Memiliki anak yang ramai dan masih kecil bukan alasan untuk tidak ke masjid menunaikan solat terawih sepanjang bulan puasa ini. Banyak cara yang boleh digunakan untuk anak fokus dan tidak berlari di dalam masjid.
Menerusi Instagram, isteri kepada Angkawasan Negara, Dr Halina Md Yunos turut memuat naik kisahnya ketika menunaikan solat terawih malam tadi.
Paling menarik, ibu kepada enam cahaya mata ini punya caranya sendiri walaupun membawa dua anak kembarnya, Emelia dan Eusoff yang masih kecil.
Rupanya bagi mengelakkan anak kecil itu kebosanan, Dr Halina turut membawa pelbagai kelengkapan. Semuanya bagi memastikan Emelia lebih fokus dan tidak bosan menunggu lebih lama.
“Team girls! Seisi keluarga pergi tarawikh malam tadi. Kami berpecah kepada dua team. Lelaki dengan daddy, perempuan dengan mommy,” kongsinya.
Apa yang menariknya, Dr Halina turut membawa beberapa buku dan pensel mewarna khusus untuk Emelia melakukan aktivitinya sendiri sepanjang menunggu ibu dan dua kakaknya solat.
Ternyata percubaan itu berjaya bila mana Emelia cukup fokus dengan buku mewarnanya sepanjang tempoh itu. Selain itu, bagi memudahkan anak kecil itu mencari, Dr Halina dan dua anaknya juga turut solat lebih dekat malah mencari penanda aras yang membolehkan lebih mudah dicari.
Ads
“Ini kali pertama Emelia ke masjid. I bungkus buku warna dan warna pensel untuk kedua-dua E&E (Emelia dan Eusoff).
“Kami juga solat di peti besi belakang supaya Emelia dapat cari kami dengan mudah. She was calm and focused on her coloring book, tu je nak cerita 😚 selamat berpuasa,” kongsinya lagi.
Menerusi entri itu, Dr Halina turut memuat naik beberapa keping gambar ketika berada di masjid tidak kurang juga gambar Emelia yang cukup fokus mewarna.
Dalam pada itu, wargamaya turut memuji cara Dr Halina dan Dr Sheikh Muszaphar yang tetap mengajar anak-anak mereka ke masjid walaupun masih kecil kerana itulah yang sebaiknya.
Setiap orang ada kebaikan. Setiap orang juga ada keburukan. Tak ada siapa dalam dunia ni sempurna.
Kalau kita boleh terima ni, kenapa kita nak harap anak-anak kecil kita tu jadi sempurna? Langsung tak realistik, kan!
Macam mana yang realistik?
Kita cari kebaikan anak. Dan bantu bimbing kekurangan.
Tak payah nak compare anak kita dengan anak-anak orang. OK?
Anak ni rupanya tak automatik jadi baik. Lincah dan nakal tu semulajadi tingkah laku mereka. Sebab mereka tak tau apa baik dan apa buruk. Kita mak ayah ni la rupanya yang perlu motivasikan anak jadi baik.
Untuk motivasikan anak untuk jadi baik, kita perlu buat mereka rasa diterima, didengari, diperlukan, bernilai dan jadikan mereka rasa mereka sebahagian dari ahli keluarga. Bukan individu yang berasingan.
Bila mereka luah perasaan, letak tepi barang yang kita pegang. Pandang matanya.
Bila kita buat kerja rumah, beri sekali tugas kepada mereka.
Bila mereka memerlukan, kita hadiahkan pelukan.
Biar mereka tau, sumber kasih sayang ada dalam rumah. Tak perlu nak cari di sekolah. Atau menagih pada orang yang salah.
Kalau ada perangai anak yang kita tak senang, reflek semula diri kita. Adakah kita yang jadi penghalang anak untuk jadi baik?
Adakah kita hargai bila mereka berbuat baik? Atau adakah kita hanya nampak mereka bila mereka buat salah?
Kalau kita rasa anak kita nakal, tangkaplah mereka waktu mereka buat baik. Anak nakal sebenarnya lagi perlu banyak dipeluk dan dipuji.
Bukan mudah tugas untuk mendidik dan membesarkan anak-anak. Ibu bapa perlu ada kesabaran yang tinggi dan sentiasa positif dalam membentuk keperibadian anak. Pesanan dari Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood ini wajar dijadikan panduan oleh ibu bapa dalam usaha mendidik anak menjadi yang terbaik.
Di dalam seminar ‘Seminar Ibu Bapa Versatile – merealisasikan generasi soleh solehah’, beliau telah berkongsi beberapa tip buat pedoman para ibu bapa:
Allah SWT menyuruh ibu bapa menjaga diri dan menjaga keluarga. Kalau tak dijaga amanah ini, ibu bapa akan diazab oleh Allah dalam api neraka. Justeru, kita tidak mahu diri dan keluarga menjadi penghuni neraka. Kita tentunya mahukan keluarga menjadi penghuni syurga.
Dalam dunia hari ini, ada 4 kategori ibu bapa iaitu;
1) Ibu bapa yang tidak peduli– iaitu ibubapa yang jenis tak buat apa pun tak apalah. Tak solat pun tak apa, tak buat apa pun tak apa asalkan hidup. Biasanya anak menjadi liar & susah nak dengar cakap.
2)Terlalu tegas- ada undang-undang keluarga tak boleh langgar, anak kurang bermanja & curah kasih sayang. Anak rasa macam ada harimau dalam rumah.
3)Ibu bapa yang manja- apa yang anak nak semua disediakan, ibu bapa tidak tegas. Bagi muka dan anak ‘memijak’ kepala ibu ayah.
4)Seimbang- tidak terlalu tegas, tidak terlalu manja, ada masa yang berkasih sayang & bermanja. Ini yang membina keluarga seimbang.
Tugas kita memimpin dan mendidik anak solat. Perlu sentiasa periksa solat anak. Solat adalah benteng dan boleh melepaskan daripada seksa kubur.
Ibu bapa yang seimbang mesti ada 7 personaliti ini
7 ‘P’ ialah personaliti dalam mendidik anak-anak. Sebab apa kita perlu jadi versatil dalam mendidik anak-anak? Sebab kita perlu menjadi ibu bapa yang seimbang.
#1: Pemimpin
Rasulullah telah bersabda, “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu bertanggungjawab di atas orang yang dipimpin.” Bahagianya ayah ibu, terutamanya ayah kalau berjaya memimpin keluarga. Anak tidak meninggalkan solat, anak pandai mengaji Al-Quran. Anak mempunyai akhlak yang hebat kerana berjayanya peranan bapa sebagai pemimpin.
Ustazah juga turut berkongsi tentang pertanyaan yang diajukan oleh sahabat baginda “Siapakah orang-orang yang mandul Ya Rasulullah. Rasulullah SAW berkata orang yang ada anak tetapi tiada seorang pun yang memberikan manfaat kepada kedua ibu bapanya. Dan itu yang aku maksudkan dengan orang yang mandul.”
Tugas kita memimpin dan mendidik anak solat. Perlu sentiasa periksa solat anak. Solat adalah benteng dan boleh melepaskan daripada seksaan kubur.
#2: Penawar
Ibu bapa yang menjadi penawar kepada anak-anak bermaksud isteri perlu menjadi penawar hati kepada suami, suami perlu menjadi penawar hati kepada isteri. Ibu bapa perlu menjadi penawar hati kepada anak-anak. Anak-anak perlu menjadi penawar hati kepada kedua ibu bapa. Penawar ini sangat penting, perlu dimainkan sampai bila-bila.
Contoh Sayyidatina Siti Hajar mencari air untuk Nabi Ismail, anak kecil yang haus dan lapar di tengah padang pasir yang tandus. Tapi ibu ini sanggup berusaha keras untuk anak yang haus, berlari dari Safa ke Marwah berulang alik. Kerana ibu ini penawar, pengorbanan ibu ini Allah anugerahkan air zam zam. Sebab itu ibu ayah apabila anak menangis, yang perlu pujuk dan kesat air mata anak itu mestilah ayah atau ibu.
#3: Penghibur
Kalau tegas sangat, anak akan rasa macam ada harimau dalam rumah. Ini adalah sebab anak lari dari rumah dan liar. Ini kerana dalam rumah itu hanya garang-garang. Senda gurau dalam rumah tangga penting. Rasulullah SAW menjadi penghibur kepada cucuanda Hasan & Husin sehingga semasa solat cucuandanya memanjat ke atas belakang. Rasulullah tidak marah, malah sujud lama dan sudahkan solat secara bangun perlahan-lahan supaya Hasan tidak jatuh. Apabila sahabat baginda bertanya mengapa, kata baginda, cucu-cucuku penawar hatiku.
#4: Penyayang
Ibu bapa perlu menyayangi anak-anak. Ibu ayah perlu rasa anak ini adalah amanah dari Allah. Hadis ini ada kaitannya. Pada suatu hari Rasulullah SAW sedang peluk, cium dengan Hasan & Husin. Ada seorang sahabat bertanya ” Begini caranya kamu layan cucu-cucumu? Engkau peluk, engkau cium.
Aku ada 10 orang anak, tapi tiada seorang pun aku peluk & cium. Maka baginda berkata “Barangsiapa tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi.” Bagaimana ibu bapa apabila sudah tua nanti, sudah uzur dan tidak boleh urus diri. Anak-anak yang akan menyayangi sehingga ke syurga.
Untuk menjadi ibu bapa yang penyabar, ustaz Wan Akashah telah memberikan tip. Pertama sekali ibu bapa perlu menjaga kata-kata, kerana kata-kata memberikan kekuatan dan ada kehebatan luar biasa. Ia boleh menjatuhkan dan menaikkan seseorang. Ibu bapa wajib menjaga kata-kata dan banyakkan bersabar.
Rasulullah telah bersabda, “Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat bercakap baik atau hanya diam. Ini penting terutamanya kepada ibu dan ayah. Sabda Rasulullah juga barang siapa yang memiliki 3 anak perempuan dan mendidik mereka dengan sabar, memberi makan dan minum daripada apa-apa yang dia dapatkan, maka tersebut akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka di hari kiamat.
Sahabat bertanya, bagaimana sekiranya ada 2 anak perempuan? Rasulullah menjawab ‘sama’. Sahabat bertanya, sekiranya ada 1 anak perempuan? Rasulullah menjawab ‘sama.’ Sahabat bertanya, sekiranya hanya mempunyai anak laki-laki? Rasulullah menjawab ‘sama.’ Mudah-mudahan ia menjadi benteng kepada kita daripada azab api neraka.
#6: Prihatin
Ibu bapa yang ambil berat dan ambil tahu tentang anak-anak. Jangan dibiarkan masa dengan anak-anak berlalu pergi begitu sahaja tanpa kenangan indah bersama. Suatu saat nanti kita akan pergi. Masa yang diluangkan dengan anak-anak, anak sakit kita jaga, anak sakit kita bawa dapatkan rawatan, anak belajar kita duduk temankan, solat berjemaah, baca Al-Quran bersama-sama. Masa cuti kita bercuti bersama-sama dengan anak, makan bersama-sama. Ibu yang prihatin memasak dengan air tangan ibu, bapa prihatin cari nafkah untuk keluarga. Semua yang dilakukan ini, apabila kita sudah tiada lagi anak-anak akan terbayangkan segala-galanya.
#7: Pengorbanan
Apa sahaja pengorbanan yang dilakukan kepada anak-anak yang dikasihi semuanya akan dinilai oleh Allah. Ibu ada pengorbanan, ayah ada pengorbanannya. Pengorbanan ibu jelas dilihat apabila anak di dalam rahim ibu. Ibu melahirkan dengan penuh kesakitan, ibu menyusukan dengan kepayahan, ibu didik dengan kasih sayang.
Tetapi pengorbanan ayah, jarang-jarang diperlihatkan. Pengorbanan ayah untuk membahagiakan anak-anak. Justeru, ibu ayah jangan pernah rasa penat dan kecewa, kerana kini tiba masanya kita pula yang perlu mendidik anak-anak dengan merealisasikan generasi soleh dan solehah.
Mudah-mudahan ibu bapa mampu menjadi versatile, berjihad ke jalan Allah SWT. Semoga anda boleh menjadi ibu bapa yang ada 7 ‘P’ ini’ dan seimbang membentuk anak-anak soleh dan solehah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di mana ada kemahuan, pasti akan berjaya! Prinsip ini boleh memotivasikan sesiapa sahaja yang betul-betul bertekad nak buat sesuatu. Dalam bab menyimpan duit, sebenarnya tak perlu nak simpan banyak sekaligus. Paling penting buat ikut kemampuan dan pasti pengakhirannya itu berjaya.
Bagi yang masih tercari-cari cara sesuai untuk membuat tabungan mengikut bajet, anda boleh praktikkan cara bijak dan dianggap kreatif oleh seorang pengguna Facebook, Wan Nor Adilah.
Melalui cara simpanan ikut kemampuan ni, setiap note duit disimpan mengikut bajet dan hasilnya sebanyak RM4, 074 berjaya dikumpul dalam setahun.
Berikut antara perkongsiannya:
Tu diaaa.. Sikit2 lama2 jadi bukit.. Ummi start 01 jan-31Disember 2018 kumpul duit ni…Tahun 2017 tak berjaya sebab bulan 5 ummi ambik.. Tahun 2018 bertekad tak nak usik..
Disamping ummi main kutu duit.. Simpan la juga sikit2… Menabung untuk masa depan….ummi ni bukan kerja makan gaji.. Tiap2 bulan ummi main kutu.. Kalo tak niaga kek duit tak masuk.. Jadi ada peluang simpan la duit.
Sekarang ni keluar rumah pun semua guna duit.. Alhamdulillah dah masuk bank.. Ummi siap buat buku tanda2.
RM1—ummi simpan RM1 setiap hari.. Setahun ummi genapkan RM400
RM5—yg ni ummi simpan setiap minggu 2 keping total ummi genapkan 108 keping jadi RM540
RM10—yg rm10 pula ummi simpan 2 keping setiap minggu dapat 110 keping total RM1100
RM20—yg ni ummi simpan 2 keping setiap bulan jadi RM500 25 keping
RM50—ummi simpan setiap bulan genap.. Feb,april, jun, ogos,oktober,disember total RM300
RM100—yg ni pula setiap bulan ganjil.. Jun, mac, mei, julai, september, november.. Total RM600
Duit syiling kalada ada ummi masuk tabung. Alhamdulillah duit kertas RM3440 dan duit syilling RM634. Total semua RM 4,074. Insyaallah cara ni di sambung lagi untuk tahun-tahun mendatang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenali Dr Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan termuda Malaysia yang baru bergelar ayah. Usia muda, latar belakang perubatan dan nilai kekeluargaan menjadikan beliau simbol kepimpinan generasi baharu.