Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan 10 Jun lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali mengingatkan rakyat, fasa PKPP bukanlah tempoh untuk rakyat melupakan wabak Covid-19 ini.

Dalam perutusan khas beliau mengenai perkembangan terkini PKPP ini, beliau berpuas hati dengan perancangan dan langkah yang diambil oleh pihak kerajaan namun sedikit risau dengan sikap segelintir rakyat yang seakan lupa wabak ini masih ada.

PM Ingatkan Tak Mustahil PKP Akan Diperketatkan Semula Jika Kes Meningkat!
Kredit Gambar: Sinar Harian

PKP mungkin akan dilaksanakan jika kes meningkat

Muhyiddin mengingatkan masyarakat jangan terlalu alpa kerana sekiranya PKP terpaksa dikuatkuasakan semula, antara impaknya termasuklah unjuran pertumbuhan KDNK yang dijangka pada tahun 2021 mungkin tidak akan tercapai.

Perniagaan terpaksa ditutup semula dan kadar pengangguran di tahap 5.3 peratus bagi bulan Mei 2020 boleh meningkat secara mendadak. Ini adalah suatu keadaan yang mesti kita elakkan.

Pakailah pelitup muka

IKLAN

Jadi, apa yang mesti kita buat? Seperti yang saya telah sebutkan sebelum ini, kejayaan kita memerangi COVID-19 dalam fasa pemulihan ini adalah bergantung kepada diri kita sendiri. Ia bergantung kepada kesedaran kita, sikap kita dan amalan kita.

Amalan kebiasaan baharu atau new normal mesti kita teruskan. Jangan kerana
kes-kes COVID-19 semakin berkurangan, kita tidak lagi memakai pelitup muka di
tempat awam. Pakai lah. Jangan tak pakai.

PM Ingatkan Tak Mustahil PKP Akan Diperketatkan Semula Jika Kes Meningkat!

Teruskan penjarakan sosial

Penjarakan sosial juga mesti diteruskan. Pastikan jarak anda sekurang-kurangnya satu meter dari orang lain. Elak tempat yang sesak dan sempit. Sentiasa
beringat untuk elakkan sentuhan badan.

IKLAN

Saya selalu berpesan supaya saudara-saudari semua elakkan berjabat tangan.
Saya tengok sekarang dah ada yang bukan sahaja berjabat tangan, malah berpeluk
ketika berjumpa sahabat-handai dan sanak-saudara.

Kerajaan juga sedang menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka
di tempat-tempat awam. Perincian mengenainya akan diumumkan apabila peraturan yang berkaitan dimuktamadkan oleh kerajaan.

Setiap individu kena main peranan jadi frontliners

IKLAN

Dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP ini, setiap individu, keluarga dan komuniti adalah petugas barisan hadapan atau frontliners. Ahli keluarga dan anggota masyarakat mestilah sentiasa nasihat-menasihati dan ingat mengingati antara satu sama lain.

Ibu bapa mesti sentiasa ingatkan anak-anak supaya sentiasa memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah. Ingatkan mereka supaya jaga penjarakan sosial, sentiasa membasuh tangan, elakkan tempat sesak, jangan berjabat tangan dan lain-lain. Ingatkan mereka setiap hari. Tak mengapalah kalau dikata berleter pun kerana ini amat penting. Ini kerana kita semua sayangkan keluarga kita.

PM Ingatkan Tak Mustahil PKP Akan Diperketatkan Semula Jika Kes Meningkat!
Kredit Gambar: Sinar Harian

Kita baru sahaja melihat kesan positif daripada tindakan tegas kerajaan dan disiplin rakyat yang tinggi semasa tempoh PKP dilaksanakan. Ekonomi negara kita telah mula rancak kembali dan kita juga telah dapat menikmati semula kehidupan kita dengan mengamalkan kebiasaan baharu.

Namun, jangan kita lalai dan alpa. Saya nak mengingatkan sekali lagi pandemik COVID-19 masih belum berakhir. Jadi sama-samalah kita beristiqamah dalam mengekalkan kejayaan kita melawan wabak COVID-19.

Kredit Gambar: Sinar Harian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI