Kisah seorang bayi yang dibekukan selama 16 hari oleh sebuah hospital swasta yang didakwa hanya kerana si bapa tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar kos perubatan mengejutkan ramai pihak.
Tambah membuatkan wargamaya keliru bila mana terdapat percanggahan dari pihak hospital sendiri yang menceritakan hal sebaliknya.
Kes tular menyayat hati itu turut mendapat perhatian dan respon peguam terkenal iaitu Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.
Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, Ahmad Zaharil mempertikai tindakan pihak hospital yang telah menahan ibu mangsa selama 16 hari di wad.
Menurut peguam berusia 58 tahun itu, tindakan yang dilakukan pihak hospital adalah salah kerana mempunyai elemen jenayah.
“Apa hak kau (hospital) nak tahan anak guam aku dan apa undang-undang yang kau pakai.
Ads
“Kau pakai agreement? Agreement itu adalah bukti dia pernah datang tetapi apabila kau tahan dia, itu adalah satu bentuk elemen jenayah.
“Kenapa hospital buat tindakan sendiri dan tak bawa ibu arwah ni ke balai? Ada je balai berdekatan dengan hospital.
“Faktanya di sini ialah pihak hospital tahan jenazah anak itu selama dua minggu. Sepatutnya tak perlu disimpan sebab anak itu dah tiada (meninggal dunia),” kongsinya.
Dalam pada itu, Ahmad Zaharil meminta bantuan orang ramai untuk mendapatkan maklumat mengenai ibu bapa mangsa kerana mahu membantu mereka menyelesaikan kes.
Ads
“Kalau korang ada jumpa, suruh dan bawa mak bapa arwah datang jumpa aku dan mari aku saman pihak hospital.
“Aku mesti akan lawan,” katanya lagi.
Terdahulu, Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali sebagai Mr Wan Cai memuat naik satu hantaran menitipkan ucapan terima kasih buat Ahmad Zaharil atas kesudiannya membantu mendapat keadilan buat keluarga mangsa.
Ads
Mr Wan Cai juga sebelum itu turut berkongsi kisah sedih satu jenazah bayi yang didakwa telah dibekukan dan ditahan selama 16 hari di sebuah hospital swasta kerana bapanya tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk menguruskan jenazah tersebut.
Sebagai ibu bapa, kita sering mengimpikan yang terbaik untuk anak-anak. Kita mahu mereka membesar dengan sihat, yakin dan berjaya dalam kehidupan. Namun apabila bercakap tentang Matematik, ramai ibu ayah mula berasa risau apabila anak menunjukkan kurang minat terhadap nombor atau cepat mengalah apabila berhadapan dengan soalan kira-kira.
Hakikatnya, melatih anak mahir Matematik bukanlah semata-mata untuk memastikan mereka mendapat markah tinggi dalam peperiksaan. Lebih daripada itu, Matematik sebenarnya membantu membentuk cara anak berfikir, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan lebih baik. Sebab itulah pendedahan awal kepada Matematik Anak sangat penting dalam perkembangan kanak-kanak.
Tahukah ibu ayah bahawa kemahiran Matematik mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan otak anak?
Apabila anak mengira, mengenal nombor, membuat perbandingan atau menyusun pola, mereka sebenarnya sedang melatih otak untuk berfikir secara logik. Aktiviti ini membantu membina sambungan saraf dalam otak yang penting untuk proses pembelajaran.
Kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai kemahiran asas Matematik yang baik cenderung menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam pelbagai bidang pembelajaran lain. Ini kerana Matematik mengajar anak untuk berfikir secara tersusun, menganalisis maklumat dan mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah.
Kajian menunjukkan bahawa kemahiran matematik pada usia awal adalah petunjuk paling kuat kepada kejayaan akademik pada masa hadapan, malah lebih berpengaruh berbanding kemahiran membaca awal.
Jadi, jika si kecil anda mula menunjukkan tanda-tanda bahawa dia mempunyai bakat luar biasa dalam matematik, mungkin sudah tiba masanya untuk anda memberi perhatian.
Tetapi, bagaimana anda boleh mengenal pasti sama ada anak anda benar-benar mempunyai kebolehan istimewa dalam matematik, terutamanya ketika mereka masih kecil?
Antara tanda-tandanya ialah:
Jika anak anda mempunyai beberapa ciri ini, ia tidak semestinya bermaksud mereka seorang genius matematik, tetapi ia mungkin petanda bahawa mereka mempunyai potensi besar yang boleh diasah sejak awal. Sokongan dan pendedahan yang betul mampu membantu mereka mengembangkan bakat tersebut dengan lebih baik.
Dalam kehidupan sebenar, anak-anak akan berdepan dengan pelbagai cabaran setiap hari. Tidak semua masalah datang dalam bentuk soalan di dalam buku latihan.
Sebagai contoh, anak perlu membuat keputusan bagaimana untuk membahagikan makanan dengan adik-beradik, mengira baki wang ketika membeli sesuatu atau menentukan masa yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan sekolah.
Semua situasi ini memerlukan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
Apabila anak didedahkan dengan Matematik Anak sejak kecil, mereka akan belajar bahawa setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian. Mereka juga akan lebih berani mencuba dan tidak mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran.
Setiap kali anak berjaya menyelesaikan sesuatu soalan atau aktiviti Matematik, mereka akan merasai kepuasan dan kegembiraan.
Perasaan berjaya ini sangat penting untuk membina keyakinan diri mereka.
Anak yang yakin dengan kebolehan diri biasanya lebih berani mencuba perkara baharu dan tidak takut melakukan kesilapan. Mereka memahami bahawa kesalahan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran.
Sebaliknya, jika anak sering dimarahi kerana melakukan kesilapan dalam Matematik, mereka mungkin akan mula berasa takut dan hilang minat untuk belajar.
Oleh itu, ibu ayah perlu memberi galakan dan pujian kepada usaha anak, bukan hanya menumpukan kepada keputusan semata-mata.
Ramai yang beranggapan Matematik hanya penting di sekolah. Sebenarnya, Matematik digunakan hampir setiap hari dalam kehidupan kita.
Kanak-kanak menggunakan Matematik apabila mereka:
Apabila anak memahami bahawa Matematik Anak bukan sekadar subjek sekolah tetapi sebahagian daripada kehidupan harian, mereka akan melihat pembelajaran ini sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan berguna.
Selain membantu anak memahami nombor, Matematik juga melatih fokus dan daya tumpuan mereka.
Semasa menyelesaikan sesuatu masalah, anak perlu memberi perhatian kepada maklumat yang diberikan, mengingati langkah-langkah tertentu dan menggunakan kemahiran berfikir untuk mendapatkan jawapan.
Aktiviti seperti mengenal pola, bermain teka-teki nombor atau menyusun blok mengikut bentuk turut membantu meningkatkan daya ingatan dan kemahiran kognitif anak.
Kemahiran ini bukan sahaja penting dalam Matematik, malah membantu mereka dalam pembelajaran mata pelajaran lain.
Berita baik untuk ibu ayah, melatih anak menjadi bijak Matematik tidak semestinya memerlukan buku latihan setiap hari.
Kanak-kanak belajar dengan lebih baik melalui pengalaman dan permainan.
Antara aktiviti mudah yang boleh dilakukan ialah:
Aktiviti seperti ini membantu anak memahami konsep Matematik secara semula jadi tanpa tekanan.
Sebagai ibu bapa, kita tidak perlu terlalu obses untuk menjadikan anak seorang genius Matematik dalam masa yang singkat.
Apa yang lebih penting ialah membina minat dan sikap positif terhadap pembelajaran.
Apabila anak menikmati proses belajar, mereka akan lebih mudah memahami konsep baharu dan terus berusaha walaupun berdepan kesukaran.
Anak yang mempunyai asas Matematik Anak yang baik bukan sahaja mampu menguasai nombor, malah membesar menjadi individu yang lebih yakin, kreatif dan mampu berfikir secara kritis.
Jadi ibu ayah, mulakan dengan langkah kecil. Jadikan Matematik sebahagian daripada aktiviti harian yang menyeronokkan dan penuh kasih sayang. Ingatlah, matlamat sebenar bukanlah untuk melahirkan seorang genius semata-mata, tetapi membantu anak membina kemahiran hidup yang akan memberi manfaat sepanjang hayat mereka.
Dengan pendekatan yang betul, Matematik Anak boleh menjadi asas kepada perkembangan intelek, emosi dan sosial yang lebih kukuh. Kemahiran berfikir secara logik, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dipelajari sejak kecil akan terus digunakan apabila mereka meningkat dewasa.
Kerana apabila anak belajar berfikir dengan baik hari ini, mereka sedang membina masa depan yang lebih cerah untuk esok.
Kalau tengok gaya Shukri Yahaya dalam drama, ramai wanita cair dengan wataknya yang penuh emosi dan romantik. Tapi di dunia sebenar, Shukri sebenarnya seorang suami yang cukup pemalu dan pendiam.
Katanya, kalau ada masalah dalam rumah tangga, dia lebih selesa diam dulu — bukan sebab tak peduli, tapi sebab dia perlukan masa untuk susun kata, supaya bila berbincang nanti, semuanya datang dari hati yang tenang.
Habis Kerja, Habis Segalanya di Set Dalam dunia seni, tak dapat dielakkan bekerja rapat dengan rakan artis wanita. Tapi cara Shukri uruskan batas tu memang buat hati isteri mana-mana cair — sebab baginya, bila kerja tamat, hubungan pun tamat di set.
“Jumpa macam tu je, saya anggap dia rakan kerja. Berjumpa berkawan, habis di situ dan jangan bawa balik ke rumah.”
Tak ada istilah sambung bersembang atau ‘follow-up’ lepas penggambaran. Habis kerja, dia terus balik rumah, tempat paling selesa untuk seorang suami dan ayah.
Bila Watak Jadi Cermin untuk Para Suami Dalam drama Curang Tanpa Niat, wataknya sebagai Eshaal mungkin nampak kecil kesalahan — cuma ajak rakan sekerja makan malam sebab kerja sampai lewat. Tapi bila fikir balik, kenapa tak pilih untuk makan di rumah bersama isteri dan anak-anak yang menunggu?
Shukri akui, kalau situasi itu berlaku dalam hidup sebenar, dia lebih rela terus balik ke rumah. Katanya, rumah adalah tempat selamat yang tak perlu dia cari di luar.
Balik Rumah Adalah Syurga Paling Nyaman Shukri mengaku, dia lebih selesa habiskan masa di rumah bersama isteri tercinta, Tya Adnan, dan dua permata hati mereka — Aaira Ameena dan Maleeq Mikayl. Bukan sebab dia ‘tak boleh keluar’, tapi sebab itulah tempat dia rasa paling cukup.
Tempat dia boleh jadi diri sendiri, peluk anak, duduk diam dengan isteri lepas penat kerja. Itu bagi dia satu bentuk ‘syurga kecil’ yang tak boleh dibeli di mana-mana.
Hubungan Hambar Itu Boleh Dihangatkan Semula Ramai pasangan, lepas bertahun kahwin, mula rasa hambar. Tapi Shukri percaya, hubungan suami isteri takkan kekal ‘manis’ kalau tak jaga. Bila rasa mula renggang, jangan biar lama.
“Cari kat mana salah dan kita cuba perbaiki. Perpisahan bukanlah jalan yang terbaik.”
“Saya dah kahwin dalam sembilan tahun macam tu. selalu luangkan masa bersama isteri dan anak-anak biasanya bawa mereka holiday. Sebenarnya kalau tengah driving pun akan jadi satu memori buat suami isteri.”
Duduk berbincang, cari apa yang kurang dan cuba isi ruang tu sama-sama. Perkahwinan bukan tentang siapa paling sempurna, tapi siapa paling sudi usaha.
Setia Itu Dipilih, Bukan Diuji Dalam nada tenang, Shukri ingatkan kita — kadang benda yang nampak ‘kecil’ pada suami, boleh jadi luka yang besar pada isteri. Makan dengan rakan sekerja? Borak lebih di luar waktu kerja? Semua tu mungkin nampak remeh… tapi kalau ada pilihan untuk elak, elakkan. Setia itu bukan sebab tak ada peluang, tapi sebab kita pilih untuk tak cari.
Tonton video temu bual eksklusif bersama Shukri Yahaya;
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak sejak hari pertama kelahiran. Selain menyediakan keperluan fizikal seperti susu, pakaian dan tempat tidur yang selesa, ada juga amalan sunnah yang boleh dilakukan sebagai tanda syukur atas kehadiran cahaya mata.
Antara amalan yang sering dilakukan ialah mencukur rambut bayi, namun ramai ibu bapa muda mungkin tidak tahu bahawa selepas proses tersebut, ada satu lagi amalan yang boleh diteruskan iaitu sedekah rambut bayi mengikut nilai berat rambut yang telah dicukur.
Seorang ibu, Natasha Azam, berkongsi pengalaman menjalankan amalan ini pada hari ke-14 kelahiran anaknya. Perkongsiannya bukan sahaja memberi ilmu baharu kepada ramai ibu bapa, malah membuka mata tentang cara mudah mendidik keluarga dengan nilai memberi sejak awal kelahiran anak.
Menurut Natasha, selepas rambut anaknya dicukur, dia terus menimbang rambut tersebut untuk mengira anggaran nilai yang boleh disedekahkan kepada golongan memerlukan.
Menerusi perkongsian Natasha, dia membawa anaknya, Alayya untuk menjalani proses mencukur rambut pada hari ke-14 selepas kelahiran, satu amalan yang sering dilakukan oleh ibu bapa Muslim.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai ialah langkah seterusnya selepas rambut bayi selesai dicukur.
“Hari ke-14 haritu mommy bawa Alayya cukur rambut, lepas cukur terus ke kedai dan timbang berat rambut. Selesai timbang baru tahu harga untuk disedekahkan,” kongsinya.
Melalui kaedah itu, rambut yang telah dicukur akan ditimbang terlebih dahulu sebelum ibu bapa menganggarkan nilainya berdasarkan harga semasa emas atau perak, kemudian jumlah tersebut disedekahkan dalam bentuk wang.
Amalan sedekah rambut bayi ini sebenarnya memberi peluang kepada ibu bapa untuk berkongsi rezeki sempena kelahiran anak, selain menjadikan momen tersebut lebih bermakna dan penuh keberkatan.
Secara umum, berat rambut bayi yang telah dicukur akan ditimbang menggunakan penimbang sensitif. Kemudian, ibu bapa boleh merujuk harga semasa emas atau perak sebagai panduan untuk menentukan nilai sedekah.
Walaupun jumlahnya mungkin kecil, niat dan keikhlasan dalam melakukan sedekah rambut bayi itulah yang menjadi keutamaan.
Natasha turut berkongsi bahawa wang sedekah tersebut boleh diberikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan seperti:
Walaupun nilainya mungkin tidak terlalu besar, amalan ini membawa simbolik yang cukup indah iaitu tanda kesyukuran ibu bapa atas anugerah zuriat.
Perkongsian Natasha menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen, terutamanya ibu bapa muda yang mengakui baru mengetahui tentang amalan tersebut.
Ada yang menyifatkan cara ini lebih praktikal dan mudah dilakukan kerana ibu bapa hanya perlu menimbang rambut bayi, mengetahui anggaran nilainya dan terus menyalurkan sedekah kepada penerima yang sesuai.
Malah, ada juga yang mula merancang untuk mengamalkan sedekah rambut bayi ini bagi kelahiran anak mereka yang seterusnya.
Secara tidak langsung, ia turut mengingatkan ibu bapa bahawa membesarkan anak bukan sekadar memenuhi keperluan duniawi, tetapi juga menerapkan elemen keberkatan dan amalan baik sejak awal kehidupan mereka.
Amalan kecil seperti ini mungkin nampak sederhana, namun besar nilainya dari sudut didikan keluarga. Ia bukan sahaja menghidupkan sunnah, malah mengajar erti syukur, berkongsi rezeki dan mendidik anak dalam suasana penuh kasih sayang serta keberkatan sejak lahir.
Dengan memahami dan mengamalkan sedekah rambut bayi, ibu bapa bukan sahaja mengikuti sunnah, tetapi turut membina asas nilai murni dalam institusi keluarga yang akan memberi kesan jangka panjang kepada anak-anak.
Ibu ayah, jangan terlepas info penting ini! Bantuan tunai kerajaan melalui STR 2026 bakal memasuki fasa seterusnya. Buat keluarga yang bergantung pada bantuan ini untuk urusan anak-anak, keperluan sekolah dan perbelanjaan harian, pastikan semakan serta kemas kini maklumat dibuat supaya tidak terlepas bayaran yang layak diterima.