
Hati ibu mana yang tak hancur bila insan yang sepatutnya melindungi, rupanya menjadi punca luka paling dalam anak sendiri.
Perkongsian sebuah video ini benar-benar menggoncang emosi ramai. Ia bukan sekadar cerita biasa, tetapi kisah pilu seorang kanak-kanak kecil yang terpaksa menanggung trauma yang tak sepatutnya dilalui pada usia begitu muda.
Anak IVF Yang Dinanti, Jadi Mangsa Nafsu Bapa Kandung
Segalanya bermula dengan impian sederhana, mahu memiliki zuriat sendiri. Setelah melalui kesukaran, pasangan ini akhirnya dikurniakan Yaya hasil prosedur IVF setelah 5 tahun menunggu zuriat sendiri setelah berkahwin pada tahun 2014
Puan Mita sendiri juga berkongsi bahawa sperma suami hanya 2%, tak boleh punyai anak secara normal adalah suami. Hormon androgen dia bermasalah. Namun siapa sangka, kehadiran cahayamata yang ditunggu-tunggunya menjadi sejarah hitam buat diri dan anaknya.
Anak yang dlahir dinamakan Yaya hadir sebagai cahaya dalam hidup mereka. Namun siapa sangka, cahaya itu akhirnya diselubungi kegelapan yang sukar diterima akal.
Dari Bahagia ke Trauma, Bila Rumah Sendiri Tak Lagi Selamat
Selepas kelahiran Yaya, sikap suami mula berubah. Dari seorang pasangan, dia bertukar menjadi individu yang kasar, curang dan akhirnya mencetuskan keganasan rumah tangga.
Kemuncaknya berlaku apabila suatu hari, lelaki itu datang ke rumah untuk urusan tandatangan hak rumah. Dalam situasi yang kelihatan biasa, dia menawarkan diri untuk memandikan Yaya yang ketika itu berusia 5 tahun.
Namun selepas keluar dari bilik air, Yaya mengadu sakit di bahagian sulit. Saat itu, mungkin seorang ibu masih cuba menafikan. Namun naluri seorang ibu tidak pernah menipu.
Pengakuan Kecil Yang Menghancurkan Jiwa Seorang Ibu

Pada awalnya, Yaya hanya diam. Menangis tanpa kata. Seolah-olah ada sesuatu yang terlalu berat untuk diluahkan.
Sehinggalah satu hari, dia akhirnya bersuara.
Dia menceritakan bagaimana ‘anggota bawahnya’ dimasukkan jari telunjuk, tangan kanan, malah dia digendong ketika perbuatan itu dilakukan.
Bayangkan bagaimana hati seorang ibu mendengar pengakuan itu.
“Saya memang ajar Yaya tentang nama alat kelamin. Jadi dia boleh sebutkan dengan jelas. Bila saya tanya kenapa, Yaya taknak jawab. Dia hanya menangis & cakap pedih. Yaya kena ugut. Hatta sudah dibawa berjumpa pakar psikologi, dia tak jawab. Yaya nangis saat buang air kecil”
Ini bukan sekadar luka fizikal. Ini luka yang akan tinggal dalam ingatan sepanjang hayat akibat penderaan anak oleh bapa kandung.
Kisah Pilu Yang Membuka Mata Ramai
Kisah pilu Yaya (disamarkan) yang diduga menjadi korban tindakan tidak bermoral oleh orang terdekatnya sendiri membuka mata ramai tentang realiti penderaan anak oleh bapa kandung.
Dugaan tersebut diperkuat dengan hasil pemeriksaan medis yang menunjukkan adanya indikasi kekerasan pada bahagian sensitif.
Sang ibu, Mita, telah melaporkan kejadian ini ke pihak berwajib di wilayah Karawang. Di tengah proses tersebut, dia juga perlu berjuang melawan kondisi kesihatan serta tekanan mental yang amat berat.
Didampingi oleh Rendi Rumapea, S.H., M.H. (Lawyer), mereka berusaha menyampaikan kebenaran dan berharap keadilan dapat ditegakkan.
Tamparan Untuk Semua Ibu Bapa

Kisah ini bukan sekadar untuk dibaca. Ia untuk direnung, terutama dalam memahami risiko penderaan anak oleh bapa kandung yang sering tidak disedari.
Berapa ramai anak yang diam kerana takut? Berapa ramai ibu bapa yang terlepas pandang tanda kecil?
Jangan tunggu sampai terlambat. Ajar anak tentang tubuh mereka Dengar walaupun cerita mereka kelihatan kecil
Dan jangan abaikan perubahan sikap yang luar biasa
Semoga kisah ini menjadi perhatian bersama agar kejadian serupa tidak berulang, serta menjadi pengingat betapa pentingnya perlindungan terhadap anak-anak daripada penderaan anak oleh bapa kandung.
Semoga keadilan berpihak kepada yang benar. Dan semoga Yaya membesar dengan kekuatan, walaupun pernah dilukai sedalam itu. Kerana setiap anak berhak untuk hidup dengan selamat dan dicintai tanpa rasa takut.
Sumber: Curhatbang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





