Dr. Say Shazril yang juga merupakan seorang Instafamous telah memuat naik status di laman Instagram tentang perkembangan isterinya yang sedang hamil anak pertama mereka. Dalam pada itu, Dr. Say juga turut bercerita tentang pengalaman cemas yang berlaku kepada mereka berdua.
Dalam postingnya, Dr. Say memberitahu yang isterinya telah dimasukkan ke wad akibat pendarahan biarpun usia kandungan baharu masuk usia 27 minggu.
Ads
Bila sekali pandang ni mesti korang nak ucapkan tahniah sebab selalu yang pakai baju ni mostly tunggu masa nak bersalin atau telah pun bersalin. But this is not the case for my bini. Mungkin some of you don’t know yang bini saya baru saja admitted akibat pendarahan dan dia baru 27 minggu pregnant. Yes, pendarahan adalah salah satu nightmare baik kepada ibu mengandung malah kepada bapa yang menanggung.
Dr. Say turut memberitahu yang dia yakin pada awal kehamilan Dr. Azura Abas, yang bayinya akan kuat sepanjang dalam kandungan. Tetapi ternyata dia silap, tambahnya lagi. Dia turut bercerita tentang isterinya yang tertekan kerana banyak melihat video di Youtube tentang kes-kes ibu yang mengalami pendarahan dan kebanyakannya sama ada bayi dilahirkan pra matang atau bayi tidak berjaya untuk hidup. Walaupun kandungan sudah masuk ke trimester kedua, mereka tetap risau walaupun kemungkinan untuk keguguran jauh lebih berbanding kehamilan di trimester pertama.
Ads
Ditambah pula kami dah dapat tengok iras muka baby kami yang selama ni kami nantikan dan terbayang if anything bad were to happen to him, berlinang air mata bini, basah bahu suami menanggung bang.
Maka mereka segera mengambil tindakan untuk bergegas ke PAC (jabatan kecemasan bagi wanita hamil 24 minggu ke atas) bagi mencari punca pendarahan kerana isterinya tidak pernah merasa sakit pada perut dan tidak mengeras. Bahkan bayinya bergerak kuat seperti biasa.
Ads
Perkongsian dan sambungan kisahnya itu akan disambung di posting akan datang.
Anzalna memberitahu yang dia tidak mahu memberikan review kepada produk yang tidak digunakannya. Tidak mahu menipu orang lain walau pun ditawarkan bayaran.
Anzalna Nasir yang kini sedang hamil anak pertama memberitahu tentang hal ini menerusi instagram beliau. Selorohnya, duit dia mahu tapi menipu tidak mahu! Bagaimana pun Anzalna berterima kasih di atas tawaran itu.
anzalnanasir88 Reaction bila orang suruh review product hamil yang kita tak guna. Duit mau, menipu tidak mau! Hahhahahahahhaha Thanks for the offer! ? #BuatApaTipuBoskurrrrrrrrr
Para peminat menghargai dan menyambut baik keputusan jujur Anzalna untuk tidak memberikan review kepada produk yang tidak digunakannya. Malah ada juga yang memuji berserinya wajah ibu hamil ini, nampak glowing!
Pelakon Izreen Azminda terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan akibat keracunan makanan pada Sabtu lalu.
Izreen yang kini sedang sarat hamil anak keempat berkata, tubuh badannya menggigil selepas keracunan makanan.
Menerusi Insta Story, ibu kepada tiga cahaya mata lelaki ini berkongsi kisahnya yang terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. Tambah pula keadaan dirinya yang sarat hamil.
“Kali terakhir kena tahun 2022 kalau tidak silap, ini kena lagi. Keracunan makanan. Menggigil-gigil aku.
“Dua kali ganda teruk sikit dari sebelum ini, mungkin sebab mengandung kot,” kongsinya.
Menerusi perkongsian itu, Izreen turut memuat naik foto dirinya yang sedang menerima rawatan di hospital.
Sekadar info, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Muhamad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude pada Ogos 2017.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim dan Ali Idrees. Izreen juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Adrian Umar hasil perkahwinan terdahulu.
Setiap wanita adalah berbeza. Disebabkan itu, mereka akan mengalami proses kehamilan yang mungkin sedikit berbeza dengan wanita lain. Namun begitu, terdapat beberapa perubahan yang akan berlaku pada tubuh badan setiap wanita apabila mereka hamil.
Berikut merupakan simptom-simptom wanita itu sedang hamil;
Sakit pada payudara
Jika payudara anda mula berasa sakit dan sensitif, ini merupakan tanda kehamilan yang paling awal. Ketika ini, bahagian sekeliling puting (areola) anda juga akan menjadi lebih besar dan gelap. Ini disebabkan oleh hormon progesterone. Selain itu, payudara anda juga akan membengkak kerana tubuh badan anda memerlukan lebih banyak air ketika hamil yang akan menyebabkan tubuh badan anda terasa kembung. Oleh itu, ketika ini anda perlu memakai baju dalam yang sesuai terutamanya ketika melakukan senaman.
Keletihan
Kandungan hormon progesterone bukan sahaja akan menyebabkan payudara menjadi sakit malahan boleh mengakibatkan keletihan ketika trimester yang pertama. Keletihan ini kebiasaannya akan berlaku satu minggu selepas wanita itu hamil. Oleh itu, anda perlu berehat dengan secukupnya. Selain itu, makan makanan yang kaya dengan protein dan zat besi untuk mengawal keletihan ini.
Sukar mengawal emosi
Ketika awal kehamilan, emosi anda mungkin sukar untuk dikawal dan anda mudah tertekan. Ini disebabkan oleh perubahan neurotransmitter yang berlaku akibat perubahan hormon dalam tubuh badan anda. Perubahan emosi ini kebiasaannya akan dialami ketika trimester pertama dan trimster terakhir ketika badan anda mula bersedia untuk proses kelahiran.
Pening kepala
Ketika awal kehamilan, sesetengah wanita mungkin akan mengalami pening kepala malahan ada juga yang mengakibatkan pitam. Ini disebabkan oleh perubahan hormon atau tekanan darah yang rendah. Anda perlu makan lebih banyak dan kerap dalam masa satu hari bagi membendung permasalahan ini.
Muntah-muntah
Gejala ini boleh berlaku tanpa mengira waktu terutamanya waktu pagi. Namun begitu, ada juga wanita yang tidak akan mengalaminya. Punca sebenar ini berlaku masih tidak dapat dipastikan namun disyaki berkait rapat dengan perubahan hormon kehamilan. Kebiasaannya gejala ini akan hilang dengan sendirinya ketika kehamilan mula mencecah sekitar 12 hingga 16 minggu. Bagi mengurangkan gejala ini berlaku, anda perlu makan makanan kaya protein dengan lebih banyak dan kerap selain banyakkan minum air.
Perubahan selera makan
Kebanyakan wanita akan mengalami perubahan pada deria baunya. Ketika trimester pertama, ada wanita yang mula mengidam sesuatu yang pelik seperti sesuatu yang mempunyai rasa besi atau tembaga. Bagi memastikan kandungan anda sihat dan tidak mengalami sebarang kecacatan, anda perlu mengambil vitamin pranatal dalam usaha mendapatkan nutrien yang secukupnya.
Kerap buang air kecil
Ini kebiasaannya akan berlaku sekitar 6 atau 8 minggu selepas hamil. Buah pinggang anda mula memproses urin dengan lebih aktif semasa kehamilan. Rahim anda pula akan memberi lebih tekanan kepada pundi kencing anda yang akan menyebabkan anda lebih kerap terasa ingin membuang air kecil.
Kekejangan dan pendarahan
Kekejangan dan pendarahan mungkin akan berlaku sebelum waktu anda datang bulan. Ini merupakan petanda persenyawaan telur anda dengan sperma telah berlaku dan mula melekat pada dinding rahim,
Selain daripada pendarahan, lelehan berwarna putih juga mungkin akan keluar daripada vagina anda. Lelehan yang tidak berbahaya ini akan terus keluar ketika kehamilan dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Namun jika lelehan tersebut berbau busuk dan menyebabkan rasa sakitdan gatal, segera berhubung dengan doktor untuk memeriksa sama ada anda terinfeksi yis atau bakteria.
Tidak datang haid
Ini merupakan petanda paling jelas yang menunjukkan kehamilan. Namun begitu, tidak semua kes tidak datang atau lambat datang haid disebabkan oleh kehamilan. Ini mungkin juga disebabkan oleh perubahan hormon, perubahan berat badan, keletihan atau tekanan.
Wanita hamil mungkin akan mengalami kesemua simptom-simptom ini atau mungkin hanya mengalami beberapa simptom sahaja. Jika simptom-simptom ini menjadi satu kebimbangan kepada anda, bebincanglah dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat atau rawatan. Simptom-simpton ini juga hanyalah sekadar panduan semata. Bagi mendapatkan kepastian, lakukan ujian kehamilan atau ultrasound.
Saksikan rancangan TV Pa&Ma Musim ke-4 Selasa ini, 19 Mac 2019 pada pukul 12 tengah hari dan ulanganya 9 malam di Astro Prima & Prima HD dengan topik “Bila Positif Mengandung”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!