Popia antara juadah kegemaran seisi keluarga. Sama ada intinya yang berasaskan sayur, inti daging atau ayam, semuanya sedap dinikmati. Bagi yang suka pedas, popia basah yang diletakkan sos pun antara yang jadi pilihan.
Cuma ada anak-anak, pilihan mereka mestilah yang tak pedas. Biasanya popia carbonara jadi pilihan. Kali ini resipi murtabak telur menggunakan kulit popia pula mama boleh cuba.
Cara pembuatannya sangat simple, hanya beberapa langkah saja dah siap dan boleh dihidangkan.
Resepi murtabak telur senang yakmat nak buat hasil air tangan Fadhilah Khaulan. Berebut anak-anak makan.
Bahan-bahan:
– kulit popia
– telur
– bawang besar
– bawang putih
– cili api (pilihan)
– garam/perasa
Ads
Cara-caranya:
1) Bawang besar dipotong dadu, bawang putih diracik halus. Tumiskan kedua-dua jenis bawang ini hingga naik bau dan sedikit kekuningan atau nampak dah garing. Lepas bawang dah layu, masukkan telur dan kacau hingga hancur.
2) Masukkan garam atau perasa ikut citarasa masing-masing dan akhir sekali masukkan cili (sama ada nak pedas atau tak ikut pilihan)
3) Sejukkan dulu inti telur yang dah siap. Kemudian sediakan kulit popia. Apabila inti dah sejuk, boleh mula proses melipatnya.
4) Letakkan inti ditengah-tengah, kemudian lipat segi empat ikut saiz yang anda mahu. Dihujung kulit popia tu, boleh sapukan telur atau air untuk lekatkannya.
Ads
5) Dah siap bolehlah goreng dan dihidangkan. Nak goreng dalam kuali biasa atau pan letak sedikit minyak terpulang. Sedap di makan panas-panas. Nak cicah dengan sos pun boleh.
Sama ada digoreng, direbus atau dimasukkan dalam menu makanan, telur antara makanan yang sentiasa jadi pilihan semua peringkat umur. Kebiasaannya kanak-kanak yang susah makan lauk bila digantikan dengan telur mereka suka.
Tapi ada juga ibu bapa yang risau jika anak terlalu bergantung dengan telur semata-mata. Sebenarnya jika diikutkan protein yang tinggi dalam telur sangat bermanfaat untuk membantu perkembangan anak.
Ads
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, dia sangat mengalakkan anak-anak kita bersarapan dengan telur.
Telur adalah sumber makanan yang kaya dengan protein penting dan berkualiti. Ia membekalkan asid amino yang tidak dapat dihasilkan dalam tubuh.
Selain itu, ia membekalkan beberapa vitamin dan mineral, terutama vitamin A (bagus untuk mata anak-anak kita), vitamin D (bagus untuk tumbesaran dan menguatkan tulang anak-anak kita), choline (bagus untuk meingkatkan kecerdikan minda anak-anak kita dan menguatkan otot-otot jantung), dan selenium (bagus untuk kelenjar tiroid berfungsi dengan baik).
Jika anak-anak kita tiada masalah alahan, telur adalah sarapan yang baik. Boleh diberikan bersama roti, nasi, atau mee.
Berikan sehari sebiji, sama ada diberikan dalam bentuk telur rebus, telur goreng atau telur separuh masak.
Jangan berlebihan. Galakkan juga pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun dalam pemakanan mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak kadang-kadang tak nak makan nasi waktu sahur. Tak berselera katanya, jadi apa kata mama papa buatkan menu simple untuk anak waktu sahur. Untuk anak yang boleh berpuasa pun sesuai, mama pun tak penat nak sediakan sarapan pagi buat si kecil.
Jom cuba resepi Sandwich Jagung yang dikongsi ini, memang sangat mudah!
Resepi Sandwich Jagung Airfryer 🥪🌽
Terjumpa resepi ni dan terus cuba memandangkan semua bahan dah sedia ada kat rumah. Sis ubah suai sikit bahan dari resepi asal, sangat sedap 😋 bukan je sedap tapi juga mengenyangkan 😍
Bahan yg perlu ada untuk 1 hidangan:
– 2 keping roti
– 1 keping cheese
– Jagung kukus
– Mayonis
– Cheese parut
– Chicken ham
– Serunding ayam brand
Ada waktunya kita buntu memikirkan apa menu terbaik untuk si kecil kita bagi menaikkan seleranya. Tercari-cari menu snek petang untuk anak, apa kata cuba resipi kek cawan atau cupcake gabungan labu dan lobak merah yang pastinya cukup banyak khasiatnya kepada anak kecil kita.
Bukan saja warna, bahkan rasa asli dari labu dan lobak merah yang manis buat kek comel ini pasti disukai anak-anak kita. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Yani Rosli.
Carrot Pumpkin Cupcake with Custard Sauce.
Bahan-bahan:
1/2 lobak merah ( saiz sederhana )
1/2 labu ( saiz sederhana )
1/2 cawan susu full cream
5sdm tepung pancake vanilla mfm
3sdm tepung gandum unbleach
1biji telur ( gred B )
Kukus labu & carrot.
Lepas tu blend bersama telur & masukkan tepung sedikit demi sedikit ( jangan banyak sangat nanti keras )
Kukus 30-40 minit.
Bahan sauce:
1/2 susu full cream
1 sk tepung jagung
Panaskan susu & masukkan tepung.
Kacau sehingga tidak berketul.
* Menu dinner Adam tadi. Alhamdulillah habis seketul. Ibu buat extra 3 cup, nanti kalau dia nak lagi nanti senang.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali nak buat ‘open house’ pasti pening kepala menu apa yang nak dihidang kepada tetamu untuk menjamu selera kan? Hari ini pa&ma akan kongsikan satu resipi yang lengkap dan mudah dari saudari Mariana Zainal iaitu set Nasi Beriani. Confirm jadi! Pesanan tulus ikhlas dari saudari Mariana Zainal ialah ikut sebiji resipi ini jangan derhaka mesti jadi!
1. Nasi
Bahan-bahan:
5 cawan beras BASMATHI PUSA GOLD JASMINE (basuh dan terus tapis) nak beras elok dan panjang seeloknya rendam 30 minit
6 cawan air
1/2 cawan susu cair
4-5 pcs bunga lawang
3 biji tomato potong dadu
3 sdb rempah beriani
1/2 sdb gula
1/2 sdb garam (boleh tambah)
Sedikit pewarna kuning + 4 sdb air (ada safron lagi cun)
2 sdb membukit minyak sapi (buh mentega pun boleh kalo tiada minyak sapi)
1 senduk minyak masak
Bahan kisar
2 biji bawang besar
7-8 ulas bawang putih
2 halia (sebesar ibu jari)
Cara Penyediaan:
1. Didihkan 6 1/2 cawan air dalam rice cooker hingga mendidih.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak dalam kuali. Tumis bunga lawang dan bahan kisar hingga naik minyak, masukkan rempah beriani kacau hingga rempah masak elok..masukkan tomato,gula dan garam dan kacau rata. Perlahankan api, bila dah menggelegak boleh masukkan susu. Biar sehingga mendidih panas dan masukkan beras boleh tutup api.
3. Masukkan bahan tumis dan beras yang di tumis tadi ke dalam rice cooker bila air dah mendidih dan sesuaikan rasa. Kemudian tutup periuk nasi dan tekan cook. Bila dah masak jangan kacau dahulu, lalukan pewarna kuning yang dah dicampur air tadi dan bolehlah tutup periuk nasi.
4. Bila nasi dah betul-betul masak elok, barulah kacau perlahan-lahan guna garfu untuk elakkan nasi patah.
2. Daging Masak Hitam Kerisik
Bahan-bahan
1 kilo daging (rebus hingga empuk dan potong ikut suka)
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
1 1/2 pcs asam keping (kalo nak guna air asam jawa guna 1/2 cawan)
2 sdb gula
Kicap manis secukupnya
Kicap masin secukupnya
Sedikit bahan perasa(jika suka)
2 peket kecik kerisik
3 batang serai(diketuk)
2 cawan air
3 senduk minyak untuk menumis
Bahan kisar:
18-20tangkai cili kering (ikut suka pedas)
2 biji bawang besar(kalo x berapa besar buh 3 biji)
5-6 ulas bawang putih
2 sdb biji ketumbar
2 sdb jintan manis
2 halia (sebesar ibu jari)
3 batang serai (kisar semua bahan ini)
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan masukkan serai, goreng sekejap. Kemudian, masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis bila dah wangi masukkan bahan kisar, asam keping dan gula, tumis hingga bahan kisar naik minyak elok. Masukkan kerisik, kicap manis dan kicap masin. Bila dah naik minyak, masukkan daging dan air.
2. Masak hingga kuah pekat dan daging elok lembut. Kalau daging tak empuk letakkan sedikit air dan masak hingga empuk.
3. Ayam Goreng Special
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
1/2 sdt serbuk lada hitam
Bahan tumbuk:
7-8 ulas bawang putih
1 halia (sebesar ibu jari)
1 ketul pati ayam
Cara penyediaan:
1. Gaul ayam dengan semua bahan di atas. Perap 10-15minit.
2. Panaskan minyak, goreng hingga masak.
Selamat mencuba! semoga kena dengan citarasa anda dan tetamu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak adalah cerminan daripada apa yang mereka lihat, dengar, dan rasakan daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa bukan sahaja berperanan dalam mendidik dan memberi...