puri guna

Walaupun kita beraya dalam tempoh PKPB dan tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung, kita masih boleh menghargai waktu di rumah bersama anak-anak. Para isteri pula semakin bersemangat untuk mencuba pelbagai resipi baharu.

Terdahulu, tular resipi roti puri ini. Dimakan bersama kuah kari atau sambal sardin. Modal untuk menghasilkannya juga tidak mahal, sangat sesuai untuk anak-anak. Kalau ada lebihan rendang, boleh juga dimakan bersama roti puti ini. Resipi roti puri ini dikongsikan oleh Eisya Rahman melalui laman Facebook. Jika masih ada para ibu yang belum mencubanya, bolehlah dibuat.

Resipi ‘Poket Doraemon’ Paling Mudah. Cicah Dengan Sambal Sardin, Terangkat!

Ikuti perkongsiannya ini:

Assalammualaikum

Dalam tempoh RMO ni Kaksha nak ucapkan terima kasih
Kepada rakan-rakan Fesbuk
yang bagi sumbangan resepi
di muka buku masing-masing
sebagai ibu anak 4, buntu hari-hari nak masak apa

Tak pernah buat roti puri
inilah pertama kali
Bukan makanan mahal
Inshaa Allah semua mampu makan
Kenyangkan perut yang gelisah
Ceriakan anak bila roti kembung dan bulat
macam perut Doraemon

Muka hepi hepi
masak pong pang pong pang
bukan bermakna hati tidak
gundah gelana memikirkan
barisan hadapan yang sedang berjuang
kami pun ada orang tersayang, ahli keluarga dan rakan baik
yang berada di luar sana

IKLAN

Resipi Lain: [Apam Susu Pandan & Coklat Gebu. Guna Sukatan Cawan & Kukus 30 Minit]

Biarlah badan kita negatif virus
tapi minda kita masih positif
dalam menghadapi fikiran yang ‘super complicated’
rasa jiwa yang paranoid
berfikir secara baik, menulis secara baik dan berkata secara baik
moga yang datang pun baik-baik

Duduk di rumah, solat awal waktu, zikir dan doa.

Resipi Roti Puri

IKLAN

Bahan-bahan Roti Puri:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
3 sudu besar minyak masak
2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan air suam

Cara-cara :

1. Gaulkan tepung gandum, yis, garam, gula, minyak masak
2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit. Gaul rata
3. Uli sampai adunan tidak lekat ditangan. (tambah sedikit air/tepung jika perlu)
4. Perap selama 15 minit
5. Setelah adunan kembang, bulat-bulatkan adunan
Lenyekkan dengan penggelek
6. Panaskan minyak yang banyak. Masukkan adunan ke dalam minyak dan siram minyak atas adunan (atau tenggelamkan kesemuanya).Goreng sampai agak kekuningan
7. Angkat dan sedia untuk dimakan bersama sambal ikan bilis/sardin/kari.

Resipi Lain: [Resipi Ikan Bilis Masak Asam, Sekejap Je Masak. Lauk Simple, Tambat Selera!]

IKLAN

Resipi ‘Poket Doraemon’ Paling Mudah. Cicah Dengan Sambal Sardin, Terangkat!

Resipi Ikan Sardin Masak Sambal

Bahan bahan:
1 tin sardin
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 labu bawang besar
1/2 biji cili merah
1 sudu besar cili kisar
Garam
Serbuk perasa

1. Tumis bawang merah dan bawang putih hiris sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga betul betul garing.

2. Asingkan ikan sardin dan sosnya. Masukkan ikan sardin supaya ikan boleh tergoreng terlebih dahulu. Selepas ikan agak garing, masukkan sos sardin dan sedikit air.

3. Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa, cili merah hiris dan bawang besar hiris. Boleh lah diangkat untuk dihidangkan.

*Resipi ini diambil dari blog masakan AzieKitchen. Mudah sangat, selamat mencuba!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI