Bukan mudah untuk mengendalikan susu ibu, tetapi jika dibuat secara konsisten akan menjadi mahir. Ibu yang berasa gusar kerana terpaksa menyerahkan tugasan menjaga dan menyusukan anak kepada pengasuh atau taska adalah perkara normal. Carilah orang yang benar-benar boleh dipercayai untuk mengendalikan susu badan kerana ia mudah tercemar.

Begitulah perkongsian pemegang akaun Facebook, Intan Mariana, yang terkilan dengan cara pengasuh lama anaknya mengendalikan bekalan susu badan yang diberikan. Sangat memeranjatkan apabila Intan melihat sendiri kejadian bekas pengasuhnya itu mencampurkan air suam ke dalam susu badannya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga HBM.

Terima kasih pengawas nenen approve post saya ini. Saya harap perkongsian saya ini dapat dijadikan pengajaran terutama sekali kepada ibu bekerjaya dan juga untuk pengasuh (BS) yang handle susu ibu (EBM).

Saya nak share sikit pengalaman yang tak kan saya lupakan. Rasa bersalah sangat² tengok anak saya, Ayra (4 months, fully BF) ?

Artikel Menarik: {Tolong Jangan Campur Bijirin Dalam Susu Anak Walaupun Lubang Puting Dibesarkan. Tersedak Susu Boleh Akibatkan Jangkitan Paru-Paru}

Ceritanya, saya hantar Ayra ke Pengasuh dekat dengan rumah. Saya baru je hantar seminggu. Sehari sebelum saya hantar Ayra, saya dan husband memang dah pergi melawat dulu ke rumah pengasuh ni. Berkenalan dan tengok persekitaran rumah. Pengasuh ni beritahu yang dia dah lama tak handle susu ibu tetapi dia ckp dia boleh belajar semula dan saya pun terang kan dekat dia cara macam mana nak panas kan susu. Saya beritahu yg saya akan bekalkan 6 botol (termasuk puting) x 3oz dalam cooler bag. EBM yg saya bekalkan semua yg chiller sbb Ayra tolak frozen. Jadi lagi mudah. Tugas pengasuh cuma panaskan sahaja dan beri pada Ayra.

IKLAN
Pengasuh Campurkan Air Suam Dalam Susu Badan, Terkejut Si Ibu Nampak Depan Mata!
Bekalan susu yang diberikan oleh Intan kepada pengasuh buat anaknya

Panaskan dalam air panas2 suam. Tak perlu cairkan EBM, tak perlu tukar botol ke puting. Sbb botol semua dah siap puting. Dan saya bagi extra EBM (5oz) andaikata tak cukup. Tapi biasa cukup je. Saya juga ingatkan pengasuh tempoh hayat susu selepas panaskan dan selepas susu kena airliur baby. Selepas 1 jam tak habis minum buang. Pengasuh paham dan dia ckp dia boleh buat. Lagi mudah dari bancuh susu katanya. Jadi selepas bincang dengan husband kami setuju pengasuh tu jaga Ayra. Selama 4 hari (Isnin-Khamis) dia jaga Ayra okay takde masalah. Susu pun habis je mcm biasa.

Pengasuh Campurkan Air Suam Dalam Susu Badan, Terkejut Si Ibu Nampak Depan Mata!
Si manja Ayra yang comel!

Nak di jadikan cerita, semalam hari Jumaat. Tengahari tu saya ada urusan di sekitar dekat dgn rumah pengasuh. Alang² saya pun singgah la rumah pengasuh nak jengok Ayra. Saya dah masuk rumah masa tu. Kebetulan pengasuh tengah nak panaskan susu Ayra. Memang Allah nak tunjuk, saya tengok pengasuh bubuh AIR SUAM dalam susu EBM tu ? Allah Allah Allah.

Saya mcm nak pengsan pun ada. Saya terkejut, saya tergamam. Saya tanya pengasuh tu ‘Kenapa akak letak air suam dalam susu tu’ dia ckp saya yg suruh. Allahuakbar. Rupanya pengasuh tu salah paham ? Dia ingat saya suruh letak AIR SUAM dalam susu.

Saya suruh rendam dalam air suam kak, bukan masukkan air suam. Ya Allah. Saya pun ckp lah kiranya selama ni Ayra minum susu yg dah tercemar lah. Ya Allah mcm mana ni. Saya mmg mcm gelabah dan menangis la depan akak tu. Saya taip ni pun menitik air mata.

Pengasuh tu muka rileks je. Lepas tu yg buat saya terkilan. Boleh pengasuh tu cakap ‘TAK ADA APALAH’. Bukan nya nak minta maaf atau suruh saya bawa anak check doktor ke sbb dah tersalah bagi cara macam tu kan. Memang tak nampak langsung dia risau. Dia boleh cakap tak ada apa² ? Saya mmg tak salah kan dia 100% sbb dia salah paham. Sampai sekarang saya fikir cara saya explain tu salah ke? Husband saya pun ada masa saya explain tu. Husband saya pun terkejut macam mana pengasuh tu boleh isi AIR SUAM pulak ? 

IKLAN

Artikel Menarik: {Pencuci Botol Susu Anak Salah Satu Tempat Terkumpulnya Banyak Kuman}

Mmg malam sebelum hantar Ayra tu saya risau pengasuh tu lupa cara yang saya terangkan. Jadi saya share kat pengasuh tu cara² nak handle susu ibu dalam bentuk PDF dan gambar kat whatsapp. Tak tau la dia tengok ke tak ? Salah saya juga sbb dah tahu dia tak reti handle EBM percaya juga yg dia boleh buat.

Saya mmg risau sangat sekarang ni. Ayra tak demam, tak ada muntah dan aktif. Cuma berak dia cair dari biasa. Saya whatsapp doktor tentang hal ini. Doktor ckp risau usus tersumbat ? dan risiko intussussepsis. Saya google pasal ni nauzubillahminzalik. Saya harap sangat Ayra kuat dan tak ada effect apa² kat dia ?

IKLAN
Pengasuh Campurkan Air Suam Dalam Susu Badan, Terkejut Si Ibu Nampak Depan Mata!
Intan berkongsi kerisauannya dengan doktor

Ibu minta maaf Ayra ? Salah ibu ? Ibu menyesal sangat. Jadi saya nak nasihatkan dekat ibu² semua kalau nak hantar anak kat pengasuh atau mana pusat asuhan. Pastikan pengasuh tu reti handle susu EBM ni. Tengok depan mata sendiri macam mana dia handle. Ini dugaan saya. Dugaan ibu bekerjaya ? Harap tak adalah yang suruh berhenti kerja jela jaga anak. Memang nak sangat berhenti kerja tapi ibu² yang bekerja je tahu kenapa ☺️

Saya nak minta semua doakan anak saya NUR AYRA SUMAYYAH BINTI MUHAMMAD KHAIRULHISAM selamat, kuat, sihat dan tiada effect apa² sebab susu tercemar tu ?

Sekarang saya tengah cari pengasuh baru yg dekat dengan tempat kerja. Doakan semoga dipermudahkan ye. Terima kasih semua. Terima kasih pengawas nenen ❤️

Syukur sekarang ini Ayra semakin okay dan Intan telah mencarikannya pengasuh baru yang berpengalaman mengendalikan stok susu dengan baik. Kini, Intan dinasihatkan doktor untuk memantau air kencing dan najis Ayra. Semoga dengan perkongsian dari Intan ini dapat memberi pengajaran kepada kita dan sama-samalah kita doakan agar Ayra sentiasa sihat.

Sumber: Intan Mariana

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI