Ads

Masuk Darjah 1: Survival Kit Penting Untuk Anak Lebih Yakin & Bersedia

Gambar Hiasan AI

Masuk Darjah 1 bukan hal kecil. Itu sebenarnya satu ‘life transition’ untuk anak—dari dunia tadika yang lebih santai, terus masuk ke sistem sekolah rendah yang lebih teratur, lebih ramai murid, lebih banyak perkara nak urus sendiri.

Kalau nak anak ‘smooth landing’ Januari 2026 nanti, ada beberapa kemahiran asas yang memang kritikal untuk disiapkan dari sekarang. Senang cerita, inilah ‘survival kit’ anak apabila melangkah ke alam persekolahan sebenar.

Berpandukan perkongsian di Facebook Mohd Fadli Salleh berikut adalah perkara-perkara penting yang ibu ayah perlu pastikan anak kuasai sebelum anak masuk darjah 1 pada bulan Januari 2026 ini.

 

Kemahiran asas akademik sebelum masuk Darjah 1

Masuk Darjah 1: Survival Kit Penting Untuk Anak Lebih Yakin & Bersedia
Gambar Hiasan AI

1) Pastikan anak kenal huruf dan boleh membaca dan mengeja walau sedikit. Operasi asas nombor, tambah dan tolak bawah 10 dia dah kuasai. Silibus KSSR Semakan 2017 sangat tinggi arasnya. Murid yang masuk dengan ‘zero’, pasti ketinggalan jauh ke belakang. Silap-silap akan masuk kelas pemulihan.

Bahasa Malaysia Tahun 1 silibus baru ini murid dah kena pandai bina ayat berdasarkan gambar menjelang pertengahan tahun. Matematik pula dah diperkenalkan asas bundar, asas pecahan malah pengurusan data. Ini semua topik di Tahun 4 kalau ikut silibus lama, KBSR. KSSR ni lain macam dia punya pergi. Bayangkan kalau anak kita masuk dengan ‘zero’. Pasti tertinggal kerana cikgu tak akan tunggu anak kita seorang.

Bimbingan di rumah masih faktor terpenting

2) Bimbing anak di rumah. Ini sangat penting. Berhenti merungut kata silibus tinggi dan soalan terlampau KBAT. Anak walau ada asas membaca dan tahu operasi asas nombor pasti ketinggalan juga jika tiada bimbingan lanjut di rumah.

Ads

Silibus berat, masa singkat. Namun sebenarnya anak-anak kita boleh kuasai. Majoriti murid mampu ikut dengan baik. Kebanyakan murid yang tertinggal adalah yang tidak diberi bimbingan lanjut di rumah. Nak anak berjaya? Bantu mereka. Jangan harap ilmu di sekolah dan guru semata-mata.

Kemahiran mengurus wang untuk murid Tahun 1

Masuk Darjah 1: Survival Kit Penting Untuk Anak Lebih Yakin & Bersedia

3) Ajar anak kenali wang. Ajar anak guna wang. Ajar anak tunggu terima baki. Ajar anak jangan bagi wang jika murid lain minta. Ajar anak maklumkan pada cikgu kalau murid lain minta wang dari mereka. Semua asas ini perlu diajar dari rumah. Fakta: Ramai murid Tahun 1 tidak tahu guna wang.

Elakkan takutkan anak tentang cikgu

4) Jangan takutkan murid dengan bagitahu mereka cikgu garang. Jangan! Ramai ibu bapa takutkan anak mereka dengan ayat, “Abang jangan nakal-nakal. Nanti cikgu rotan.” Akibatnya murid takut nak minta izin ke tandas. Fakta: Kebanyakan murid yang kencing berak dalam seluar kerana takut untuk minta izin sebab dimomokkan oleh ibu bapa mereka bahawa cikgu garang.

Ads

Kemahiran asas ke tandas di sekolah

Masuk Darjah 1: Survival Kit Penting Untuk Anak Lebih Yakin & Bersedia
Gambar Hiasan AI

5) Ajar anak guna tandas awam atau tandas sekolah. Jangan buat macam di rumah. Ajar anak minta izin untuk ke tandas. Fakta: Ada murid buka seluar dalam kelas dan berlari bogel menuju ke tandas tanpa rasa malu. Ada pula buka seluar di luar pintu tandas dan seluar basah kuyup kena air kat lantai dan kotor dipijak kawan yang lalu lalang.

Ajar anak berkongsi dan jaga barang sendiri

Masuk Darjah 1: Survival Kit Penting Untuk Anak Lebih Yakin & Bersedia
Gambar Hiasan AI

6) Ajar anak berkongsi dan menjaga barang sendiri. Bekal makanan buatlah lebih. Suruh anak berkongsi dengan murid lain. Ini amalan mulia. Begitu juga pensel, pemadam dan alat tulis. Berkongsi tapi pastikan mereka simpan semula.

Fakta: Ramai murid tidak pandai jaga harta sendiri. Hasilnya, di kantin lambakan botol air dan bekal makanan yang murid tinggal. Dalam kelas pula, lambakan alat tulis tidak dikutip dan buku ditinggalkan di bawah meja.

Kemahiran memakai pakaian & mengurus beg sekolah

7) Jangan bagi murid pakai kasut bertali jika mereka tak pandai ikat. Ajar juga anak buka dan pasang tali pinggang. Fakta: Ramai murid terkencing dan terberak dalam seluar gara-gara tak pandai buka tali pinggang.

Ads

8) Ajar anak susun jadual ikut hari. Jangan bawa semua buku. Bawa buku mengikut jadual sahaja supaya beg tidak berat. Ajar ayah dia sekali susun jadual anak. Fakta: Ada murid bawa semua buku bila ayah yang susunkan. Semua buku dia sumbat. Banana punya ayah!

Etika komunikasi dengan cikgu dan group kelas

9) Jika ada group wasap kelas, jangan hantar mesej tengah malam dan mengharap balasan segera. Cikgu bukan kedai 7-Eleven. Hormati group tersebut dan jangan spam dengan status politik, kata hikmah atau jual barang.

Keselamatan & kecemasan di sekolah

10) Tampal no telefon ibu bapa pada bekas pensel, buku komunikasi dan beg sekolah anak. Jika ada kecemasan, senang cikgu nak hubungi.

Berhenti merungut dan bantu anak bersedia masuk Darjah 1

11) Usah lagi diratib tentang sukarnya silibus baru dan payahnya soalan KBAT. Berhenti merungut! Sebaliknya bertindaklah. Merungut tidak mampu mengubah apa-apa dan hanya buat anak rasa belajar itu susah.

Masuk Darjah 1 bukan sekadar beli beg baru dan hantar anak ke sekolah. Ia perjalanan hidup yang memerlukan persiapan rapi  emosi, fizikal, mental dan sosial. Kalau semua check-list ini anak kuasai, insyaAllah Januari 2026 nanti dia akan masuk sekolah dengan lebih yakin, berdikari dan tenang.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

NASOM Perkenal Logo Baharu: Langkah Inspirasi Perkukuh Sokongan Anak Autisme &...

NASOM perkenal logo baharu sebagai simbol komitmen memperkukuh sokongan dan advokasi buat anak autisme serta keluarga di seluruh Malaysia.