Kalau kita buat kek batik pasti sedikit keras ataupun jika tersalah sukatan pasti keras sehingga sukar untuk dipotong kan? Bagi yang ingin mendapatkan hasil lembut untuk kek batik boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Puan Noor Atika ini.
Resepi yang saya share hari ni adalah resipi yang sama yang saya guna untuk niaga (jual kek batik ni) Jadi awak-awak semua boleh la cuba-cuba buat sendiri ya. Dijamin kek batik ni sedap, lembut dan disukai ramai. Ini adalah kek batik VERSI LEMBUT. Nama pun kek kan, mestilah lembut. Mewah dengan rasa coklat, lemaklemak manis, secukup rasa. Saya jual kek ni sebiji saiz 8″ RM38.
Hujung minggu ini pasti ada tetamu yang bakal berkunjung ke rumah selepas kerajaan membenarkan segala aktiviti dengan SOP yang perlu dipatuhi. Bosan dengan menu rasa biasa, apa kata kita hidangkan menu makan tengahari tetapi special untuk keluarga dan anak-anak, begitu juga tetamu.
Resipi ayam pandan memang sudah terbiasa namun resipi yang dikongsikan oleh doktor popular di media sosial, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini cukup special. Ayam Pandan Thai ala Siam yang disediakan beliau nampak cukup enak. Nak buat pun senang.
Bosan makan ayam goreng? Apa kata kita masak ayam goreng gaya orang Siam, nak? Jom masak ‘gai hor bai toey’, atau lebih dikenali sebagai:
Ayam Pandan Thai by Kamarul Ariffin Nor Sadan
1 kg ayam (separuh ayam) dipotong kecil
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 sudu cili kisar
1 batang serai
2 sudu gula Melaka / nipah
¼ sudu kecil serbuk ketumbar
¼ sudu kecil serbuk jintan manis
¼ sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar santan
2 sudu besar sos tiram
1 susu besar minyak bijan
10 helai daun pandan
Ayam potong kecil, boleh buang tulang dan kulit jika mahu. Saya tak buang kerana malas. Bahan-bahan lain, potong kasar dan masuk dalam pengisar kisar. Kisar semua sampai halus. Banyak gila bahan digunakan untuk buat bumbu(perencah) ayam ni. Jenuh nak cari semua. Hehe.
Satukan bumbu dengan ayam. Tabur garam secukup rasa. Gaul sebati. Gaul gunakan tangan baru mesra.
Alamak lupa nak letak gula Melaka masa kisar tadi. Tak apa, campak sekarang. Kemudian perap sekejap dalam peti ais. Sambil tu, ambil pisau dan bawa ke belakang rumah.
Kita pergi kebun kita yang sekangkang kera ni. Cari pokok pandan. Jangan tanya macam mana saya ambil ambar ni.
Sekarang kita belajar cara balut ayam. Mula-mula silangkan daun pandan macam ni. Buat poket. Ini pandangan belakangnya. Hujung daun yang tadi, kita masukkan ke belakang pula, seperti ditunjukkan oleh anak panah.
Jadi macam ni. Kemudian pusingkan semula, untuk lihat bahagian hadapan.
Goreng ayam tadi! Hati-hati, minyak pasti terpercik sebab daun tu ada air. Pakai perisai muka, pakai lengan panjang, pakai apron. (yang lelaki, jangan pakai boxer je)
Dah siap! Hidang dengan sos cili Thai! Boleh ratah begitu sahaja, atau makan dengan nasi putih! Rasanya berempah tapi tak keterlaluan, dan sedikit manis. Aroma daun pandan tu, memang membangkitkan selera!
Tip untuk sediakan pada anak:
Ayam memang paling disukai oleh anak-anak kita, pun begitu sama seperti telur, ayam juga cukup sensitif jika tidak dimasak dengan baik. Ini antara perkara-perkara yang mak ayah perlu berikan perhatian ketika menyediakan ayam goreng untuk anak.
* Pastikan ayam dibasuh dengan bersih. Bilas berkali-kali.
* Nak lagi senang anak nak makan, potong ayam kecil-kecil. Senang anak nak pegang.
* Paling penting, ketika menggoreng pastikan penggunaan api yang sederhana supaya ayam masak sekata.
* Ayam yang dibalut dengan daun memerlukan sedikit masa untuk masak, jadi perhatikan betul-betul supaya samada ayam masak dengan elok atau tidak.
* Apabila diangkat, periksa dahulu samada ayam telah masak dengan baik atau tidak.
* Jika ayam masih berdarah, buang semula daun, bungkus semula dan kemudian dimasak lagi hingga masak.
* Ayam yang masih berdarah terdedah kepada bakteria Salmonella dan sebagainya yang membahayakan anak-anak dan keluarga. Please alert
* Resipi yang dikongsikan oleh doktor tidak menggunakan garam, malah anda boleh kawal penambahan sos tiram jika terlebih masin.
Nak menggoreng ni pun perlukan peralatan yang sesuai untuk bantu mudahkan mak-mak nak masak. Nak senang boleh cari kelengkapan menggoreng di SINI.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salad ikan mungkin kedengaran asing pada kita namun menyebut Miang Pla Pou pasti ada yang pernah menikmatinya. Rupanya cara hendak menyediakannya cukuplah mudah. Ringkas dan sihat.
Nak tahu bagaimana membuatnya? Pn Suzana Othman berkongsi langkah demi langkah untuk menyediakannya di rumah. Nak tahu cara nak makannya macam mana? Jom ikuti caranya. Sedap!
Hai assalamualaikum semua. Kita nak reveal resepi salad ikan siakap yang kita jual atau dikenali sebagai Miang Pla Pou. Disebabkan resepinya kita tak belajar dari mana-mana PJJ jadi mudahlah kita nak share secara percuma.
Kita tak kisah pun kalau korang nak jual sebab rezeki masing-masing Allah dah tentukan. Kita sendiri terjejas akibat covid sebelum kita bangkit semula dengan menu Salad Ikan Siakap. Jadi kita nak korang yang mana terjejas tu boleh la cuba jual jugak, mana tahu ada rezeki nanti. Asalkan rajin dan ikhlas, pasti ada jalan keluarnya. In sha Allah.
Bahan-bahan:
Ikan siakap
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng
Bahan Sos Thai:
130g cili api siam hijau*
50g cili api China merah*
200g cili hidup merah*
100g bawang putih*
50g batang daun ketumbar*
70g beras yg disangai kemudian ditumbuk
70g air perahan limau nipis
100g sos ikan
300g gula perang
3sb serbuk pati ayam
1liter air
Garam secukupnya
Step pertama mestilah pergi pasar beli ikan siakap. Berat anggaran seekor 600-700g. Walaupun peniaga tu dah siang siap-siap tapi balik rumah korang kena buang jugak sisik ikan yang masih ada. Bila ikan tu bersih dan bebas sisik barulah enjoy nak makan. Itu juga melambangkan ketelitian korang sebagai peniaga yang tak buat kerja sambil lewa.
Rendamkan ikan dalam air bancuhan tepung gandum dan limau nipis selama mana yang korang suka. Campak beberapa sudu garam dalam tu.
Toskan air, kelar badan ikan kemudian lumur dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya.
Bancuhkan tepung goreng ayam serbaguna dengan sedikit air. Jadikan adunan yg tak pekat dan tak cair. Kita guna tepung serbaguna jenama Aroma. Nak guna bestari pun boleh.
Ratakan dengan penuh hati-hati. Sirip dia tajam tu. Perap sekejap ikan supaya meresap elok sebelum digoreng.
Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas dan cukup banyak tau. Semasa menggoreng, buka api sederhana supaya ikan masak sempurna.
Inilah dia hasilnya setelah digoreng.
Jom belajar buat sos Thai. Kisar kasar semua bahan bertanda*. Jangan letak air banyak sebab kita nak hasil yang kasar bukan halus tau. Guna air yang disukat tadi.
Masukkan bahan kisar dalam periuk, buka api sederhana. Tambahkan air, gula, garam, sos ikan, beras sangai, dan serbuk pati ayam.
Bila dah menggelegak, masukkan air perahan limau nipis. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, masak sos hingga memekat. Tutup api. Korang boleh adjust rasa dia ikut citarasa. Kalau nak manis lagi boleh tambah gula.
Bila dah sejuk baru masukkan dalam bekas, hiaskan dengan daun ketumbar dan taburan bijan.
Bahan untuk hiasan:
Salad- rendam air garam-toskan
Timun-sagat
Lobak-sagat
Tomato cherry-hiris
Daun ketumbar
Kita suka sagat halus timun dan lobak supaya senang dimakan. Tapi ikut korang nak buat cemana. Nak hiris pun boleh je.
Cara nak makan salad ni, ambil daun salad, letak isi ikan, tomato, lobak, timun, suhu dan daun ketumbar atas daun salad. Curahkan sos dan gulung daun salad. Ngap!
Kalau dahulu, pesta makanan selalu diadakan bagi memenuhi permintaan rakyat Malaysia yang sangat menghargai makanan serta berani mencuba pelbagai hidangan menarik. Namun, ujian COVID-19 yang melanda Malaysia menyebabkan setiap aktiviti seumpama itu dihentikan demi kesihatan kita.
Salah satu makanan yang terkenal di pesta makanan Thailand adalah nasi istimewa dari negara itu. Rasanya berlemak dan ayamnya pula lembut sekali. Bagi mengelakkan rasa ‘kempunan’, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Nur Aisya ini. Sangat mudah!
Ikuti perkongsian resipinya ini:
Baru tau senang buat nasi ayam thai ni.. 30minit siap.. Kalau tau mcm ni senang.. Kluar2 dr perot mak terus buat.. Hahahahaha…. Moh sarapan….
NASI THAI
BAHAN UNTUK NASI & SUP: 2 whole leg 1 pokok daun ketumbar dgn akar sekali 1 btg serai 3 hiris halia 1 kiub ayam Sedikit garam
BAHAN SOS: Seulas bwng putih Cili api ikut pedas masing2 1 btg cili besar merah Tangkai pokok ketumbar
*Blend semua bahan ni *Dh siap blend.. Masuk dlm kuali.. Sbb takot perut tk tahan mkn yg mentah… Kat sini tambah: Sos tiram 1 sudu besar Sos cili 2 sudu besar Sos nampla
*Dh siap buh dlm mangkuk. Agak2 kepekatan dia tu.. *Racik bawng putih 2 ulas. Setangkai pokok ketumbar.. Masukkan dan kacau sebati. Siap.
Bagi peminat nasi ini, bolehlah mencubanya. Kalau dilihat pada bahan-bahan yang digunakan serta langkah membuatnya tidaklah sesukar mana. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.