Kehamilan

“Penat Dia Lain Macam” Kandungan Hampir 7 Bulan, Jihan Musa Akui Cepat Letih!

Share

Lain anak lain penangannya ketika hamil dan melahirkan. Bagi pengacara, Jihan Muse, kehamilan kali kedua ini begitu berbeza malah dia kini menjadi cepat penat berbanding dengan anak sulungnya.

Menurut kata Jihan, dek kerana faktor usianya yang semakin bertambah, dia mengakui lebih senang lelah ketika melakukan pelbagai aktitivi.

“Kali ini berbeza sebab faktor usia jadi penat dia lain macam. Itu pun antara sebab saya tak bekerja sebelum ini.

“Selain itu saya juga kena jaga anak. Semuanya saya buat sendiri sebab saya tak ada pembantu rumah.

“Lepas tu umur kita juga sudah meningkat, penat memang penat tetapi semangat tu buat kita rasa gembira.

“Saya dan suami yang buat semuanya. kalau nak cakap mengenai teruja nak sambut kelahiran, ya memang teruja sebab kami berdua memang menunggu,” kongsinya.

Ibu kepada Ungku Arsalan Haq ini juga dijangka bakal menyambut kelahiran anak keduanya ini sekitar bulan September nanti.

Malah kata Jihan lagi, dek kerana keadaan dirinya yang tidak mengizinkan, dia lebih gemar mengambil tawaran kerja yang ringan-ringan sahaja.

“Kalau ikutkan tarikh jangkaan bersalin saya adalah pada bulan September. jadi kalau bekerja pun mungkin dalam sebulan lagi mungkin bolehlah kot.

“Saya masih ambil tawaran bekerja tapi yang ringan-ringan sahaja, ” kongsinya lagi.

Terdahulu, Jihan mengumumkan kehamilan keduanya selepas muncul di kaca televisyen ketika mengacarakan Anugerah Meletop yang lalu.

Jihan dan suaminya, Ungku Hariz mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2016. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Ungku Arsalan Haq yang kini berusia lima tahun.

Menarik: Muka Ni Tahan Ja Tak Mau Garu, Dekat Nak Bersalin, MUA Bellaz Alami Alahan Teruk

Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN