Ramai ibu bapa yang bertanya macam mana tak nak jadi ibu bapa yang garang pada anak? Walaupun dah cuba kawal tapi akhirnya terpaksa meletup juga bila tahap kesabaran itu hilang.
Ada sesetengah tu cakap, kalau tak garang perangai anak lagi menjadi-jadi. Sebenarnya ada caranya nak mendidik anak. Tak perlu pun asyik nak tinggi suara, marah dan pukul anak setiap hari.
Anak bila dari awal kita dah biasa cakap elok-elok dengan mereka, sampai besar pun mereka faham dan akur. Hanya dengan jelingan mata pun anak faham isyarat dari ibu ayah mereka.
Kenapa bila anak mengamuk, ibu bapa disarankan untuk peluk dan bukannya makin memarahi anak. Sebabnya anak akan mudah tenang bila mereka rasa satu aura positif dalam dirinya.
Berdasarkan perkongsian dari Prof Dr Muhaya, tak nak jadi ibu bapa garang pada anak, pertamanya kena bersyukur yang kita ada anak sedangkan orang lain dah usaha banyak kali, buat IVF 7 8 kali pun masih belum dapat.
Ads
Yang kedua cuba bayangkan macam mana kalau anak kita meninggal esok? Cuba muhasabah diri, pasti kita tak akan marah mereka lagi.
Lagi satu paling penting kita selalu marah anak sebab diri sendiri. Kita banyak dosa.
Nak kurangkan perasaan marah dalam diri, banyakkan bertaubat, kurangkan dosa. Bila kita dah tak marah pada diri kita, kita tak akan marah pada anak atau orang lain lagi.
Ads
Jadi sebaiknya minta maaf pada diri sendiri dulu. Berdiri depan cermin dan cakap saya maafkan awak, saya nak jadi baik. Betulkan diri sendiri, insya-Allah aura negatif akan pergi jauh dan aura positif yang akan datang dalam diri kita.
Tidak semua NO itu adalah negatif dan membantutkan perkembangan kreativiti anak. Banyak NO yang membantu perkembangan sosial, emosi dan moral anak-anak.
1) Ada NO yang mengajar anak tentang erti bahaya. Bahaya berlaku dalam sekelip mata. Kadang-kadang kemalangan berlaku tanpa sempat pun kita mengelipkan mata. Anak juga perlu diajar untuk berfikir tentang bahaya tindakannya kepada orang sekeliling juga.
2) Ada NO yang mengajar anak tentang empati. Ia mengajar anak bahawa orang lain juga mempunyai perasaan, hak dan keperluan mereka. Orang lain itu termasuklah kita sebagai ibubapa yang perlukan masa untuk diri sendiri juga. NO dalam konteks ini bermakna kita mesti menghormati hak dan keperluan orang lain.
3) Ada NO yang mengingatkan anak tentang erti ‘cukup’. Terlalu bermewah-mewah dengan kuantiti yang tidak perlu akan memudaratkan anak kerana dia tidak akan pernah merasa cukup dengan apa sahaja. Tidak faham erti cukup hanya menambahkan tekanan dalam jiwa seorang individu.
4) Ada NO yang mengajar anak tentang hak milik. Anak perlu tahu bahawa dia tidak boleh mengambil sesuatu yang bukan haknya dengan sewenang-wenangnya. Dia perlu tahu bahawa dia juga perlu mempertahankan apa yang menjadi miliknya melainkan diberi dan diambil dengan keizinan.
5) Ada NO yang memberi peluang kepada anak menjadi lebih kreatif. Jika anak tidak selalu mendapat sesuatu permainan yang diingininya, anak boleh menjadi lebih kreatif dengan mencipta permainan sendiri dengan bahan-bahan yang ada.
6) Ada NO yang mendidik anak untuk menghargai masa dan menetapkan prioriti. Ada kalanya anak terlampau asyik dengan sesuatu sehingga mengambil ruang masa untuk rutin penting yang lain.
7) Ada NO yang mengajar anak erti berdikari. Walaupun sebagai ibubapa kita mempunyai wang ringgit, kepintaran dan tenaga untuk melakukan semuanya untuk anak-anak, anak juga perlukan ruang untuk menjalankan tanggungjawabnya tanpa pertolongan daripada kita sentiasa (atau pertolongan pembantu rumah). Beri anak ruang otonomi untuk membina skil-skil penting dalam hidup.
8) Ada NO yang melahirkan seorang individu yang tegas, asertif dan berprinsip. Anak belajar daripada kita. Jika NO kita kepada anak adalah konsisten dan menunjukkan ketegasan, anak juga akan belajar untuk menjadi seorang yang tegas terutamanya terhadap pengaruh-pengaruh yang negatif atau orang yang mengambil kesempatan ke atasnya suatu hari nanti.
Walaupun NO itu bunyinya negatif dan kita seharusnya mengelakkan perkataan-perkataan yang negatif kepada anak-anak, NO boleh membawa kepada nilai-nilai yang positif.
Apa yang paling penting adalah corak komunikasi kita dengan anak-anak. Jika kita sentiasa meluangkan masa untuk bersembang, menerang dan mendengar, insya Allah anak faham bahawa NO kita adalah NO yang positif.
Selepas NO, fikir bersama anak kaedah atau tindakan alternatif yang lebih baik.
Perkahwinan bertujuan untuk membangunkan institusi kekeluargaan dan ia sangatlah digalakkan di dalam Islam. Ia juga bertujuan untuk memenuhi keperluan fitrah manusia, mengembangkan masyarakat Islam serta mewujudkan ketenangan dan ketenteraman jiwa.
Galakan Islam terhadap perkahwinan agar mendapat banyak kebaikan dan faedah daripadanya. Ini seperti hadis daripada Abdullah bin Amr RA, sabda Nabi SAW:
Maksudnya: “Dunia merupakan keseronokan sementara dan keseronokan yang paling baik ialah wanita yang solehah.”
Riwayat Muslim (1467)
Begitu juga, suami isteri merupakan pasangan yang saling melindungi di antara satu sama lain dan saling perlu memerlukan. Ini diperumpakan di dalam al-Quran, firman Allah SWT:
Maksudnya: Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka
(Surah al-Baqarah, 187)
Nafkah Dan Tanggungjawab Suami Isteri
Nafkah adalah pembelanjaan keperluan manusia seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan selainnya. Ia dinamakan Nafaqah kerana dikeluarkan atau digunakan untuk keperluan itu. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/274)
Namun ramai sekarang yang terlupa tentang ‘HAK ISTERI’ kerana terlalu selesa apabila dibantu isteri.
Semalam saya terdengar ceramah dan soal jawab agama di radio Kedah semasa keluar mencari salon rambut.
‘Seorang suami tidak boleh mengguna harta isteri tanpa redhanya. Banyak kita lihat hari ini, isteri bekerja dan membeli kereta yang agak selesa. Maka suami dengan kuasa vetonya memaklumkan bahawa dia yang berhak guna kereta itu. Sedangkan isteri mungkin disuruh guna kereta lama atau yang lebih kecil. Alasan abang sudah bayar duit rumah, letrik dan seterusnya.
Hukumnya haram. Walau mulut isteri kata setuju tetapi hatinya separuh redha. Sebab kamu apa yang kamu niatkan. Itu lebih terpakai. Maka suami suami yang sudah buat silap segera minta maaf dan minta isteri redhakan. Sebaiknya pulangkan kepada isteri haknya yang kamu ambil supaya kamu tidak keciwa di hari kamu dihisab di padang mahsyar nanti’
Masyaallah
Begitu sekali Allah memuliakan wanita. Dan mungkin kurang ilmu agama membuatkan sebahagian masyarakat membuat perkara di atas.Tanpa sedar itu adalah satu dosa besar. Mengambil hak orang lain.
Lumrah dalam kehidupan masa kini isteri berpendapatan membeli rumah, membeli kereta lebih selesa dan bukan sahaja anak anak malah suami juga turut mendapat manfaat. Ini sudah terbalik kerana hak menyedia kediaman itu tanggungjawab suami. Okay fine! Isteri boleh beli supaya jadi aset untuknya di masa depan. Sepatut aset itu diguna untuk jana pendapatan kembali.
Isteri biasanya akur dengan permintaan suami Pertama untuk menjaga keharmonian rumahtangga, malas gaduh. Walau hati bengkak bila selalu sangat terpaksa merelakan. Ironinya jika suami lasak kereta ke sana ke sini bila perlu masuk bengkel duit isteri juga perlu keluar. Alasan sebab kereta itu atas namanya.
Teringat saya kisah semasa saya menjadi Guru Besar Tadika Al Azhar satu masa dahulu.
‘Saya nak ambik duit gaji dulu bulan ni boleh dak?’ ‘Eh! Baru 10haribulan’ ‘Kereta rosak nak bayar perbaik’ ‘Selalu kan mai nak motor, macamana boleh rosak?’ ‘Suami yang dok guna, tu motor dia yang saya pakai’
Terkejut besar saya kerana setahu saya kereta itu memang atas namanya kerana saya yang mengesah slip gaji ketika dia memohon pinjaman. Dan suaminya setahu saya lebih besar gaji darinya berdasar jawatan yang disandang. Malah dia sendiri pernah terbabas semasa hujan dan ketika mengandung anak kedua dahulu. Dengan berat hati saya hulurkan juga jumlah yang diperlukan.
Itu adalah situasi yang membuat saya mengaitkan cerita suami beberapa tahun lepas
Suami: Abah pernah maklum kat saya sebelum abah pi umrah yang akhir. Hari ni abah lega hutang abah dah selesai sambil tunjuk buku banknya.Hutang apa abah?
Abah: Hutang masa dok sara hampa mengaji la. (menyara persekolahan).
Suami:Banyak mana tu?
Abah: Puluh ribu juga. Yang akhir ni abah bayar 16ribu.
Suami:Kami tak pernah tau pun abah ada berhutang. Dengan sapa?
Abah: Rahsia rumah tangga memang hampa tak patut tau. Abah hutang sewa tanah mak. (Mak mertua memang banyak mewarisi tanah sawah dari ayahnya, dan tanah itu yang dikerjakan abah menyara keluarga). Puluh tahun tak bayar sewa kat mak, bukan tak mau bayar, tak berapa cukup. Ni hampa semua dah kerja baru abah bayar sikit sikit. Alhamdulillah habis dah. Mati pun pejam mata rapat dah’
Allah.. Allah mendengar cerita suami membuat saya kagum dengan kefahaman dan penghayatan agama arwah abah. Meski berhutang dengan isteri tetap diusahakan juga membayar. Hak isteri tetap haknya. Dan hak itu diberi Allah sebagai memuliakannya. Tentu tidak wajar sama sekali mempertikai ketetapan itu.
Ammar Muhd Syamil Muhammad Zaid Muhd Harith Muhammad ambillah iktibar dari kisah arwah wan. Walau tidak mewah hidup tetapi keberkatan itu dapat kita saksikan sendiri. Bermula suami mengambil berat perkara yang mungkin nampak remeh tetapi berat di sisi Allah. InsyaAllah Allah akan datangkan rezeki dari punca yang tidak disangka.
Rumahtangga perlukan berkat lebih dari kemewahan. Rezeki itu datang dengan berbagai cara. Kesihatan yang baik, anak anak yang kurang masalah, mudah urusan kehidupan dan berbagai lagi. Semuanya datang bila kita jaga Allah, Allah akan jaga kita.
‘Pelihalah diri dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalan manusia dan batu’ At Tahrim ayat 6
Merebus telur separuh masa menggunakan air fryer sememangnya lebih menjimatkan masa. Hanya mengambil masa selama 5 hingga 10 minit, ini cara tepat merebusnya dengan betul.
Perkongsian tip lengkap dengan suhu dan cara memasaknya seperti yang dikongsikan oleh Arina Rashid ini anda kena cuba. Memang senang!
Ada peminat telur separuh masak kat sini? Ni kalau sekali buat, kena buat lebih daripada 2 biji sebab anak-anak pun suka. Tapi yang kuning tu dia bagi kat mama, sabar jelah.
Meh rina nak share cara paling senang. Takyah guna air atau bekas macam kat kedai makan tu. Tapi kena ada air fryer.
Kalau tengok kat gambar ada 2 jenis kan. Dia beza sikit pada kuning telur tu. Cuba perati apa beza dia. Haa.
Ok cara Rina buat telur separuh masak ni senang sangat. Basuh dulu telur bersih-bersih. Takyah lap, masuk je terus dalam bekas air fryer.
Telur straight amek dari counter (room temperature) bukan dari peti ais. Set kan suhu AF 100°C, masa 10 minit.
Selesai 10 minit, kalau korang suka kuning telur dia cair macam gambar telur A, korang kena keluarkan terus lepas AF stop.
Tapi kalau suka jenis kuning telur firm sikit macam telur B, lepas 10 minit tadi, korang biarkan je dia dulu dalam AF tu.
Biarkan jela dalam 5-10 minit ke. Ikutlah, asalkan jangan keluarkan terus lepas AF berbunyi tittt..tittt.
Setting ni banyak kali dah Rina guna. Memang menjadi setiap kali buat. Tak kisah kuantiti telur. Setakat rina buat, outcome dia sama. Alhamdulillah.
Korang try and error dulu eh. Rina lagi suka jenis A.
Ini letak lada hitam, makan dengan roti sapu marjerin then bakar atas pan, fuhhhh..ke bintang pergi dia.