Bukan pertama kali. Namun ia merupakan perjalanan beraya di seluruh Semenanjung buat kali kedua kepada keluarga kecil ini. Idea dan kesungguhan untuk beraya di pelbagai negeri untuk menziarah kenalan dan saudara itu dipuji ramai.
Bagi keluarga Razis Ronnie bersama isteri dan dua anaknya, perjalanan beraya mengelilingi Semenanjung Malaysia buat kali kedua ini terasa lebih santai dan seronok. Malah akuinya lagi, ia perjalanan bonding bagi keluarga kecilnya selain dapat menikmati percutian mereka sekeluarga.
Sempat berkongsi segala perbelanjaan sepanjang menjelajah selama lima hari enam malam, aktiviti keluarga kecil ini dipuji wargamaya. Jom ikuti perkongsiannya.
Alhamdulillah syukur perjalanan kali ni dipermudahkan. Team raya merata tempat
TEAM RAYA MERATA TEMPAT
ROAD TRIP SEMENANJUNG 2.0
RAYA MADANI- HITAM PREMIUM EXCLUSIVE
Laluan = Bermula dari Johor Bahru ➡️ Melaka – Bandar Melaka ➡️ Negeri Sembilan – Bandar Seremban ➡️ Putrajaya ➡️ Kuala Lumpur – Gombak ➡️ Selangor – Shah Alam, Bukit Lanchong & Sijangkang ➡️ Perak – Teluk Intan ➡️ Pulau Pinang – Georgetown & Bukit Mertajam ➡️ Kedah – Gurun & Alor Setar ➡️ Perlis – Padang Besar & Bandar Kangar ➡️ Gerik – Jeli ➡️ Kelantan – Bandar Kota Bharu ➡️ Terengganu – Bandar Kuala Terengganu, Marang, Rantau Abang, Kemasik ➡️ Pahang – Muadzam Shah & Bandar Kuantan ➡️ Mersing & Johor Bahru
Jumlah keseluruhan jarak perjalanan kali ni = 2,760 KM
Kenderaan = Perodua Bezza (Hitam)
Kos minyak = Rm344.69
Tol = Rm85.90 (Ada Tol Rahmah, guna laluan lama & pesisir pantai. Contoh dari Gurun – Gerik – Jeli – Kota Bharu – Kuala Terengganu – Kuantan – Mersing – JB)
Kos makan & minum = Rm565.02 (Negeri yg kami ada keluarga & kawan kami beraya dari rumah ke rumah, Rumah Makcik di Gombak, Jumpa keluarga di Bukit Lanchong & Sijangkang. Rumah Abg Ipar di Penang. Jumpa Adik di Muadzam Shah & Adik Ipar di Kuantan kami di belanja makan. Di Negeri yg tiada keluarga atau kawan kami singgah makan di restoran. Nasib baik tahun ni banyak kedai makanan buka. Tak macam tahun sebelum ni)
Ads
Kos penginapan = Rm424.00 (Bermalam di rumah Makcik di Gombak, Hotel Bukit Mertajam, Motel Kangar, Hotel Kuala Terengganu & Hotel Kuantan Adik Ipar & Isterinya belanja 1 malam)
Kos ubatan & Mainan Anak-Anak = Rm174.00
Jalan jem tapi tak teruk sangat di Jalan Changkat Jering, Lebuhraya Alor Setar/Georgetown, Jalan Salor-Pasir Mas & Jalan Kota Bharu-Backhok. Alhamdulillah lain tempat semua lancar.
Laluan paling mencabar & bahaya kali ni = Lebuhraya Gerik – Jeli tapi bila sampai puncak R&R Amiza Titiwangsa. Subhanallah view nya sangat cantik.
Laluan paling cantik semestinya = Marang-Kemaman-Dungun. Laluan pesisir pantai.
Perjalanan kali ni 5 malam 6 hari. Cuti yang singkat. Tema raya kali ni Hitam Premium. Pakai baju raya Hitam tu sehari penuh. Raya Pertama & perjalanan terakhir dari Kuantan ke Johor Bahru.
Di tempat-tempat lain tu kami ambil masa 15-20 minit tukar baju raya untuk gambar raya kami sekeluarga. Tahun lepas Round Semenanjung gambar tak lengkap kami berempat. Kali ni bawa sekali Tripod mudah untuk ambil gambar kami sekeluarga. Tak perlu susahkan orang ambil gambar kami.
Perjalanan kali ni lebih santai & seronok. Banyak kelebihan yang kami dapat. Dapat luangkan masa semua bersama. Dapat berbual lama sepanjang perjalanan. Kami abadikan semua gambar untuk kenangan.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Sumber: FB Razis Ronnie
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon terkenal, Rita Rudaini bangga apabila anaknya cemerlang akademik dan olahraga selepas berjaya memecahkan rekod Majlis Sukan Sekolah Peringkat Daerah (MSSD) dalam acara pecut 100 meter.
Menerusi Instagramnya, Rita berkongsi kisah kejayaan anak sulungnya itu kepada semua pengikutnya malah amat berbangga dengan pencapaian cemerlang anaknya itu.
Tambah Rita lagi, Rayyan telah mencipta rekod baru untuk acara lari 100 meter apabila mencatatkan 11.44 saat sekaligus memadamkan rekod terpantas yang pernah diperoleh pada 20 tahun lalu iaitu 11.58 saat.
“Ryan dapat pecah rekod 20 tahun MSSD Sabak Bernam 100m dengan rekod baru 11.44 saat (rekod lama tahun 2004 11.58s). Mommy bangga” tulisnya.
“Tahniah team Subes dan cikgu-cikgu. 1st day MSSD harini,” katanya berkongsi.
Tambah Rita lagi, dia begitu terharu kerana anaknya bukan sahaja menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelajaran bahkan dalam sukan dan olahraga.
“Alhamdulillh, rezeki Ryan dapat wakil peringkat MSS. Ryan dah banggakan mommy dalam pelajaran, ni dalam sukan olahraga pula. Insya Allah mommy sokong,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu perkongsian video dari ibu kepada dua cahaya mata itu turut mendapat pujian ramai termasuk rakan selebriti yang turut sama mengucapkan tahniah.
Jom bawa anak-anak sertai pertandingan MARI MEWARNA SAYA ANAK MALAYSIA pada 25 Ogos 2024. Anak-anak akan membawa pulang sijil, goodies istimewa Bintang Kecil dan akaun SSPN bernilai RM20. Juga ada hadiah menarik untuk dimenangi!
Tangisan anak pertama pelakon Shukri Yahaya yang bimbangkan bapanya yang terlibat dalam kemalangan kereta baru-baru ini mengundang rasa sebak orang ramai.
Walau hanya melihat melalui skrin televisyen, namun anak kecil itu, Aaira Ameena menangis saat ayahnya dilanggar oleh satu kereta lain ketika perlumbaan kereta di litar ketika Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) yang berlangsung pada Ahad.
Video yang dikongsikan oleh pengguna Tik Tok, @shrnzsy itu menarik perhatian wargamaya.
“Ayah always Ameena champions,” tulisnya di kapsyen.
Walaupun kalah ketika perlumbaan itu, namun dia lah pemenang sebenar di hati seorang anak.
Ameena yang turut hadir ke litar perlumbaan itu bersama ibu dan adiknya turut sama memberi sokongan pada Shukri sebelum perlumbaan bermula.
Namun hati anak kecil itu teramat sedih bila mana menyaksikan sendiri perlanggaran kereta ketika di litar.
Pun begitu, Shukri Yahaya dalam keadaan baik-baik sahaja malah menyambut Ameena dengan baik sebaik selesai perlumbaan bersama selebriti lain yang turut sama.
Apa yang turut menarik perhatian pastinya kasih sayang dan layanan istimewa Shukri buat anak perempuannya. Ameena yang masih dalam tangisannya dirangkulnya erat dalam pelukan.
Rata-rata wargamaya turut memuji hero kesayangan ramai itu ketika melayani anak dan isterinya.
Terdahulu, Shukri Yahaya mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Tya Adnan pada 2015. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.
Merajuk itu seakan sudah sebati bagi kanak-kanak perempuan. Namun lain pula dengan anak kecil ini yang bukan hanya merajuk dan menangis namun disertakan dengan jelingan maut buat ayahnya.
Terdahulu, si comel yang seringkali muncul di Tik Tok dengan akaun ibunya, Riena Rosli @rienarosli ini cukup dikenali dengan jelingan mautnya.
Pantang sahaja ada rasa tidak puas hati, bukan tangisan tetapi jelingan padu tapi comel yang diberikan. Memang comel.
“Pantang tinggi suara sikit. Jelingan maut dia bagi,” tulis ibunya di kapsyen.
Anak kecil ini terlebih dahulu dimarahi bapanya yang sengaja meninggikan suara gara-gara berada di tempat pemandu dalam kereta.
Sengaja mengusik dan ingin melihat keletah anaknya itu, ayahnya sengaja meninggikan suara. Paling menarik, anak comel ini pada mulanya tidak menangis tetapi membalasnya dengan jelingan buat ayahnya. Comel sungguh.
Tambah menguatkan jelingan bila mana perkongsian video kedua dari ibunya. Jelingan kali ini lebih tajam buat ayahnya bila mana dimarahi bapanya kerana bermain dengan suiz lampu.
Memang comel untuk anak seusia itu!
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, ramai yang cukup terhibur dengan gelagat comel anak kecil ini. Lain dari yang lain malah bijak mempamerkan emosinya pada ayahnya.
Bukan sekadar pelakon, tetapi seorang ibu tunggal yang selama ini berjuang dalam diam.
Ketabahan dan dedikasi Rita Rudaini Mokhtar, 49, akhirnya mendapat pengiktirafan apabila beliau dianugerahkan Pingat Jasa Baik (PJB) sempena ulang tahun keputeraan ke-82 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, dalam satu majlis penuh istiadat yang berlangsung di Istana Arau, semalam.