Ibarat macam bermimpi apabila dapat tahu ada penghuni rahim tanpa sedar. Itu yang berlaku kepada pasangan suami isteri ini selepas hampir lapan tahun menunggu penuh sabar. Bagi Nor Hidayatul Ilham Mohd Kamaruddin, 28, dan Helmy Hafiz Ab Aziz, 33, kehadiran cahaya mata perempuan 3 Disember lalu dianggap pemberian Allah paling bermakna.

Dua tahun tak datang haid

Menerusi laporan Metro, kelahiran bayi diberi nama Nur Medina Ilham itu memberi rahmat buat pasangan itu selain kejutan berikutan Nor Hidayatul hanya menyedari dirinya hamil ketika kandungan berusia lapan bulan.

Rezeki 8 Tahun Tunggu! Rasa Macam Benda Bergerak, Bila Scan Baby Dah 32 Minggu

“Sekitar Mac dan April lalu, saya kerap tidak sihat kerana dijangkiti Covid-19, muntah-muntah juga pening kepala, tetapi tidak terfikir ia disebabkan hamil memandangkan sudah dua tahun tidak datang haid.

“Awal Oktober lalu, saya dapat rasa ada pergerakan pada perut dan bertanyakan pada ibu saudara. Namun dia mengandaikan saya lapar kerana kebetulan sedang dalam fasa diet ketika itu.

“Saya bertanyakan pula kepada seorang lagi ibu saudara yang bekerja sebagai jururawat.

“Dia dapat merasakan saya hamil selepas mengusap perut saya,” katanya.

@shamimishamsudin Alhamdulillah..sahabat baik sy selamat melahirkan baby girl yg comel sihat ajaib ..😍 @hidayatul_ilham ♬ suara asli – Els Warouw🎶

Buat scan kandungan dah 32 minggu

IKLAN

Bagi mendapatkan kepastian, saya lakukan ujian kehamilan sendiri dan terkejut apabila didapati positif hamil. Tengah hari sama, saya pergi ke klinik untuk imbasan dan mendapati kandungan sudah memasuki usia 32 minggu,” katanya.

Selepas kahwin, haid tidak stabil

Nor Hidayatul Ilham sebak selepas diberitahu doktor berita gembira itu kerana sudah lama dia dan suami, Helmy Hafiz menginginkan zuriat.

Rezeki 8 Tahun Tunggu! Rasa Macam Benda Bergerak, Bila Scan Baby Dah 32 Minggu

Katanya, kehamilan itu memang di luar jangkaannya kerana selepas berkahwin, berlaku perubahan hormon yang menyebabkan tempoh datang haidnya tidak stabil.

IKLAN

“Dua tahun pertama perkahwinan, saya ikut saranan doktor untuk hamil, tetapi tiada rezeki kerana berat badan makin bertambah menyebabkan hormon semakin tidak stabil.

“Doktor selalu beri cadangan untuk saya diet dan turunkan berat badan cuma saya baru memulakannya awal tahun ini.

@shamimishamsudin Replying to @𝓐𝓷𝓷🕊️ Jangan putus asa..Pasti ada rezeki buat org yg sabar..yang sedang menunggu rezeki zuriat ,semoga segera Allah hadirkan buat kalian.. 🥲🥲🤲🏻🤲🏻 jangan putus asa ya.. keajaiban Allah pasti tiba.. @hidayatul_ilham ♬ Ingin memeluk dirimu Dorman manik – Dorman Manik & Rany Simbolon

“Terima kasih Allah beri rezeki..”

Apapun, Nor Hidayatul Ilham bersyukur kerana doanya dan suami untuk menimang cahaya mata seperti pasangan lain dimakbulkan Allah SWT.

IKLAN

Rezeki 8 Tahun Tunggu! Rasa Macam Benda Bergerak, Bila Scan Baby Dah 32 Minggu

“Terima kasih juga kepada yang mendoakan terutama selepas rakan saya, Shamimi Shamimi Shamsudin muat naik video di TikTok,” katanya yang turut mendoakan pejuang garis dua lain dikurniakan cahaya mata sepertinya.

Kredit: Metro & Tiktok Shamimi_Shamsudin

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI