Kehadiran dua hero dalam hidup penyampai radio, Feeya Iskandar atau Cik Piah ternyata memberi sinar bahagia buatnya bersama suami.
Walaupun anak keduanya, Nuh Aryyan beza setahun dengan anak sulung, Adam Malique, Cik Piah tetap positif dan menganggap kehadiran Nuh dalam keluarga memberi rezeki yang lebih murah buat mereka sekeluarga.
Nampak gayanya anak sulung Cik Piah pun teruja sebab dah ada kawan dan tindakan Cik Piah memberi peluang pada Adam untuk dekat dengan adiknya satu tindakan yang bijak.
Kejam! itulah dapat digambarkan apabila seorang bapa tergamak menyembur racun serangga ke muka bayi lelaki supaya diam disebabkan tidak tahan mendengar anaknya menangis.
Malah, bapa kejam itu turut menampar muka bayi berusia dua bulan dan melambungnya, dalam kejadian di Taman Pauh Indah, Arau, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, pihaknya sudah menahan suspek berusia 39 tahun susulan laporan daripada doktor di Klinik Kesihatan Arau yang merawat mangsa.
“Kita menerima laporan doktor di Bahagian Ibu dan Anak klinik berkenaan pada 11.30 pagi Jumaat lalu selepas pemeriksaannya mendapati bayi berkenaan kurang aktif dan bibirnya kebiruan.
“Mangsa juga cedera di belakang kepala dan leher selain terdapat kesan kemerahan ditemui di kepalanya.
“Ibu mangsa disoal siasat dan dia mengaku suaminya yang juga ayah kandung bayi itu menyembur racun serangga pada muka dan mencederakan mangsa,”
Nanda berkata, suspek ditahan pada hari kejadian dan Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah membenarkan tempoh tahanan remannya dilanjutkan sehingga Khamis ini bermula hari ini.
“Mangsa kini dirujuk kepada Pakar Kanak-Kanak Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk pemeriksaan lebih lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.
Difahamkan mangsa mengalami komplikasi di otak akibat kecederaan yang dialaminya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa tak mahu jadi ibu bapa ohsem buat anak-anak. Maksudnya kita adalah sempurna di mata mereka. Mungkin sebelum ini, ada yang dah anggap caranya dah betul mendidik anak. Tak kurang juga yang rasa gagal sebab anak-anak susah nak dengar kata.
Menurut Pakar Motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, mak ayah kena yakin kita adalah ibu bapa hebat dan mampu memberi kecemerlangan untuk anak-anak. Cuma bagaimana acuannya bergantung kepada cara kita mengemudi.
Bagaimanapun ramai ibu bapa rasa mereka tak layak nak jadi ibu bapa ohsem pada anak-anak kerana tak belajar tinggi, kerja biasa-biasa dan bukanlah dari golongan yang senang. Ingat sebenarnya Allah dah cipta sebaik-baik kejadian.
Cuma bagaimana kita melaksanakannya bergantung pada kehendak kita. Dengan syarat kita dah didik anak itu dengan betul, doa tak pernah putus serta sentiasa memberi semangat positif dalam diri anak.
Ingat guru pertama anak adalah ibu. Jika ibu lebih peka, cemerlang, cakna tak mustahil anak mampu berjaya dunia akhirat walaupun kita hanya biasa-biasa sahaja.
Paling penting tanamkan dalam hati niat yang baik. Bila hati bersih apa yang kita doakan mudah termakbul. Sebaiknya ibu cubalah luangkan masa untuk lakukan solat sunat, baca al-quran dan buat kebaikan sepanjang masa.
Nak jadi ibu bapa yang ohsem, kena selalu positif. Setiap anak dah ada rezeki dan kehebatan masing-masing. Cuma trend sekarang ini ramai pasangan dah siap-siap cakap saya nak dua je anak sebab tak mampu, kos sara hidup mahal dan macam-macam lagi. Apa-apa pun sepatutnya berbalik la pada qada dan qadar Allah.
Berdasarkan kajian juga 75 hingga 85 peratus pemikiran kita adalah negatif. Sebab itu Rasulullah selalu berpesan kena sentiasa bersangka baik pada diri, anak dan orang sekeliling kita.
Selain itu, jagalah ibadah dan tingkah laku kita selain amalkan suasana rumah tangga kondusif. Paling penting, rezeki yang di bawa balik kena berkat.
Lagi satu ciri nak jadi ibu bapa yang ohsem juga adalah bila cakap dengan anak kena ikut tahap kefahaman akal anak. Anak kecil lain, anak besar lain, anak keras hati lain. Bila mak-mak positif, anak pun positif.
Bila ibu nak anak dengar cakap tapi ibu pun tak nak dengar anak cakap, tak adil. Jadi berubahlah demi kebaikan semua.
Kasih sayang ibu dan ayah terhadap anak-anak tiada batasannya. Bahkan kita sanggup berkorban apa sahaja demi mereka. Untuk kemudahan dan kesenangan anak-anak, apa saja sanggup ibu ayah gadaikan.
Untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang terhadap anak-anak, ciumlah empat bahagian dan sentuh lembutlah lima spot ini pada anak. Tip ini dikongsikan oleh Dato’ Dr Hj Abdul Basit Abdul Rahman, yang merupakan seorang penceramah bebas di akaun Facebooknya.
Empat tempat bapa dan ibu kena cium anaknya setiap hari dan lima tempat sentuhan atau digosoknya.
Mengikut saranan doktor psikologi terhadap ibu bapa, terdapat empat ciuman dan beberapa sentuhan yang harus diamalkan terhadap anak-anak. Ianya hendaklah dilakukan setiapa hari, semenjak lahir setiap hari tanpa had waktu dan umur, selagi dia masih menjadi anak kita.
1. Pertama di ubun-ubun, sebagai menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya (sambil mendoakan agar si anak jadi anak soleh), insya’Allah.
2. Kedua di dahi, ciuman ini menandakan kita redha terhadapnya sebagai dia anak kita. Rasulullah s.a.w pernah mencium anaknya, Fatimah r.anha di dahi beliau.
3. Ketiga di kedua-dua pipi, iaitu sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap si anak.
4. Keempat di tangan anak, tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang) sebagaimana Rasulullah s.a.w juga selalu mencium tangan anakandanya Fatimah r.a.
Perhatian: Ciuman dimulut hanya khas untuk isteri sahaja.
1. Menggosok belakang kepala anak, sebagai tanda kasihan belas dan anak akan merasai dikasihani dan terlindung.
2. Menggosok atas kepala atau ubun-ubun, ini untuk menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya.
3. Menggosok atas dahi anak, sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap anak.
4. Keempat kedua pipi, juga tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang)
5. Memegang kedua tangannya, untuk menenangkan anak ketika nampak perasaannya kacau atau keliru.
Tambahan: Gosok di dada ketika perlu.
Bila nampak dia menunjukan kecenderungan membuat sesuatu yang tidak baik atau sedang marah, gosoklah dadanya untuk menenangkannya.
Wallahu a’lam.
Cara ini akan memberitahu anak-anak secara semula jadi yang ibu ayahnya sayang pada mereka. Mudah sahaja tanpa perlu keluar modal. Titipkan juga doa yang baik-baik untuk kesejahteraan anak-anak yang dikasihi semasa mencium dan menyentuh anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!