Air rebusan daun pandan boleh kempiskan perut yang gendut lepas bersalin. Resipi mudah ini dikongsikan oleh pengguna facebook, Puan Azurah Ahmad. Banyak lagi khasiat lain yang boleh didapati dalam air ini.
Assalamualaikum. Cuma nak kongsi je. Petua ni terbaca dari FB jugak.
Ads
Air rebusan daun pandan (berapa helai ikut suka tapi jangan ler sampai 1 rimbun) + halia (2 inci diketuk) + gula batu (1 ketul). Rebus air dari 2 gelas jadikan 1 gelas. Minum suam-suam sedap. Dapur pun wangi je sebab bau pandan.
Ads
Fungsi air ni bagus untuk buang angin dalam badan, kurangkan lenguh badan dan boleh bantu kempiskan perut (al maklum ler dah 6 bulan bersalin. Nak hilangkan perut gendut). Ikutkan elok buat 2x sehari tapi tak dan nak buat siang hari.
Ads
Buat malam je 2 jam sebelum tido. Errmm hasil dia, bedebus-debus angin sesat keluar dari badan… Barang pun senang nak carik. Masih boleh telan. Cuba lah!
Ibu yang bekerja memang banyak benda nak fikir. Maklum sahajalah rutin yang bermula seawal 5 pagi setiap hari ada pelbagai agenda yang perlu diuruskan sebelum keluar ke pejabat. Kadang sampai lupa nak keluarkan lauk-pauk dalam peti sejuk beku ke bahagian chiller kat bawah.
Bila balik petang nak masak barulah tepuk dahi, dah kena tunggu lama nak cairkan lauk untuk dimasak. Sudahnya makan di luar ataupun order saja penghantaran terus ke rumah. Memang penyelesaian tersebut Nampak lebih mudah, tapi kalau yang lebih suka makan makanan dari rumah dan nak pastikan suami dan anak-anak makan air tangan sendiri sekali sekala oklah, kalau selalu jemu juga kan.
jangan risau jika itu yang berlaku kepada anda, wanita bernama Nabilah Solehah ini berkongsi cara cepat nak cairkan lauk beku menggunakan ketuhar gelombang mikro sahaja. 4 minit lepas tu dah boleh masak menu yang dah dirancang kat ofis tadi.
I macam you all jugak!!
Selalu lupa nak pindahkan lauk beku (ayam/ikan & daging) dalam chiller awal2.
Bila dah lapar, baru teringat lauk keras kekung lagi.
Nak thawing lagi, nak masak lagi….nak tunggu berapa jam lagi baru boleh makan?.
Last2 call grabfood.
Lepastu mula la…Rasa bersalah sebab tak dapat sediakan masakan dari air tangan sendiri.
Meh nak ajar cara thawing lauk pakai microwave.
4 minit je !
1st: masukkan lauk yg kekung td ke dalam mangkuk.
2nd: Tambah sedikit air sampai separuh lauk td tenggelam. (Cara ni, saya baru dapat tanpa sengaja. Result dia sangat best! Korang kene try!)
3rd: masukkan dlm microwave dan settingkan untuk defrost. Ai biasa buat 3-4 minit. Boleh adjust ikut ketebalan lauk. Kalau jenis microwave yg kene adjust manual, korang setting power 50%
Lepastu….
Tadaa!!! Lauk beku tadi akan jadi lembut macam baru beli dari pasar. Korang boleh terus masak.
Nak tahu cara microwave memanaskan lauk?
Secara ringkasnya, Microwave ni adalah satu alat yang memanaskan makanan dengan cara memberikan sinaran elektromagnetik. Ia memberikan gelombang mikro yg sama dengan gelombang molekul air.
Jadi hanya molekul air dalam makanan saja yg bergetar.
Apabila spesific molekul bergetar, dia akan menghasilkan haba.
Sebab itu, biasanya bila kita panaskan lauk, mangkuk tak panas. Cuma makanan je yg panas.
Aha!!!
(Sahabat2 engineer…kalau korang boleh explain dengan lebih baik, sila betulkan saya di bahagian komen yea <3 )
Dalam banyak-banyak kerja rumah, bab melipat baju ramai ibu agak ‘bercinta’ nak buat. Kalau nak membasuh pakaian tu tak ada masalah kan? Letak dalam mesin, masukkan sabun tunggu sampai siap.
Tetapi, bila dah kering dan angkat dari ampaian, masuk dalam bakul jika terus tak lipat, memang dari sehari ke sehari akan makin banyak. Namun ada ibu yang ambil pendekatan lipat seminggu sekali sebab kalau pun sekali harung je.
Lagi satu yang jadi kekangannya juga adalah yang ada anak kecil. Tiap kali nak lipat, mulalah datang menyibuk. Bila ibu lipat dia pula yang sepahkan. Akhir sekali terpaksa ibu tangguh dulu. Lama kelamaan, ini yang buat kain makin menimbun.
Apa-apa pun setiap ibu pasti juga akan curi masa untuk melipat kain. Tak kisahlah nak buat macam mana sekalipun, yang penting semua selesai.
Ok bagi ibu yang ada anak kecil, sebenarnya baju yang kecil-kecil tu agak ambil masa nak melipatnya. Cuma bila dah tersusun dan lipat elok dalam almari atau rak, kadang tak sampai beberapa hari anak pula yang tolong sepahkan. Pengalaman ini dah biasa ibu lalui. Jadi mulalah tak tahu mana baju, mana seluarnya.
Bagi nak mudahkan kerja ibu, perkongsian Naza Nazahiah mengenai teknik lipat baju anak ini sangat membantu. Style lipatan poket ini nak mudahkan ibu, supaya bila anak sepahkan, hanya perlu susun balik je. Tak ada lah kena lipat balik.
1) Hamparkan baju dlu, lepastu letak seluar kat atas baju. Lipat sekali. Senang
2) Akhir kejadian dah siap macam ni
3) Untuk jenis seluar bergetah, lipat ke bawah untuk jadikan poket dan selit dalamnya
Bila ayah yang kena uruskan anak, nak ambil untuk pakaikan pada anak pun senang. Sebabnya dah siap sepasang terus. Jadi tak ada alasan tertukar baju siang atau baju malam lagi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak datang tunjuk sesuatu, ajak main, layanlah sekejap walaupun sedang sibuk. Mungkin masa tu kita rasa anak ni saja nak melambatkan kerja. Dengan tak sengaja terus kita menaikkan suara dan melenting suruh anak main jauh-jauh.
Perasan tak bila kita bersikap sedemikian, anak yang mulanya muka ceria terus berubah wajah. Tak adakah rasa bersalah? Jangan hairan bila anak semakin besar dia mula jauh hati dan susah nak berkongsi sesuatu masalah dengan ibu bapa.
Keadaan ini jika tak ditangani boleh menyebabkan anak akan lebih percaya rakan berbanding ibu bapanya apabila sudah meningkat dewasa.
Perkongsian dari seorang guru, Mohd Fadli Salleh ini boleh membuka minda kita sebagai ibu bapa untuk lebih memahami perasaan anak dan masa kecil mereka dengan kita pun sekejap saja.
Anak hanya rapat dengan kita hingga umur 12 tahun
Suatu ketika, aku mengeteh bersama kawan-kawan hingga lewat malam.
Diantara satu sisipan kopi panas, sahabat ini mula membuka topik baru.
“Anak-anak kita ni, waktu kecil sahaja rapat dengan kita. Hingga darjah 6 sahaja. Selepas itu dia mula masuk ke sekolah asrama.
Makin jauh, dan makin renggang hubungan. Jumpa pun sebulan sekali. Itu pun kalau kita tidak sibuk.”
Kami bertiga mengangguk kepala. Seorang demi seorang mencelah memberi idea dan pandangan. Kesimpulannya, kami semua setuju dengan apa yang dia kata.
Benarlah. Walau anak itu tidak ke asrama sekali pun, dia dah meningkat remaja. Bila menginjak remaja, dia mula ada rahsia. Mula ada rasa ingin berteman. Mula rasa ingin ruang untuk diri mereka.
Biasalah, remaja. Kita pun pernah remaja kan?
Mereka mula pandai berdikari. Tidak lagi boleh didukung kita. Tidak lagi mahu main kuda-kuda. Tidak lagi berebut nak panjat atas belakang. Nak makan bersuap jauh sekali lah.
Sahabat ini, dulunya dia punya perniagaan yang berjaya. Sehingga satu saat, dia jatuh terduduk ditipu kawan sendiri. 6 bulan tanpa kerja, berfikir dan merancang untuk strategi bisnes seterusnya.
Bila tanpa kerja, sehariannya hanya di rumah. Menghantar anak ke situ sini, membantu anak membuat kerja sekolah, melayan apa jua permintaan mereka.
Penat. Tapi dia puas. Letih, tapi hubungan dia dan anak lebih berkualiti dan rapat.
“Agaknya Allah sengaja uji aku agar aku sedar dan beri peluang untuk aku lebih rapat dengan anak-anak,” ujarnya sambil menguntum senyum.
Kini dia mula melebarkan empayarnya sedikit demi sedikit. Makin kukuh dan berjaya empayar baru ini. Lebih gah dan besar berbanding bisnes dulu.
Tapi kali ini, dia sudah pandai bahagi masa untuk bersama keluarga dan anak-anak. Allah dah ‘tegur’ dia dulu, kali ni dia ingat.
Tinggalkan kenangan manis dalam memori anak
Kalau kita ada anak kecil, luangkanlah masa bersama mereka walau sesibuk mana pun. Biar ada memori untuk mereka dan kita kenang dimasa akan datang.
Sekejap sahaja anak ini membesar. Jangan kita tersedar bila mereka telah pun pandai berdikari. Saat mereka telah pun meningkat remaja.
Masa itu kita akan rindukan anak kecil kita yang minta kita buatkan susu. Yang minta sapukan jem pada rotinya.
Jangan terlampau sibuk dengan dunia sehingga terlupa; harga anak itu jauh lebih bernilai dari dunia dan segala isinya.
Jangan sehingga anak itu membesar, hanya kenangannya dengan bibik yang kekal diingatan. Jangan!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.