Proses kehamilan dan melahirkan anak sememangnya tidak mudah. Ada yang direzekikan untuk hamil dengan lancar tanpa sebarang masalah, begitu juga dengan melahirkan anak. Bagi pelakon, Ummi Nazeera, pengalaman mengandungkan anak keduanya tidak jauh bezanya dengan kehamilan pertama.
Jika mengandungkan anak sulungnya, Ayra Aneesah, Ummi mengalami masalah pracenta previa, begitu juga di kehamilan keduanya. Malah kata Ummi menerusi Instagramnya, dia mengalami masalah ‘low lying placenta’ lebih awal iaitu pada usia kandungannya empat bulan.
“Berbuat baik lah pada ibu, Ibu dan ibu. Kemudian bapamu”.
“Childbirth is not easy and the journey doesn’t stop after u give birth. Syukur Alhamdulillah for everything, I would firstly like to say thanks to my Doctor MissDalia for being so positive thruout my pregnancy. Tidak pernah lekang menyebut Alhamdulillah dari mulutnya.
“Sebenarnya masa kandungan saya berusia 4 bulan, saya mengalami pendarahan. Kes sama seperti Ayra, low lying placenta. Cuma terlalu awal untuk dikatakan begitu. Bila masa dengan Ayra saya mula bleeding 6 bulan ke atas. Adik Ayra pula agak awal, 4 bulan,” kongsi Ummi.
Malah kata Ummi lagi, dia merasa amat bersyukur kerana Allah mengizinkannya untuk merasa bersalin secara normal seperti orang lain. Malah kali ini cukup bulan hingga ke 38 minggu.
“Dengan kuasa Allah & nasihat doctor, saya rest dan mengambil cuti dari berlakon. Alhamdulillah, Placenta naik dan saya diberi peluang merasa bersalin normal. Syukur,” luahnya syukur.
Kongsi doa & amalan waktu hamil
Ads
Rupanya tidak hanya berehat panjang dari berlakon, Ummi juga turut mengamalkan beberapa doa dan surah sepanjang kehamilannya kali ini. Ini yang dikongsikan olehnya.
“Saya juga praktikkan membaca Surah Maryam / Alkahf/ Yusuf/ Luqman setiap minggu. Dan membaca doa yang disediakan dalam app Qalbyapp “Supplications for healing” + Doa Nabi Yunus.
“Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Dengan doa keluarga & sahabat sahabat dapat saya merasa bersalin secara normal dan baby lahir cukup bulan 38 minggu 4 hari.
“Masa dengan Ayra, dia dilahirkan pada minggu ke 34 kerana pendarahan saya yang terlalu banyak. Sebab itu kali ni saya bersungguh berehat masa mengandung,” kongsi Ummi lagi.
Dalam pada itu, Ummi yang kini sudah pun berpantang di rumahnya turut berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakannya lebih-lebih lagi suami yang sentiasa menjadi penguatnya sepanjang detik melahirkan.
Ads
Malah kata pelakon Bisik Pada Pelangi ini lagi, dia akan berkongsi nama pilihannya dan suami buat anak kedua mereka pada hari ketujuh kelahirannya nanti.
“Thank you also to everyone for all your beautiful doas, in shaa Allah hari ketujuh Ummi share nama baby ya. Lastly, to my husband, thank you ❤️ @izzar,” tulisnya lagi.
Ummi selamat melahirkan bayi keduanya pada 2 Jun lalu dengan berat 3.32kg di sebuah pusat perubatan di Selangor.
Terdahulu, Ummi mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada tahun 2017. Hasil perkahwinan itu mereka ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Tali pusat bayi memainkan peranan yang sangat penting sewaktu bayi di dalam kandungan. Tali pusat mula terbentuk pada usia janin lebih kurang 5 minggu dalam kandungan.
Tali pusat ini bersambung dengan ‘placenta’ atau uri dan memainkan peranan untuk menyalurkan darah yang kaya dengan nutrisi dan oksigen yang diperlukan oleh janin untuk terus hidup dan berkembang di dalam rahim si ibu. Darah yang telah ternyah-oksigen daripada bayi juga ‘dikembalikan’ kepada uri melalui tali pusat. Jadi tali pusat bolehlah dianggap seperti ‘talian hayat’ bagi bayi.
Apakah yang berlaku sewaktu kelahiran bayi?
✔️ Setelah bayi dilahirkan, tali pusat ini tidak lagi diperlukan. Beberapa ketika setelah bayi selamat dilahirkan, tali pusat yang bersambung dengan uri akan disepit menggunakan ‘cord clamp’ bagi mengelakkan darah daripada uri terus disalurkan kepada bayi. Jika tidak, ada kemungkinan terlalu banyak darah akan tersalur ke dalam sistem peredaran darah bayi yang boleh membawa pelbagai komplikasi. Tali pusat kemudian digunting supaya terpisah daripada uri. Bayi tidak merasa sakit sewaktu tali pusat ini digunting kerana tiada sistem saraf atau deria rasa pada tali pusat.
✔️ Adalah sangat penting tali pusat ini digunting dengan menggunakan alatan yang ‘steril’. Menggunakan alatan seperti pisau cukur atau gunting yang berkarat boleh menyebabkan jangkitan ‘tetanus’ yang merbahaya. Penyakit tetanus pada bayi sudah tidak dilihat dalam komuniti yang mengamalkan proses kelahiran bayi yang selamat. Namun masih ada juga kes-kes sebegini di negara kita iaitu jika kelahiran berlaku di luar dari fasiliti hospital / klinik.
✔️ Tali pusat yang ada pada bayi akan menjadi kering, berubah warna dan mengecut. Kebiasannya tali pusat yang telah kering itu akan jatuh dengan sendirinya dalam masa 2 minggu. Maka tinggallah struktur yang kita kenali sebagai ‘pusat’ pada permukaan perut bayi. Pusat ini pula mengambil masa antara 5 hingga 7 hari untuk kering sepenuhnya.
Bagaimana menjaga pusat bayi baru lahir ?
✅ Pastikan tali pusat dan kawasan di sekelilingnya berada dalam keadaan bersih dan kering. Lazimnya, ibu bapa akan dibekalkan dengan ‘alkohol’ atau bancuhan ‘antiseptik’ untuk mencuci pusat bayi. Namun, terdapat juga data yang menunjukkan bahawa mencuci tali pusat dengan air yang bersih diikuti dengan mengelap untuk mengeringkannya sudah memadai.
✅ Sewaktu mengenakan lampin atau ‘diapers’ , pastikan tali pusat bayi tidak terutup oleh lampin/diapers. Letakkan tali pusat itu di luar lampin supaya ia tidak terkena air kencing atau najis bayi. Ini akan membantu proses tali pusat untuk mengering.
✅ Tidak perlu meletakkan bedak atau ubat-ubatan tradisional pada pusat bayi yang mungkin menganggu proses semulajadi penanggalan tali pusat tersebut. Air bersih sudah memadai.
✅ Sewaktu tali pusat belum lagi tertanggal, memandikan bayi dengan cara mengelap menggunakan kain yang basah atau dengan menjirus lebih digalakkan daripada kaedah mandian yang menyebabkan tali pusat itu terendam lama dalam air. Tali pusat bolehlah dilap setelah bayi dimandikan.
✅ Jangan tarik tali pusat itu walaupun ia kelihatan akan tertanggal pada bila-bila masa sahaja lagi. Biarkanlah proses itu berlaku secara semulajadi.
Tanda- tanda jangkitan pada pusat
✔️ kawasan sekeliling pusat kelihatan merah
terdapat nanah, darah atau bau yang kurang menyenangkan pada pusat
✔️ bayi demam, kurang aktif dan kurang menyusu
Sekiranya anda melihat tanda tanda mencurigakan pada pusat seperti yang dinyatakan di atas, bawalah bayi ke hospital dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.
Jangkitan pada pusat yang tidak dirawat boleh menyebabkan jangkitan darah yang merbahaya pada bayi.
Berjumpalah juga dengan pengamal perubatan sekiranya terdapat pendarahan pada tali pusat atau tali pusat masih belum tertanggal setelah bayi berusia 3 – 4 minggu.
Bagi mama yang menyimpan susu badan untuk dijadikan stok untuk bayi, penyimpanan stok susu mesti ada teknik yang betul. Ini bagi memastikan kesegaran susu badan terpelihara agar bayi mama mendapat susu yang berkhasiat.
Tip Simpan Susu Ibu Dengan Cara Yang Betul
Susu yang telah diperah perlu disimpan dengan baik di tempat yang selamat. Ibu-ibu yang menyusukan bayi perlu mengetahui cara terbaik menyimpan susu untuk si manja supaya susu tidak rosak dan menghilangkan segala khasiatnya.
1. Susu ibu yang baru diperah boleh disimpan pada suhu bilik di antara 27°C ke 32°C, jangka waktu 3 – 4 jam adalah had munasabah untuk menyimpan susu ibu perahan.
2. Susu ibu selamat pada suhu 15°C untuk tempoh 24 jam berdasarkan kepada perkembangan minimum bakteria yang terkandung di dalam sampel kajian.
Walau bagaimanapun, terdapat pek sejuk yang digunakan mampu menyimpan susu ibu pada suhu seperti di dalam peti ais iaitu 4°C. Oleh itu pastikan pek ais yang digunakan berkualiti.
3. Kajian pemerahan susu ibu dengan sedikit pencemaran ketika pengepaman menunjukkan perkembangan bakteria adalah pada paras rendah dalam tempoh 72 jam. Malah, ia masih selamat selepas 4 hingga 8 hari didinginkan.
Cooler bag mesi dibawa ke ofis untuk menyimpan suus perahan.
4. Membeku susu ibu perahan (-4°C hingga -20°C) adalah selamat untuk sekurang-kurangnya tiga bulan. Vitamin A, E dan B, jumlah protein, lemak, enzim, laktosa, zink, immunoglobin, lysozyme dan laktoferin biasanya kekal apabila dibekukan.
5. Susu ibu beku perlu disimpan di bahagian belakang peti sejuk beku untuk mengelakkan pemanasan semula akibat kekerapan membuka dan menutup peti sejuk. Jadi, semua bekas penyimpan susu ibu perlu ditutup rapat untuk mengelakkan pencemaran.
6. Selepas bekas penyimpanan diisi dengan susu ibu, sedikit ruang perlu ada di bahagian atas bekas penyimpan untuk membenarkan ia mengembang ketika dibekukan.
7. Semua bekas penyimpan susu ibu perlu dilabel dengan tarikh susu dipam. Nama anak perlu dilabel terutama jika anda membekalkan kepada pengasuh yang perlu memberi susu ibu perahan kepada ramai bayi lain.
Labelkan setiap botol susu perahan anda.
Biasanya bayi memerlukan 60 – 120ml setiap sesi penyusuan ketika berada di rumah pengasuh. Jadi, simpan susu ibu dalam stok 60 – 120ml setiap satu adalah cara mudah untuk mengelakkan pembaziran.
8. Elakkan menambah susu ibu yang masih suam ke dalam susu yang telah dibeku. Ini bagi mengelakkan pemanasan semula susu yang telah dibekukan. Adalah lebih baik jika anda menyejukkan terlebih dahulu susu ibu yang baharu dipam sebelum dicampur bersama stok sedia ada.
Susu ibu yang disimpan mungkin berubah bau dan rasa asalnya kerana aktiviti lipase (proses pemisahan lemak yang membantu proses penghadaman bayi terutamanya bayi pramatang). Ia tidak mendatangkan mudarat walaupun ada sesetengah bayi mungkin menolak susu berkenaan.
Pelakon, Fizo Omar mengakui kelahiran puteri yang ketiga baru-baru ini telah merubah persepsi hidupnya sebagai seorang ayah.
Perkongsian tersebut dikongsi olehnya dalam siaran langsung Anugerah Pa&Ma Gala 2023 sebagai salah seorang penerima anugerah Best Papa Millennial, Pa&Ma Gala 2023.
“Bila dapat ketiga-tiga anak perempuan ni banyak hikmahnya. Ingatkan dapat anak lelaki lagi ngam dengan daddy rupanya anak perempuan lagi ngam”
Pengalaman sambut anak ketiga
“Pengalaman anak ketiga yang saya tak akan lupakan sampai bila-bila. Maryam saya sempat tengok secara pembedahan jadi saya lalui proses tu. Nasib baik saya bukan jenis takut darah jadi doktor bagi saya tengok dari awal smpai habis.”
“Wan khaleeda lahir normal jadi semua dah siap sambut semua, minta nak sambut anak jadi doktor kata mybe next baby.”
“Nak dijadikan cerita masa tu doktor target Faz akan bersalin pukul 10 malam. Tapi masa tu pukul 5 dah 10cm, sekali tengok kepala baby dah dekat luar. So doktor pun kelam kabut datang.”
“Saya ingat doktor assist saya, rupanya memang saya akan sambut sendiri baby. Sekali push je, saya pun tarik. Gugur air mata seorang ayah dan seorang jantan. Pengorbanan seorang isteri baru kita tahu. Uniknya ciptaan Tuhan, baby keluar tu kita tak fikir dah darah ke apa ke.. kau menyambut amanah Allah, kena didik dan bimbing untuk bawa ke syurga.”
“Selepas tu perspektif saya menjadi ayah jadi berbeza bila saya sambut anak ketiga. Bila saya sambut sendiri tu memang lain daripada duduk kat sebelah.”
“Letak tepi alasan takut darah. Bukan soal sambut anak, tapi sambut amanah Allah, tanggungjawab kita dengan sendiri kita akan bandingkan diri dan percayalah cakap saya persepsi kita sendiri sebagai ayah terus berubah.”
Cabaran Membesarkan Anak
“Zaman sekarang nak membesar, menjaga dan mendidik bukan senang. Dengan sosial media, gajet. Kena adabt dengan zaman.”
“Tapi saya suka cara didikan arwah ayah saya punya didikan kalau nak beli something tak mudah. Kena buat sesuatu. Berbeza dengan ibu ayah zaman sekarang sampai beg sekolah anak pun dah beribu, secara tak langsung kita rosakkan mindset mereka, kalau nak sesuatu mudah dapat. Bila suatu hari nanti kita tak ada, kita akan menyusahkan mereka.”
Tonton temubual penuh daripada Fizo Omar di bawah ini
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.