Pergi bersama.. Itulah yang berlaku kepada tiga beranak apabila dijemput Allah secara serentak dalam kemalangan selepas kereta yang dinaiki terbabas di kilometer 47 Jalan Ipoh-Lumut dekat Bota.

Tiga yang maut itu termasuk bayi lelaki berusia 25 hari, bapa bayi tersebut dan nenek. Dalam kejadian 4 petang itu, mangsa yang maut ialah pemandu Proton Wira yang juga kakitangan Pejabat Pertanian Titi Gantong, Zamzainal Ahmad Kusharay, 49; ibu mentuanya, Salmah Abdul Manap, 65 dan  bayi lelaki Zamzainal iaitu Mior Muhammad Qalish Zamzainal.

Perginya Tanpa Pesan. Isteri Dalam Pantang Kehilangan Suami & Bayi 25 Hari Serentak

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, dua lagi ahli keluarga yang cedera ialah isteri Zamzainal yang berusia 32 tahun dan anak lelaki mereka berusia tiga tahun.

Kereta hilang kawalan

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki lima sekeluarga itu dari arah Lumut menghala ke Ipoh sebelum hilang kawalan lalu terbabas.

“Apabila tiba di lokasi kejadian kereta yang berada di laluan kanan dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar penghadang jalan besi sebelah kanan.

“Kemalangan itu menyebabkan pemandu kereta dan ibu mentuanya mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Perginya Tanpa Pesan. Isteri Dalam Pantang Kehilangan Suami & Bayi 25 Hari Serentak

“Bayi lelaki pula disahkan meninggal dunia di Hospital Changkat Melintang,” katanya.

Menurutnya, isteri mangsa dan seorang lagi anak pasangan itu dihantar ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan lanjut. Namun dalam perkembangan baru difahamkan anak lelaki pasangan ini telah pun dipindahkan ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan susulan.

“Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terpaksa beritahu keadaan sebenar pada kakak

Menurut Ismawati Ahmad Kusharay, adik kepada Zamzainal, ketika kejadian abang sulungnya itu bersama isteri dalam perjalanan untuk menghantar ibu mentuanya ke rumah di Seri Iskandar.

“Chor (panggilan untuk arwah abang) bawa ibu mentua dan bayi lelakinya ke Hospital Seri Manjung untuk pemeriksaan kesihatan dan ketika itu juga saya bersama keluarga juga baru pulang dari Manjung.

Perginya Tanpa Pesan. Isteri Dalam Pantang Kehilangan Suami & Bayi 25 Hari Serentak

“Saya ada lihat kemalangan kira-kira 3.30 petang dan tak menyangka mangsa itu abang sendiri. Ketika itu hanya Chor dan ibu mentuanya masih dalam kereta manakala isteri serta dua anak lelakinya sudah dibawa ke hospital,” katanya.

Katanya, selepas kejadian itu, kakak iparnya yang masih dalam pantang bertanya mengenai keadaan Zamzainal dan ahli keluarga terpaksa memaklumkan kejadian sebenar.

“Kakak ipar sangat sedih selepas mengetahui Chor sudah tiada namun dia reda dengan takdir ini.

Sumber: Metro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI