Sotong Paht Phet, kata orang jika anda menyediakan menu ini mudah kerja memasak jadinya. Apa tidaknya meskipun anda sediakan satu menu, namun ianya lengkap dengan hidangan sayur!
Bukan itu sahaja, hidangan ini juga sangat sedap kerana ia mempunyai rasa pedas dan beraroma yang mampu menyuntik selera untuk anda makan bertambah.
Nak tahu resipi dan cara penyediaannya? Jadi apa kata ikuti sahaja langkah-langkah yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah.
RESEPI SOTONG PHAT PHET(THAI)
Bahan-bahan:
500gram sotong (dicuci bersih)
4 batang kacang panjang (dipotong serong)
5 batang cili padi merah (dipotong)
1 labu bawang merah (dipotong)
1 batang serai (dihiris)
4 helai daun limau purut
Ads
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce
2 sudu besar sos ikan
½ sudu kecil serbuk perasa
Garam (jika perlu)
Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)
Ads
BAHAN KISAR
4 batang cili merah
4 batang cili hijau
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit air
CARA MEMASAK
Ads
1) Panaskan minyak , tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak .
2) Apabila sudah kering , masukkan sotong yang telah dicuci bersih.
3) Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering .
4) Kemudian , masukkan lada hitam , serbuk kunyit , belacan , serbuk perasa dan sos ikan . Gaul rata .
5) Akhir sekali , masukkan cili padi , serai , daun limau purut , bawang dan kacang panjang. Masakan seketika dan tutup api .
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orang selalu berkata, “Makanlah lobak merah, ia baik untuk mata.” Tetapi adakah lobak merah hanya mendatangkan manfaat kepada mata? Haa…kalau nak tahu lebih lanjut mengenai sayuran berwarna oren ini, marilah baca perkongsian artikel Hello Doktor ini.
Nutrisi lobak merah
Daucus carota merupakan nama saintifik bagi sayuran daripada keluarga ubi ini. Sayuran rangup dengan pilihan warna seperti oren dan putih (warna biasa yang terdapat dalam pasaran Malaysia) ini sering digunakan sebagai bahan dalam coleslaws, salad dan wrap. Carrot karot) juga boleh digunakan dalam pembuatan pastri seperti kek dan mufin. Malahan ia juga boleh dijadikan sebagai jus yang berkhasiat.
Menurut U.S. Department of Agriculture (USDA), secawan lobak yang dipotong, seberat 128 gram (g), memberikan:
Kalori – 52
Karbohidrat – 12.26 g
Gula – 3 g
Protein – 1.19 g
Lemak – 0.31 g
Serat – 3.6 g
Vitamin A – 1,069 mcg (mikrogram)
Vitamin C- 7.6
Kalsium – 42 mg (miligram)
Zat besi – 0.38 mg
Magnesium – 15 mg
Fosforus – 45 mg
Kalium – 410 mg
Sodium – 88 mg
Zink – 0.31 mg
Folat – 24 mcg
Vitamin K – 16.9 mcg
Secawan lobak merah sudah dapat membekalkan lebih 100 peratus purata keperluan harian vitamin A individu lelaki dan wanita yang disyorkan elaun harian (RDA). Sayuran ini juga mengandungi pelbagai jenis vitamin B.
Kebaikan lobak merah
Jadi anda sudah mengetahui kelebihan nutrisi yang terkandung di dalam sayuran ini, apa kata kita lihat pula manfaatnya untuk kesihatan badan secara keseluruhan, okay? Berikut adalah beberapa kebaikan lobak merah yang mungkin akan menarik minat anda untuk mengambilnya dalam diet pemakanan harian anda.
Penjagaan mata
Seperti yang semua sedia maklum, carrot sememangnya bagus untuk mata. Kandungan vitamin A dan B membantu mengekalkan tahap penglihatan mata pada tahap yang baik. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan anda mengalami rabun malam. Beta-karotena pula dapat melindungi mata daripada masalah degenerasi makular dan perkembangan katarak.
Kecantikan kulit
Nak kulit cantik? Makanlah carrot. Ini kerana sayuran ini dapat membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari, terima kasih kepada vitamin A dan antioksidan. Ia juga membantu mencegah pertumbuhan jerawat, kulit kering, kedutan awal dan menjadikan kulit anda lebih cerah serta sihat.
Cegah kanser
Kandungan diet karotenoid membuktikan lobak mempunyai kesan antikanser. Ini kerana kandungan antioksidan dapat membantu mengurangkan radikal bebas dalam badan. Terdapat kajian yang mencadangkan kemungkinan wujud kaitan antara diet tinggi karotenoid dengan risiko kanser prostat yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, masih banyak bukti yang diperlukan untuk mengesahkan mengenai perkara ini.
Kuruskan badan
Tengah mencari jalan untuk mengurangkan berat badan? Pilihlah lobak merah. Ia dapat membantu mengurangkan berat kerana kandungan enzim yang dapat melancarkan pencernaan dan menghalang pengumpulan lemak dalam badan. Manakala kandungan serat di dalamnya akan membuatkan anda berasa kenyang untuk tempoh lebih lama.
Cegah kerosakan gigi
Mengamalkan pengambilan lobak dapat membantu dalam aspek penjagaan gigi. Ini kerana Daucus carota mempunyai peranan sebagai penghakis semula jadi yang boleh menyingkirkan kotoran yang terlekat pada gigi dan gusi. Malahan kandungan mineral di dalamnya dapat membantu membunuh kuman di dalam mulut.
Cuti hujung minggu macam ni, ada waktunya anak mula kelaparan di petang hari. Tak perlu sediakan menu berat, roti dengan butter dan kaya sudah cukup buat anak kekenyangan asalkan pandai berkreatif. Sarapan ringkas pun amat sesuai. Mudah!
Resipi dengan tiga bahan ini bukan saja simple bahkan idea untuk mama yang kekeringan idea untuk sediakan sarapan dan minum petang anak.
Roti butter + kaya. Roti ni sebenarnya simple je. Kepada mak-mak yang out of idea nak buat breakfast untuk anak, rasanya boleh try lah.
Roti Gardenia (ikutlah brand apa asalkan roti yang boleh dimakan)
Butter (brand buttercup pun boleh, sis guna jenama Farm Cows)
Kaya
1️. Potong kulit roti, sebab budak-budak dekat rumah ni tak suka kulit roti tu. Lepastu potong dua.
2️. Sapu kaya banyak-banyak. Jangan kedekut, nanti bakar dia meleleh, nampak yummy gitu.
3. Potong butter jadi cube macam dalam gambar, susun 3 baris atas roti.
4. Sis sapu jugak kaya untuk lapisan atas, jadi upside down lah kaya tu.
5. Bakar pada suhu 170c 10-15 minit, depends on how crunchy u nak lah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lama tidak dapat menikmati sajian di majlis perkahwinan, pastinya terindu-rindu menu daging masak hitam yang menjadi kewajipan di setiap majlis kenduri. Siapkan menu hujung minggu anda dengan menyediakan daging kenduri ini pula untuk anak-anak.
Resipi yang dikongsikan oleh Rusfaniza Abu Yazid ini memang meletop. Rasanya sama macam lauk kenduri dan padankanlah dengan nasi minyak dan acar untuk keluarga. Memang mantap!
Daging masak hitam Ala-Ala kenduri gitu.
Bahan-bahan:
Daging 2 kilo
Kicap manis & kicap pekat
Cili kering 20 tangkai (bland)
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 10 ulas
Halia 5-6 hiris
Serai 2 batang
Buah keras 5 biji
Kismis 1 genggam (patutnya guna kismis hitam, tak dak guna ja yang kuning)
Jintan manis 1 sudu kecik
Lada hitam 1 sudu kecik
Perap daging dengan kicap manis dan kicap pekat dan cili kering bland.
Perap 2-3 jam.
Sementara tunggu daging kita bland bahan-bahan ni dulu.
Bekas biru, bland bawang besar,bawang putih, halia. Bekas pink, bland serai, kismis, buah keras, jintan manis dan lada hitam.
Minyak panas tumis 4 sekawan.. masukkan bawang bland.
Bawang dah garing masukkan rempah bland pulak.
Pecah minyak macam ni masukkan daging, api perlahan jangan letak air nanti daging keluar air.
Masak sampai kering macam ni, ikut kan tak payah tambah gula & garam lagi dah ngam-ngam rasa tapi sebab saya suka manis letak jugak 2 sudu. Nak kering macam ni api perlahan, 3 jam jugak la😅tapi berbaloii puas makan.
Lepas panaskan hari ni makan lagi sedap. Letak bekas kecik-kecik simpan dalam peti ais nak makan panaskan ja hampa.