Anak kalau tidak sihat, mak-maklah orang yang paling risau. Sebolehnya setiap masa mahu bersama anak demi memastikan anak cepat-cepat sihat.
Bagi penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang dikenali cukup ceria dan aktif masih mampu ceria bila mana anaknya dimasukkan ke hospital kerana demam.
Menerusi Instagram dan Insta Storynya, Ayda Jebat berkongsi cerita struggle menjaga anaknya yang sedang sakit.
“My strong yet cute baby! Get well soon babywuvv. Doakan baby cepat sembuh. Sekarang baby dekat ward sebab high fever semalam. Alhamdulillah today better dah,” katanya berkongsi.
Pun begitu mood ceria Ayda menarik perhatian ramai. Apatah lagi kala Ayda mempersiapkan anaknya, Ana Nayla yang cantik dan tetap bergaya walaupun berada di hospital.
“Mak mak je faham.
“Disebalik anak yang comel, wangi dan dah mandi, mak dia?
Ads
“Awak takkan kenal inilah dia Ayda Jebat hahahahaha! Baru 2 hari kat hospital macam Mommy pesakit sebenar ek,” katanya berkongsi.
Menerusi video yang dikongsikan, Ayda terlebih dahulu mempersiapkan Ana Nayla dengan cukup bergaya sambil mengenakan reben merah di kepala serta memakai kaca mata.
Pun begitu Ayda turut berkongsi wajahnya yang masih belum sempat bersiap, semuanya semata-mata kerana mahu memastikan anaknya terjaga dengan baik. Itulah pengorbanan seorang ibu.
“Mommies camni gak gak ke? Tolong la support saya please. Saya tak nak rasa tersisih. Haha,” katanya berseloroh.
Meninjau di ruangan komen, gelagat comel Ayda itu sudah semestinya menarik perhatian ramai malah ibu-ibu yang turut mengakui apa yang dikongsikan Ayda.
Malah rakan-rakan selebriti dan pengikut Ayda juga turut mengiyakan dan berkongsi kisah mereka ketika anak sakit. Memang lucu!
Anak saya seorang yang sangat teratur. Setiap kali bermain dia akan menyusun alat permainannya dengan rapi dan bila ada rakan yang melanggar dia akan marah sangat sampai berguling. Saya risau melihat sikap panas barannya itu. Bagaimanakah cara terbaik untuk mengajar anak supaya mengawal rasa marah?
“..rakannya yang melanggar dia akan marah sangat sampai berguling..”
Berdasarkan tingkah laku anak anda, maka dia perlu didedahkan pada Kemahiran Pengurusan Kemarahan (Anger Management Skills)
Kemarahan adalah sesuatu yang normal untuk menunjukkan perkembangan emosi seseorang yang sihat. Walaubagaimanapun, di peringkat kanak-kanak, mereka masih lagi di tahap yang mana mereka keliru untuk memahami perbezaan antara perasaan emosi marah dan perbuatan agresif. Perasaan itu perlu, tetapi tidak perlu dizahirkan dengan perbuatan yang mengancam sekeliling.
Salah satu cara yang terbaik untuk mengajar anak-anak untuk melabelkan emosi mereka, dengan demikian, mereka boleh memberitahu jenis-jenis emosi yang berkaitan dengan kemarahan, kekecewaan dan sebagainya.
Ibu boleh atau guru boleh memberitahu anak-anak, “Tidak mengapa untuk merasa marah, tetapi bukan memukul.” Bantu si kecil untuk mereka mampu melihat perbezaan antara keduanya dan seterusnya membantu mereka untuk mengawal kemarahan terlahir.
Kadangkala, tingkah laku agresif boleh hadir melalui perasaan yang tidak selesa, bukan sahaja kemarahan, malah boleh jadi emosi yang berbentuk kesedihan, malu dan sebagainya. Adalah perlu untuk bercakap dengan anak tentang emosi dan perasaan , seterusnya ia membuatkan mereka mampu untuk membezakan jenis-jenis emosi yang ada.
Ambil nafas dalam-dalam. Ingatkan diri sendiri bahawa untuk menenangkan anak bukan sesuatu yang terdesak. Jauhkan diri anak dengan barang-barang yang boleh mencederakan mereka sendiri serta orang lain. Jika ibu bapa tenang, anak akan tenang. Ini adalah konsep asas dalam Kemahiran Pengurusan Kemarahan (Anger Management Skills) untuk menunjukkan model terbaik untuk mengawal kemarahan.
Jika ibu bapa pun melampiaskan kemarahan dengan perbuatan seperti mengamuk dan memukul, ingatlah si anak sentiasa melihat tingkahlaku kita sebagai contoh di sekeliling. Ia hanyalah sekadar ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
Ibu bapa juga perlu ingat bahawa sesetengah anak akan mengamuk untuk meredakan kemarahan. Otak mereka sedang berkembang dan masih belum ada atau neural pathways yang kukuh untuk mengajar mereka mengawal diri sendiri. Sedangkan, orang dewasa pun masih belum mampu mengawal selia kemarahan mereka sendiri.
Antara cara terbaik untuk mengembangkan neural pathways ialah dengan menawarkan empati. Maksudnya, kita membenarkan anak marah untuk melepaskan segala kekusutan, kemarahan, kesakitan dan emosi yang lain. Ia akan membina rasa percaya antara ibu bapa dan anak. Kemudian, jangan biarkan mereka keseorangan selepas marah, pergi kepada mereka dan mulakan perbualan ringkas seperti bertanya punca kemarahan, akibat kemarahan, cara penyelesaian terbaik dengan perbincangan bersama.
Ibu bapa juga perlu meletakkan had jika perlu untuk memastikan semua orang selamat. Sambil mengakui kemarahan adalah sesuatu yang normal tetapi dalam pada yang sama kita perlu hadirkan rasa penyanyang kepada anak. Had itu hanya pada perbuatan, bukannya emosi. Mengatasi emosi yang negatif adalah lebih baik untuk membantu perkembangan emosi anak-anak yang sihat.
Jika si kecil memukul ibu bapa, anda boleh bertoleransi dan kekal menjadi penyayang seketika. Sebenarnya, kanak-kanak tidak mempunyai niat untuk menyakitkan hati orang lain. Itu adalah benda yang menakutkan dan membuatkan mereka akan rasa bersalah.
Selain berbincang tentang kemarahan mereka selepas reda, ibu bapa boleh mencuba mencari bahan-bahan permainan lain yang membuatkan mereka boleh memudarkan perasaan marah. Contohnya, aktiviti mewarna dengan krayon, musik yang menenangkan, terapi bauan yang menyegarkan supaya mereka boleh menjadi lebih tenang.
Guna time-out atau mengasingkan mereka sebagai langkah pantas untuk beri mereka bertenang. Jauhkan diri mereka dari situasi yang membuatkan mereka semakin marah. Walaubagaimanapun, ketika time-out, ia bukanlah bermaksud membiarkan mereka diasingkan diri keseorangan, bahkan ibu bapa perlu melihat mereka ditakuti mereka akan mencederakan diri sendiri.
Ini adalah pengurusan tingkahlaku yang biasa iaitu dengan cara memberikan pengukuhan positif jika mereka membuat sesuatu yang baik. Contohnya, berikan pujian, pelukan dan ciuman kepada si kecil jika mereka mampu meredakan kemarahan. Jika mereka melanggar peraturan, kita boleh memberikan pengukuhan negatif iaitu dengan mengambil sesuatu dari mereka. Contohnya, tidak membenarkan menonton televisyen jika mereka masih marah.
Ketika mereka sedang marah, ia bukanlah masa yang baik untuk menerangkan kenapa mereka tidak boleh dapat apa yang merheka mahu. Selepas kemarahan reda, barulah masa yang sesuai untuk menerangkan sesuatu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi ibu adalah saat yang paling manis buat ibu ayah. Apatah lagi jika sudah lama menantikan cahaya mata. Anzalna Nasir walau pun tanpa pembantu rasa puas dapat menjaga sendiri buah hatinya, Mohamad Eidrees.
Hari berlalu bagaikan tidak dirasakan apabila bersama si kecil dan suami tercinta. Anzalna dalam kemaskini Instagram berkongsi sempena genapnya dua bulan permata hatinya itu.
NO HELPER NO PROBLEM
Rupanya bayi lelakinya itu setakat ini adalah bayi yang mudah dijaga. Ini yang menyebabkan Anzalna tidak kisah tidak mempunyai pembantu.
Mohamad Eidrees yang dilahirkan pada 31 Mei 2019 sungguh comel. Satu-satunya cucu lelaki dalam keluarga Anzalna, sudah Eidrees menjadi kesayangan ramai.
COMELNYA EIDREES
Ramai yang memuji kecomelan Eidrees dan mendoakan si kecil ini membesar dengan sihat.
“Comelnya “thelashfairy.co
“muka daddyyy sangat .” nicezno
“Comelnye produce more plis .” eryn.nb81
“Alhamdulillah Semoga membesar dgn sihat ye .” babygadget_umaira
Itulah yang dikatakan rezeki anak-anak. Mua Bellaz yang cukup dikenali ramai meluahkan rasa terharunya bila mana impiannya untuk membawa anak ke Tanah Suci dan tinggal di bilik besar dan mewah dimakbulkan.
Mana tidaknya, Bellaz yang hanya menempah bilik biasa tiba-tiba diberikan rezeki oleh pihak hotel untuk menginap di bilik besar.
Semuanya gara-gara pengurus besar hotel berkenaan yang terserempak dengan Bellaz serta menyapa anak-anaknya. Bukan biasa-biasa!
“Masyallah alhamdulillah. Sajalah Bellaz nak berkongsi moments hari ni. Rezeki sungguhlah terjadi di Mekah hari ni.
“Duk kata dalam hati uihh sapa la duduk bilik ni sangat expensive mahal. Insyallah one day ada rezeki nak jugak merasa bawak anak-anak duduk.
“Nak dijadikan cerita bilik yang Bellaz duduk nak tukaq bilik nak ambik connecting room dengan anak-anak.
“Bilik Bellaz ambik yang biasa-biasa sahaja. Nak jadi rezeki besaq hari ni terjumpa manager dari hotel Makkah @fairmontmakkah Sir Omar Sherif tu.
“Dia tengok anak-anak Bellaz dia kata Masyallah, dia kata bawak semua anak-anak datang Tanah haram ka.
“Lepas tu dia bagi kami satu family bilik sebesar mewah lagu ni. Merasa Ya Allah. Bellaz terkejut weh sebab bilik sangat-sangat besaq masyallah tak tau nak kata lagumana,” ujar Bellaz berkongsi.
Pernah niat dalam hati
Akui Bellaz lagi, dia pernah mengimpikan untuk menginap di bilik besar dan mewah dengan permandangan terbaik melihat Kaabah bersama anak-anak.
Disebabkan itulah ibu kepada empat cahaya mata ini begitu terharu malah bersyukur dengan kurniaan rezeki di Tanah Suci ini.
Bellaz juga sempat merakamkan ucapan penghargaan buat pihak hotel yang memberikan layanan baik buatnya sekeluarga. Malah berterima kasih dengan rezeki itu.
“Rezeki sungguh, tumpang rezeki anak-anak. Ish la kata noh nak terlintas apa dalam hati fikiran yang baik-baik benda tu jadi weh. Saya tak pernah terbayang nak duduk bilik besar mewah laguni plus kaabah view sangat-sangat cantik masyallah.
“Ya Allah Bellaz nak ucapkan terima kasih Sir Omar dan jugak Fairmont Hotel Mekkah. Semoga sir dimurahkan rezeki selalu diberikan kesihatan yang sihat dan business terus maju jaya Amin,” katanya lagi.
Terdahulu, Bellaz dan suami terbang ke Tanah Suci, Mekah bersama keempat-empat anaknya yang tersayang.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.