
Setiap ibu pasti mengimpikan anak yang sihat, cerdas dan membesar menjadi insan yang berguna. Namun, ramai yang tidak sedar bahawa usaha untuk melahirkan anak yang bijak sebenarnya bermula sejak dalam kandungan lagi, khususnya melalui perkembangan otak bayi dalam kandungan.
Persoalannya, bilakah proses ini bermula dan apa yang ibu boleh lakukan? Perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad ini membuka mata ramai tentang betapa pentingnya penjagaan awal kehamilan.
Pembentukan Otak Bayi Bermula Seawal 4 Minggu

Tahukah anda, otak bayi mula terbentuk seawal 4 minggu kehamilan, iaitu ketika ramai wanita masih belum sedar mereka hamil?
Pada fasa ini:
- Sel saraf mula terbentuk (neural plate)
- Bahagian kepala berkembang menjadi otak
- Bahagian belakang membentuk saraf tunjang
Menjelang minggu ke-6 hingga ke-7:
- Otak berkembang kepada otak depan, tengah dan belakang
- Sel saraf terus membahagi dan membentuk sambungan (synapse)
Ini menunjukkan bahawa perkembangan otak bayi dalam kandungan berlaku sangat awal, malah sebelum ibu sempat membuat sebarang persediaan.
Trimester Kedua: Bayi Mula ‘Belajar’ Dalam Kandungan

Masuk trimester kedua (13 hingga 28 minggu), perkembangan menjadi lebih aktif:
- Bayi mula menelan dan menghisap
- Mula bernafas secara asas
- Paling penting, bayi mula mendengar
Pada usia sekitar 20 minggu ke atas, bayi sudah boleh memberi respon terhadap:
- Suara ibu dan ayah
- Sentuhan pada perut
Ini bermakna, rangsangan awal sudah boleh dimulakan ketika ini untuk menyokong perkembangan otak bayi dalam kandungan.
Trimester Ketiga: Otak Berkembang Dengan Pantas
Dalam trimester ketiga:
- Permukaan otak mula berlipat (lebih kompleks)
- Otak kiri dan kanan semakin jelas
- Bayi mula aktif menendang
Ini adalah tempoh penting untuk perkembangan fungsi otak dan koordinasi tubuh, sekaligus mempengaruhi perkembangan otak bayi dalam kandungan secara menyeluruh.
Nutrien Penting Untuk Otak Bayi
Untuk memastikan perkembangan otak yang optimum, terdapat 3 nutrien utama yang sangat penting:
1. Asid Folik
- Mengelakkan kecacatan otak dan saraf (neural tube defect)
- Penting untuk pembentukan DNA dan sel darah merah
- Dos disarankan: 400–600 mcg sehari
Sumber:
- Sayur berdaun hijau
- Bijirin penuh seperti beras perang
2. Omega-3
- Membantu pembentukan sel otak
- Penting untuk sambungan neuron (synapse)
- Baik untuk ibu, terutama yang mempunyai diabetes
Sumber:
- Ikan laut (salmon)
- Kacang almond & walnut
- Avokado
3. Kalsium
- Membantu pembentukan tulang bayi
- Mengurangkan risiko pre-eclampsia pada ibu
Sumber:
- Susu & produk tenusu
- Telur
Rangsang Otak Bayi Sejak Dalam Kandungan
Selain pemakanan, ibu juga boleh membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan melalui rangsangan awal:
- Bercakap dengan bayi
- Membaca atau mengaji
- Menyanyi
- Mengusap perut dengan penuh kasih sayang
Kajian menunjukkan bayi memberi respon melalui:
- Pergerakan tangan dan kaki
- Perubahan degupan jantung
Ini bukti bahawa bayi mendengar dan merasai kasih sayang ibu bapa.
Pemakanan Ibu Sangat Mempengaruhi Otak Bayi

Antara amalan yang digalakkan:
- Ambil karbohidrat kompleks (beras perang, basmati)
- Banyakkan buah dan sayur
- Minum air secukupnya
- Ambil lemak sihat (minyak zaitun, telur)
- Pilih protein sihat seperti ikan dan ayam
Amalan ini sangat membantu dalam menyokong perkembangan otak bayi dalam kandungan secara optimum.
Elakkan Makanan Ini
- Makanan bergoreng berulang
- Makanan proses tinggi gula
- Minuman bergas
- Lemak trans
Kajian menunjukkan pemakanan tidak sihat boleh memberi kesan seperti:
- Risiko penyakit
- Masalah perkembangan otak
- Gangguan kesihatan jangka panjang
Kesimpulan: Nak Anak Bijak, Ibu Kena Mula Dari Awal
Hakikatnya, perkembangan otak bayi dalam kandungan bukan bermula selepas lahir, tetapi sejak dalam kandungan lagi.
Apa yang ibu makan, rasa dan lakukan memberi kesan besar kepada anak.
Pesan mudah:
Setiap kali ingin makan, ingatlah… ada nyawa kecil yang sedang membesar dan belajar di dalam diri anda.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





