Ads

PMX Umum Jualan Ihsan Rahmah 9.9 Online, 9 September Ini! Ibu Ayah Ini Masa Sesuai Untuk Shopping Lebih Jimat

Sebagai ibu bapa, setiap kali harga barang naik, antara perkara yang paling cepat terasa ialah perbelanjaan dapur dan keperluan anak-anak. Dari susu, lampin, barangan sekolah hinggalah ke barang keperluan harian, semuanya memerlukan perancangan supaya bajet keluarga tidak ‘bocor’ tanpa disedari.

Sebab itu, berita tentang inisiatif yang boleh membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih berpatutan pastinya menarik perhatian ramai ibu bapa. Lebih-lebih lagi apabila pembelian boleh dilakukan secara dalam talian dari rumah.

Kerajaan MADANI bakal memperkenalkan Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian pada 9 September 2026, sempena sambutan Hari Malaysia.

Artikel trending: “Saya Takut Bila Ada Anak Sendiri, Hati Saya Akan Berubah” Madammu Kongsi Dilema Besarkan 3 Anak Tiri

Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Artikel: Pelajar 12 Tahun Meninggal Mengejut Selepas Latihan Silat, Mengadu Sakit Kepala Sebelum Rebah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif berkenaan merupakan usaha baharu kerajaan untuk membolehkan lebih ramai rakyat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih berpatutan.

Menurut beliau, pelaksanaan jualan secara dalam talian itu mengambil semangat sambutan Bulan Kebangsaan serta Hari Malaysia, selain memanfaatkan perkembangan platform e-dagang dalam membantu rakyat.

Ads

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Summit Malaysia 2026. Anwar turut menggesa supaya inisiatif berkenaan dipromosikan secara meluas agar rakyat mengetahui dan dapat menikmati manfaat yang disediakan.

Program Jualan Rahmah yang diterajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebelum ini menawarkan pelbagai barangan keperluan asas pada harga antara 10 hingga 30 peratus lebih rendah.

Turut gesa proses penggubalan Rang Undang-Undang

PMX Umum Jualan Ihsan Rahmah 9.9 Online, 9 September Ini! Ibu Ayah Ini Masa Sesuai Untuk Shopping Lebih Jimat

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut mengarahkan supaya proses penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) e-dagang dipercepatkan bagi memastikan aktiviti perdagangan dalam talian dapat dikawal dengan lebih baik.

Ads

Menurutnya, peraturan tersebut penting bagi melindungi pengguna dan peniaga, di samping menyediakan persekitaran yang lebih selamat untuk golongan muda yang semakin aktif menceburi bidang perniagaan secara digital.

Beliau turut menegaskan bahawa langkah kawal selia diperlukan bagi membendung tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan atau menipu pengguna menerusi platform e-dagang.

Pada masa sama, kerajaan mengalu-alukan pandangan daripada pemain industri e-dagang bagi membantu memperkukuh serta mengembangkan sektor berkenaan, termasuk dalam aspek sokongan dan bantuan yang bersesuaian.

Mengenai isu percukaian pula, Anwar berkata kerajaan terbuka untuk menambah baik pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), termasuk mempertimbangkan beberapa elemen yang pernah digunakan dalam Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ads

Bagaimanapun, beliau menegaskan sebarang penambahbaikan sistem percukaian tidak seharusnya membebankan golongan rakyat berpendapatan paling rendah.

Baca lagi: Ubat Cacing Kanak-Kanak: 7 Petanda Amaran Anak Dijangkiti Cacing Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Sumber: Berita Harian

PMX Umum Jualan Ihsan Rahmah 9.9 Online, 9 September Ini! Ibu Ayah Ini Masa Sesuai Untuk Shopping Lebih Jimat

Pendaftaran PERCUMA! Gayakan busana futuristik dan anak anda berpeluang memenangi wang tunai dan hamper istimewa. Daftar sekarang:
https://www.majalahpama.my/himpunan-generasi-futuristik/

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Anak Nak Exam. Bukan Ibu Saja Kena ‘Push’ Anak, Ayah Boleh Buat 10 Perkara Ini!

Anak Nak Exam. Bukan Ibu Saja Kena ‘Push’ Anak, Ayah Boleh...

Anak Nak Exam? Ketahui 10 perkara yang ayah boleh lakukan untuk kurangkan tekanan, jaga emosi dan bantu anak menghadapi peperiksaan dengan lebih tenang.