Adatlah bila menjadi abang dan kakak, mulalah disuruh sebagai pembantu ibu untuk menyediakan susu buat adik yang masih kecil.
Anak mana yang tidak merungut bila asyik disuruh buatkan susu. Namun lain pula gelagat kanak-kanak ini yang begitu rajin menyiapkan susu adiknya.
Rupanya kerajinan yang dipamerkannya punya misi tertentu.
Menerusi perkongsian video bapanya, Lopz Wala di Instagram, anak kecil itu turut sama merasa susu adiknya dengan jari.
Tidak puas dengan sedikit calitan di jari, dek kerana terlalu sedap, diambilnya pula sesudu penuh ke dalam mulut. Memang puas hati.
Ads
Bahkan si abang turut sama meneguk susu botol adiknya yang baru dibancuhnya.
Gelagat anak comel itu dirakam bapanya yang secara tiba-tiba menyergah masuk ke ruang dapur. Kongsi anak kecil itu, dia hanya sekadar mengimbau dan merasi memorinya ketika kecil.
Ads
Gelagat anak comel itu ternyata amat menghiburkan ramai malah aksi ‘meratah’ susu seperti ini sebenarnya telah dilakukan ramai orang sejak kecil lagi.
Bahkan wargamaya turut mengimbau zaman di waktu kecil ketika ‘meratah’ susu dan milo. Memang sedap!
Memang teruja nak sambut hari jadi anak, si mama lah orang yang paling gembira. Semua persiapan kalau boleh mesti lengkap dan sempurna demi si kecil yang tersayang. Namun mama dinasihatkan supaya ambil tahu tentang jenis-jenis kek hari jadi sebelum membuat sebarang tempahan. Sekurang-kurangnya tak adalah terkejut nanti bila diberitahu harga sebenar sebijik kek.
Bintang Akademi Fantasia, Diddy Hirdy yang sedang menyambung pelajaran di peringkat PhD di Liverpool, United Kingdom (UK) ada berkongsi kisah mengenai dirinya dan keluarga yang kini berada di sana sepanjang tempoh pandemik Covid-19.
Menurut Diddy, ‘lockdown’ yang dilaksanakan di tempat tinggalnya sekarang agak berbeza dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dibuat di Malaysia. Menurutnya dengan tegas, dia sanggup ‘menentang’ arahan demi keselamatan dan kesihatan keluarga tersayang.
“Lock down di sini tak sama dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Di sini Lock Down hanya meletak kepercayaan pada rakyat itu sendiri. Hanya beri garis panduan tapi tak ada penguatkuasa yang menguatkuasakan garis panduan tersebut.
“Mereka tidak ambil data seperti suhu badan, nama dan nombor telefon ketika ke pasaraya dan sebagainya. Awal-awal masa lock down macam sunyi, tapi makin lama seolah-olah keadaan seperti biasa,” kata Diddy kepada Gempak.
Tambah Diddy, penduduk bersosial seperti biasa, tetamu datang ke rumah, bebas keluar untuk menikmati musim panas dan sebagainya sedangkan Liverpool adalah bandar kedua tertinggi kadar kematian selepas London di UK.
“Sekarang ini kerajaan melonggarkan garis panduan Lock Down yang dilaksanakan sebelum ini dan membenarkan aktiviti riadah bersama keluarga, tetapi dinasihatkan supaya tidak mempunyai kontak dengan orang lain.
“Lebih membimbangkan, kerajaan UK juga merancang untuk memulakan sesi persekolahan bermula 1 Jun ini tetapi Liverpool satu-satunya bandar yang menentang idea tersebut dan tidak akan membuka sekolah,” kata Diddy lagi.
Namun tambah Diddy, jika Liverpool bertindak untuk membuka sesi persekolahan, Diddy tidak akan membenarkan anaknya untuk hadir ke sekolah kerana tidak mahu menanggung risiko.
“Diddy tak mahu anak Diddy dijadikan bahan ujian seperti tikut makmal untuk mengetahui sama ada mereka immune dengan wabak Covid-19 ini.
“Biarlah sukar dan sesibuk manapun kami, Diddy dan isteri akan mengajar anak di rumah sahaja demi keselamatan mereka dalam keadaan sekarang ini,” kata Diddy ketika dihubungi Gempak melalui telefon.
Tambah Diddy, untuk memastikan keluarganya sentiasa berjaga-jaga, mereka sekeluarga mengikut SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana lebih yakin dengan cara Malaysia mengendalikan wabak Covid-19.
“Diddy sangat risau lama mana perkara ini akan terjadi kerana UK sekarang adalah negara yang berada di tangga kedua atau ketiga paling ramai yang terkena jangkitan dan juga kematian di dunia.
“Diddy hanya mampu berharap agar kerajaan UK belajar daripada negara-negara Asia khususnya Malaysia dalam menangani wabak ini,” jelas Diddy yang sedikit risau dengan keadaan di Liverpool.
Diddy yang nyata bangga dengan cara Malaysia khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah melakukan perkara yang cukup baik bagi memastikan rakyatnya berada dalam keadaan yang selamat.
“Diddy harap, rakyat Malaysia akan terus mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh KKM. Kita semua pastinya sangat sayang dengan ibu, bapa serta datuk dan nenek kita. Mereka inilah golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan,” jelas Diddy yang yakin Malaysia mampu mengawal dan memutuskan rangkaian Covid-19 daripada terus merebak.
Diddy kini berada di tahun terakhir pengajiannya di Liverpool dan dijangka menamatkannya pada Januari 2021. Dia berada di Liverpool bersama isteri dan dua orang anaknya di bawah tajaan Universiti Utara Malaysia.
Sumber: Gempak & Ig Diddy Hirdy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap anak lelaki perlu dibekalkan dengan ilmu sebaiknya agar dapat membimbing ibu dan insan-insan tersayangnya. Perlu lebih matang, bertanggungjawab pada keluarga malah pandai berdikari dalam kehidupan. Semua ini menjadi satu tanggungjawab yang perlu diberikan pada anak-anak lelaki kita.
Pelakon kacak, Ashraf Muslim juga turut memberikan didikan sebaiknya buat anak-anaknya agar membesar menjadi anak yang bertanggungjawab malah menjadi insan yang terbaik serta diredai Allah.
Menerusi Instagram miliknya, Ashraf menitipkan pesanan buat dua orang anak lelakinya, Adam dan Noah apabila mereka sudah tiada kelak. Paling utama kata Ashraf, dia mahu dua heronya ini menjadi pembimbing malah mampu menjaga kedua ibu mereka dan adik beradik perempuan yang lain apabila besar kelak.
“My hero! Adam dan Anas ingat pesan ayah selalu. Nanti bila ayah tiada jaga mama, ibu, kakak Sarah dan adik Safiyyah baik-baik,” katanya ringkas.
Menerusi entri tersebut Ashraf memuat naik fotonya bersama dua orang anaknya itu. Malah dalam masa yang sama, Ashraf turut berpesan agar kedua-dua anaknya itu berakhlak mulia malah menjadi insan beriman kelak.
“ Dan jadi anak lelaki yang berakhlak mulia dan beriman yer. Allah selalu sayang kita semua,” pesannya lagi.
Kejutan Sempena Hari Lahir
Pelakon Ada Apa Dengan Dosa yang baru menyambut hari lahirnya pada 12 September 12 lalu juga turut memberi kata-kata pujian buat kedua isterinya dalam entri berlainan.
Malah kejutan yang dibuat isteri-isterinya sempena hari lahir cukup bermakna buatnya. Berkongsi momen manis tersebut di laman sosial Instagram, Ashraf berkata dia tidak menyangka kedua-dua isterinya merancang kejutan tersebut.
Ashraf turut menitipkan ucapan terima kasih buat kedua-dua isterinya, Dayana dan Wan Sakinah kerana sentiasa bersamanya di saat susah dan senang.
“Terima kasih isteri-isteriku kerana sentiasa bersamaku dalam waktu susah dan senang. InsyaAllah syurgalah tempatmu wahai bidadari-bidadariku…Love both of you mama and ibu.
“Menjadi sungguh surprisenya. Malu kejap tengah-tengah pantai tu. Anyway thank you soo much!,” kongsinya.
Ashraf berkahwin dengan isteri pertama Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 kemudian mendirikan rumah tangga dengan isteri kedua Wan Sakinah pada 7 Julai 2013.
Bersama isteri pertama dia dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Anas Ashraf yang kini berusia enam tahun. Sementara perkahwinan dengan Sakinah pula, mereka diserikan dengan kehadiran Sarah Ashraf, 6, dan Adam Ashraf, 5, dan Safiyyah, 2.
Ashraf juga bakal muncul sebagai tetamu undangan di Pa&Ma Journey Bersama Jovianina, Episod 6 pada Rabu ini, 30 September 2020, jam 9 malam dengan tajuk, Anak Bijak IQ, Pemakanan @ Genetik. Banyak perkongsian mengenai anak-anak yang dikongsikannya. Ikuti kisah menariknya.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.