Bukan senang suami nak kena alahan kalau isteri mengandung. Tapi jika suami yang rasa, ada yang lagi teruk dari isteri.
Bagi Hairul Azreen dia mengakui terkena tempias alahan isterinya, Hanis Zalikha yang kini hamil empat bulan.
Katanya, dia kerap rasa letih selain suka menonton rancangan memasak.
“Masa mula-mula Hanis hamil, lebih kurang dalam tempoh sebulan dua begitu saya juga terkena tempiasnya.
“Saya kerap rasa penat dan loya. Selain itu saya jadi suka menonton rancangan memasak dan paling kelakar bila saya sendiri beritahu Hanis saya mahu buat kek.
Ads
“Reaksi Hanis memang ‘priceless’ sehinggakan dia sendiri pelik dengan perubahan saya.
“Mungkin sebab dia hamil jadi kita pun terkena sekali. Sekarang ini alahan saya dah hilang dan kembali seperti biasa,” ujarnya pada Gempak.
Mengulas mengenai kandungan isterinya, Hairul memberitahu bayi berada dalam keadaan sihat.
Ads
“Buat masa ini jantina masih belum tahu lagi.
Ads
“Alhamdulillah, ‘baby’ sihat cuma Hanis sajalah yang mengalami alahan teruk.
“Setakat ini Hanis tidak mengidam apa-apa yang pelik tapi selalunya benda yang dia mahukan itu senang nak dapat. Kalau susah, saya pun ‘nervous’ juga,” katanya.
Kredit: Gempak / Ig @hairulazreen
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesetengah ibu hamil mengalami pening kepala atau merasa loya pada awal kehamilan. Ada juga yang tidak bernasib baik kerana rasa ‘mabuk’ itu berlanjutan sehingga kandungan sudah besar. Siapalah yang tahan kalau asyik pening kepala kan, tapi untuk ibu hamil takut pula untuk makan ubat. Khuatir memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
Dalam perkongsiannya di laman Facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad ada berkongsi tip untuk mengurangkan rasa sakit kepala ketika hamil. Sebaik-baiknya elakkan pengambilan ubat walaupun ia tidak berbahaya. Sebelum makan ubat, apa kata cuba dahulu tip-tip ini?
Ramai wanita yang mengalami masalah sakit kepala semasa hamil. Tidak ramai yang mahu mencuba mengambil ubat tahan sakit yang banyak dijual kerana bimbang kesan sampingan pada diri mereka atau anak dalam rahim. Malah ramai yang mendapat ubat tahan sakit dari doktor setelah menjalani pemeriksaan, tetapi masih ada rasa ragu-ragu lagi.
Secara amnya ubat tahan sakit selamat digunakan namun saya mencadangkan agar kurangkan pengambilan ubat tahan sakit ketika hamil. Jika rasa sakit yang keterlaluan, bolehlah cuba lakukan tips berikut sebelum mengambil ubat tahan sakit.
1. Urut sendiri bahagian yang sakit di kepala terutama bahagian kening menggunakan minyak zaitun, minyak kelapa atau essential oil.
2. Mandi. Jika ada kesempatan mandilah dengan air hangat. Paling baik dapat berendam dalam bathtub selama beberapa minit. Jangan terlalu lama.
3. Minum air kosong secukupnya. Minum air yang cukup dapat mengurangkan rasa sakit kepala. Mereka yang tidak cukup minum air, akan mudah mengalaminya.
4. Elakkan makanan dan minuman manis. Bagi mereka yang selalu sakit kepala, mengurangkan makanan dan minuman yang manis akan mengurangkan kekerapan rasa sakit kepala.
5. Cuba dapatkan tidur yang cukup. Bagi wanita yang hamil sebaiknya tidur paling kurang 8 jam sehari. Tidurlah awal supaya boleh bangun awal.
6. Ambil buah-buahan jika ingin mendapat kudapan di antara waktu makan. Tambahkan minyak sihat seperti avocado, minyak zaitun, ikan salmon dan buah zaitun itu sendiri.
7. Berurut. Dapatkan perkhidmatan urutan terutama untuk bahagian leher, belakang badan dan bahu. Carilah mereka yang terlatih dan berpengalaman.
Pengambilan ubatan penahan sakit seharusnya hanya bersifat sementara. Maknanya tak boleh ambil sampai berhari-hari. Jika sakit kepala berlaku pada jangka yang panjang, buat pemeriksaan doktor. Mungkin sakit kepala disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius.
Jika ada ibu hamil yang mengalami sakit kepala sepanjang kehamilan, bolehlah cuba dahulu tip yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi ini. Paling penting kena selalu mencuba untuk tahu kaedah mana yang serasi dan buat anda selesa. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis binti Mat Zara’ai meluahkan keinginan untuk menjadi ibu sama seperti orang lain setelah di tanya tentang anak.
Tambahnya lagi, dia dan suami, Adam Sinclair tidak pernah merancang namun masih belum dikurniakan rezeki anak.
“Kami tidak pernah merancang, cuma masih belum ada rezeki. Saya juga teringin nak jadi ibu.
“Dua wanita yang memberi inspirasi saya untuk menjadi ibu terbaik adalah ibu saya dan kakak ipar, Aishah Sinclair.
“Saya seronok melihat cara Aishah mendidik anak-anaknya yang bijak dan comel. Disebabkan itu, saya mahu menjadi ibu sepertinya,” ujar Yuna.
“Peminat juga saya lihat ramai yang turut mendoakan kami dan saya berterima kasih serta teruslah berdoa untuk kami.
“Apa-apa pun kami (dia dan suami) mahu bergembira dahulu sebelum membawa seseorang ke dunia ini.
“Saya tak terlalu berfikir sangat dan kalau orang tanya pun tak tersinggung kerana sebagai artis saya dah biasa ditanya soal peribadi.
“Bila orang tanya, saya selalu jawab kalau ada, ada la dan minta doakan. Tak terasa apa pun bila orang bertanya kerana saya ambil itu sebagai doa,” ujarnya.
Yuna yang menetap selama 12 tahun di Amerika Syarikat itu kini berada di Malaysia sempena sambutan Syawal yang lalu sekali gus mempromosikan single terbaharu berbahasa Melayu berjudul Menanti.
Diabetes semasa hamil atau biasanya dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.
GDM biasanya dikesan selepas minggu ke 24 kehamilan dan berlaku kepada 1-14% peratus wanita hamil setiap tahun. Jika tidak dirawat, GDM boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada ibu dan bayi yang di kandung.
Sesiapa sahaja boleh mengalami GDM semasa kehamilan. Pesakit yang sememangnya menghidapi diabetes berisiko tinggi menghidap GDM. Namun, wanita boleh menghidap GDM tanpa sebarang penyakit diabetes sebelumnya.
Menurut farmasialarif, terdapat beberapa makanan yang harus dielak oleh ibu mengandung yang menghidap GDM. Jom lihat video yang dikongsikan di Instgram.
Dengan mematuhi garis panduan yang dijelaskan di atas, anda mempunyai peluang yang baik untuk bersalin normal dan melahirkan bayi yang sihat walaupun menghidap GDM. Yang penting, sentiasa berbincang dengan pasukan penjaga kesihatan anda bagi mencapai matlamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jahitan bersalin terbuka boleh berlaku selepas melahirkan anak dan meningkatkan risiko jangkitan jika tidak dirawat. Ketahui punca, tanda bahaya, rawatan serta tip penjagaan luka untuk mempercepatkan proses penyembuhan.