pemikirannya dah sedikit waras.
Pada waktu ini, barulah tunjukkan empati dan kasih sayang. Peluk ada dan tanya elok-elok apa dia mahu. Beri masa anak untuk beritahu apa kemahuannya.
Jika perkara yang dia minta itu tak boleh ditunaikan segera, berilah alasan yang rasional. Namun, jangan sesekali janji perkara yang tak mampu kita tunaikan.
Jika perkara yang diminta tu boleh ditunaikan segera, maka tunaikan dan perlu beritahu anak bahawa cara meminta begini adalah cara yang sihat(betul).
Terakhir sekali, nasihatkan dia bahawa perilaku tantrum adalah perilaku yang tak elok dan ia tak akan membuatkan kemahuannya ditunaikan.
Follow t.me/NotaDrKamarul untuk dapatkan nota kesihatan yang ringkas dan padat.
Nota: Jika anak ada masalah lain, seperti autism, ADHD, maka cara tangani tantrum mereka mungkin lain sedikit. Dapatkan khidmat nasihat daripada doktor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!