Menjadi ibu bukan tugas mudah. Apatah lagi bila terpaksa menggalas tanggungjawab seorang diri. Begitulah luahan hati penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, yang berkongsi momen penuh emosi bersama anak-anaknya baru-baru ini.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, berkongsi pengalaman hari yang cukup mencabar melibatkan kedua-dua anaknya, Mohamed Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Ads
“Seawal umur lima tahun Ara sudah melakukan persembahan ballet di hadapan orang ramai dan saya sangat teruja dapat berada di sisinya untuk memberi sokongan.”
Namun, kebahagiaan itu seakan diuji apabila dalam kesibukan menguruskan anak-anak, Ayden pula terjatuh dan mengalami luka di bahagian kening hingga perlu dikejarkan ke klinik.
Ads
“Alhamdulillah. Hari yang sangat panjang dan penuh emosi. Penat, risau, gembira semua ada.”
Anak Membesar, Cabaran Bertambah
Bella mengakui, dia kini semakin tidak menang tangan kerana anak-anaknya semakin membesar dan memerlukan perhatian yang lebih. Sebagai ibu tunggal, setiap detik bersama mereka amat dihargai walau sesibuk mana pun jadual harian.
Hadir Itu Lebih Penting Dari Sempurna
Dalam perkongsiannya, Bella turut menitipkan nasihat kepada para ibu bapa lain agar tidak memandang ringan kepentingan hadir di saat penting anak-anak, walaupun sekejap.
“Kepada semua ibu dan bapa di luar sana, kehadiran anda sangat bermakna. Lihat saja betapa berserinya wajah si kecil apabila mereka nampak kita berada di sisi.”
Tambahnya lagi, kehadiran itu bukan soal menjadi ibu bapa yang sempurna, tetapi sentiasa hadir dan menyokong setiap langkah perjalanan anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan mudah jika anda bergelar seorang isteri dan ibu. Anda yang bekerja sama ada di pejabat atau di rumah tentu sahaja sesekali akan terkeluar keluhan penat dan stres kerana bebanan tugas di rumah dan tempat kerja yang tak pernah habis.
Untuk kita mengendalikan segala kerja rumah, menyiapkan keperluan suami dan anak-anak apatah lagi jika perlu ke pejabat untuk bekerja bukannya mudah. Tuntutan ini sangat berat dan ada kalanya pasti membuatkan diri tertekan keranan bebanan kerja yang tidak pernah habis.
Seperti yang dikongsikan oleh Ustazah Asma Harun di dalam ceramahnya, dengan mengamalkan bacaan zikir Fatimah dapat membantu mengurangkan kepenatan wanita bergelar ibu dan isteri dalam menguruskan rumah tangga.
Selain mengeluh, mungkin ada wanita akan memperuntukkan masa untuk diri sendiri bagi menghilangkan stres dan keletihan yang dialami dengan memanjakan diri di spa, pergi berurut, bercuti atau keluar bersiar-siar bersama teman.
Namun, tanpa kita sedari sebenarnya dalam Islam telah ada penawar segala kepenatan ini seperti diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada puteri Baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talibb r.a. tentang tangannya yang berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukan.
Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah s.a.w untuk meminta seorang pembantu. Tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah s.a.w dan hanya bertemu Saidatina Aisyah r.a.
Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.
Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun dan ingin menghampiri Baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat pembaringan.
Kemudian Baginda bersabda:“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akhbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
Menariknya, bacaan zikir ini boleh dibuat dengan anak-anak sebelum masuk tidur. Kumpulkan mereka beramai-ramai sambil membaca zikir ini bersama ayat 3 Qul dan ayat Kursi. Kemudian jadikan amalan untuk saling meminta maaf dan bersalaman sebelum tidur.
Tonton video ini;
Ya benar, menjadi seorang ibu tidak mudah. Tetapi dengan mengamalkan zikir sebegini sangat baik untuk menyembuhkan emosi yang kepenatan dengan tekanan. Jika selalu marah-marah pun tak dapat apa, jadi dengan zikir begini hati senang, tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu juga boleh dibuat dengan lebih baik. Selamat mencuba!
Semua kena tahu ni, pantang larang cium anak. Bonding Kiss hanya ada 2 sahaja iaitu di dahi dan kepala. Selain dari dua bahagian ini, itu semua sexual kiss bukan untuk bonding.
Baik ibu ayah, baik orang lain, tak digalakkan mencium anak di bahagian-bahagian lain selain dari dahi dan kepala.
Beza bonding kiss & sexual kiss
Bonding kiss bila kita buat anak rasa dihargai, rasa disayangi, rasa diperhatikan. Sexual kiss sama macam bonding kiss, sama anak turut rasa dihargai, rasa disayangi dan rasa diperhatikan cuma ada extra feeling di bahagian tersebut. Itulah yang dinamakan Sex Grooming.
Sedikit demi sedikit anak akan timbul rasa syok di cium di bahagian-bahagian seksual ini. Paling bahaya lagi, bila yang mencium itu adalah ibu ayah sendiri. Bagi anak kita yang naif ni, bila ibu ayah boleh cium maknanya orang lain pun boleh.
Nasihat la macam mana pun, “ibu ayah je boleh cium, orang lain tak boleh”. Dia susah nak ikut punya. Sebabnya memang fitrah anak-anak mereka belajar dengan mengikut bukan mendengar.
Apa kita buat dia akan buat, apa kita suruh belum tentu dia akan buat. Ramai yang tak cakna lagi beza bonding kiss dan sexual kiss ni, tolong ingatkan semua orang kalau boleh.
Cium di dahi dan kepala pun sudah beri banyak manfaat sebab itu lah tempat letaknya otak lokasi terhasilnya hormon kasih sayang. Wallahu A’lam.
Tambahan :
Sunnah mencium tangan anak. Tanda kasih sayang adalah orang tua mencium tangan anak dan mengucapkan, “barakallah..” seperti yang telah dilakukan Rasulullah SAW yang selalu mencium tangan putri tercintanya, Fatimah radhiallahu’anha.
**Masih tercari keperluan anak pada harga jimat, shopping saja di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemergian anak yang dikandung dan dilahirkan sama sekali tidak dijangka. Beberapa hari selepas kelahiran, si kecil ini meninggalkan ibu dan semua buat selama-lamanya. Luahan ibu ini cukup membuatkan rasa sayu dan air mata menitis.
Perkongsian ibu ini menyentap sanubari sesiapa sahaja membacanya. Anak perempuan yang ditunggu-tunggu pergi ke alam abadi pada hari selepas 12 hari dilahirkan.
Setiap hari doa dikurniakan anak perempuan. Masa kandungan 6 bulan doktor kata “its girl” hati ibu seronok tak terkata. Sepanjang mengandung tiada alahan. Bagus Afina jaga mama. Cuma minggu 29 & 34 kena tahan wad, ada kontraksi lemah. Disuntik ubat matangkan paru-paru.
Afina kurang bergerak. Perut mama sendat, Afina dah 3.4kg. 2 kali kena indius tapi kena flush out ubat sebab hyper contraction tapi jalan tak buka. 2 kali mama kena cucuk ubat tahan sakit.
2 pagi turun tanda, 3 pagi masuk labour room. 3.14 pagi dah bersalin. Mudah sangat bersalinkan Afina, mama tak sakit lama pun.
12 hari Allah pinjamkan Afina, dia tak banyak ragam. Kuning pun tak kena. Mudah sungguh aturan Allah
12 Disember 2019 sepatutnya due date, tapi Afina dan tinggalkan kami semua. Beratnya ujian ini tak tertanggung rasa hati tapi mama reda. Mama tahu Afina baik-baik kat sana.
2 hari berturut-turut mama bawa Afina jumpa doktor. Tapi sebalik itu mama hilang Afina tanpa sebab. Hati tak keruan tengok jantung anak berhenti berdegup.
“Doakan mama kuat….”
Alhamdulillah mama semakin kuat dan reda dengan aturan Allah. Kalau Afina ada, dah sebulan dah dia…
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.