Ads

Perkembangan Anak Dua Tahun. Jika Anak Belum Buat Ini, Mak Ayah Wajib Semak!

Perkembangan anak dua tahun sering dikaitkan dengan fasa “terrible two” yang mencabar dan penuh emosi. Anak makin aktif, makin banyak kehendak dan sudah mula menunjukkan personaliti sendiri. Ada masa dia manja, ada masa kuat merajuk. Ada ketika sangat teruja bermain, ada juga waktu dia mahu berdikari dan tidak mahu dibantu.

Sebenarnya, perubahan ini tanda perkembangan yang sihat. Pada usia dua tahun, perkembangan fizikal, emosi dan kognitif anak bergerak sangat pantas. Jadi mak ayah perlu peka, adakah anak berada di landasan perkembangan yang sesuai dengan usianya?

Jom semak beberapa kemahiran penting dalam perkembangan anak dua tahun yang biasanya sudah boleh dilakukan oleh si manja.

Perkembangan Anak Dua Tahun. Jika Anak Belum Buat Ini, Mak Ayah Wajib Semak!

1. Boleh Makan Sendiri dan Terokai Makanan

Dalam fasa perkembangan anak dua tahun, si kecil sepatutnya sudah boleh memegang sudu sendiri walaupun masih tumpah sana sini. Biarkan mereka mencuba. Proses ‘messy eating’ ini penting untuk perkembangan motor halus dan sensori.

Elakkan terlalu bergantung pada gajet ketika waktu makan. Bila anak makan sambil menonton skrin, mereka tidak fokus pada rasa, tekstur dan bau makanan. Lama-kelamaan, anak mungkin jadi cerewet atau kurang sensitif terhadap rasa lapar dan kenyang.

Biarkan anak:

  • Pegang dan rasa makanan dengan tangan.
  • Cuba pelbagai tekstur seperti lembut, pejal dan sedikit rangup.
  • Minum sendiri tanpa disuap sepanjang masa.

Makan sendiri bukan sekadar tentang kenyang, tetapi latihan berdikari yang penting dalam perkembangan anak anak tahun.

Perkembangan Anak Dua Tahun. Jika Anak Belum Buat Ini, Mak Ayah Wajib Semak!

Ads

2. Ada Kesedaran Badan dan Mula Bersedia ke Tandas

Masuk usia dua tahun, kebanyakan anak menunjukkan peningkatan dalam keseimbangan dan kesedaran badan. Mereka sudah lebih stabil berdiri, memanjat dan membongkok.

Ini juga waktu sesuai untuk mula memperkenalkan rutin ke tandas. Tidak semestinya terus berjaya ‘toilet training’, tetapi dalam perkembangan anak dua tahun, mereka sudah boleh:

  • Berdiri atau duduk dengan seimbang ketika dibersihkan.
  • Faham arahan mudah seperti “jom pergi tandas”.
  • Tunjuk tanda tidak selesa bila lampin basah atau kotor.

Biasakan anak dengan suasana tandas supaya mereka tidak takut. Pendedahan awal membantu proses latihan ke tandas menjadi lebih lancar nanti.

Perkembangan Anak Dua Tahun. Jika Anak Belum Buat Ini, Mak Ayah Wajib Semak!

3. Pandai Guna Cawan dan Kurangkan Botol

Salah satu tanda positif perkembangan anak dua tahun ialah keupayaan minum menggunakan cawan terbuka dengan tumpahan minimum. Jika masih menggunakan botol susu sepenuhnya, cuba beralih secara perlahan kepada cawan atau straw cup.

Penggunaan botol terlalu lama boleh memberi kesan kepada perkembangan oral dan pertuturan. Tambahan pula, anak dua tahun sepatutnya sudah mendapat nutrisi utama daripada makanan pejal, bukan hanya susu.

Ads

Latihan mudah yang boleh dibuat:

  • Biarkan anak pegang dan angkat cawan sendiri.
  • Tunjukkan cara minum perlahan.
  • Puji usaha mereka walaupun air tertumpah sedikit.

4. Ada Tanggungjawab Kecil di Rumah

Walaupun masih kecil, perkembangan anak pada usia dua tahun juga melibatkan aspek disiplin dan tanggungjawab. Anak sudah boleh diberi tanggungjawab ringkas untuk membina keyakinan diri.

Contohnya:

  • Letak pinggan atau mangkuk ke singki selepas makan.
  • Letak cawan di tempat yang ditetapkan.
  • Simpan semula mainan dalam bekas.
  • Kutip barang yang terjatuh.

Tidak perlu marah jika mereka buat perlahan. Yang penting, konsisten dan jadikan ia rutin harian. Anak belajar melalui pengulangan.

Perkembangan Anak Dua Tahun. Jika Anak Belum Buat Ini, Mak Ayah Wajib Semak!

Ads

5. Boleh Fokus Bermain Sekurang-Kurangnya 2 Minit

Dalam perkembangan anak pada usia ini, tempoh fokus memang masih pendek, tetapi mereka mampu memberi perhatian pada satu permainan sekurang-kurangnya satu hingga dua minit.

Jika anak:

  • Asyik tukar permainan setiap 30 saat,
  • Tidak tahu bagaimana hendak ‘explore’ sesuatu permainan,
  • Atau hanya duduk diam menatap skrin tanpa bergerak,

itu mungkin tanda mereka kurang rangsangan atau terlalu terdedah kepada gajet.

Kurangkan jumlah permainan supaya anak lebih fokus. Elakkan terlalu banyak pilihan dalam satu masa. Dan yang paling penting, hadkan penggunaan skrin. Anak kecil secara semula jadi suka bergerak, berlari dan memanjat. Jika mereka terlalu pasif, mak ayah perlu semak semula rutin harian.

Bila Perlu Risau Tentang Perkembangan Anak Dua Tahun?

Antara situasi yang sering menyebabkan kanak-kanak dirujuk ke pusat terapi ialah:

  • Umur 3 tahun masih tidak tahu minum guna cawan.
  • Tidak tahu bermain sendiri tanpa gajet.
  • Tidak pernah pegang makanan kerana sentiasa disuap.
  • Kurang respons apabila dipanggil atau sukar faham arahan mudah.

Jika mak ayah rasa perkembangan anak dua tahun agak lambat berbanding rakan sebaya, jangan tunggu terlalu lama. Dapatkan pandangan doktor atau terapis perkembangan kanak-kanak untuk penilaian lanjut.

Ingat, setiap anak berkembang pada kadar berbeza. Namun, peranan ibu dan bapa sangat besar dalam menyediakan persekitaran yang menyokong. Kurangkan gajet, banyakkan interaksi, beri peluang anak mencuba dan belajar daripada kesilapan.

Usia dua tahun adalah asas penting untuk membentuk keyakinan dan kemahiran hidup mereka. Pantau perkembangan anak secara konsisten, ubah apa yang mampu sedikit demi sedikit, dan terus sabar membimbing si kecil.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Caesarean Apron: Kenapa Perut Masih Buncit Walaupun Dah Diet & Bersenam

Caesarean Apron ialah punca perut masih buncit walaupun dah diet dan bersenam selepas bersalin. Ketahui penjelasan perubatan sebenar yang ramai ibu tak tahu.