Sagu gula melaka antara menu wajib ada ketika berbuka puasa. Rasa manis dan lemaknya cukup membuatkan keinginan untuk menikmati sagu manis dan sejuk tercapai. Sedap teramat. Namun memasak sagu adakalanya buat kita kecewa. Mana tidaknya, sagu jadi hancur dan adakala tidak masak sepenuhnya dan masih tertinggal warna putihnya. Kecewa.

Perkongsian tip dari Puan Nur Syaidatul Fazreen ini pastinya dapat membantu kita untuk menghasilkan sagu yang cantik rupanya malah tidak bergumpal. Memang superb! Jom cuba!

Patutlah Kembang Elok Dan Tak Bergumpal, Begini Caranya Nak Hasilkan Sagu Gula Melaka Yang Sedap!

Sagu gula melaka. Lagi dan lagi. Hari ni oren pulak. Happy rasa diri bila ramai yang try dan menjadi. Saya halalkan ilmu ni. Saya nak share tips dan cara. Mudah nak masak benda ni. Bahan pun murah-murah aje. Ramai mintak tips sagu cantik. Lets follow video-video sis yang terketar-ketar ni.

Tips Masak Sagu Jadi Kembang Cantik

Air mendidih masuk sagu sikit2 nahh…. Wajib tgu air mendidih. Kalau x sagu anda akan hancur punah harapan😁

Posted by Nur Syaidatul Fazreen on Monday, 6 April 2020

* Pastikan air dah MENDIDIH baru masukkan sagu.

IKLAN

Kacau manjahhh. Jgn asyik mengacau je.. Nanti mula la mengadu. Siss…. Knp sagu sy hilang.. Misteri sgt.. Sis pening la nk jawab. Sambil sambil to boleh tgk hp. Screenshot menu banyak2 simpan. Bila nk buat pon entah le….. Try buat sagu dulu nah….

Posted by Nur Syaidatul Fazreen on Monday, 6 April 2020

* Jangan terlalu banyak kacau nanti pecah habis biji sagu tu adik kakak uiiii.

* Air perlu banyak. Biar cair tak apa nanti mudah nak tapis. Mudah sagu nak kembang.
* Jika sagu anda masih ada warna putih di bahagian dalam sagu. Teruskan masak hingga sagu clear@ jernih sepernuhnya.

Patutlah Kembang Elok Dan Tak Bergumpal, Begini Caranya Nak Hasilkan Sagu Gula Melaka Yang Sedap!

IKLAN

* 5-10 minit waktu memasak bergantung pada kuantiti sagu. Kalau banyak lambat la skit.
* JANGAN cuci sagu sebelum masak. Nanti lepas masak, semua air rebusan sagu akan dibuang. Bilas la sagu anda. Cuci sepuasnya. Jangan guna sanitizer sudah le.
* Jangan RENDAM sagu nanti habis jadi bubur.

Patutlah Kembang Elok Dan Tak Bergumpal, Begini Caranya Nak Hasilkan Sagu Gula Melaka Yang Sedap! Patutlah Kembang Elok Dan Tak Bergumpal, Begini Caranya Nak Hasilkan Sagu Gula Melaka Yang Sedap!
* Lepas letak warna biar 10 minit. Kalau tak susu anda akan jadi hijau.
* Boleh guna susu kotak/santan/susu cair tanya lah tekak anda mana sedap. Tambah secubit garam dalam susu untuk lemakkan.
* Air yang banyak untuk mempercepatkan sagu kembang. Baru la tak ada putih-putih dalam sagu. Dan nak tapis pun mudah.

Patutlah Kembang Elok Dan Tak Bergumpal, Begini Caranya Nak Hasilkan Sagu Gula Melaka Yang Sedap!

Bahan-bahan:

IKLAN

Gula merah
Gula putih
Susu cair
Sedikit garam

Masak air gula merah + gula putih. Sejukkan dalam peti ais. Baru la pekat.

Air gula merah.. Tuang la dgn penuh kelembutan dan kesusilaan.

Posted by Nur Syaidatul Fazreen on Monday, 6 April 2020

Susu dan gula akan nampak berlapis time nak hidang. Boleh je nak rebus sagu dengan daun pandan.

1:6 nisbah bahan.

Patutlah Kembang Elok Dan Tak Bergumpal, Begini Caranya Nak Hasilkan Sagu Gula Melaka Yang Sedap! Patutlah Kembang Elok Dan Tak Bergumpal, Begini Caranya Nak Hasilkan Sagu Gula Melaka Yang Sedap!Yummy!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI