Pasti Terengganu diiktiraf Malaysia Book of Records, cipta rekod pertandingan mewarna. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Terengganu mencipta sejarah tersendiri apabila seramai 14,865 murid menyertai pertandingan mewarna sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 baru-baru ini diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR).
Pasti Terengganu Diiktiraf Malaysia Book of Records, Cipta Rekod Pertandingan Mewarna
Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Maliaman Kassim berkata, pengiktirafan itu diumumkan sempena Perasmian Penutup Program Warna Warni Semarak Merdeka (Acara-Acara Sambutan Sempena Hari Kebangsaan) Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 2024 di dataran jambatan angkat.
Antara murid yang menyertai pertandingan mewarna sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Pasti Al-Ihsan, Manir, Kuala Terengganu. Foto Facebook Pasti Al-Ihsan
Menurutnya, pertandingan mewarna itu diadakan bagi menterjemahkan erti kemerdekaan sekali gus menyemai perasaan kasih dan cintakan tanah air dalam kalangan murid.
“Kita bersyukur dan berbangga kerana usaha ini membuahkan hasil apabila Pasti Terengganu diiktiraf MBOR dengan rekod peserta paling ramai menyertai pertandingan mewarna sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
“Kita harap pertandingan mewarna yang dianjurkan ini dapat menyerlahkan lagi bakat serta menyemarak semangat kemerdekaan dalam kalangan anak-anak kita,” katanya.
Berdasarkan rekod, seramai 14,865 murid Pasti Terengganu menyertai pertandingan mewarna diadakan di seluruh cawangan Pasti pada 28 Ogos lalu.
Ads
Antara Pasti terlibat ialah Pasti kawasan Besut dengan seramai 1,218 peserta, Setiu (1,206), Kuala Nerus (1,884), Kuala Terengganu (1,914), Marang (2,750), Hulu Terengganu (1,133), Dungun (2,021) dan Kemaman (2,739).
Jelas Maliaman, program tersebut juga bertujuan merapatkan hubungan antara murid dan guru serta memberi impak positif dalam perkembangan pendidikan awal kanak-kanak.
“Lebih membanggakan program itu turut dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa dan tenaga pengajar Pasti yang memberi sokongan penuh untuk acara bersejarah itu.
Murid dari Pasti Izzul Islam, Kelulut, Marang tekun mewarna dalam pertandingan diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024. Foto Facebook Pasti Izzul Islam
“Terima kasih diucapkan kepada semua yang terbabit dalam penganjuran acara ini termasuk pengusaha, ibu bapa, guru dan anak-anak,” katanya.
Ads
Beliau berkata, aktiviti seumpama itu dapat membantu menggilap bakat dan keyakinan yang tinggi dalam kalangan peserta bermula ketika usia paling muda.
“Tugas ini bukan mudah sebab itu kita kagum dengan guru-guru Pasti yang dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik.
“Apabila anak-anak ini besar kelak, mereka akan menjadi insan yang berbakat dan membesar dalam keupayaan mereka sendiri,” ujarnya.
Tugas guru bukan setakat mengajar tetapi ada sebahagiannya secara sukarela sanggup membantu anak murid sendiri yang ada masalah. Seperti tindakan seorang guru ini yang tular di media sosial apabila dia bertindak memotong dan membersihkan rambut muridnya yang dipenuhi kutu.
Video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok milik guru itu sendiri iaitu @zeraazzahra dan menunjukkan keadaan rambut murid yang dipenuhi kutu. Wajah anak murid tidak ditunjukkan, hanya bahagian belakangnya sahaja yang ada ditunjukkan.
Menerusi video tersebut, kelihatan guru berkenaan bawa anak muridnya keluar kelas dan kemudiannya mula menggunting rambut murid tersebut sedikit demi sedikit.
Guru bernama Zera itu kemudian meminta seorang guru lain membantu menyikat rambut pelajar itu. Sementara itu, dia bertanya kepada pelajar berkenaan sama ada ibunya tahu rambutnya dipenuhi kutu.
“Tahu cikgu, tapi ibu sentiasa sibuk bekerja,” jawab pelajar itu.
Menurut Cikgu Zera, pelajar itu memakai tudung setiap hari di sekolah sehingga menyebabkan rambutnya menjadi lembap dan kutu itu semakin membiak.
Ini juga pengalaman kali pertama Zera mengendalikan pelajar yang mempunyai masalah banyak kutu di rambutnya.
“Semangat anak cantik, cikgu akan terus pantau sampai kamu bebas kutu,” jelas cikgu berkenaan.
Kalau ada kemampuan pasti setiap suami mahukan keselesaan buat isterinya ketika berjuang melahirkan bayi. Tiada apa yang daoat dibuat untuk berkongsi kesakitan bersalin, tetapi menyediakan yang terbaik buat isteri tercinta sudah cukup untuk menjadi penguat semangat. Kehadiran suami ketika proses melahirkan memberi impak yang besar kepada kekuatan fizikal dan mental si isteri.
Pasangan romantis Rizky Billar dan Lesti Kejora sedang menunggu kelahiran bayi pertama mereka dan usia kandungan penyanyi dangdut ini sudah mencecah tujuh bulan. Ketika ditemuramah oleh Youtube Intens Investigasi baru-baru ini, Rizky telah berkongsi persediaan untuk kelahiran anak mereka.
Kata Rizky, mereka amat menitikberatkan soal wad bersalin Lesti. Untuk keselesaan isterinya, Rizky merancang untuk menyewa keseluruhan tingkat wad bersalin di hospital yang mereka pilih untuk Lesti melahirkan bayi mereka.
Memetik kenyataan Rizky di Kompas.com, dia sudah pun bertanya kepada pihak hospital sekiranya boleh untuk menyewa seluruh tingkat di wad bersalin isterinya nanti. Katanya lagi, demi keselesaan Lesti dan juga kemungkinan mereka menerima tetamu selepas isterinya melahirkan juga antara punca mengapa dia mahu menyewa keseluruhan tingkat di hospital itu.
Dijangkakan Lesti akan melahirkan Baby L pada akhir Januari atau awal Februari 2022. Pasangan ini juga ada berkongsi persiapan bilik bayi mereka dan masih dalam proses mendekorasi ruang tersebut. Sempat melahirkan harapan, bayinya dilahirkan pada tarikh cantik – 2.2.2022.
Semoga segala urusan kehamilan Lesti dipermudahkan. Tak sabar betul nak tengok wajah Baby L nanti, mesti comel macam ibu ayahnya!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seolah-olah satu fenomena apabila anak kepada selebriti dan usahawan, Noor Neelofa, Bilal menjadi perhatian rakyat Malaysia.
Sejak dikongsikan gambar anak sulungnya secara rasmi di media sosialnya, rata-rata memberikan reaksi dan memuji kecomelan Bilal yang sangat gebu.
Menerusi ruangan komen pada posting neelofa, suaminya, Haris Ismail atau mesra dikenali sebagai PU Riz dilihat turut meninggalkan komen ringkas.
“Masha Allah ni,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda suka daripada peminat.
Dalam posting itu juga, sebagai ibu Neelofa menyatakan Bilal adalah anugerah terindah buatnya. Walaupun ramai yang memberi pelbagai tanggapan negatif sebelum ini, Neelofa lalui dengan tenang dan mengharapkan janganlah sampai Bilal jadi mangsa keadaan.
Cinta dan sayang pada anakku Bilal. Antara kecintaan tertinggi dan teragung ummi di dalam hidup ini. Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cinta kan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil.
Bilal anak ummi sayang. Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna. Jika kekayaan yang nak dibandingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah.
Ramai doakan yang baik-baik untuk Bilal
Sementara itu, menerusi hantaran sama juga, rakan selebriti turut menitipkan dedikasi dan doa yang baik-baik buat Bilal.
Baru-baru ini, kecoh di TikTok apabila ada individu memuat naik wajah Muhammad Bilal. Tambah Neelofa, sebagai ibu dia sungguh kecewa dan tersinggung dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab menyebarkan wajah Bilal kepada umum.
Katanya lagi perbuatan tersebut langsung tidak menghormati perasaan dia dan suami.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.