Ads

“IPU Berubah-ubah, Keputusan Tutup Sekolah Perlu Ikut Keadaan Semasa” – Fadhlina

"IPU Berubah-ubah, Keputusan Tutup Sekolah Perlu Ikut Keadaan Semasa" – Fadhlina

Bagi ibu ayah yang bekerja, pengumuman penutupan sekolah pada saat akhir pastinya bukan perkara mudah. Ada yang perlu mengatur penjagaan anak, memohon cuti kecemasan, malah terpaksa mengubah jadual kerja apabila sekolah diarahkan tutup akibat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat.

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menjelaskan bahawa keputusan penutupan sekolah akibat jerebu tidak boleh dibuat secara menyeluruh tanpa mengambil kira bacaan IPU semasa di setiap kawasan.

Ini kerana keadaan kualiti udara boleh berubah mengikut masa dan lokasi, sekali gus memerlukan setiap keputusan dibuat dengan teliti demi memastikan keselamatan murid sentiasa menjadi keutamaan.

"IPU Berubah-ubah, Keputusan Tutup Sekolah Perlu Ikut Keadaan Semasa" – Fadhlina

Bacaan IPU Berubah Mengikut Masa Dan Lokasi

Menurut Fadhlina, situasi jerebu tidak semestinya sama di setiap kawasan, malah bacaan IPU boleh berubah dalam tempoh tertentu. Justeru, keputusan sama ada sekolah perlu ditutup atau dibuka seperti biasa mestilah berdasarkan keadaan semasa di lokasi terbabit.

“Dalam membuat keputusan ini, kita perlu memahami bahawa bacaan IPU boleh berubah mengikut masa dan lokasi. Justeru, penutupan sekolah perlu mengambil kira keadaan semasa di setiap kawasan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Faham Keresahan Ibu Ayah, Minta Pengumuman Dibuat Lebih Awal

Dalam masa sama, Fadhlina mengakui bahawa keputusan penutupan sekolah yang diumumkan dari hari ke hari boleh menyukarkan urusan harian sesebuah keluarga.

Lebih-lebih lagi bagi ibu ayah yang bekerja dan tidak mempunyai penjaga lain untuk menguruskan anak-anak apabila sekolah ditutup.

Malah, beliau turut mengambil maklum cadangan sesetengah pihak supaya sekolah ditutup selama beberapa hari sekali gus, berbanding membuat pengumuman secara harian.

Ads

“Saya memahami keresahan ini. Sebab itu, saya telah meminta supaya keputusan penutupan sekolah dimaklumkan seawal mungkin bagi memberi ruang kepada ibu bapa membuat persediaan,” ujarnya.

Pengumuman lebih awal diharap dapat membantu ibu ayah menyusun jadual kerja, mengatur penjagaan anak serta membuat persediaan sekiranya sesi persekolahan perlu dihentikan sementara.

"IPU Berubah-ubah, Keputusan Tutup Sekolah Perlu Ikut Keadaan Semasa" – Fadhlina

Penutupan Sekolah Berpanjangan Boleh Jejaskan Pembelajaran Anak

Dalam mempertimbangkan keputusan penutupan sekolah, Fadhlina turut mengingatkan masyarakat mengenai kesan gangguan persekolahan terhadap pembelajaran murid.

Menurut beliau, pengalaman ketika pandemik COVID-19 membuktikan bahawa kehilangan masa pembelajaran bukan sesuatu yang mudah untuk diganti.

“Pengalaman COVID-19 juga mengajar kita betapa besarnya kesan gangguan persekolahan terhadap pembelajaran anak-anak. Sehingga hari ini, usaha menangani keciciran pembelajaran masih diteruskan.

Ads

“Masa pembelajaran yang hilang bukan mudah untuk diganti, apatah lagi kemudahan PdPR tidak sama bagi setiap murid,” jelas beliau.

Keadaan ini perlu diberi perhatian kerana tidak semua keluarga mempunyai kemudahan internet, peranti elektronik atau persekitaran rumah yang sesuai untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Oleh sebab itu, keputusan penutupan sekolah perlu mencari keseimbangan antara menjaga keselamatan serta kesihatan murid dan memastikan pembelajaran mereka tidak terganggu secara berpanjangan.

Bagi murid yang tinggal di asrama pula, Fadhlina berkata, mereka disarankan untuk terus berada di asrama sepanjang penutupan sekolah akibat jerebu, selagi keadaan selamat dan kebajikan mereka terjamin.

"IPU Berubah-ubah, Keputusan Tutup Sekolah Perlu Ikut Keadaan Semasa" – Fadhlina

Ads

Ibu Ayah Perlu Sentiasa Peka Dengan Pengumuman Rasmi

Dalam keadaan cuaca dan kualiti udara yang tidak menentu, ibu ayah disarankan supaya sentiasa mengikuti perkembangan bacaan IPU serta pengumuman rasmi daripada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan KPM.

Elakkan membuat andaian bahawa semua sekolah akan ditutup hanya kerana terdapat kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU tinggi.

Pada masa sama, ibu ayah juga perlu memantau keadaan kesihatan anak-anak, terutama mereka yang mempunyai asma, alahan atau masalah pernafasan.

Sekiranya anak mengalami batuk berterusan, sesak nafas atau kesukaran bernafas, dapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera.

Menarik: Surah Al-Ikhlas & 3 Zikir Ni Jangan Tinggal Masa Anak Jawab Peperiksaan! 

Zikir Ibu Ayah Ketika Anak Hadapi Peperiksaan, Amalan Mohon Permudahkan Urusan!

Disiplinkan Anak Tanpa Jerit & Ugut Rotan, Ikut Langkah Ni Guna Time Out

Sumber: Fadhlina Sidek

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

“Isteri Saya Dah Suruh Angkat Dia!” Syed Saddiq Dukung Bella Astillah,...

Syed Saddiq dukung Bella Astillah dalam video sweet bersama keluarga. Aksi itu buat ramai suami berdebar apabila isteri mula minta layanan sama!