Biasanya ramai ibu bapa yang ada anak ekzema begitu pantang dengan segala jenis makanan atas alasan takut ekzema anak lagi teruk. Jadi langkah selamat anak hanya diberikan maka nasi, lauk atau sayur tertentu sahaja.

Kalau setiap hari anak hanya makan menu yang sama bagaimana untuk anak nak dapat tenaga, vitamin, atau nutrisi lengkap dalam pemakanan. Ramai yang fikir ayam gatal, ikan bisa, daging tak boleh makan.

Perkongsian dari Dato Dr Suriyakhatun mengenai pelbagaikan pemakanan anak ekzema ini penting dan mungkin boleh membantu ibu bapa yang risau untuk cuba bagi anak makan.

Kerap saya dengar, terutama dengan anak yang masih bayi dan menghidap ekzema dimana ibu akan berikan anak makanan yang sama setiap hari. Ada kalanya carrot, bunga kobis dan nasi setiap hari atau kentang, brokoli dan nasi.

Pelbagaikan Makanan Anak Ekzema. Jika Semua Pantang Mungkin Lagi Teruk Alahannya  

IKLAN

Bila beri ikan, ikan yang sama setiap hari. Alasannya adalah sebab takut nak beri makan benda lain, takut ekzema akan bertambah teruk.

Begitu juga ibunya sudah banyak kes dimana ibu yang menyusukan akan makan hanya sawi, ikan selar dan nasi setiap hari.

1. Sebenarnya, orang yang senang mendapat alahan pada makanan akan lebih mudah menjadi alah pada makanan yang kerap di ulang setiap hari. Bila kita alah sedikit pada sesuatu makanan dan makannya berulang-ulang kita akan menjadi lebih alah pada makanan tersebut.

IKLAN

2. Bila makan benda yang sama setiap hari, akan dapat khasiat yang sama tetapi tidak akan dapat zat yang tidak ada dalam makanan yang sama. Maka, untuk dapatkan sepenuhnya zat dalam makanan, kena pelbagaikan makanan. Maka yang terbaik adalah pelbagaikan makanan dan membuat pusingan makanan empat hari.

Contohnya:
Hari Isnin makan roti ( dan kita ada sedikit alahan pada tepung gandum), jangan makan roti lagi sehingga hari Jumaat , Jika sudah makan roti pagi, jangan makan lagi untuk tengah hari dan malam. Elak juga makanan bergandum pada hari berkenaan.

Isnin: Roti
Selasa:
Rabu
Khamis
Jumaat: Roti

IKLAN

Pelbagaikan Makanan Anak Ekzema. Jika Semua Pantang Mungkin Lagi Teruk Alahannya  

Bila makan sayur dan buah pastikan makan sayur atau buah yang berlainan warna dan berlainan sayur setiap hari kerana warna sayur adalah indikasi pada zat dalam sayur berkenaan. Selamat mencuba dan lihat bagaimana tahap tenaga dan kesihatan anda meningkat .

Ingat: pilih makanan bebas toksin sebaik yang boleh, sama ada toksin kimia yang sengaja ditambah pada makanan atau toksin dari persekitaran seperti pencemaran dengan pesticide, herbicide dan logam berat.

Sumber: Dato’ Dr. Suriyakhatun Osman

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI