Mak ayah mana yang tidak resah bila anak batuk berkahak yang tidak menunjukkan tanda semakin reda. Puas dicuba pelbagai jenis ubat tetapi kahak anak masih lagi pekat dan tidak reda.
Amalan minum air kelapa seperti yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan ini patut mak ayah cuba untuk rutin harian anak. Bukan itu sahaja bahkan ada beberapa lagi amalan pemakanan yang mak ayah patut cuba. Jom ikuti perkongsiannya.
Petua Cairkan Kahak Anak Secara Semula Jadi
Pencair kahak dengan kesan segera. Ambil air kelapa, magnesium flakes, habbatussauda’, madu dan bawang putih.
Mula dengar anak batuk kering dengan kahak pekat.
Kalau serasi, sehari dua guna, dah terus dengar bunyi kahak mencair dan batuk makin kurang. Boleh try k.
Ads
Kenapa Air Kelapa Berkesan?
Air kelapa merupakan minuman semula jadi yang kaya dengan elektrolit dan membantu mencairkan kahak dengan lebih cepat. Dalam petua cairkan kahak anak ini, air kelapa bertindak sebagai agen hidrasi yang membantu melonggarkan lendir di saluran pernafasan.
Selain itu, gabungan bahan seperti madu dan bawang putih membantu meningkatkan sistem imun anak dan melawan jangkitan.
Gabungan Bahan Semula Jadi
Berikut antara fungsi bahan dalam petua cairkan kahak anak ini:
Ads
Air kelapa: Melembapkan tekak dan mencairkan kahak
Madu: Melegakan batuk dan anti-bakteria
Bawang putih: Membantu melawan jangkitan
Habbatussauda’: Menguatkan imuniti
Magnesium flakes: Membantu relaksasi badan
Alternatif Kreatif, Aiskrim Air Kelapa
Air kelapa ni boleh dijadikan aiskrim bila anak sakit tekak & ulcer.
Aiskrim buat sendiri tanpa gula tambahan, pewarna dan perisa. Aiskrim paling sihat untuk anak. Anak sakit tekak & ulcer memang tak lalu makan, aiskrim kelapa jadi penyelamat tinggi khasiat.
Ini juga salah satu cara praktikal dalam petua cairkan kahak anak kerana tekstur sejuk membantu mengurangkan keradangan tekak.
Mak ayah hanya perlu tuangkan air kelapa ke dalam acuan aiskrim dan bekukan. Tiada bahan tambahan diperlukan.
Selain mengamalkan petua cairkan kahak anak ini, mak ayah juga boleh:
Pastikan anak minum air secukupnya
Elakkan makanan berminyak dan bergoreng
Pastikan anak cukup rehat
Gunakan humidifier jika perlu
Gabungan amalan ini membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan ketidakselesaan anak.
Kesimpulan
Petua cairkan kahak anak ini sangat mudah diamalkan dan menggunakan bahan semula jadi yang selamat. Namun, setiap anak berbeza, jadi mak ayah perlu melihat keserasian terlebih dahulu.
Jika keadaan tidak menunjukkan perubahan atau semakin teruk, segera dapatkan pemeriksaan doktor untuk rawatan lanjut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Malnutrisi ialah masalah kekurangan nutrien yang lazimnya berlaku kepada kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke bawah. Penyusuan susu ibu diketahui dapat mencegah pelbagai masalah kesihatan dan kematian dalam kalangan bayi.
Mengikut kajian, bayi yang diberikan susu ibu sejak lahir kurang menghidap penyakit pada tahun pertama hayat mereka. Malah, bayi yang menyusu susu ibu juga kurang berisiko mendapat penyakit seperti cirit-birit, pneumonia, bronkitis, sembelit, jangkitan saluran kencing, ekzema dan masalah malnutrisi.
Malnutrisi atau kekurangan zat makanan adalah masalah yang lazim dialami oleh kanak-kanak. Namun, kebanyakan ibu bapa kurang sedar akan bahaya malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak.
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kekurangan nutrisi dianggarkan berkait dengan 2.7 juta kematian kanak-kanak setahun atau 45 peratus daripada semua penyebab kematian kanak-kanak.
Melihat kepada angka ini, tentunya ibu bapa perlu membuka mata dan mencari jalan bagi menangani masalah malnutrisi yang semakin pincang berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
WHO dan Tabung Kanak-kanak Negara (UNICEF) menganggarkan lebih 800 ribu nyawa kanak-kanak di bawah usia lima tahun dapat diselamatkan setiap tahun sekiranya penyusuan susu ibu diberikan secara optimal.
Ini kerana, pemberian pemakanan yang optimal amat penting semasa dua tahun pertama hayat kanak-kanak bagi mengurangkan morbiditi dan kematian, mengurangkan risiko penyakit kronik, serta menggalakkan perkembangan dan tumbesaran yang sihat.
Konsultansi Pakar WHO telah mempertimbangkan bukti-bukti saintifik dan membuat kesimpulan bahawa penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi bayi sejak lahir sehingga 6 bulan memberi pelbagai faedah kepada bayi dan ibu.
Pertubuhan ini juga menyarankan supaya penyusuan pertama dijalankan dalam tempoh satu jam pertama selepas bayi dilahirkan. Pengenalan kepada makanan pejal bermula semasa usia bayi enam bulan namun, amat disarankan supaya ibu meneruskan pemberian susu badan kepada si manja sehingga usia bayi dua tahun.
Bermula lahir sehingga usia bayi enam bulan, ibu perlu menyusukan bayi secara eksklusif kerana susu ibu sudah cukup lengkap dan menepati keperluan nutrisi bayi. Eksklusif bermaksud bayi hanya diberikan susu badan sahaja dan tidak diberikan makanan atau minuman lain termasuk air. Penyusuan eksklusif ini memberi banyak manfaat kepada bayi dan ibu, termasuklah menyediakan perlindungan kepada jangkitan gastrousus.
Ibu baru bersalin disarankan untuk mula menyusukan bayi dalam tempoh satu jam selepas kelahiran bayi. Hal ini kerana, susu pertama yang keluar pada ibu adalah yang terbaik untuk si manja. Susu yang dikenali sebagai kolostrum ini telah mula dihasilkan pada hujung tempoh kehamilan dan merupakan makanan yang sempurna untuk bayi kerana mempunyai 400 jenis nutrien, hormon dan kuasa untuk melawan penyakit.
Malah, susu semula jadi ini juga mempunyai pelbagai ramuan penting untuk kesihatan bayi yang tidak boleh diperolehi dari mana-mana susu formula yang terdapat di pasaran. Penyusuan awal ini membantu melindungi bayi baru lahir daripada jangkitan dan mengurangkan risiko kematian bayi baru lahir.
Risiko kematian ini boleh terjadi disebabkan cirit-birit dan jangkitan lain yang boleh berlaku kepada bayi yang tidak diberikan susu badan sepenuhnya ataupun yang tidak diberikan susu ibu langsung.
Susu ibu juga merupakan sumber penting tenaga dan nutrien bagi bayi yang berusia 6-23 bulan. Susu ibu menawarkan separuh atau lebih tenaga yang diperlukan oleh bayi berusia 6-12 bulan, dan satu pertiga keperluan tenaga untuk bayi 12-24 bulan. Susu ibu ini juga menjadi sumber kritikal tenaga dan nutrien semasa sakit, dan mengurangkan kadar kematian di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan zat makanan.
Justeru, pemberian susu ibu yang optimum merupakan pencegahan awal kepada masalah malnutrisi kanak-kanak, selain memberikan kesan positif sepanjang hayat terhadap kanak-kanak dan ibu.
“Mama, nak makan”, pinta si manja. Eh…tak sampai 15 minit makan tadi dah lapar balik? Pernah berdepan situasi anak sering lapar? Adakah keinginan untuk makan itu berbahaya?
Kanak-kanak (dan juga individu dewasa) sering mengambil makanan walaupun bukan pada ketika lapar.
Selalunya anak akan mempunyai keinginan untuk makan sebagai tindak balas terhadap emosi dan perasaan mereka.
Jika si manja sentiasa kelihatan lapar, mungkin mereka bukanlah benar-benar lapar secara fizikal. Diharapkan penjelasan berikut dapat membantu anda memahami keadaan si manja.
Sekiranya anak sudah makan 3 hidangan makanan seimbang bersama hidangan snek sehari tetapi masih mengadu lapar, mungkin ada faktor lain yang menjadi punca keinginan untuk makan itu.
Perhatikan keadaan anak dan tanyakan soalan berikut kepada diri anda sendiri:
1. Adakah anak mempunyai keinginan untuk makan apabila berdepan dengan situasi berikut:
2. Adakah si manja makan pada waktu lain selain waktu hidangan makanan dan snek yang ditetapkan? Selalukah anak mengunyah makanan setiap masa?
3. Adakah anda kerap memberi ganjaran makanan kepada anak? Sebagai contoh, jika si manja mendapat A dapat ujian, maka anda akan belanja aiskrim kepada mereka.
Situasi ini secara tidak langsung turut menyumbang kepada masalah obesiti anak.
4. Adakah anda memberitahu semasa si kecil melakukan perkara yang betul? Kata sokongan yang diberikan boleh meningkatkan harga diri anak.
Ia juga menjadikan mereka lebih bermotivasi untuk membuat keputusan tepat berkaitan kesihatan dan berat badan.
5. Bagaimana cara anda berbual dengan anak? Adakah cenderung ke arah yang negatif dan kritikal?
Percayalah, jika ini berlaku, ia situasi yang sukar tidak kira bagi sesiapa juga untuk melakukan perubahan dalam keadaan seperti itu.
Jika mengesyaki anak mempunyai keinginan untuk makan kerana rasa bosan, anda mungkin perlu mengubah kecenderungan itu dengan melakukan aktiviti lain sebagai gangguan (distraction).
Galakkan si manja untuk melakukan perkara lain selain daripada makan, seperti:
Sekiranya anda mahu memberikan snek, tawarkan snek sihat seperti sayuran mentah (lobak merak atau salad), buah-buahan, bertih jagung tanpa garam, atau sup sayuran.
Elakkan daripada memberikan snek seperti kerepek kentang atau gula-gula. Makanan sebegitu biasanya tidak mempunyai kalori yang mengenyangkan.
Berlainan pula keadaannya jika si manja sering lapar kerana rasa kelaparan yang sebenarnya. Pun begitu, terdapat 2 jenis rasa lapar yang utama: emosi dan fizikal.
Rasa lapar disebabkan emosi bermakna pemakanan yang dilakukan adalah berkaitan dengan emosi.
Makanan kelaparan fizikal melibatkan isyarat badan yang berasa lapar dan memerlukan tenaga dan nutrien.
Walau bagaimanapun, anda tidak perlu berasa takut atau bimbang untuk membiarkan si kecil berasa lapar sekali sekala, sama ada dari segi emosi atau fizikal.
Perubahan hormon dan proses tumbesaran kanak-kanak juga boleh menjadi punca anak sering lapar dengan lebih kerap. Jadi penting untuk anak mendengar isyarat lapar daripada badan mereka.
Tetapi bagaimana untuk menentukan keinginan untuk makan anak itu kerana rasa lapar yang sebenar?
Jangan bimbang, gunakan skala kelaparan di bawah untuk mengetahui perbezaan antara kelaparan fizikal atau makan kerana emosi.
Penggunaan skala kelaparan
Sebelum waktu hidangan makan, tentukan kadar kelaparan anak daripada skala 1 hingga 10:
Ia mungkin memerlukan masa untuk menentukan bagaimana rasanya skala kelaparan 2 atau 7. Anda juga boleh bertanyakan si manja untuk menentukan tahap kelaparannya.
Secara asasnya, waktu ideal untuk makan apabila lapar ketika berada pada skala 2 atau 3. Pada saat ini, keinginan untuk makan anak dipengaruhi oleh keadaan lapar fizikal.
Pada saat kelaparan fizikal menyerang, ia akan menggalakkan si manja untuk makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, kekacang atau yogurt.
Minta anak berhenti makan apabila berada pada skala 7.
Elakkan daripada membiarkan rasa lapar itu jatuh sehingga skala 1. Jika tidak, wujud risiko untuk makan berlebihan.
Jika seorang itu mula makan pada skala melebihi 5, biasanya rasa sering lapar itu adalah dipengaruhi oleh emosi.
Makan kerana emosi bukanlah sesuatu yang tidak baik, cuma ia boleh menjadi satu kecenderungan untuk makan bagi mengatasi keadaan melibatkan emosi.
Tidak salah untuk anak mengadu sering lapar jika keinginan untuk makan itu tidak dipengaruhi emosi.
Namun jika kehendak untuk mengunyah atau makan itu dirasakan keterlaluan sehingga berisiko menyebabkan masalah kesihatan seperti obesiti, dapatkan rundingan doktor untuk mengetahui cara terbaik mengatasinya.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Yusuf kini sudah berusia 2 tahun dan doktor pediatrik meminta Hanis mengurangkan pengambilan susu untuk Yusuf dan melatihnya meminum susu menggunakan cawan.
Yusuf Iskandar kan dulu brokoli boy, tapi semakin membesar anak Hanis Zalikha ini jadi kuat minum susu, kenyang susu hingga menolak makanan yang digemari dulu. Hanis juga berkongsi tips bagaimana boleh jadikan dia berselera kepada sayur-sayuran semula.
Ibu tentunya menjadi insan yang paling gembira dan teruja apabila selera makan anak semakin baik dan menerima makanan semula jadi seperti sayur-sayuran. Hanis memuatnaik video Yusuf kembali memakan sayur kegemarannya ketika bayi dulu iaitu brokoli.
haniszalikha Benda paling happy semalam, Yusuf nak makan sayur favourite dia dua tahun lepas! Sebenarnya kitorang hampalah sebab dia bukan ke dulu brokoli boi, tapi bila dia makin besar dia start pilih makan.
Pastu bila consult paediatrician, dia cakap suruh try dua benda,
1) kurangkan minum susu &
2) bagi susu dalam cup.
Ya Allah dua benda ni sangat susah ya. Selera Yusuf untuk susu sangat tinggi, dan sebab tu juga dia kenyang all the time dan tak hairan makanan. Pastu paed Yusuf kata kat Malaysia ni masalah besar anak-anak ialah transition dari susu nak ke makan, sampai parents pun dah selesa bagi susu je supaya kenyang, kadang sampai umur 4 tahun pun masih belum makan betul2 dan jadi masalah kurang zat. Kita dengar ni nervous.
Yusuf lah tu, kuat minum susu je! Tapi pastu bila start consistent bagi dia Toujours Kids Fruit & Vege Blend @toujoursadvanced , dia macam ada selera nak makan. Macam serious la? Kitorang just ingat nak bagi dia nutrients and vitamin yang dia tak dapat sebab dia taknak makan.
Tapi start one time tu, lepas minum susu dia mintak chicken and rice. Masa tu kitorang saling pandang each other like “omg ayang! Dia tak kenyang ke susu?? Dia teringin nak makan ke??” Dan finally semalam (lepas chicken and rice je setiap hari) try bagi balik sayur favourite dia yang dua tahun lepas tu, dan dia pun dah kembali ke pangkal jalan :’) I am just extremely happy. After this takyah bergantung dah. Mommy jelah kena rajin masak pelbagai ?
Tip: Bagi Fruit & Vege Blend tu secara consistent sebelum meal time, dalam dua minggu tu dah nampak dia makin makan banyak. Pastu slowly start introduce balik segala sayur buah berlainan untuk setiap waktu makan. Laaah diorang ni baby balik rupanya nak kena introduce balik ?
Para peminat Hanis teruja melihat Yusuf berselera kembali dan turut berkongsi pengalaman masing-masing menghadapi situasi anak tidak berselera makan kerana terlalu bergantung kepada susu.
Bayi perempuan ditemukan di Tawau dalam keadaan ditinggalkan di kawasan semak sebelum diselamatkan orang awam. Polis kini mengesan ibu kandung dan meminta saksi tampil membantu siasatan.