“Tak sangka dapat panggilan daripada pengasuh yang memaklumkan anak saya, Sophia Fatehah terlungkup dalam besen air dan tak sedarkan diri.” Kata Wan Farhan Danial Wan Azmi, 26, bapa kepada kanak-kanak yang meninggal dunia awal pagi (3 Mac) di Hospital Pulalu Pinang (HPP).

Pengasuh ambil tuala, tinggalkan sekejap anak dalam bilik air

Menerusi laporan Berita Harian, Sophia Fatehah yang berusia dua tahun, meninggal dunia pada kira-kira jam 2 pagi di HPP akibat terlungkup dalam besen air selepas dimandikan di rumah pengasuhnya di Permatang Damar Laut, Batu Maung.

“Pengasuh Ambil Tuala, Anak Di Bilik Air. Bila Datang, Kepala Dah Tenggelam Dalam Besen”  

Wan Farhan Danial yang bekerja di kilang Bayan Lepas berkata, kejadian itu berlaku selepas pengasuh anaknya selesai memandikan Sophia Fatehah dan meninggalkannya sementara di bilik air untuk mengambil tuala.

“Pada kira-kira jam 1 tengah hari (hari kejadian), saya menerima panggilan daripada pengasuh memaklumkan anak tidak sedarkan diri selepas terlungkup dalam besen air di rumahnya,” katanya.

ARTIKEL BERKENAAN [“Kami Masih Lagi Terkejut.” Anak 2 Tahun Lemas Dalam Besen Di Rumah Pengasuh]

Cuba bagi rawatan awal

Menurut Wan Farhan, pengasuh memberitahu selepas selesai memandikan Sophia Fatehah, dia meninggalkan seketika anak saya dalam besen air itu bagi mengambil tuala dan sebaik kembali semula, dia melihat anak saya sudah terlungkup dalam besen dan tidak sedarkan diri.

IKLAN

“Pengasuh terbabit memaklumkan dia memberi rawatan awal kepada Sophia Fatehah dan menghubungi ambulans untuk menghantarnya ke hospital,” katanya.

“Pengasuh Ambil Tuala, Anak Di Bilik Air. Bila Datang, Kepala Dah Tenggelam Dalam Besen”  

“Pengasuh dah lama jaga anak-anak kami..”

Difahamkan, mangsa dihantar ke wad pediatrik HPP untuk rawatan lanjut tetapi keadaannya semakin lemah hingga menghembuskan nafas terakhir pada jam 2 pagi tadi.

Wan Farhan Danial berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu baru saja pulang ke rumah selepas seminggu berada di hospital bagi mendapatkan rawatan penyakit dihidapi.

IKLAN

“Kami tidak menyalahkan pengasuh atas kejadian itu kerana mengenalinya lama dan menjaga Sophia Fatehah dengan baik sejak berusia dua bulan.

“Malah, anak sulung kami yang berusia enam tahun juga turut dijaganya sejak berusia enam bulan,” katanya.

30 minit selepas kejadian, mangsa makin lemah

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan, berkata polis menahan pengasuh wanita berusia 43 tahun itu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata, siasatan mendapati pengasuh terbabit mengisi air dalam besen sehingga hampir penuh bagi memandikan mangsa pada jam 11 pagi (2 Mac).

IKLAN

“Pengasuh Ambil Tuala, Anak Di Bilik Air. Bila Datang, Kepala Dah Tenggelam Dalam Besen”  

“Dia kemudian keluar seketika dari bilik air untuk mengambil tuala dan ketika kembali, kepala mangsa dan separuh badannya sudah tenggelam dalam besen air itu.

“Pengasuh bertindak mengalihkan mangsa yang masih sedar dan selepas dipakaikan baju, kanak-kanak itu tidur.

“Namun 30 minit kemudian, mangsa dilihat tidak bermaya sebelum pengasuh memberikan bantuan pernafasan (CPR) dan menghubungi ambulans,” katanya ketika dihubungi.

Anbalagan berkata, siasatan dijalankan terhadap pengasuh itu dibuat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 bagi mengenal pasti jika terdapat unsur jenayah dan perintah reman akan dimohon bagi melengkapkan siasatan.

Kredit: BH Online & Wan Farhan Danial

“Pengasuh Ambil Tuala, Anak Di Bilik Air. Bila Datang, Kepala Dah Tenggelam Dalam Besen”  

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI