Kadang-kadang kita biasa melihat ibu ayah bawa anak kecil mandi di ‘swimming pool’ dengan hanya memakai lampin pakai buang. Sebenarnya itu satu perbuatan yang boleh menyebarkan banyak virus seterusnya penularan penyakit pada orang lain.

Niat kita untuk membawa anak kecil bergembira mandi di kolam renang mungkin menjadi punca penyebaran penyakit berjangkit tanpa kita sedar. Ibu ayah perlu sedar bahawa perbuatan membiarkan si kecil mandi di kolam renang awam tanpa memakai pakaian yang khas iaitu baju mandi mungkin menyebabkan penyebaran virus terutama sekiranya anak kita tidak sihat dan dibiarkan memakai lampin pakai buang!

Laman Facebook rasmi Public Health Malaysia, telah berkongsi beberapa tips dos’ and don’ts yang perlu ibu bapa utamakan sebelum membawa anak kecil mandi di dalam kolam renang awam.

Berikut, merupakan langkah pencegahan penularan penyakit yang boleh di amalkan.

Pesanan Untuk Ibu Ayah, Jangan Biarkan Anak Kecil Mandi Di ‘Swimming Pool’ Guna Lampin Pakai Buang

Pesanan Untuk Ibu Ayah, Jangan Biarkan Anak Kecil Mandi Di ‘Swimming Pool’ Guna Lampin Pakai Buang

IKLAN

Rotavirus, virus penyebab penyakit AGE boleh di sebarkan melalui pencemaran kolam renang dengan NAJIS yang mengandungi virus tersebut.

Virus ini amat stabil di persekitaran menyebabkan sesiapa yang termakan, terminum, tersentuh objek yang telah tercemar akan di jangkiti.

Menurut kajian yang di lakukan oleh CDC,60% sampel air dari 160 kolam renang awam mengandungi pencemaran najis serta positif untuk bakteria E. coli.

IKLAN

—————————————————————————
Berikut Merupakan Langkah Pencegahan Jangkitan Penyakit Di Kolam Renang.

1. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membawa anak-anak yang mempunyai gejala AGE (cirit, muntah, demam, sakit perut) ke kolam renang.

2. Ibubapa juga dinasihatkan untuk memastikan anak-anak kecil tidak memakai lampin pakai buang apabila mandi di kolam mandi.

IKLAN

3. Lampin pakai buang yang telah digunakan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

4. Orang ramai juga dinasihatkan agar makan makanan dan minum air yang bersih dan selamat.

Penyebaran penyakit berlaku akibat tindakan ibu bapa sendiri yang tidak bertanggungjawab membiarkan anak mandi di dalam kolam renang dengan lampin pakai buang serta tidak mengutamakan kebersihan.

Untuk makluman, terdapat sejenis lampin pakai buang khas yang di gunakan untuk aktiviti berenang.

Ingat, kesihatan tanggungjawab semua. Tindakan sambil lewa anda mungkin mendatangkan bahaya kepada individu lain

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI