Perap Adunan Lama, Baru Tart Telur Makin Rapuh, Sedap Lagi Berlemak!

Share

Menikmati tart telur ketika waktu panas dengan secawan kopi tak terungkap rasanya. Rasa manis, rangup dan lembut bergabung membuatkan suapan terasa cukup nikmat.

Nak beli mahal, apa kata untuk anak-anak di rumah, mama cuba sediakan sahaja untuk seisi keluarga. Jimat lagi sedap. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Ariana Sofia Ahmad ini. Memang rapuh!


Hari pertama PKP, saya nak share resepi tart telur. Ni cara saya buat tart telur.

Resepi Tart Telur
2 biji kuning telur ( kuning sahaja)
260g tepung gandum
150g butter
50g gula kastor
1sk esen vanila
4 biji telur gred B
170g susu pekat manis
210ml susu segar
1sk esen vanila
1sk pewarna kuning
1 1/2 sudu besar tepung kastard

Untuk buat kulit tart, mula-mula gaul@kaup balik butter dan gula hingga sebati. Bila dah sebati masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau bagi sebati.

Lepas tu masukkan tepung gandum dan kacau sebati.

Dah gaul dengan spatula, adunan jadi macam ni. Sambung gaul dengan tangan supaya betul-betul sebati.

Lepas tu wrap bekas dan simpan dalam peti ais selama 20-30 minit supaya tart lebih rapuh bila dimakan.

Lepas dah keluarkan dari peti ais, timbang anggaran 20g setiap acuan. Bergantung pada acuan yang digunakan juga. Kalau taknak timbang pun tak apa.

Lepas tu bulatkan macam ni supaya bila tekan dalam acuan lebih mudah.

Pastikan kulit tart tak nipis dan tebal sangat. Lebihan bahagian tepi kikis atau sisih dengan pisau atau tangan. Cucuk bahagian tengah dengan garfu supaya adunan telur melekat.

Over sangat cahaya. Lepas tu bakar 10-15 minit dengan suhu 140°c api atas bawah.

Cara Masa Filling Tart

 

Sementara tunggu kulit tart masak, masukkan telur dalam bekas. Pukul hingga kembang. Telur 4 biji ye, 1 biji lagi tertinggal tapi dah masukkan.

Lepas tu masukkan susu segar, susu pekat manis, esen vanila, pewarna kuning dan tepung kastard. Pukul hingga sebati. Kalau tak suka manis, boleh kurangkan susu pekat manis.

Bila dah sebati macam ni. Tapis banyak kali sehinggalah putih-putih yang timbul tu tak ada.

Ok kulit tart dah masak. Biarkan sejuk sekejap. Lepas tu nak keluarkan kulit tart atau biarkan dalam acuan mana-mana pun boleh.

Kalau tak keluarkan kulit tart, terus tuang adunan telur tadi. Jangan tuang melebihi paras kulit, nanti bila dah masak tart susah untuk dikeluarkan.

Lepas tu sambung bakar 15-20 minit dengan suhu 140°c api atas bawah. Tart ni akan gelembung naik bahagian tengah bila dah nak masak.

Ok tart dah masak. Nanti gelembung manja tu akan surut.

Tadaaa. Dah siap. Pastikan tart sejuk dulu baru keluarkan dari acuan. Kalau keluarkan ketika panas-panas mudah rapuh.

Artikel berkaitan: Tart Telur Homemade Lagi Sedap Dari Bakery, First Time Buat Memang Tak Menyesal

Hokkaido Cheese Tart Leleh, Resipi Simple Senang Sangat Anak Buat

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN