“Pilih Nama Ihsan Putri”, Cantiknya Majlis Akikah & Cukur Jambul Anak CP Juliana Evens, Serba Merah Jambu!

Share

Selepas tiga bulan melahirkan anak keduanya, selebriti, Che Puan Juliana Evans meraikan anak keduanya itu dalam satu majlis majlis cukur jambul dan akikah yang diadakan baru-baru ini.

Menerusi Instagramnya, ibu cantik jelita ini memuat naik beberapa keping gambar sebagai kenangan malah turut meluahkan rasa syukurnya kerana majlis itu berjalan dengan baik dan lancar.

Pada majlis serba sederhana itu, Che Puan Juliana Evans dan suami sepakat memilih warna merah jambu untuknya sekeluarga. Manis dan cukup cantik.

“Thanks for all the love & prayers.

“And happy 3 months old to baby Ihsan,” tulisnya.

Pilih nama Saidatul’Ihsan Putri

Melalui kapsyennya, Juliana yang selamat melahirkan bayi keduanya itu pada tanggal 17 Jun lalu turut berkongsi pilihan nama indah buat bayinya.

Paling menarik nama itu dipilih bersempena nama nenek disebelah keluarga suaminya iaitu, Saidatul’Ihsan Putri.

“Dalam foto terakhir, suami saya berdiri di sebelah potret neneknya yang cantik, yang kami namakan anak kedua kami.

“Akikah / cukur jambul anakanda Saidatul’Ihsan Putri ❤️ 10/9/23,” tulisnya melalui entri berlainan di Instagramnya.

Melalui beberapa keping gambar yang dikongsikan Juliana, majlis sederhana itu tampak cukup sempurna dengan dihadiri oleh kaum kerabat dan keluarga terdekat yang turut sama memeriahkan majlis.

Paling menarik perhatian wargamaya pastinya wajah anakanda Saidatul’Ihsan Putri yang cukup comel, persis wajah ibunya.

 

Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN