Komuniti keibubapaan Malaysia Jenama Pilihan Pa&Ma telah memilih Novakid, platform ESL (English As Second Language) dalam talian untuk kanak-kanak sebagai salah satu jenama keibubapaan 100 Terbaik di Malaysia. Platform Novakid ESL dipersembahkan dalam kategori “Produk untuk Kanak-kanak” dan menerima Anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 sebagai jenama inovatif yang “menyediakan tawaran terbaik untuk manfaat yang lebih besar bagi generasi akan datang”.
Pa&Ma ialah portal panduan keibubapaan terulung merentasi pelbagai platform di Malaysia. Anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma diadakan setiap tahun untuk menentukan jenama keibubapaan yang paling berjaya di Malaysia dan memberikan impak kepada komuniti keibubapaan tempatan dan perjalanan hidup anak-anak mereka.
Ads
“Ibu bapa sedang berusaha untuk mencari platform dalam talian terbaik untuk pendidikan awal anak-anak mereka dengan tumpuan khusus pada platform ESL, kerana ia sangat penting untuk kanak-kanak belajar bahasa Inggeris sejak kecil. Selepas menilai beberapa pusat yang menawarkan pendidikan bahasa Inggeris, kami memutuskan untuk menganugerahkan platform ESL Novakid sebagai salah satu peneraju di pasaran. Sebab utama adalah untuk memenuhi keperluan pendidikan kanak-kanak dan menyediakan perkhidmatan pendidikan berkualiti pada harga yang berpatutan”, kata Wan Erni Liza, Editor Pengurusan Family & Parenting yang juga wakil Jenama Pilihan Pa&Ma.
Novakid memasuki pasaran Malaysia pada musim gugur 2020. Pengarah wilayah (Regional Director), Kamil Sharipov menekankan bahawa terdapat beberapa keunikan tentang pendekatan ibu bapa Malaysia terhadap pendidikan anak-anak mereka: “Mereka memberi banyak perhatian kepada kaedah pengajaran, tidak biarkan proses berjalan dengan sendirinya, tetapi mengambil bahagian secara aktif di dalamnya, bertanya soalan dan meminta cadangan”.
Ads
Ads
Untuk mencapai pertumbuhan perniagaan yang stabil di Malaysia Novakid telah menggunakan pelbagai strategi pemasaran dan jualan khusus untuk negara ini: Percubaan dengan orientasi pelanggan (langganan percubaan 2 minggu dan pelajaran percubaan percuma) mekanik pemasaran influencer untuk meningkatkan ‘brand awareness’ dan menarik lebih ramai ibu bapa, dan pendaftaran melalui sosial media.
Pelbagai sistem diskaun dan dasar harga unik untuk negara Malaysia menjadikan produk Novakid menjimatkan. “Model perniagaan yang pelbagai membolehkan Novakid menjadikan produk itu lebih mampu milik untuk kelas pertengahan Malaysia; mana-mana keluarga dengan pendapatan purata boleh menanggung perbelanjaan pelajaran Bahasa Inggeris dengn guru luar negara untuk anak mereka”, kata Sharipov.
Selain Indonesia, Jepun dan Korea Selatan, Malaysia dianggap sebagai negara baru yang sedang berkembang (NGR) bagi syarikat itu. Menjelang November 2021 semua NGR membawa sehingga 7% daripada jumlah hasil kepada Novakid.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pahang Medical Centre merupakan hospital swasta pertama di Pahang yang berkonsepkan boutique hospital. Hospital ini memberikan kepentingan kepada pendekatan mesra secara menyeluruh dari segi rawatan perubatan dan keselesaan para pesakit dengan servis mesra pelanggan.
Hospital ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dan kepakaran dalam pelbagai bidang iaitu Perubatan Am, Obstetrik & Ginekologi, Pembedahan Am, Pediatrik, Anestesiologi, Ortopedik, Radiologi dan Otorinolaringologi (ENT).
Pahang Medical Centre juga menawarkan fasiliti yang lengkap termasuk fisioterapi, makmal diagnostik dan pengimejan diagnostik dengan kelengkapan seperti MRI, CT Scan, Mamogram dan Fluoroskopi. Pahang Medical Centre merupakan satu-satunya hospital hak milik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan terletaknya di tengah Pusat Bandaraya Kuantan.
Kemudahan
– 64 katil
– 24 jam unit kecemasan & kemalangan
– Klinik pakar
– Dewan bedah
– ICU
– Wad harian
– Bilik bersalin
– Fisioterapi
– Nurseri bayi
– Makmal
– Farmasi
– Endoskop
– Ujian ‘Stres Test’
Pahang Medical Centre (PMC) merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 untuk anugerah Hospital Multidisiplin Pantai Timur Pilihan Pa&Ma. Mahu tahu senarai penuh jenama-jenama lain yang turut terpilih tahun ini? Jom tengok di SINI
Tahniah sekali lagi kepada PMC! Teruskan memberi yang terbaik buat papa mama di luar sana. Pa&Ma menghargai PMC sebagai salah satu pilihan jenama kami.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa mana yang tidak mahu memberikan yang terbaik buat anak-anaknya? Kita pasti akan lebih cerewet ketika memilih produk dan kelengkapan anak. Bukan hanya memikirkan soal bajet, namun perkara paling utama yang perlu difikirkan adalah pastinya menyediakan kelengkapan dan produk terbaik, berkualiti serta serasi untuk si manja.
Dalam menentukan produk anak, misalnya lampin pakai buang yang dipakai anak setiap hari, sememangnya ibu bapa wajar meneliti beberapa perkara agar tidak tersalah memilih.
Jangan Salah Pilih Lampin Pakai Buang
Masalah ruam, alahan pada lampin pakai buang, melecet dan sebagainya merupakan masalah kulit biasa yang dihidapi anak-anak kecil kita. Biarpun biasa, masalah remeh ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia akan mengakibatkan kulit bayi menjadi tidak selesa malah mendorong masalah kulit lain berpanjangan.
Masalah ruam misalnya akan segera timbul sebaik bayi memakai lampin tidak serasi dengan kulit. Inilah yang ibu bapa patut elakkan dan pastikan pemilihan lampin buat anak benar-benar sesuai malah serasi dengan kulit bayi. Paling penting tidak langsung meninggalkan kesan pada kulit bayi.
Ada beberapa perkara dan tip yang patut ibu bapa awasi. Jadikan panduan ini dalam memilih lampin agar anak lebih selesa.
Pilih Lampin Serasi Kulit
Paling penting pilih lampin yang serasi dengan kulit anak anda. Bagi menguji keserasian kulit anak, walau hanya sekali anak membuang air kecil, ibu sudah boleh melihat samada ia kulit anak kemerahan atau melecet. Nilaikan sendiri. Jika tiada sebarang alahan, ia paling serasi untuk si kecil anda.
Daya Serapan Tinggi
Lampin yang mempunyai daya serapan yang tinggi hingga enam lapisan daya serapan misalnya dapat membuatkan bayi sentiasa kering. Ini pastinya buat bayi kurang risiko terkena alahan dan ruam pada bahagian ini. Bagi kulit anak yang sensitif sebaiknya pilihlah lampin jenis ini.
Elak Terlalu Ketat
Lampin yang terlalu ketat atau tidak sesuai dengan saiz anak akan menyebabkan kemerahan pada keliling pinggang serta bahagian celah kelangkang bayi. Keadaan ini seterusnya akan mengakibatkan alahan yang lebih serius kepada kulit bayi. Bayi mula rasa tidak selesa serta berkemungkinan terjadi keradangan yang serius.
Risiko Lampin Longgar
Namun sebaiknya elakkan juga lampin yang terlalu longgar kerana akan mengakibatkan kebocoran berlaku. Apabila kebocoran berlaku ketika bayi sedang nyenyak tidur pastinya buat bayi rasa tidak selesa malah bayi berdepan dengan kekotoran pada tempoh yang lama dan mengakibatkan masalah jangkitan kuman dan bakteria dari sisa air kencing.
Saiz Tepat
Saiz lampin anak juga perlulah tepat bagi mengelakkan sebarang kesan pada kulit anak. Pilih saiz lampin yang sesuai dengan anak mengikut berat dan umur mereka. Jika celah kelangkang anak mula menampakkan bekas kemerah-merahan, ia petanda lampin yang anda kenakan terlalu ketat dan perlu ditukar dengan saiz baru. Begitu juga pada bahagian pinggang.
Bukan hanya lampin pakai buang, dua produk lain iaitu tisu pelembap dan spray juga merupakan dua produk yang amat penting untuk memastikan kulit bayi bukan hanya bersih malah bebas daripada bakteria dan kekotoran yang berpotensi membuatkan bayi mudah mengalami keradangan pada kulit.
Jadikan Offspring Pilihan Anda!
Jenama Offspring antara salah satu jenama yang cukup diyakini di pasaran. Paling menarik bukan hanya menyediakan produk berkualiti tinggi malah diiktiraf beberapa badan antarabangsa termasuk Australian Allergy Certified, FSC Certified Sustainable Forest, Certified Allergy-Safe yang diuji dan diluluskan oleh German Dermatologists serta banyak lagi sebagai produk yang diyakini baik bagi kulit anak-anak kecil kita.
Chlorine Free Fashion Diapers
Chlorine Free Fashion Diapers, lampai pakai buang dari jenama Offspring ini bukan hanya cukup selesa malah paling utama ia direka dengan Duo-Layer Core yang menyerap lembapan dengan lebih cepat. Dengan daya serapan dua kali ganda ini membolehkan permukaannya kering dan bayi semakin bertambah selesa.
Bukan itu sahaja malah ia bebas klorin malah diperakui oleh Certified Sustainable Forest (FSC) serta sebagai produk yang selamat, bebas pengudaraan untuk kulit bayi disamping mengelakkan ruam dan kerengsaan pada kulit.
Bukan itu saja, paling menarik, lampin pakai buang Offspring ini direka dengan pelbagai corak comel dan cute termasuklah corak buah-buahan, daun-daunan serta beberapa corak yang pastinya meninggalkan kenangan paling manis ketika anak-anak masih kecil.
Berbanding lampin pakai buang lain, lampin pakai buang dari Offspring ini cukup unik. Tarikan untuk ibu bapa yang inginkan kelainan. Cantik!
Offspring Plant Based Wipes
Selain lampin pakai buang, tisu pelembap juga antara keperluan wajib untuk bayi. Offspring Plant Based Wipes antara produk yang cukup diyakini. Ia diformulasi daripada lebih 99 peratus air yang ditapis malah diperbuat daripada bahan-bahan organik yang terdiri daripada minyak zaitun organik, minyak bunga calendula, aloe vera dan juga chamomile. Bukan itu sahaja malah formulasi hebat ini juga turut diakui oleh EWG sebagai produk bebas toksid.
Pek dengan saiz 17x 20cm ini bukan hanya lembut bahkan ia tidak mudah koyak dan tahan lama kelembapannya. Dengan saiznya yang besar membuatkan penggunaannya lebih mudah untuk kegunaan pelbagai.
Bukan itu sahaja malah tisu pelembap ini juga diperbuat dengan 100 peratus Biodegradasi malah bebas klorin (tiada pemprosesan klorin selama penghasilan bahannya berbanding dengan polyster tisu (berasaskan plastik). Ia juga selamat pada mulut dan kulit bayi serta dibuat tanpa alkohol yang mengeringkan kulit bayi.
Rinse Free Bum Cleansing Spray
Ketika mempersiapkan bayi, pastinya tangan ibu tidak terlepas daripada terkena pelbagai kotoran seperti kesan air kencing dan sebagainya yang terlekat pada tangan ibu. Begitu juga dengan kulit bayi. Rinse Free Bum Cleansing Spray dari Offspring ini patut anda bekalkan di dalam beg bayi anda.
Spray kan sahaja dan pastinya ia lebih bersih. Paling menarik ia diperbuat tanpa alkohol, tanpa pewangi serta tanpa SLS dan paraben malah paling utama ia bersifat membersih dan melindungi kulit.
Dengan gabungan calendula organik, jus chamomile dan serta aloe vera pastinya membuatkan kulit terus selesa dan selamat.
Jadikan tiga produk ini antara produk terbaik wajib ada dalam kelengkapan bayi anda. Pastikan hanya yang terbaik, selamat dan diyakini untuk kulit si manja!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tumbesaran serta perkembangan anak dapat digalakkan dengan memberi pendedahan untuk melihat dunia luar. Malangnya dalam keadaan musim pandemik sekarang menghalang anak-anak untuk belajar di luar rumah. Keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu tumbesaran mereka secara mental dan fizikal.
Selain menjalani PdPR dan menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru, ibu ayah boleh mengadakan pelbagai aktiviti menarik untuk mengelakkan anak-anak dari merasa stres atau bosan. Dengan itu, tumbesaran anak tidak akan terganggu walaupun mereka tidak boleh keluar rumah.
Bukan itu sahaja, pemakanan yang sihat dan seimbang juga amat penting supaya anak-anak dapat membesar dengan baik. Tumbesaran anak bukan sahaja penting dari segi fizikal , bahkan perkembangan mental dan sosial mereka juga sangat penting. Bila menyediakan makanan yang tinggi khasiat untuk anak, jangan lupa untuk beri mereka minum SUSU! Ia bukan sahaja mengandungi nutrien seperti Kalsium yang boleh menguatkan tulang dan gigi anak, susu juga mempunyai pelbagai nutrien lain yang boleh membantu menyokong keseluruhan perkembangan anak-anak.
Yang Terbaik Buat Anak Tersayang!
Sangat penting untuk anak-anak mempunyai sistem imuniti di tahap terbaik sekarang. Ia dapat mengelakkan mereka dari mudah jatuh sakit. Vitamin C, Vitamin A, Vitamin E, Zat Besi dan Zink sangat diperlukan oleh tubuh anak dan ia boleh didapati di dalam makanan seperti brokoli (Vitamin A, C, E), buah-buahan sitrus dan betik (Vitamin C), bijirin penuh dan produk tenusu (Zink), ubi keledek dan lobak (Vitamin A); serta daging, ayam & sayur berdaun hijau (Zat Besi).
Ibu ayah perlu pastikan anak sentiasa bersedia dan fokus terutamanya ketika menjalani kelas atas talian bersama guru. Antara nutrien-nutrien yang diperlukan untuk membantu menyokong fungsi kognitif anak adalah seperti Asid Folik, Vitamin B, Zat Besi dan DHA. Contoh sumber makanan untuk nutrien-nutrien ini adalah salmon (Vitamin B, Zat Besi dan DHA), sayuran berdaun hijau (Asid Folik dan Zat Besi) dan telur (Asid folik, Zat Besi dan Vitamin B).
Protein sangat diperlukan untuk membina otot, sel dan untuk menyokong perkembangan sistem imuniti. Kalsium, Magnesium, Fosforus dan Vitamin D membantu perkembangan tulang yang sihat. Sumber khasiat ini? Sudah tentulah daging (Protein), telur (Protein dan Vitamin D), susu dan produk tenusu (Kalsium, Magnesium, Fosforus dan Vitamin D).
Jom, Ajak Anak Minum Susu!
Garis Panduan Diet Malaysia menyarankan pengambilan susu atau produk tenusu sebanyak dua kali sehari. Untuk memastikan anak mendapat khasiat secukupnya, ibu ayah perlu memilih susu dengan teliti. Pastikan anda memilih jenama susu yang mempunyai reputasi yang baik. Selain itu, carilah susu yang bersesuaian dengan umur anak anda. Setiap susu tepung telah diformulasikan mengikut keperluan nutrisi mengikut usia mereka.
Baca label dengan teliti. Sangat penting untuk ibu ayah melihat kandungan yang ada di dalam susu tepung sebelum memilihnya. Kenali setiap bahan di dalam susu dan ambil peduli apa kepentingannya untuk anak. Dalam kesibukan ibu ayah yang terpaksa bekerja, agak sukar menyediakan hidangan lengkap nutrisi untuk anak yang diperlukan untuk perkembangan mereka.
Jangan risau, kerana ibu ayah boleh mendapatkan susu NESPRAY Penuh Krim. Tahukah anda, susu ini merupakan satu-satunya susu penuh krim yang mempunyai kebaikan 15 Vitamin dan Mineral di dalamnya*? Dengan memberikan anak minum susu NESPRAY Penuh Krim setiap hari, ia dapat membantu memupuk potensi mereka. Ianya sangat penting untuk kita memberikan khasiat yang sesuai buat mereka untuk menyerlahkan kemampuan anak-anak.
Susu NESPRAY Penuh Krim bukan sekadar susu penuh krim yang biasa! Rasanya juga sedap dan berkrim, pasti menjadi kegemaran anak-anak. Ia mengandungi Protein, Kalsium, Zat Besi, Vitamin C, Vitamin D dan lebih banyak lagi Vitamin dan Mineral. Lebih baik lagi, ia mengandungi 0gm Sukrosa. Apa lagi parents, jom dapatkan Susu NESPRAY Penuh Krim segera untuk anak-anak!