Setiap ibu bekerja yang bakal melahirkan anak, sentiasa dalam dilema di mana hendak ditempatkan bayi apabila kembali bertugas selepas tamat tempoh berpantang. Lagi-lagi bagi ibu yang baru melahirkan anak sulung.
Bagi ibu yang dah ada pengalaman tinggalkan anak pada pengasuh atau taska sebelum ini mungkin tak ada masalah sebab kakak atau abang pernah berada bawah jagaan individu terbabit. Kita dah tau macam mana mereka jaga.
Cuma agak sukar bagi yang baru pertama kali nak hantar dan tidak tahu apa nasib anak bila ditinggalkan bawah jagaan orang. Namun disebabkan komitmen sekarang ini yang memerlukan ibu juga bekerja bagi sama-sama menampung keperluan keluarga, nak tak nak kena hadap juga.
Memang diakui bukan keputusan mudah nak tinggalkan anak setiap pagi pada orang lain, lagi-lagi dengan pelbagai kejadian melibatkan nyawa anak akibat kecuaian pihak tertentu tetapi kita hanya mampu berserah pada Allah. Moga semuanya baik-baik saja.
Azfar anak syurga..
Menerusi perkongsian ibu ini, yang dikenali sebagai Puan Linda, dia ada kongsikan pengalamannya anak sulungnya yang kini disahkan mengalami Cerebral Palsy akibat kecuaian pengasuh.
Melalui apa yang diceritakan Puan Linda, anaknya lahir sihat dan normal tanpa apa-apa masalah namun peristiwa hitam yang kekal dalam ingatannya sampai hari ini sangat pedih tetapi reda walaupun terasa agak ralat.
Ads
Menerusi video yang di akaun TikToknya, Linda berkongsi mengenai kisah bagaimana anak lelakinya Azfar yang berumur 13 tahun disahkan menghidap penyakit Celebral Palsy.
Walaupun kini anaknya itu sudah berada di Tingkatan 1, namun peristiwa hitam yang berlaku lebih kurang 13 tahun lalu masih segar dalam ingatan.
Azfar dilahirkan normal tetapi pada usia tiga bulan Azfar telah dimasukkan ke hospital. Ketika itu, doktor telah mengesahkan Azfar mengalami pendarahan di kepala kiri dan kanan sehingga menyebabkan otaknya jadi bengkak.
Ads
Dipercayai dilambung dan dibiarkan menangis lama
Doktor mempercayai punca Azfar jadi sebegitu kerana dia mungkin dilambung dan dibiarkan menangis lama oleh pengasuhnya.
Malah selepas kejadian itu, pelbagai rawatan dilakukan termasuklah melakukan pembedahan, namun Azfar masih tidak dapat berjalan dan mampu menyeret saja untuk ke mana-mana.
Pada usia 4 tahun lebih, baru Azfar dapat berjalan tapi tak macam biasa. Anggota badan sebelah kiri saraf dah mati. Tangan dia genggam dan kaki tak kuat dan stabil. Mata kabur dan tak boleh fokus.
Tarik balik laporan polis
Ads
Walaupun ujian ini sungguh berat baginya waktu itu, namun mengenangkan nasib pengasuh yang dah berumur dan sehingga mengalami depression, Linda telah menarik laporan polis atas belas ihsan. Saya juga selalu ceritakan pada Azfar akan hal ini dan dia juga turut maafkan nenek (pengasuh).
Pengasuh tu sepanjang anak Linda masuk hospita sampai keluar, langsung tak datang jenguk ataupun minta maaf. Sedangkan rumah kami berdepan je. Moga kisah anak saya ini dapat beri peringatan bersama dan bagi ibu yang diuji dengan ujian berat seperti ini, kena kuat kerana anak syurga ini yang akan beri kebahagian di sana nanti.
Kredit: medinascarve
**Nak menang hadiah menarik dari SSPN, boleh hantar penyertaan Cabaran RM10 mengikut kreativiti anak. Nak tahu lanjut boleh klik sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bapa kepada pengasas kosmetik yang terkenal, Dato’ Sri Aliff Syukri dan Hayati Sendayu Tinggi, Kamarzaman Kamaludin telah meninggal dunia semalam akibat komplikasi jantung.
Instagram Yatie, Aliff Syukri & Bonda Rozita telah dipenuhi dengan kisah-kisah arwah bapanya yang dikatakan sangat baik ketika hayatnya, sentiasa mendahulukan kehendak anak-anak dan tidak pernah merunggut susah. Begitulah besarnya pengorbanan seorang ayah. Namun, kisah yang dikongsi oleh Yatie amat menyayat hati kerana beliau jarang berkongsi tentang kisah susahnya bersama keluarga.
Saya jarang letak gambar abah. Tp hari ni lepas semua selamat dikebumikan, terimbas gambar raya tahun sudahnya. Sy masih x blh terima abah dah x ada. Sy cuba belajar redha. Abah jumpa dulu arwah Ani
Alhamdulillah abah berjaya tgk kesemua anak2 nya ( anak dgn isteri kini ) mandikan beliau. Itulah hajat arwah sebenarnya. Utk tgk anak2 dia sekali berkumpul
Sy sedih. Sebak. Tapi tersangat tersentuh sbb arwah meninggal dlm keadaan tersenyum lebar. Badannya juga tak ada sedikit najis pun. Memandangkan doktor tak sempat buat pembedahan lanjut, badannya elok dari luka
Abah sy org susah. Jadi guard di hotel. Tak mampu belikan sy dgn adik @aliffsyukriterlajaklaris makanan sedap2. Dia kumpul dr makanan yg dibuang dr hotel. Letak dlm tisu utk bagi kami berdua setiap kali kami berjumpa. Itu je yg dia mampu bagi selain sedikit duit poket. Sy pernah mogok nak jam tgn. Padahal duit abah ada tu je smpi cukup bulan
Minta walkman. Abah tolak gaji 6 bulan. Sedikit pun x pernah marah sy sbb arwah teramat penyabar orgnya. Spjg sy kenal abah, tak akan keluar dr mulut dia cerita buruk org lain. Semua org keliling dia baik katanya
Jauh sekali meminta sy & adik duit walau sesak mcm mana pun. Oh abah, kalaulah keluarga kita spt keluarga normal yg lain.. kami akan berikan apa shj. Tp Allah lbh hebat mencaturkan hidup kita semua.
Rata-rata netizen sebak dengan luahan beliau dan ramai yang mendoakan semoga arwah tenang di sana.
“Walaupun tangannya mengeras, kami cuba bawa tangannya menyentuh bayi itu dan setiap kali melakukannya pasti air matanya akan mengalir,” kata adik kepada Jahidah Nordin, wanita yang koma selepas dipukul suaminya dalam kejadian pada Mei tahun lalu.
Fauziah Nordin, 40, berkata keadaan Jahidah, 43, masih tidak boleh bergerak dan hanya terlantar di katil serta masih belum melihat anaknya, Eshan Nufail yang dilahirkan pada 30 November lalu.
“Kakak masih tidak boleh bergerak dan bercakap dan hanya terlantar di katil, malah dia juga tidak dapat memberikan maklum balas apabila ditanya atau sebagainya.
“Namun terdapat tanda dia memahami percakapan atau pertanyaan kami berdasarkan bahasa tubuh apabila dia kerap mengalirkan air mata. Walaupun tangannya mengeras, kami cuba bawa tangannya menyentuh bayi itu dan setiap kali melakukannya pasti air matanya akan mengalir,” katanya.
Jahidah melahirkan anaknya di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini, pada 30 November lalu melalui pembedahan.
Fauziah berkata, Eshan berada dalam keadaan sihat dengan diberikan susu formula, malah berat badannya juga bertambah.
“Melihat keadaan kakak, memang rasa sebak kerana keadaan ini sudah berlarutan lebih enam bulan, namun saya dan ahli keluarga lain akan terus menjaganya sehingga dia pulih
“Jahidah mengalami masalah di tekak yang mungkin menyebabkan dia sukar mengeluarkan suara namun keadaan itu dalam pemantauan pihak kesihatan,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini gaji Jahidah tidak dapat dikeluarkan daripada bank kerana dipercayai berkaitan dengan masalah di bank dan urusan mahkamah.
“Buat masa ini kami terpaksa bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkannya menerusi akaun CIMB Bank Fauziah Nordin 7617797037.
Kisah Jahidah mendapat liputan media kerana pada Mei tahun lalu penjawat awam berusia 43 tahun yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor dilaporkan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu, Johor selepas dipercayai dicederakan suaminya.
Kredit: Metro Online
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hanya menyangka ibu ayahnya pergi bekerja, Aulia Izzatunnisa Mohd Izwan, 3, dari Felda Lok Heng Selatan di sini masih tidak tahu ibu bapanya, Saidatul Khadijah Mohd. Shahridin dan Muhammad Izwan Mansor telah meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas di Kilometer 46 Jalan Johor Bahru-Mersing bulan lalu.
Pasangan itu maut ketika dalam perjalanan pulang selepas membuang undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu.
Nenek kanak-kanak itu, Absah Abdullah, 61, berkata, cucunya masih menganggap ketiadaan ibu bapanya di rumah adalah disebabkan mereka keluar bekerja.
Katanya, tambahan pula sebelum ini ibu bapanya memang jarang bertemu kerana arwah menantunya, Muhammad Izwan sedang mengikuti pengajian jarak jauh di peringkat ijazah sarjana dan hanya dapat bersama ketika cuti panjang.
“Kami cuba jelaskan kepadanya tetapi dia masih budak lagi dan mungkin tidak mengerti apa yang terjadi kepada ibu bapanya.
“Dia hanya sebut ibu dan ayah work sedangkan kedua mereka telah menghadap Ilahi. Kami juga dapat lihat kesayuan di sebalik wajahnya bila melihat sepupunya yang lain bermanja dengan ibu bapa masing-masing,” katanya.
Keluarga itu ditemui ketika menerima kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk menyerahkan sumbangan.
Hadir sama ialah wakil Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang menyerahkan sumbangan kepada waris Mohd Izwan selaku alumni.
Pasangan itu maut apabila kereta Perodua Alza yang mereka naiki bertembung dengan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux. Ketika itu Aulia Izzatunniza turut berada dalam kereta, namun hanya cedera.
Ujar Absah, ketika ini cucunya itu tinggal bersamanya dan menganggap ia adalah amanah yang perlu dijaga dengan penuh kasih sayang.
Tambahnya, dalam kejadian itu kaki kanan cucunya retak dan perlu disimen, namun kini beransur baik.
“Allah lindungi Aulia kerana ketika kejadian dia berada di pangkuan ibunya. Dia dirawat selama tiga hari di hospital sebelum dibenarkan balik.
“Awalnya memang dia tidak boleh berjalan sendiri kerana kakinya yang bersimen dan perlu dibantu. Doktor sarankan begitu agar membantu proses penyembuhannya,” katanya.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.