Alamak.. baru masuk kerja minggu ni tiba-tiba pengasuh call minta ambil anak sebab anak tak henti-henti menangis. Memang menyakitkan kepala dengan urusan kerja tambah pula dengan anak yang tak mahu berpisah dan nak berkepit dengan mama.

Jika mama ada masalah sebegini, boleh ikuti perkongsian daripada Konsultan Tangisan Dan Tidur Bayi, Puan Uswatun. Semoga bermanfaat buat mama!

“Pengasuh Call Suruh Ambil Anak” Baru Masuk Kerja, Perkara Ini Yang Mama Paling Risaukan

“PENGASUH CALL SURUH AMBIL ANAK BALIK…”

Haih…mengeluh saya setiap kali dapat mesej sebegini😐😐😐. Teringat ibu saya selalu sebut, “Kerja jaga budak ni ‘susah’. Kalau tak ada minat, tak ada sabar, tak payahlah jaga budak untuk cari duit. Berniaga atau buat aje lah kerja lain”

Ibu saya sebut hal ini laaaaamaaa dahulu sebelum saya menjadi konsultan. Ketika anak kakak dan anak saya sendiri masih kecil dan kami masing-masing berkerja makan gaji, mencari pengasuh buat anak masing-masing.

Saya sangat setuju dengan kata-kata ibu saya dahulu, dan kini 10x bersetuju dengan kata – kata yang sama.

Sebahagian (⛔bukan semua⛔) penjaga (dan orang sekeliling) ‘tanpa sedar’ kadang-kala menganggap anak kecil ibarat ‘barang’. Nak ambil dan suka yang ‘elok’ dan ‘baik’ saja. Yang tak ‘elok’ dan tak ‘baik’, boleh di pulangkan bila-bila masa saja. Yang tak ‘elok’ dan ‘tak baik’ di label macam-macam:

” Anak awak ni asyik menangis je, tolong datang ambil dia balik. Ganggu kami nak uruskan anak – anak lain”

” Anak awak ni susah jaga lah. Susu susah, tidur susah dan asyik nangis je. Tak macam anak – anak jagaan lain. Saya tak sanggup dah nak jaga ”

Ada yang siap beri kata dua:

” Kalau anak awak masih tak ubah berperangai suka nangis-nangis ni, kami jaga dia sampai minggu ni saja ye ”

Ada yang siap bagi amaran:

” Tolong jangan biasakan dukung-dukung anak di rumah tu. Susah kami kat sini nak jaga sebab dia nak berdukung je ”

Saya akan pecahkan jawapan isu dihadapi ibu dalam screenshot ini kepada 2 bahagian:

“Pengasuh Call Suruh Ambil Anak” Baru Masuk Kerja, Perkara Ini Yang Mama Paling Risaukan

1️⃣ ANAK MENANGIS TERUK SETIAP KALI NAK DITINGGALKAN TERUTAMANYA SETELAH KENAL ORANG.

➡️Review fakta isu 1️⃣:

KITA SEMUA, saya ulang KITA SEMUA memiliki atau kenal seseorang dalam hidup kita yang sangat di sukai oleh anak-anak kecil. Sebahagian individu ibarat magnet kanak-kanak. Sebahagian yang lain pula memang tak suka kanak-kanak dan dia juga tidak disukai oleh kanak-kanak.

IKLAN

Pelik sangat ke?

Tidak. Kita semua pun ada ‘favourite’ cikgu, ‘favourite’ pakcik, ‘favourite’ makcik’, lebih rapat dengan nenek sebelah ayah berbanding nenek sebelah ibu, misalnya…

Kenapa orang-orang ini berada dalam senarai ‘favourite’ kita? Kerana orang-orang ini membuat kita rasa selamat, selesa dan boleh diharapkan, kan?
….Samalah macam anak anak kecil.

Sekitar 4 bulan, bayi secara aktif belajar tentang manusia untuk membezakan manusia yang boleh dipercayai menurut pendapatnya (Dr William Sears, Parenting Magazine)

Inilah permulaan bayi mula memilih primary mother figure (penjaga utama) , secondary mother figure (penjaga ke dua) dan seterusnya. Teori attachment ini di perkenalkan oleh kumpulan Attachment Parenting. (http://theattachedfamily.com/membersonly/?p=1259)

Primary mother figure selalunya ibu kandung bayi walaupun sesiapa saja yang paling banyak meluangkan masa berada di dalam hidup bayi secara AKTIF DAN SENSITIF boleh menjadi primary mother figure ini. Misalnya dalam kes ayah yang menjadi penjaga utama kerana ketiadaan ibu misalnya.

Secondary mother figure boleh jadi ayah kandung bayi, nenek bayi, makcik bayi….malah guru atau pengasuh bayi!

Bayi MEMILIH individu yang menjadi secondary mother figurenya berdasarkan siapa yang paling ‘aktif dan sensitif’ terhadapnya bila primarily mother figurenya tiada/tidak ‘available’.

Journal psychology today menyebut, kelakuan ‘aktif dan sensitif’ pada penilaian bayi kecil adalah seperti: adakah orang ini bersikap tak endah dengan saya?, adakah orang ini menyentuh saya (e.g mendukung, memeluk, mengangkat, menepuk) dengan mesra?, adakah orang ini bercakap dan memandang saya dengan kasih sayang?

Jika di rumah anda ada Netflix, boleh juga lihat bukti anak sekecil 4 bulan sudah ada ‘sense’ baik VS buruk dalam siri dokumentari asal Netflix bertajuk: babies, musim ke-2.

Bila saya sebut bayi cuba kenal seseorang dengan menilai kelakuan seseorang itu terhadapnya dan terhadap orang di sekeliling nya, ia bermaksud ia SATU PROSES.

🔥Bukan benda yang satu – dua hari boleh selesai🔥. Eh, kita yang dah tua ni pun bukan senang -senang boleh rapat dan percayakan orang kan?

➡️ Cadangan solusi isu 1️⃣

IKLAN

♥️Tempat atau orang baru sentiasa merisaukan bayi. Bantu bayi rasa selesa pada hari-hari awal misalnya luangkan masa untuk duduk, berbual-bual dan keluar masuk rumah pengasuh. Bayi yang memerhati interaksi dan kelakuan ibu bersama pengasuh atau tempat asuhan akan perlahan-lahan sedar bahawa orang atau sesuatu tempat itu telah di ‘luluskan OK’ oleh orang yang paling anak percayai iaitu ibunya.

♥️Sebahagian bayi lebih sensitif terhadap perpisahan dan perkara baru berbanding yang lain. Ini soal personaliti bayi dan tiada kaitannya dengan anda. Jadi janganlah cepat terasa dan membandingkan bayi anda dengan bayi lain. Contohnya, jika hari ini anda berharap dan menjangkakan anak anda akan menyertai kawan- kawan yang lain di taska bermain, namun perkara sebaliknya pula berlaku, usah bengang. Misalnya jika anak memilih untuk duduk bersama anda, biarkan. Biar anak duduk dan memerhati kawan-kawan bermain. Ini cara anda sokong emosinya dan sampaikan mesej bahawa anda faham apa yang dia rasa. Hanya setelah anak yakin dia di fahami, proses adaptasi kepada tempat baru akan lebih mudah kerana berlaku dalam keadaan bebas drama dan tekanan.

♥️ Setelah beberapa hari mencuba 2 hal di atas, kini masanya berpisah dengan yakin dan pantas. Selalu berani untuk beritahu anak setiap kali anda perlu pergi. Peluk dan cium anak dengan erat tapi pantas. Ucapkan kata perpisahan yang singkat seperti,”Mama pergi work. Petang nanti mama ambil adik. Be good” dan terus pergi. Usah teragak-agak, menoleh-noleh lagi atau kembali pada anak yang mula menangis. Anak tidak cedera dan bukan dalam kesakitan. Percaya saja kepada pengasuh untuk tenangkan anak. Tak mengapa jika anak terpaksa bersedih. Ini realiti hidup. Seronok bukan untuk sepanjang masa. Anak yang gembira bukan bermaksud anak yang tidak menangis langsung. Anak yang gembira ialah anak yang ada kestabilan dan bimbingan menghadapi pelbagai emosi yang dia rasakan.

2️⃣ PENGASUH CALL SURUH AMBIL ANAK. BAB ANAK NANGIS LAMA-LAMA DIA TAK NAK.

…setahu saya, ‘bayi’ yang tak menangis ni bayi anak patung je😬😬😬. Kalau nak jadi pengasuh tapi tak nak tengok budak menangis, macam mana pula tu ❓.
Ibarat nak jadi tukang cuci dan kemas rumah, tapi tak nak servis rumah yang kotor dan bersepah.

SEMUA ORANG yang menggendalikan anak kecil PERLU ADA SEKURANG-KURANGNYA 2 PERKARA INI:

🔥Minat dan sabar yang tinggi
🔥Kemahiran dan ilmu

Kenapa saya letak kemahiran dan ilmu itu di bawah minat dan sabar?

Kemahiran dan ilmu tak ke mana kalau tiada minat sehingga boleh sabar tinggi mengurus anak kecil. Ini bukan kes handle lampu rosak. Ada skil baik pulih saja cukup. Tak perlu beli jiwa. Ini kes handle anak manusia. Skil kena ada . Jiwa dia pun kena beli. Beli jiwa tu penting. Kalau tak minat dan tak sabar, kita tak akan jumpa jalan ke jiwa dan hati anak.

➡️ ITU sebab, kadang-kala pengasuh anak kita cuma seorang makcik kampung yang tiada sijil asuhan dan tak pernah hadiri sebarang kursus asuhan pun. Eh, tapi sedikit pun tak komplen macam-macam bila menjaga anak kita. Nampak happy sangat anak kita bila bersamanya. Nampak sayang sangat dia kepada anak kita.

➡️ ITU sebab, kadang-kala pengasuh anak kita itu bertaraf berdaftar dan bersijil macam-macam , tapi banyak pula komplen nya serba tak kena dengan anak kita. Naik pening mak yang memikir kerana bila mak menjaga, elok saja semuanya. Tak kan lah mak asyik nak bergegas keluar office selamatkan anak yang meragam bila di jagaan pengasuh ? Baik mak saja yang berhenti kerja office dan jadi pengasuh tetap anak jika begitu.
7 Bulan ini bukan saja usia dah mula kenal orang. Tetapi dah faham konsep separation anxiety. Semua orang yang berkerja dengan bayi kena faham bahawa takut orang dan takut berpisah ini FASA NORMAL PERKEMBANGAN ANAK MANUSIA. Kita tak boleh harap seseorang anak yang sedang membesar itu untuk takut sesiapa langsung dan tak takut berpisah langsung. ❌Itu tak normal❌

Kita yang menjaga anak- anak ini perlu raikan hakikat ini SEBELUM kita boleh bersedia nak bantu bimbing anak hadapi takut orang dan takut berpisahnya. Buat yang ingin tahu tips bantu anak hadapi separation anxiety, boleh baca di sini: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3271242822919777&id=126226717421419.

IKLAN

Kesimpulannya:

🔴 SEMUA ORANG yang berkerja bersama bayi: ibubapa, pengasuh atau ahli keluarga yang bantu jaga PERLU ADA SERBA SIKIT ilmu ragam tangisan dan tidur anak. Sebab:

🔥 TANGISAN IALAH KOMUNIKASI DAN ANAK AKAN MENANGIS UNTUK BANYAK BENDA
🔥 TIDUR , MAKAN, MENYUSU & BERSOSIAL AKAN TERJADI SEPANJANG HARI TAK KISAH WALAU BERSAMA SIAPA ANAK ITU BERADA: IBUBAPANYA SENDIRI ATAU PENGASUHNYA.

⛔ Siapa yang rasa susah nak jalankan tugas faham anak kecil yang di jaga, dialah yang perlu cari ilmu⛔

🔴 Buat ibubapa yang anaknya di label susah atau enggan di jaga individu tertentu, walau sedih, anda perlu rasa bersyukur kerana sekurang-kurangnya individu tersebut jujur mengaku keadaan dan perasaan sebenarnya.

Ya betul, kadang-kala yang menjaga anak kita itu telah berusia atau mak-mak kita sendiri. Memang sudah tak sesuai pun sebenarnya nak menjaga anak kecil yang perlukan banyak perhatian dan tenaga. Kita yang jauh lebih muda dari yang berusia macam mak-mak kita ini pun macam nak pengsan dan senang bertukar hijau bila menjaga anak sendiri. Inikan pula orang lain.

Ya betul, kadang -kala yang menjaga anak kita itu tidak berkongsi corak keibubapaan yang sama seperti kita. Misalnya kita mahu amalkan penyusuan susu ibu tetapi pengasuh pula kurang minat nak kendalikan susu ibu.

Maka usah sangat terasa hati dengan kejujuran mereka. Anggap ia satu rahmat kerana tidak ada apa yang baik boleh muncul dari seseorang yang menjaga anak kita dalam keadaan terpaksa dan tak ikhlas. Cari saja pengasuh yang lain.

🔴 Buat pengasuh anak-anak dan ibubapa, ingatlah bahawa anak kecil masuk ke dalam dunia ini dalam keadaan ‘tak mengerti apa-apa’. Mereka amat perlukan bimbingan, tunjuk ajar serta kawalan dari orang dewasa. Maka, sebelum kita salahkan seseorang anak kecil itu sebagai susah dan menyusahkan, tanya dulu diri sendiri adakah kita ini sebenarnya telah beri bantuan yang anak perlukan dan harapkan dari kita? Hakikatnya, kita tidak akan mampu beri bantuan yang anak kecil dambakan dari kita jika kita ini sendiri kekurangan ilmu.

❌❌ YOUR CHILD ISN’T GIVING YOU HARD TIME, HE IS HAVING A HARD TIME❌❌

Kredit:

USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN DAN TIDUR BAYI
DBL INSTITUTE
THB EDU ASSC
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION

“Pengasuh Call Suruh Ambil Anak” Baru Masuk Kerja, Perkara Ini Yang Mama Paling Risaukan

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI