Seorang wanita yang berada dalam penerbangan selama 11 jam mengalami kekejangan di perut sebelum mengetahui dirinya berbadan dua. Wanita tersebut selamat melahirkan anak di dalam tandas pesawat dengan hanya dua kontraksi.’
Menerusi laporan Daily Star, wanita tersebut dipercayai sedang dalam perjalanan ke Madrid, Sepanyol yang memerlukan penerbangan itu transit di Lapangan Terbang Schipol, Amsterdam.
Ads
Penerbangan itu masih ada beberapa jam lagi untuk mendarat di ibu negara Belanda sebelum saya mula rasa tidak selesa dan mengalami kekejangan di perut.
Walau bagaimanapun, wanita yang tidak menyedari dirinya hamil itu dianggap bernasib baik apabila terdapat dua doktor dan jururawat yang juga penumpang pesawat tersebut.
Ads
Wanita itu memilih untuk menamakan anaknya, Maximiliano sempena nama salah seorang doktor yang membantu dalam proses melahirkan anaknya itu. Baginya, dia amat bersyukur atas bantuan yang diterima.
Ibu dan bayi dalam keadaan baik
Setelah selamat mendarat di Belanda, wanita dan bayi tersebut segera dikejarkan ke Hospital Spaarne Gasthuis South untuk rawatan lanjut.
Jurucakap pesawat tersebut mengesahkan bahawa ibu dan bayi dalam keadaan yang baik dan kini hanya menunggu kertas kerja rasmi untuk keperluan anaknya yang baru lahir itu bagi meneruskan perjalanan ke Madrid.
Kalau anak mengadu sakit atau dia kelihatan lemah seperti biasa, ibu bapa tolong segera dapatkan rawatan. Kes pernah berlaku pada anak pelakon popular, Yana Samsuddin dimana anaknya 5 hari demam panas suhu tak turun-turun rupanya terseliuh dan dada terhentak mungkin terjatuh masa bermain.
Kes yang sama berlaku pada Puan Fatin Kiman bila anaknya ditemui kaku pengsan apabila dia bagun pagi. Beliau telah berkongsi detik cemas ini di facebook miliknya dan berharap ibu bapa lebih peka dengan anak-anak yang sedang membesar kerana mereka dalam fasa yang lasak dan aktif.
ANAK KAKU BIRU…
Allahuakabar… Semalam bersuka ria aktif, pagi ni bagun pagi biru kaku pengsan.. Mama hilang semangat tengok adik..
Allahurabbi slamatkanlah anakku..
Smpai klinik KK Batu Rakit, mama berlari jumpe doktor, doktor terkejut dan tanya kenapa anak biru-biru macam ni.. mama cakap tak tahu punca.. bukan jatuh atau apa-apa pun..
sebab semalam adik aktif macam biasa.. mama bawak adik refer ke hospital segera
Mama lembik dah dik tak tahu kenapa tibe-tibe adik pengsan
Bila sampai di hospital doktor ambil darah dan scan..doktor tanya ade jatuh ke apa..
Mama baru ingat 2 hari lepas adik terhantuk kuat!! Mama ingat biasa je dik
Lepas adik jatuh, mama tuam-tuam biase je.. Lepas pergi CT Scan doktor beritahu KEPALA ADIK RETAK…Allahuakbar.
Ya allah ..sekarang adik dah sedar dari ubat tidur tadi, dah makan..sekarang kena monitor takut apa-apa jadi. Tolong laa kalau ada anak jatuh ke tapi nampak macam takda apa, tolong la pergi check di klinik.. Adik jatuh dah 2 hari, tapi harini baru pengsan lemah longlai.
Ya allah sembuhkan lahhh anak ku Ak khilaf allah
Sumber: Facebook Fatin Kiman
Sumber Gambar: Kakak Ipar Fatin Kiman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah pilu yang menimpa seorang bayi lelaki ini wajar menjadi peringatan besar buat semua ibu bapa. Apa yang disangka sebagai sakit biasa rupa-rupanya berpunca daripada sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran jangkitan HIV bayi yang dipercayai datang daripada pembantu rumah sendiri.
Pada awalnya, ibu bapa hanya melihat anak mereka semakin kerap sakit, berat badan merosot dan lebih meragam daripada biasa. Tiada siapa menyangka simptom ringan itu akhirnya membawa kepada diagnosis yang amat mengejutkan.
Selepas si ibu kembali bekerja, mereka mengambil pembantu rumah tinggal (live-in) melalui agensi yang dipercayai. Bayi dijaga sepenuh masa, dan segala rutin berjalan seperti biasa pada awalnya.
Namun selepas beberapa bulan, keadaan semakin merisaukan:
Bimbang keadaan makin teruk, ibu membawa bayinya ke hospital. Pemeriksaan mendapati si kecil mempunyai limfadenopati, lalu ujian darah lengkap dijalankan. Hasilnya amat mengejutkan, bayi itu positif HIV.
Lebih memilukan, keputusan ujian kedua-dua ibu bapa pula negatif. Dari situ bermulalah pencarian punca sebenar jangkitan HIV bayi tersebut.
Pemeriksaan susulan dilakukan ke atas pembantu rumah yang menjaga bayi itu, dan hasilnya mendapati dia positif HIV. Doktor kemudian menyambungkan fakta berikut:
➡️ Pembantu rumah positif HIV.
➡️ Bayi ada tabiat suka mencakar muka dan tangan orang lain dengan kukunya yang panjang.
➡️ Pembantu rumah pernah dicakar sehingga berdarah, begitu juga bayi yang sering menggaru wajahnya sendiri hingga luka.
Keadaan ini membuka ruang kepada perpindahan darah secara mikro melalui luka terbuka. Pakar menjelaskan bahawa situasi ini boleh terjadi dalam keadaan tertentu, seakan-akan berkongsi bilah cukur tanpa sedar.
Inilah yang dipercayai menjadi punca jangkitan tragis yang berlaku kepada bayi tersebut.
Kes ini sangat jarang berlaku, namun ia membawa beberapa peringatan penting yang tidak boleh diambil ringan. Pencegahan asas mampu mengurangkan risiko jangkitan HIV bayi dan penyakit lain yang boleh merebak melalui luka terbuka.
1. Jangan 100% bergantung pada laporan kesihatan agensi
Ada agensi yang tidak menjalankan pemeriksaan menyeluruh atau tidak menyampaikan maklumat sebenar demi keuntungan.
➡️ Mama papa berhak meminta rekod kesihatan terkini pembantu rumah.
2. Sentiasa pantau keadaan fizikal & tingkah laku bayi
Sakit berulang, berat badan merosot dan bengkak luar biasa bukan tanda biasa.
➡️ Buat pemeriksaan segera jika simptom tidak sembuh atau berlarutan.
3. Potong kuku bayi secara rutin
Kuku panjang boleh menyebabkan luka terbuka, seterusnya menjadi laluan jangkitan.
➡️ Jika bayi suka mencakar, pakaikan sarung tangan terutama ketika bersama penjaga.
4. Jaga kebersihan & keselamatan penjaga
Mereka yang menjaga bayi perlu sihat, bersih dan memaklumkan jika mempunyai masalah kesihatan yang boleh menimbulkan risiko.
Lebih menyayat hati, bayi yang masih kecil dan tidak memahami apa-apa kini perlu menjalani rawatan HIV sepanjang hidupnya. Jangkitan HIV bayi bukan sahaja memberi impak kepada kesihatannya, tetapi juga risiko stigma sosial ketika membesar kelak.
Semuanya mungkin dapat dielakkan jika langkah pencegahan asas memantau kesihatan penjaga, memotong kuku bayi dan berhati-hati dengan kecederaan kecil diambil serius sejak awal lagi.
Semoga kisah ini membuka mata setiap ibu bapa tentang betapa pentingnya memilih penjaga yang benar-benar selamat, bersih dan bertanggungjawab. Mama papa adalah benteng utama keselamatan anak walaupun ketika kita tiada bersama mereka.
Menjadi kebiasaan kita akan menyimpan segala ubat-ubatan yang diberi oleh doktor jika masih ada baki. Yelah, sebagai persediaan jika anak-anak demam atau sakit sekurang-kurangnya kita ada bekalan ubat untuk diberikan.
Tapi sebenarnya menyimpan ubat yang telah digunakan sangat tidak digalakkan. Tapi kenapa? Ini penjelasannya.
“SIMPAN UBAT DEMAM?”
Assalamualaikum dan salam Jumaat semuanya. Semoga dihari mulia ini kita diberkati dengan tubuh badan yang sihat dan bahagia. Hari ini, Klinik Mabello Helmina ingin berkongsi tentang PENYIMPANAN UBAT DALAM PETI SEJUK… Jom kita ketahui bagaimana cara penyimpanan ubat yang betul.
Soalan: Ubat sirap demam untuk anak-anak yang simpan dalam peti ais tu boleh tahan berapa lama ya?
Jawapan: Ubat sirap paracetamol ataupun ubat demam sememangnya dibotolkan dengan saiz yang kecil, 60mL ataupun 100mL sahaja. Ianya hanya untuk kegunaan sekali untuk seorang pesakit. Contohnya, sekiranya dos 5mL 4 kali sehari maka ubat tersebut akan habis selepas 3 hari.
😮Ubat sirap demam tidak sepatutnya disimpan. Sekiranya masih banyak ubat yang berbaki, maka ubat tersebut boleh disimpan di tempat kering pada suhu bilik selama 1-2 bulan daripada tarikh ia dibuka. Sekiranya hendak menyimpan ubat demam sebagai persediaan, seeloknya dapatkan ubat yang baru dan simpanlah ia di tempat yang kering pada suhu bilik dan bukan di dalam peti sejuk.
🧐Ubat yang telah dibuka akan dimasuki oleh udara biasa yang mengandungi bakteria dan kulat. Apabila disimpan di dalam peti sejuk, udara tersebut akan menjadi wap air melalui proses kondensasi.
😰Wap air biasanya berkumpul pada penutup botol di bahagian dalam. Wap air ini menjadi tempat pembiakan bakteria dan kulat. Lama-kelamaan ia akan bercampur dengan ubat dan merosakkan ubat tersebut. Jadinya, tak perlu lah simpan ubat sirap demam yang telah dibuka di dalam peti ais berbulan-bulan malahan bertahun-tahun lamanya. Tanggapan simpan ubat sirap demam dalam peti ais untuk lebih tahan lama adalah tidak betul.
Gambar dibawah adalah ubat sirap untuk anak-anak. Lepas ni jom periksa peti ais masing-masing.Buang ubat yang tak perlu okay.
Belajar sesuatu? Bukan tak berjimat tapi untuk selamat. Semoga perkongsian sebentar tadi, dapat membantu anda diluar sana.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.