Kelahiran melalui pembedahan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih berbanding bersalin normal. Oleh itu, penjagaannya juga perlu diberi perhatian supaya luka cepat sembuh dan tidak terbuka semula.
Sumber foto: www.freepik.com
Memandangkan pembedahan ketika melahirkan anak antara yang paling besar, maka ibu jangan sesekali memandang ringan soal kesihatan selepas bersalin.
Dr. Maiza Tusimin, pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi berkongsi cara berpantang selepas C-sec. Ayuh, lihat bersama;
✨️#1 Diet sihat • Pantang bagi doktor adalah pantang diet yang tak sihat i.e boleh makan seafood, telur dll jika mommies tiada allergi, & konsum secara sederhana.
✨️#2 Bengkung • Boleh pakai seawal hari ke2 selepas C-sec. Tapi pastikan mommies dapat greenlight dari doktor dulu ye. (Ciri-ciri bengkung? Saya dah huraikan dalam video sebelum ini)
✨️#3 Senaman • Boleh lakukan senaman ringan yang tidak memberi tekanan kepada kawasan abdomen seawal hari ke2 selepas C-sec seperti senaman bahagian leher, tangan, berjalan perlahan-lahan, Kegel dll.
Ads
Sumber foto: www.freepik.com
✨️#4 Urut • Boleh urut semua bahagian tubuh ibu kecuali bahagian perut (terutama kawasan dari pusat ke miss V)
✨️#5 Menyusu • Penyusuan susu ibu boleh bermula seawal 2 jam selepas C-sec bagi momm yg tiada komplikasi. InsyaAllah adik2 jururawat sentiasa membantu😊
✨️#6 Tungku • Boleh tungku semua bahagian tubuh ibu kecuali bahagian perut (terutama kawasan dari pusat ke miss V). Mommy jangan risau, tanpa tungku pun rahim akan kecut secara semulajadi, & berlaku lebih cepat sekiranya kerap breastfeeding🤱. Lazimnya selepas sebulan C-sec, mommies dah boleh tungku perlahan-lahan di bahagian perut.
Ads
✨️#7 Sauna • Boleh bersauna selepas sebulan C-sec i.e bila luka abdomen ibu dah sembuh sepenuhnya & tidak pedih.
⏩️ PALING PENTING : mommies dapatkan dulu greenlight dari doktor yang merawat sebelum memulakan rutin di atas.
Semoga cepat pulih selepas C-sec & Happy Breastfeeding 🥰
Baru menimang cahaya mata, doktor selebriti, Dr. Say menganggap bayi sulung yang dilahirkan pada Ahad lalu merupakan satu anugerah yang cukup istimewa baginya dan isteri serta keajaiban daripada Allah.
Kongsi Dr Say di instagramnya, sejak dia dan isteri berusaha untuk dapatkan zuriat sendiri sejak 4 tahun berkahwin, pelbagai dugaan mereka tempuhi sebelum dikurniakan anak lelaki yang sihat.
“Kepada yang mengenali kami mungkin tau kenapa baby kami ni merupakan satu keajaiban buat kami. Kepada yang baru mengenali kami, meh saya simpulkan dalam satu part. Saya dan bini berkahwin sejak 2014 & kami mengamalkan lifestyle yang agak sihat namun begitu kami tidak dikurniakan rezeki dari-Nya sehinggalah tanggal 10 Ogos 2018 pabila bini saya disahkan mengandung. Masa tu mmg kami happy ke langit sebab yelah dekat 4 tahun kami menunggu.
“Tup tap masa 27 minggu mengandung, bini saya mengalami pendarahan yang agak teruk sehingga dimasukkan ke wad. Happy ke langit kami kini bertukar suram menjulam keraba punca utama pendarahan tidak dapat diketahui walaupun baby aktif bergerak & bini xmengadu kesakitan. Pregnancy diteruskan & Alhamdulillah tiada lg pendarahan. Namun begitu jatuh ditimpa tangga kami tidak berakhir di situ.
“Due date baby lahir sepatutnya 17 Mei 2019. Tiba-tiba air ketuban bini pecah sedikit awal on 5 Mei 2019 which is normal, cumanya tiba2 denyutan jantung baby merudum & tuk mengelakkan baby lemas, pembedahan emergency cesarean harus dilakukan scpt mungkin & smase operation didapati tali pusat mengikat leher baby kami teramat ketat tapi baby kami berjaya diselamatkan.
“Sepatutnya end of story la kan? No peeps, mase tengah operation tu jugak, pakar menemui banyak lekatan di organ-organ dalaman bini disebabkan bini saya pernah undergo operation tuk burst appendicitis mase die berumur 17 tahun. Pakar sndiri terkejut akn bgaimana bini sy boleh hamil kerana lekatan terlalu teruk yang menganggu anatomi saluran peranakkan bini. Kalau korang rase ni xckup tak miracle, xtau nak cerita cmne lg dah.
“ Syukur Alhamdulillah yang teramat sangat kepada Allah atas pemberian terbesar dalam hidup kami ni. Sebenarny kalau baby kami girl, mmg kami nak namakan dia Mireille (miracle in French), tp sb boy nama xabis pikiaq lg huhu,” tulisnya.
Menerusi entri yang sama, dia memuat naik foto isterinya sedang mendukung bayi mereka ketika di hospital.
Semua peminatnya mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan berharap bayi dan ibu terus sihat.
Sumber: ig say_shazril
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas selamat melahirkan puteri sulungnya, Aishah Al-Iman pada 8 Julai lalu, penyanyi, Wany Hasrita tampil mendedahkan wajah comel kesayangannya itu kepada umum.
Aishah yang kini sudah pun berusia empat bulan dilihat cukup comel, seperti wajah ibu dan ayahnya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Wany di Insta Storynya, Wany memberitahu dia pertama kali membawa Aishah menaiki kapal terbang untuk pulang ke Kuching, Sarawak.
“Semalam saya balik Kuching, berdua saja dengan Aishah naik flight. Masyallah, Alhamdulillah Allah mudahkan, memang mencabar. Aishah merengek sikit. Sekarang ini dia tengah testing vokal.
“Terus go high pitch. Alhamdulillah walaupun sangat mencabar tapi Allah mudahkan. Alhamdulillah orang sebelah pun sangat membantu, krew penerbangan pun banyak membantu,” kongsi Wany lagi.
Tambah Wany lagi dia lega kerana urusannya membawa Aishah dipermudahkan namun kini kembali cemas untuk membawa Aishah pulang ke Kuala Lumpur pula. Namun tetap mendoakan yang baik-baik buatnya dan Aishah.
“Kita ni dah la jenis cepat nervous. Alhamdulillah Aishah kita dah sampai Kuching. Sekarang ibu nervous pula nak bawa Aishah balik KL,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Wany Hasrita selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, Aishah Al-Iman pada 8 Julai lalu.
Kita dah mula berpuasa hari ini. Berpuasa bukan sahaja dapat menjana keperibadian seseorang, malah amalan tersebut banyak memberi kebaikkan dari sudut kesihatan seseorang. Puasa adalah satu rukun islam yang menjadi kewajipan oleh setiap muslim namun, ada beberapa golongan yang telah diberi keringanan oleh agama untuk tidak berpuasa.
Salah satu golongan yang dikecualikan berpuasa adalah wanita hamil. Ini adalah kerana fasa kehamilan ialah fasa yang mana terlalu banyak perubahan pada fisiologi badan sesorang itu seperti contoh hormon, paras gula, tekanan darah dan sebagainya. Perubahan ini sedikit sebanyak memberi kesan pada si ibu dan bayi yang sedang dikandung.
Oleh itu, Pn. Laila Fadhilah Omar yang merupakan Pegawai Dietetik di SALAM Shah Alam Specialist Hospital kongsikan beberapa tip pemakanan untuk wanita hamil yang berhajat untuk berpuasa pada tahun ini:
Perkara pertama yang perlu diambil berat adalah keadaan kesihatan si ibu. Rujuk kepada pakar yang merawat tentang status kesihatan si ibu terutamanya paras gula. Ini adalah kerana semasa tempoh kehamilan, si ibu sangat berisiko untuk mempunyai paras gula yang tidak stabil dan boleh didiagnos penyakit kencing manis semasa hamil.
Kena Pantau Paras Gula
Kencing manis semasa hamil sangat berkait rapat dengan pengambilan pemakanan yang betul dan tersusun. Mereka juga hendaklah sentiasa memantau paras gula dalam bacaan yang stabil. Jika penghidap kencing manis semasa hamil yang mempunyai paras gula yang tidak stabil dan berkeras untuk berpuasa, dikuatiri akan memberi kesan buruk untuk si ibu dan bayi.
Sumber foto: www.freepik.com
Wanita hamil yang ingin berpuasa dinasihatkan untuk tidak meninggalkan sahur. Selain dari hadis nabi yang menggalakkan untuk melewatkan sahur, wanita hamil juga digalakkan untuk mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang ketika sahur.
Amalkan Suku-Suku Separuh
Sentiasa mengamalkan amalan pinggan suku-suku separuh yang mana porsi suku dari pinggan adalah makanan dari sumber karbohidrat seperti nasi, mee, bihun dan sebagainya, suku adalah lauk dari sumber protein seperti ayam, ikan dan telur manakala separuh pinggan adalah makanan dari sumber serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sumber foto: www.freepik.com
Selain itu, makanan tambahan (supplemen) yang dibekalkan oleh doktor juga mesti diambil bagi penambahan nutrisi dalam badan. Mengamalkan pemakanan seimbang ini boleh membantu memberi tenaga yang cukup selain membekalkan nutrisi yang diperlukan untuk si ibu dan bayi sepanjang berpuasa.
Berbuka Dengan Buah Terlebih Dulu
Selain dari bersahur, wanita hamil juga perlu cakna tentang pengambilan pemakanan semasa berbuka. Antara tips semasa berbuka adalah tidak melewatkan berbuka dan berbuka dengan buah-buahan terlebih dahulu seperti mengambil 3 biji kurma, 1 biji buah epal, 1 potong betik atau buah-buah lain mengikut porsi yang ditetapkan.
Sumber foto: www.freepik.com
Buah-buahan mengandungi karbohidrat ringkas yang mana boleh memberi tenaga secara cepat setelah seharian tenaga dibakar semasa berpuasa. Pengambilan kuih-muih adalah tidak digalakkan kerana bimbang dengan kandungan gula dalam kuih tersebut boleh menyebabkan paras gula naik dengan cepat dan mendadak. Selain itu, kenaikan berat badan yang tidak terkawal ketika hamil juga boleh terjadi jika pemakanan ketika hamil diambil ringan.
Digalakkan juga untuk mengambil makanan berat seperti nasi dan lauk-lauk selepas solat maghrib. Sekurang-kurangnya tidaklah terlalu banyak makanan yang dimakan dalam satu masa kerana rahim yang semakin membesar akan menolak perut ibu dan akan menyebabkan ibu merasa pedih ulu dan berpotensi memuntahkan semula makanan yang dimakan. Amalan pinggan suku-suku separuh juga jangan dilupakan.
Risau Puasa & Kena Pedih Ulu Hati
Menyentuh mengenai pedih ulu hati, kebanyakan ibu hamil berisiko mengalami gejala ini terutamanya sewaktu trimester ketiga. Jika serangan ini berlaku ketika berpuasa dan menyebabkan si ibu muntah, lemah dan sebagainya, dinasihatkan untuk berbuka puasa sebelum kesan itu memudaratkan diri. Untuk mengelakkan serangan ini berterusan, wanita hamil dinasihatkan untuk mengelakkan mengambil makanan yang terlalu pedas.
Sumber foto: www.freepik.com
Ini adalah kerana makanan terlalu pedas adalah antara faktor yang menyebabkan pedih ulu hati. Selain dari makanan pedas, kafein juga perlu dihadkan kerana kafein adalah bersifat asid dan boleh memburukkan lagi pedih ulu hati yang dialami. Saranan pengambilan kafein semasa hamil adalah 200mg sehari.
Secara keseluruhnya, tidak dinafikan bahawa puasa Ramadhan mempunyai banyak kebaikan untuk semua muslim namun Allah tidak akan memberi bebanan luar dari kemampuan hamba-Nya.
Oleh itu, wanita hamil tidak perlu memaksa diri untuk berpuasa jika merasakan kebimbangan pada diri dan bayi. Sila dapatkan nasihat dari pakar terlebih dahulu sekiranya ingin berpuasa. Sama ada berpuasa atau tidak berpuasa, wanita hamil tetap perlu sentiasa mengambil berat tentang kesihatan diri dan kandungan.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.